PESANAN RINGKAS

1.  MASA :
+    SETIAP HARI perlu ada perancangan bagaimana untuk mendapatkan REDHO dan KASIH SAYANG  ALLAH
+    Beri masa untuk menilai diri kamu dari saat bangun tidur hingga masa untuk tidur semula : apakah yang telah dilakukan oleh mata, telinga, dan lain-lain pancaindera pada hari itu.

* Takutlah kepada perkara2 yang diancam oleh ALLAH

At-Taubah [akhir ayat] (74) :  "Dan sekiranya mereka itu berpaling (meninggalkan ajaran Allah), Allah pasti akan menyiksa mereka dengan siksaan yang berat didunia dan diakhirat dan tidak ada lagi sebarang pelindung dan membela mereka dibumi ini." 

http://peribadirasulullah.wordpress.com/2011/01/03/3-benteng-penghalang-daripada-syaitan/
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2.  Tiga Benteng penghalang daripada syaitan

Ka`ab Al-Ahbar berkata :
"Benteng kaum mukiminin dari godaan setan ada tiga, yaitu mesjid, dzikir kepada Allah dan membaca Alqur`an."
  • Mesjid menjadi benteng karena disitu terdapat para malaikat dan orang-orang yang beribadah.
  • Dzikrullah (menyebut Asma Allah) juga menjadi benteng pertahanan, terutama dengan membaca Hauqalah:
"La haula wala quwwata illa billahil `aliyil adzim"
"Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung"
  • Membaca Al-Qur`an juga benteng, terutama membaca ayat Kursy (surah Al-Baqarah ayat 255), sebagaimana yang telah nyata mujarabnya.
Ka`ab Al-Ahbar masuk islam di masa pemerintahan sahabat Umar. Dia adalah seorang ulama tempat mengadu orang Yahudi (yang beragama islam).
-----------------------------------------------------------
Sumber : Terjemahan Kitab Nashaihul ’Ibaad – Menjadi Santun dan Bijak
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3 Perkara menyebabkan Nabi Ibrahim bergelar Khalilullah

 Nabi Ibrahim Alais Sallam pernah ditanya: "Wahai Ibrahim, apa sebabnya Allah menjadikanmu orang kesayangan-Nya?" Nabi Ibrahim menjawab: "Karena tiga perkara, yaitu:

Aku selalu mengutamakan perintah Allah di atas perintah selain Allah;

Aku tidak pernah mengkhawatirkan sesuatu (rezki) yang urusannya telah ditanggung oleh Allah;

Aku tidak senang makan, baik pada sore hari maupun pagi hari, kecuali bersama tamu."

Dalam suatu riwayat disebutkan bahwa Ibrahim AS, pernah berjalan satu atau dua mil untuk mencari orang yang mau menemaninya makan.
 -------------------------------------------------------------------------------------------

7 Sumber pahala yang berterusan sehingga ke Syurga

Dari Anas RA berkata, tujuh perkara yang menyumbangkan  pahala yang selepas mati :
1-Mereka yang membina masjid, tetap akan mendapat pahala selagi ada orang beribadat dalam masjid tersebut.
2-Mereka yang membina sistem pengairan, selagi ada manusia mengambil manfaat dari sistem pengairan tersebut.
3-Mereka yang menulis Al-Quran, selagi ada manusia membaca Al-Quran tersebut .
4-Mereka yang membina perigi atau tempat minuman, selagi ada manusia mengguna tempat tersebut.
5-Mereka yang bercucuk tanam, selagi ada manusia atau haiwan yang mengambil faedah daripadanya.
6-Mereka yang mengajar atau menyebarkan Ilmu berguna, selagi manusia beramal dengan ilmu yang disebarkan.
7-Mereka yang berjaya mendidik anak menjadi Insan Soleh, segala ibadat yang dilakukan anak yang soleh akan sampai pahala kepada kedua ibu bapanya.
Kitab 1001 Fegh Nasihah, m/s : 76.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Insan yang paling bahagia

 Manusia yang paling bahagia adalah mereka yang memiliki:
1-Hati yang meyakini bahawa Allah sentiasa bersamanya;
2-Jiwa yang sabar; dan
3-Sikap Qana’ah dengan apa yang dimiliki.
Qana’ah adalah menerima pemberian Allah dengan hai ridha dan tidak risau dengan apa yang luput darinya.
---------------------------------------------------------------------------------------------

Ikhlas
1. Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian manusia.
2. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud :
“ Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar “.
( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )

3. Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan yang lain daripada taat kepada perintah Allah s.w.t.
4. Hendaklah dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain dari sifat-sifat yang keji ( sifat mazmumah ) seperti riya’ , ujub , inginkan kemasyhuran dan lain-lain lagi.
5. Dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t. hendaklah diniatkan untuk taat semata-mata bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya.

( Rujukan Kitab - Mengenal Ilmu Tasawwuf – Mohd Sulaiman bin Hj. Yasin )
 --------------------------------------------------------------------------------------------------

3 Doa yang paling berharga

Ya Allah jadikanlah aku orang yang sentiasa ingat pada MU
YaAllah jadikanlah aku sebaik-baik hamba yang mengabdikan diri kepada MU
YaAllah jadikanlah aku hamba yang sentiasa mensyukuri nikmat MU 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails