Memaparkan catatan dengan label takbur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label takbur. Papar semua catatan
Sabtu, 6 April 2013
Rabu, 24 Februari 2010
Sedikit intisari Ayat 17 - 30 Al Muddathir
Dalam Surah Al Muddathir :
18. Sesungguhnya dia telah memikirkan dan menetapkan (apa yang ditetapkannya),
19. maka celakalah dia! Bagaimana dia menetapkan?,
20. kemudian celakalah dia! Bagaimanakah dia menetapkan?,
21. kemudian dia memikirkan,
22. sesudah itu dia bermasam muka dan merengut,
23. kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan menyombongkan diri,
24. lalu dia berkata: "(Al Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dipelajari (dari orang-orang dahulu),
25. ini tidak lain hanyalah perkataan manusia".
26. Aku akan memasukkannya ke dalam (neraka) Saqar.
27. Tahukah kamu apakah (neraka) Saqar itu?
28. Saqar itu tidak meninggalkan dan tidak membiarkan.
29. (Neraka Saqar) adalah pembakar kulit manusia.
30. Dan di atasnya ada sembilan belas (malaikat penjaga).
sumber : http://tanzil.info/
Diterangkan sikap dikalangan orang-orang kafir yang tak percaya kepada Quran dan apa-apa yang dibawa oleh Nabi SAW. Ini dikaitkan dengan sikap Alwalid bin Mughirah yang terdapat disepanjang zaman.
Allah telah meletakkan kesulitan (bukan berbentuk kewangan) tapi dalam ketenangan hidup.
Kita disuruh berdoa untuk mendapat ketenangan itu.
Merujuk kepada kisah Alwalid, beliau sama banyak sama ada nak terima Islam atau tidak. Beliau dihasut oleh rakan-rakanya supaya tidak menerima Islam. Dia berfikir juga tentang keputusanya betul atau tidak. Akhirnya dia membuat keputusan yang salah. Dia menyangka kata-kata orang lain tidak betul, dia sahaja yang betul...EGO.
Manusia banyak yang sudah menjadi takbur. Malah perkataan yang paling ringan seperti :
" lihatlah saya..kulit saya licin, halus......."
" apa-apapun saya juga, kalau tidak ada saya........." boleh meletakkan diri kita dalam kategori takbur.
Alwalid bin Mughirah tidak dapat menerima bahawa Al-Quran itu dari Allah, mengatakan ia sebagai sihir yang nyata dan masih menolak Al-Quran, takbur, sombong, berpaling dari Islam. Rumusan nya mereka mengatakan Al-Quran itu rekaan manusia.
Mereka semua akan dimasukkan kedalam neraka saqar. Ini telah diberitahu oleh Allah terlebih dahulu. Apa yang dilempar kedalam neraka saqar ini akan diazab, pulih semula, dan diazab semula.
Wallahua'qlam
Catatan Kuliah Subuh 21.2.10
Selasa, 23 Februari 2010
Takbur
سَأَصْرِفُ عَنْ آيَاتِيَ الَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ
Al-Aqraf : 147 (sebahagian dari ayat)
Aku pasti akan memalingkan ayat Ku (tidak memberi petunjuk) dari orang-orang yang bersikap takbur dibumi Allah secara yang tidak benar (sehingga mereka tidak mahu menerima ayat-ayat Allah yang dibacakan kepada mereka)
Pengajaran ayat (diantaranya) :
1. Ada orang yang dipalingkan oleh Allah sendiri dari menerima hidayah Allah ketika ayat-ayat Allah dibacakan / dihuraikan.
2. Mereka itu bersikap EGO terhadap ayat-ayat Allah dengan meletakkan penghalang-penghalang dalam diri mereka diantaranya:
i. Nafsu mereka
ii. Pandangan dan pendapat mereka
iii. Kepentingan dunia mereka
iv. Kejahilan diri mereka sehingga mereka menolak ayat-ayat Allah kerana meletakkan kepentingan perkara-perkara diatas lebih tinggi dari hidayah Allah.
Perhatian :
Menolak pengajaran ayat-ayat Allah semasa ayat-ayat Allah itu dibacakan / dihuraikan merupakan sikap yang paling merugikan kerana sudah pasti ia terus menerus tidak mendapat hidayah semasa tidak mendengar ayat-ayat Allah.
Catatan kuliah Maghrib 7 R.Awal 1431 (22.2.10)
Langgan:
Catatan (Atom)