Khamis, 26 Januari 2012
15 Senjata penghalang syaitan
Sabtu, 19 November 2011
Terpelihara dari api neraka dan syaitan
Empat perkara barang siapa ada padanya nescaya diharam oleh Allah Taala (dipelihara) daripada api neraka dan terpelihara daripada syaitan:
Wallahua'lam
Ahad, 30 Oktober 2011
6 Perkara wajib orang mukmin takuti
Jumaat, 13 Ogos 2010
Bagaimana Syaitan Diikat Sepanjang Ramadhan
ALHAMDULILLAH, Ramadan tiba lagi yang mempunyai pelbagai kelebihan di mana antara kelebihan tersebut al-Quran diturunkan seperti nas (al-Baqarah: 185) yang bermaksud: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
Ibn al-Jauzi berkata: Ada tiga pendapat:
Berkenaan dengan hadis syaitan ditambat, penerangannya seperti berikut:
Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Apabila menjelmanya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fath al-Bari 4/132 tidak menyebut sebarang komentar ketika dikemukakan hadis ini.
Dalam Faidh al-Bari 'ala Sahih al-Bukhari oleh Sheikh Anwar al-Kashmiri 3/327 menyebut: Di sisi riwayat Tirmidzi iaitu yang dirantai ialah jin yang ganas. Justeru, tidak lazim bahawa dirantai keseluruhannya.
Begitu juga sebab berlakunya maksiat bukan hanya terbatas dengan godaan syaitan semata-mata, tetapi di sana ada sebab yang lain seperti pengaruh hawa nafsu yang juga antara sebesar-besar musuh manusia. Apa yang dapat diperhatikan sedikitnya maksiat dan banyaknya ketaatan dilakukan pada bulan Ramadan ini tanpa syak.
Dengan sebab itu, Saidina Uthman r.a memberi nilai tambah daripada segi amalan dua kali ganda berbanding bulan lain. Lihat juga penjelasan yang dikemukakan oleh al-Tahawi.
Ibn Hajar al-Haitami dalam Ittihafu Ahlu al-Islam bi Khususiyat al-Siyam menyebut: "Diambil daripada hadis ini bahawa pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup mengikut hakikatnya. Ini untuk menggambarkan kepada malaikat dan lainnya berkenaan bulan Ramadan dan pahalanya".
Ikatan dan belenggu syaitan pula termasuk hakikat demikian pada kebanyakan masa atau secara majaz kinayah daripada menahan perbuatan jahat dan tipu daya kepada manusia. Hal ini ada kebenarannya.
Dalam Ahkam al-Siyam, oleh Dr. Muhammad Uqlah menyebut: "Iaitu maksud tambatan atau ikatan ialah kurang godaan dan menyakiti mereka".
Semoga kita mengambil semangat Ramadan ini yang memberi 1,001 macam kebaikan untuk menambahkan lagi amalan ketaatan sehingga kita mendapat rahmat, keampunan dan dimerdekakan daripada api neraka Allah SWT. Amin.
Sabtu, 16 Januari 2010
Hijrah...Perlu Berjemaah ?
Saya cuma ingin mengemukakan beberapa intisari dari forum tersebut yang sempat dicatat atas sifat kelemahan diri sendiri.
Ukhuwah membawa maksud sanggup senasib atau seberuntung dengan saudaranya, bersenyawa dengan Islam itu sendiri.
Tanda hilang kasih sayang Allah :
- Mudah membuat kejahatan
- susah membuat kebaikan
- anutan peribadi sahaja
- tidak untuk mengurus (sp. pemerintahan, dan lain-lain)
5. Dalam peristiwa hijrah juga Nabi SAW memadankan orang-orang Muhajirin dan Ansar dalam bentuk 'smart-partnership'. Ini bermakna orang yang berkemahiran sama atau mempunyai profession yang sama antara Ansar dan Muhajirin dipadankan sebagai langkah bagi membantu saudara yang tidak mempunyai apa-apa selepas melakukan hijrah bersama Nabi.
6. Perlu memberi tempat dan manpower kepada Islam dimana jua.
7. Memberikan kesetiaan kita kepada Islam.
8. Sistem kapitalisma dan sosialisma telah gagal.
Mohonlah kepada Allah "Ya Allah tuhan kami anugerahilah kami pada dunia kebaikan dan pada akhirat kebaikan, dan peliharalah kami akan siksa neraka"
Empat Tanda Kebahagiaan
- Mempunyai isteri/pasangan yang soleh/solehah (bermula dari kita sendiri, iaitu, kita sendiri perlu soleh/solehah dulu).
- Bila Allah kurniakan kepada kita anak yang memberi kebajikan kepada kita, kepada masyarakat mahupun kepada negara.
- Apabila dikurniakan rakan-rakan dan jiran-jiran yang baik (punca soleh adalah masjid).
- Rezeki yang mudah diperolehi.
Wallahhuaqlam.