Memaparkan catatan dengan label take five. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label take five. Papar semua catatan

Selasa, 2 Mac 2010

Take Five (2)

Salam,
Jumpa lagi...

Semasa di universiti ada yang betul-betul mengamalkan take 5 ini bukan 5 minit, tapi 5 hari (lbh kurang 1 minggu). Biasanya dia akan tengok jadual lecture dulu, lecture heavy ke tidak, dan tengok perangai lecturer dulu - suka bagi pop kuiz atau tidak. Bukan apa, kalau kena pop kuiz tak semena-mena hilang 5 - 10 % kerana tak hadir.

Lecture note juga bergantung kat kawan-kawan (siap booking dulu nak fotostat kemudian). Ada juga kes dimana yang fotostat lecture ni skor pulak dari yang punya lecture note original, rezeki dia, macam jepun, dia kopi kemudian dia improve atas benda yang sama. Tak pe tak pe, menolong kawan dalam bab ilmu pengetahuan ni besar pahalanya, jika ikhlas.

Kenapa dia take 5 days ? katanya ada buat projek sikit (real projeklah bukan 'projek' seperti istilah orang sekarang ni) kat tanah dia. Student yang dah tua2 dan telah berumahtangga memang tak sunyi dari tanggungjawab. Kena bagi masa untuk belajar, untuk keluarga, untuk rakan2 dan sebagainya.

Tapi awas bukan semua ilmu boleh belajar sendiri terutamanya ilmu agama, kalau belajar sendiri, syaitanlah jadi gurunya.

Next, selepas dapat ijazah, mana yang belum ada kerja, akan mencari kerja yang sesuai dengan kelulusan nya, tapi jangan terkejut jika kerja yang anda dapat nanti ada yang tidak berkaitan dengan apa yang anda pelajari dulu.

Satu kenyataan yang boleh dibincangkan iaitu :
Adakah :

ilmu ijazah atau ilmu = ijazah

I rest my case.

Ahad, 28 Februari 2010

Take Five


Salam,

Rasanya semua orang faham bila disebut "take five" sama ada dalam mesyuarat atau perbincangan, semasa kuliah kat U, semasa memandu (singgah kat R & R), melayunya disebut rehat 5 minit atau ambil masa sedikit untuk berehat bagi menghilangkan keletihan.

Kalau dalam bidang sukan pula diisyaratkan dengan tangan menunjukkan huruf 'T' yang bermakna minta time out sebagai satu strategi untuk menukar rentak perlawanan biasanya dilakukan oleh pasukan yang sedang kena belasah. Hakikatnya memang benar, kadang-kadang rentak permainan akan berubah, seperti menghilangkan konsentrasi pihak satu lagi. Dalam istilah lain, pasukan yang sedang mengalami tekanan itu hendak menyusun semula strateginya (regroup,replan,refresh,revitalise), suntik semula semangat untuk berjuang lebih gigih lagi.

Dalam forum atau perbincangan juga teknik yang sama digunakan oleh mederator atau fasilitator untuk 'mengekang' pihak satu lagi terutama dalam menepati time constraint atau disengajakan dengan tujuan atau motif tertentu. Contoh kalau kat tv ialah commercial break.

Kalau dalam mesyuarat, pengerusi akan kata "take five". Ini memberi peluang kepada ahli mesyuarat untuk berehat sebentar, menyenangkan diri, ketandas, atau kalau perokok, dapat lepas gian masa ni. Biasanya bukan tepat lima minit pun tapi berlanjutan kadang-kadang sampai 10 minit. Ia semata-mata satu istilah bagi membolehkan lari sebentar atau rehat sebentar dari rutin biasa yang sedang berjalan. Ada juga mesyuarat yang tidak langsung memberi ruang kepada "take five" ini sehinggakan nak solat pun kena pandai-pandai sendiri buat excuse.

Jika dalam kuliah kat U, "take five" ini memberikan masa rehat kepada jari jemari yang penat menulis, mencatat, melakar. Bagi seorang penulis, "take five" ini mungkin tidak dipedulikan sangat kerana ia mengikut letupan ideanya / ilhamnya pada ketika itu. Jika dia berhenti mungkin idea yang sama tidak akan datang lagi, jadi letih macam manapun ia akan terus mencatatkan apa juga ideanya ketika itu juga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails