Isnin, 21 Disember 2009

Antara Sifat-Sifat Orang Beriman

Antara Sifat-Sifat Orang Beriman / Ibadurrahman

Berikut adalah catatan kuliah Maghrib (us. Shamsudin) pada 17.5.09 untuk dikongsi bersama :

Antara ciri-ciri orang yang bersabar / orang yang beriman / Ibadurrahman.

1. Tawadduq - merendah diri, tapi jangan menghina diri (lawan tawadduq ialah takabbur)

2. Taat kepada perintah Allah

3. Orang yang bersopan dalam menggunakan kata-kata yang baik dengan orang jahil.

4. Orang yang menunaikan solat (yang wajib/sunat) terutama yang susah seperti tahajjud.

5. Orang yang takut kepada azab Allah.

6. Bijak menguruskan harta benda.

7. Bersikap sederhana dalam berbelanja (tidak kedekut dan tidak boros)

8. Tidak terlibat dengan unsur-unsur syirik.

9. Tidak melakukan kezaliman.

10. Tidak terlibat dengan perbuatan keji seperti zina.

11. Orang yang sentiasa bersedia menghadapi hari akhirat.

12. Orang yang sangat mudah bertaubat dan memohon keampunan Allah.

13. Tidak terlibat menjadi saksi palsu, menipu, dll.

14. Tidak terpengaruh dengan perbuatan yang sis-sia.

15. Mudah terima nasihat dan peringatan.

16. Sentiasa bermunajat dan berdoa kepada Allah disamping berusaha.

17. Mengambil berat terhadap keluarga (sehingga keanak cucu).

18. Sabar dalam menjalankan perintah Allah.

Muhasabah Diri

Muhasabah Diri

Petikan Kuliah Maghrib 28.7.08 (Ustaz Zulkarnain Ibrahim)

Kata-kata sahabat “ Sentiasalah kamu bermuhasabah diri sebelum kamu dimuhasabah oleh Allah” –(Saidina Umar r.a.)

Diantara Pengajaran nya :

1. Wajib bermuhasabah diri disepanjang hidup

2. Majlis Ilmu Majlis muhasabah diri

3. Ilmu sumber muhasabah diri

4. Wajib beristiqamah didalam bermuhasabah diri

5. Wajib beristiqamah didalam menghadiri majlis ilmu

6. Setelah bermuhasabah diri wajib melakukan Islah (pembetulan diri)

7. Wajib bermuhasabah diri dan melakukan Islah kerana setiap manusia akan dimuhasabah oleh Allah diakhirat nanti yang tidak dapat dilakukan Islah selepasnya

8. Hari akhirat hari berakhirnya seluruh urusan hidup manusia didunia

Bicara Ilmu - Nilai Amal

Bicara Ilmu - Nilai Amal

Rabu, 9 Disember 2009

Never too late to STOP!!!

Salam,
Artikel mengenai merokok, perokok, atau rokok itu sendiri mungkin ada ratusan malah ribuan atau jutaan kali telah ditulis atau dibincang. Namun saya bercadang untuk kongsi mengenai merokok melalui pengalaman saya sendiri semoga akan memberi menafaat kepada sesiapa yang ingin berhenti merokok, serta menepati larangan yang telah difatwakan oleh para ulama.

The Beginning

1. Betul pengaruh utama ialah dari rakan atau rakan-rakan, walaupun pada masa itu kita ikut suka-suka sahaja. Memang yang mula-mula tu kita kata tidak sedap, pelik dan sebagainya. Perkara ini berlaku ketika masih disekolah menengah, bukan disekolah tapi disebuah sungai , dimalam hari, pada satu function (tak ingat function apa). Tahun nya disekitar 1963 - 1967.Berlaku hanya sekali sahaja dengan jenama rokok yang saya sebut sebagai 'Rokok Tembak' sahaja. Well, ia berhenti setakat sekali tu sahaja.

2. Pada masa itu rokok dan lain-lain barang keperluan dapur seperti gula, tepung dan sebagainya amat murah, tapi nak cari duit amat susah. Satu kati tepung gandum kalau tidak silap saya ialah 25 sen sahaja. Gula sekitar 65 sen/kati (600 gm).
Selepas tamat SPM/MCE (1969), sementara menunggu peluang untuk sambung pembelajaran kekolej atau mana-mana institusi atau bekerja, banyak masa terluang untuk menjalankan apa jua aktiviti tak kira siang atau malam. Disinilah bermulanya kembali percubaan untuk merokok hasil ajakan/pelawaan kawan-kawan. Bukan banyak pun, 1 - 2 batang sehari.

Bila sambung belajar kat kolej mulai tahun 1970/1971, habit ini berterusan sehinggalah kealam pekerjaan yang bermula pada tahun 1973. Masa itu dalam meeting pun boleh hisap rokok, dan majoriti ketika itu adalah menghisap rokok, ada juga yang hisap paip. Kalau yang hisap paip tu baunya satu bilik semua orang akan dapat. Tapi tiada siapa yang kisah ketika itu.

3. Tak pernah terfikir untuk berhenti merokok pada masa itu, badan masih kuat tak mudah kena sakit yang berat-berat. Ada masa beli rokok sampai satu katun tapi jarang-jarang sekali. Diringkaskan cerita, consumption satu hari ialah satu kotak besar (20 batang) minima. Bila lama menghisap rokok biasanya perokok akan mendapat sejenis batuk dipanggil 'smoker's cough' dan mudah juga dijangkiti batuk dan selsema yang lain. Batuk juga mengeluarkan kahak atau sputum, dada terasa tidak selesa kadangkala sakit.

The End

4. Dalam satu serangan demam biasa (biasanya mulut jadi pahit dan tidak berselera makan/minum/merokok), timbul satu tekad untuk berhenti merokok, inilah percubaan kali pertama. Dengan bersandarkan harapan kepada Allah, serta ikhtiar mengamalkan makanan kesihatan bagi membuang segala sisa toksin dalam badan, hasrat itu tercapai, tetapi tidaklah sebegitu mudah. Dua hari pertama berhenti merokok memang hendak bangun pun tidak bertenaga, tapi lama-kelamaan badan menjadi biasa dan tahan dengan godaan. Bagi menguji ketahanan itu, dalam satu misi berkaitan kerja, saya membeli sebungkus rokok (20 batang) sebagai bekalan takut-takut teringin menghisap rokok. Alhamdulillah, sehingga tamat misi kerja itu, tidak sebatang pun rokok yang di hisap sehingga sekarang, dan biarlah ia berterusan begitu. Tarikh berhenti merokok ini adalah sekitar tahun 1995. Jangkamasa terlibat dengan rokok sekitar 20 tahun.

5. Faktor-faktor yang saya lihat sebagai pendorong kepada proses-proses berhenti merokok ini ialah : tidak mengikut keutamaan :
5.1. Apabila ditimpa sakit
5.2. Dorongan keluarga, kepentingan ahli keluarga
5.3. Faktor dalaman diri sendiri (pastinya dengan kekuatan dari Allah)
5.4. Faktor berkaitan agama dan umat
5.5. Faktor-faktor lain seperti rakan, persekitaran kerja, dan lain-lain.

Yang penting, JANGAN DEKATI ROKOK atau apa jua yang seumpama.

Saya tidak bercadang untuk mengulas setiap satu faktor-faktor diatas. Semoga tulisan yang ringkas ini mendatangkan munafaat.
Wassalam.

Jumaat, 4 Disember 2009

Flash Quran Recitation by Mohammed Siddiq Al Minshawy

Flash Quran Recitation by Mohammed Siddiq Al Minshawy

Flash Quran Recitation by Mohammed Siddiq Al Minshawy

Flash Quran Recitation by Mohammed Siddiq Al Minshawy

Mula pada hari Jumaat 17 Zulhijjah 1430


Salam kepada semua muslimin dan muslimat,

Inilah tarikh saya memulakan blog. Hasrat dah lama nak buat, tapi masa tak mengizinkan. Tujuan nya hanya nak share apa jua maklumat, pandangan, pengalaman, dan lain-lain yang ada kaitan dengan kehidupan terutama untuk akhirat. Not a writer bay nature tapi rasanya ada beberapa perkara yang nak dikongsi bersama. Moga-moga dapat menambah ilmu dan pengamalan yang boleh dibawa ke "sana" nanti. InsyaAllah akan cuba membuat posting secara regular. Apa yang ditulis sebenarnya untuk mengingati diri sendiri . Jika tersalah ia adalah atas kekurangan diri saya sendiri, dan saya meminta ampun dari Allah atas kekurangan dan kesalahan saya itu.

Sebagai permulaan saya nak kongsi catatan (yang termampu) pada suatu kuliah Maghrib...sebagai renungan hak-hak yang perlu ditunaikan...

Pesanan Imam Shafie (r.a)

1. Hak kepada diri

2. Hak kepada malaikat

3. Hak kepada tubuh

4. Hak kepada Mungkar dan Nangkir
+ bercakap benar
+ meninggalkan maksiat

5. Hak kepada Mizan
+ orang yang sanggup menahan marah
+ banyak berzikir

6. Hak kepada Shiratq
+ elak daripada kebiasaan yang tidak baik
+ bersifat wara'
+ suka bantu orang beriman
+ berjemaah

7. Hak kepada malaikalmaut
+ berbuat baik kepada ibu bapa
+ bersedekah secara terang dan bersembunyi
+ elokkan akhlak

8. Hak kepada Rasul/Nabi
+ selalu berselawat
+ berpegang kepada syariat yang ditinggalkan olehnya (sunnahnya)

9. Hak kepada Allah
+ amalkan ajaran Nya
+ suka kepada ketaatan dan benci kepada maksiat.

Wallahhuaqlam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails