Memaparkan catatan dengan label lompat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lompat. Papar semua catatan

Rabu, 10 Mac 2010

Masih lompat lagi


Salam,

Sekali peristiwa mengikut yang empunya hikayat, terdapat sekumpulan kera yang tinggal berhampiran dengan ladang yang diusahakan oleh sebilangan usahawan. Berusahalah usahawan-usahawan ini dengan berbagai bidang usaha, ada yang bertanam, dan ada yang menternak.

Akan kumpulan kera ini disinilah jua sumber makanan nya kerana sekitar kediaman mereka telah terang benderang dengan pembangunan yang pesat. Tong sampah menjadi tempat kunjungan yang 'wajib' setiap hari kerana itu sahaja kemampuan yang ada. Hendak pergi ke Tesco atau Giant tidaklah mereka mampu.

Tibalah masanya hasil-hasil ladang telah sesuai hendak dipungut untuk dijual. Akan sang kera amatlah teringin hendak merasa hasil ladang itu setelah sekian lama bergelumang dengan tong sampah. Akan sang usahawan tahu dan maklum juga mengenai niat sang kera itu untuk mendapat sedikit makanan dari ladang mereka. Hendak ditembak begitu sahaja tidak berkesan kerana terlalu ramai, sedangkan bau senapang pun mereka sudah dapat kesan inikan pula menembaknya. Jadi akal pun dicari bagaimana hendak mengusir 'penceroboh2' itu keluar kalu boleh untuk selama-lamanya. Mesyuarat, mesyuarat, mesyuarat..........keputusan diambil.....
"umpan" disediakan dalam satu perangkap yang sang monyet tidak kenalpun itu perangkap !

Biasalah..BOS kena tunjuk dia bijak. Maka Bos sang monyet tadi terpikat dengan umpan yang diletak dalam perangkap....praaaaaap !! termasuklah sang ketua tadi tiada dapat keluar lagi. Tak kisah fikirnya, nanti aku dapat makan sedap setiap hari...

Rabu, 3 Mac 2010

Raja Lompat Sebenar

Posted by PicasaSalam,


Tupai....semua peringkat umur boleh mengenali makhluk ini dengan mudah. Habitatnya bukan sahaja dikampung atau belukar, malah dalam kawasan bandar juga boleh dilihat. Makhluk sekecil ini pun banyak memberi munafaat kepada manusia jika kita mengetahuinya. Selain dari kehebatan nya melompat dari pokok kepokok, apa lagi agaknya keistimewaan pelompat cilik ini ?

Dalam bidang pertanian, ia amat berguna bagi pokok langsat, duku, dokong dan sebangsa denganya sebab ia membantu membersihkan kulit-kulit pokok yang ada parasit dan secara tidak langsung memudahkan pembungaan terjadi.

Keduanya, kalau kita perasan, ia menjadi penggred buah yang baik, ia ada natural instinct yang dibekalkan oleh Allah kepadanya. Kalau tidak percaya, lihat pada buah durian, jika satu-satu pokok itu ia suka memakan buahnya, bermakna itulah durian dikalangan yang terbaik dikawasan itu. Ujilah dan perhatilah sendiri. Buah durian yang telah ditebuk tupai, jika ada bakinya atau pangsanya yang masih elok, anda rasalah, InsyaAllah sedap.

Apabila tupai mula memakan sesuatu buah itu maknanya buah itu telah hampir masak. Tapi kalau "kelapa yang telah ditebuk tupai" itu dah lain maksudnya.

Berlainan dengan kera, ia ada sifat tamak dari segi merosakkan buah. Buah tua, buah masak, atau buah muda, habis diterajangnya supaya luruh kesemuanya konon nya untuk dijadikan stok makanan nya nanti. Ini mementingkan diri namanya. Kera memang terkenal dengan sifat ala mafianya terutama dikawasan pekan kerana dah educated sikit agaknya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails