Memaparkan catatan dengan label amal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label amal. Papar semua catatan

Ahad, 15 April 2012

Hadith 40 – 1 Kepentingan Niat dalam ibadat

بسم الله الرحمن الرحيم

Syarah hadith ini dipetik dari buku Hadith 40 karangan Imam An-Nawawi. Tajuk hadith yang pertama (01) ini adalah, segala amal itu berdasarkan niat.
عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ .
[رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]

Maksud hadith

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya setiap  perbuatan tergantung niatnya.  Dan  sesungguhnya  setiap  orang  (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
(Riwayat dua imam hadith, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kitab Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang).

Catatan hadith 40:01 - niat

1. Hadith ini merupakan salah satu dari hadith-hadith yang menjadi inti ajaran Islam. Imam Ahmad dan Imam syafi’i berkata : Dalam hadith tentang niat ini mencakup sepertiga ilmu. Sebabnya adalah bahwa perbuatan hamba terdiri dari perbuatan hati, lisan dan anggota badan, sedangkan niat merupakan salah satu dari ketiganya. Diriwayatkan dari Imam Syafi’i bahwa dia berkata: Hadith ini mencakup tujuh puluh bab dalam fiqh. Sejumlah ulama bahkan ada yang berkata : Hadith ini merupakan sepertiga Islam.
2.Hadith ini ada sebabnya, yaitu: ada seseorang yang hijrah dari Mekkah ke Madinah dengan tujuan untuk dapat menikahi seorang wanita yang konon bernama: “Ummu Qais” bukan untuk mendapatkan keutamaan hijrah. Maka orang itu kemudian dikenal dengan sebutan “Muhajir Ummi Qais” (Orang yang hijrah karena Ummu Qais).

Pelajaran yang terdapat dalam Hadith

1. Niat merupakan syarat layak/diterima atau tidaknya amal perbuatan, dan amal ibadah tidak akan mendatangkan pahala kecuali berdasarkan niat (karena Allah ta’ala).
2. Waktu pelaksanaan niat dilakukan pada awal ibadah dan tempatnya di hati.
3. Ikhlas dan membebaskan niat semata-mata karena Allah ta’ala dituntut pada semua amal shaleh dan ibadah.
4. Seorang mu’min akan diberi ganjaran pahala berdasarkan kadar niatnya.
5. Semua pebuatan yang bermanfaat dan mubah (boleh) jika diiringi niat karena mencari keridhoan Allah maka dia akan bernilai ibadah.
6. Yang membedakan antara ibadah dan adat (kebiasaan/rutinitas) adalah niat.
7. Hadith diatas menunjukkan bahwa niat merupakan bagian dari iman karena dia merupakan pekerjaan hati, dan iman menurut pemahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah membenarkan dalam hati, diucapkan dengan lisan dan diamalkan dengan perbuatan

Isnin, 30 Januari 2012

Bersedekahlah Sebelum Pintu Rezeki Ditutup

بسم الله الرحمن الرحيم
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh. (Munafikun: 10)
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.  (Munafikun: 11)
Zakat ialah sedekah yang wajib bagi mereka yang mempunyai harta yang melebihi kadar yang telah ditetapkan dan melebihi keperluan, dan selain daripada itu adalah dikira sebagai sedekah yang sunat.
Baqarah [219]….dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir
Bersedekahlah sebelum sampai ajal dan pintu rezeki kita ditutup .
Az-Zariyat [22] Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Seorang hamba memiliki dua pintu di langit. Pintu yang menjadi keluarnya rezeki dan pintu yang menjadi masuknya amal dan perkataan baiknya. Jika ia meninggal dunia, dua pintu langit itu akan merasa kehilangan dan akan menangisinya.” Kemudian Baginda s.a.w membaca ayat, “”Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka.” Disebutkan demikian, kerana mereka tidak memiliki amal soleh di atas muka bumi yang membuat bumi menangisi kematian mereka (Fir’aun dan bala tentaranya). Dan mereka juga tidak memiliki amalan dan perkataan yang baik, yang naik ke langit sehingga langit itu tidak merasa kehilangan dan tidak pula menangisi mereka.”.. (Riwayat Abu Ya’la dan At-Tirmidzi).
Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya rezeki itu mencari seorang hamba lebih kerap daripada apa yang dicari oleh ajalnya” (Riwayat Thabrani melalui Abu Daud).
Rasulullah s.a.w bersabda “Janganlah kamu merasa bahawa rezekimu terlambat datangnya, kerana sesungguhnya tidaklah seorang hamba akan mati, hingga telah datang kepadanya rezeki terakhir (yang telah ditentukan) untuknya, maka tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, iaitu dengan mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram.” (Riwayat Ibnu Majah).
Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah Subhanahuwata’ala…
Apabila kadar rezeki yang  ditetapkan Allah Subhanahuwata’ala kepada seseorang telah cukup dan sempurna, maka akan dihantar malaikat untuk mencabut nyawanya. Malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa ialah Malaikal Maut dan Malaikat Izrail pula adalah menteri kepada ‘mereka’ yang ditugaskan untuk mencabut nyawa.
dari

Rabu, 30 November 2011

6 Perkara yang wajib kita sibukkan diri

بسم الله الرحمن الرحيم
1- Jika manusia sibuk memperbanyakkan amal, maka hendaklah kamu sibuk  menyempurnakan sebaik-baik amal.
2- Jika manusia sibuk dengan perkara-perkara sunat, maka hendaklah kamu sibuk menyelesaikan perkara-perkara fardhu.
3- Jika manusia sibuk memperbaiki perkara-perkara zahir, maka hendaklah kamu sibuk memperbaiki perkara-perkara batin.
4- Jika manusia sibuk mencari kesalahan orang lain, maka hendaklah kamu sibuk mencari kesalahan diri sendiri.
5- Jika manusia sibuk mencari kesenangan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari kemakmuran Akhirat.
6- Jika manusia sibuk mencari keredhaan dunia, maka hendaklah kamu sibuk mencari keredhaan Akhirat.
Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 849.
syukran

Khamis, 3 November 2011

6 Sifat yang merosakkan amalan kita

بسم الله الرحمن الرحيم
http://www.al-eman.com/aleman/others/recommendation-image/51.jpg
Ulamak telah berpesan :
1- Sesiapa tidak takut kepada Allah SWT, nescaya dia tidak akan selamat dari kesalahan berbicara.
2- Sesiapa tidak takut dengan pertemuan bersama Allah SWT, nescaya hatinya tidak akan selamat dari perkara haram dan syubahat.
3- Sesiapa tidak memutuskan pengharapan kepada orang lain, nescaya dia tidak akan selamat daripada sifat tamak.
4- Sesiapa  tidak memelihara amalnya, nescaya dia tidak akan selamat daripada sifat riak.
5- Sesiapa tidak memohon pertolongan dengan Allah SWT agar dijaga hatinya, nescaya dia tidak akan selamat daripada penyakit hasad.
6- Sesiapa tidak melihat orang lain lebih utama dalam bidang ilmu dan amalnya, nescaya dia tidak akan selamat daripada sifat ujub.
Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam.  M/S : 191.
 dari

Jumaat, 25 Mac 2011

50 Amalan Terbaik Dalam Hidup

بسم الله الرحمن الرحيم
1.  Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2.  Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3.  Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4.  Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5.  ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6.  Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7.  Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8.  Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9.  Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat  walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH  catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana  ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan  datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung),  maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga  3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.
sumber

Jumaat, 24 Disember 2010

Jangan Tidur Sebelum Mengerjakan 4 Perkara

بسم الله الرحمن الرحيم

http://www.moveed.com/data/media/127/28_3251_1061503220.jpg

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda kepada Saidatina Aisyah, " Wahai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum mengerjakan 4 perkara:

1-Mengkhatam Al-Quran.

2-Menjadikan para Nabi sebagai penolongmu di hari Kiamat.

3-Menjadikan agama Islam sebagai redha kepadamu.

4-Mengerjakan ibadat haji dan Umrah.

Kemudian Baginda SAW mengerjakan solat dan Aisyah berada di tempat tidur hingga Baginda selesai mengerjakan solat. Lalu Saidatina Aisyah berkata : " Wahai Rasulullah SAW, Tuan perintahkan saya mengerjakan empat perkara yang tidak mampu saya lakukan sekarang".

Rasulullah SAW tersenyum sambil bersabda :

Apabila kamu:

1-Membaca surah AlIkhlas sebanyak tiga kali. seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.

2-Apabila engkau berselawat kepadaku dan kepada para nabi sebelumku, sesungguhnya kami telah memjadi penolongmu di Akhirat nanti.

3-Dengan engkau memohon keampunan kepada semua orang beriman, maka mereka telah meredhai engkau.

4-Jika kamu menyebut Subhanallah. sesungguhnya engkau telah menunaikan haji dan umrah.\

Kitab 1001 Feqah Nasihat. m/s : 185
sumber

Ahad, 21 Mac 2010

Neraka dan Syurga

Salam,
Syurga dan neraka adalah janji Allah kepada orang-orang bertaqwa dan tidak bertaqwa. Manusia sebagai khalifah yang dilantik oleh Allah dimuka bumi kena melalui kehidupan didunia sebelum akhirnya ke syurga atau sebaliknya.
Allah tidak menjadikan manusia untuk main-main sahaja seperti yang diberi peringatan dalam surah Al Mukminun 23 : 115-118 yang bermaksud :

115. Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?


116. Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.


117. Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.


118. Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!

http://www.searchtruth.com


Allah memberi nikmat kepada kita tapi nikmat dunia ini terhad, sementara nikmat di syurga tidak terhingga. Nikmat disediakan untuk orang-orang bertaqwa sepertimana dinyatakan dalam Surah At Thur :

17. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya). (At Thur 52: 17)

http://www.searchtruth.com

Sesuatu amal perlu dipaksa dahulu sebelum ia menjadi kebiasaan. Dinyatakan juga bahawa 99 nikmat Allah sembunyikan dan hanya 1 sahaja nikmat yang diturunkan kedunia. Didunia ada perkara-perkara yang tidak dapat dihalang umpamanya mati, tua, sakit dan sebagainya. Orang yang sakit juga akan mati, demikian juga orang yang sihat. Oleh itu persiapan mesti ada pada diri kita bagi orang-orang yang berakal. Iman perlu diikuti dengan amal soleh,mesti dipraktikkan.

Wallahua'qlam

...catatan subuh@Us. Saidin 20.3.10

Rabu, 17 Mac 2010

Berlumba2 kerjakan Kebaikan

Salam,

Islam amat menggalakkan berlumba-lumba mengerjakan kebaikan dan jangan bertangguh-tangguh. Apa jua kebaikan yang terdetik dihati kita untuk melakukanya hendaklah segera dilaksanakan.

Dalam satu hadis dari Amru bin Maimun Alaudi r.a. katanya :
Rasulullah SAW bersabda kepada seseorang menasihatkanya "rebutlah peluang lima keadaan sebelum datangnya yang lain -
1. keadaan muda mu sebelum keadaan tua mu
2. keadaan sihat mu sebelum sakit mu
3. keadaan berada sebelum datangnya keadaan berhajat
4. keadaan lapang mu sebelum datangnya keadaan sibuk mu
5. keadaan mu masih hidup sebelum datangnya mati mu "

Dalam satu hadis lain Nabi SAW juga menyuruh kita segera mengerjakan amal-amal soleh kerana diakhir zaman ini banyak fitnah berlaku, fitnah seperti malam yang sangat gelita. Akan terdapat dimana seorang mukmin itu sebelah paginya beriman tapi pada sebelah petangnya kafir dan sebaliknya.

Perlu kita jauhi segala gejala-gejala yang kurang sihat, dan kufur nikmat. Kufur nikmat boleh membawa kepada kufur hakiki contohnya seperti mengatakan zakat tidak wajib.

Ada orang yang menjual agama demi kepentingan dunia yang sedikit, dan ini boleh dipanggil munafik atau hipokrit. Maka perlu kita merebut untuk membuat amal-amal kebajikan selagi badan masih sihat dan ada masa kerana kita tidak tahu halangan-halangan yang akan berlaku dimasa hadapan.
Nabi SAW juga mengingatkan bahawa fitnah/halangan yang besar akan berlaku yang menghalang manusia dari mengerjakan kebaikan, contoh: lari dari majlis ilmu. Diakhir zaman, fitnah mengatasi segala-galanya.

...catatan subuh.

Khamis, 4 Februari 2010

Tiket Sehala

Salam,

Dua hari lebih komputer tak dapat access ke internet. Sepertimana biasa, yang mula-mula diperiksa ialah samada perkhidmatan (ISP) ke internet tu yang jadi masalah sebab dulu pernah berlaku talian talipon terus tak aktif, bil bayar tiap-tiap bulan sejak zaman berzaman lagi. Report masalah ini kpd ISP. Rupa-rupanya kabel yang hilang !!

Kali ini lain pula halnya kerana selepas dibuat laporan, ISP kata line ok, jadi next step periksa komputer sendiri takut-takut ada masalah. Memang sah, window nya bermasalah...
Kena reformat balik h.disk...banyak bookmark homepage / maklumat yang hilang..tapi syukur masalah telah diatasi.

Apa yang terjadi boleh dijadikan iktibar. Jika h.disk itu diabaratkan sebagai kita (manusia), bolehkah manusia diformat semula ? setelah mati. Pasti jawapanya tidak kerana kita melalui perjalanan sehala (one way ticket) yang tidak mungkin lagi kembali kedunia sesudah mati.

Jika h.disk (yang belum rosak sepenuhnya) boleh diformat semula, maka pada pengamatan saya manusia memang mengalami proses reformat atau diformat semula samada kita sedar atau tidak, iaitu apabila kita melalui bulan-bulan Ramadhan. Dalam setiap Ramadhan disetiap tahun kita 'diformat' semula, dengan matlamat supaya kita bertakwa.


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #183)

Outcome selepas selesai ramadhan bolehlah dinilai sendiri oleh tiap-tiap individu yang menjalaninya adakah bertambah baik dirinya atau sebaliknya. Huraian mengenai perkara ini telah banyak kita dengar melalui kuliah-kuliah agama dll.

Berbalik kepada masalah h.disk tadi, jika sekiranya ia telah rosak 100 % dan diibaratkan kepada manusia sebagai telah mati, maka ia tak boleh 'diformat' semula kerana telah berada dialam kubur. Apa yang diharapkan ialah segala amal-amal yang telah dibuat semasa hayat dahulu diterima dan menjadi bekalan yang akan dinilaikan Nya nanti.

Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.
( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #124)


Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun).
( سورة الأنعام , Al-Anaam, Chapter #6, Verse #160)

semua petikan maksud ayat Quran drpd:
http://www.searchtruth.com

Semoga bertemu lagi dengan Ramadhan . Saya mengingatkan diri sendiri !!

Ahad, 31 Januari 2010

Amal Tanpa Ilmu


Mafhum Hadith : amal tanpa ilmu tidak diterima oleh Allah


1. Amal tanpa ilmu tidak mengikut syariat


2. Amal tanpa ilmu tidak mengikut sunnah (amalan Rasulullah)


3. Amal tanpa ilmu tidak sah


4. Amal tanpa ilmu haram


5. Kewajipan berilmu mendahului kewajipan beramal


6. Menuntut ilmu amal yang paling besar / paling utama


7. Tidak menuntut ilmu kederhakaan kepada Allah yang paling besar kerana ia punca kejahilan


8. Amal tanpa ilmu amal ikut nafsu


9. Amal tanpa ilmu amal yang sesat


10. Wajib beristiqamah dalam menuntut ilmu selagi mampu disepanjang hayat kerana ilmu keperluan paling utama hidup dan mati.

IMAN ITU ILMU, ILMU ITU IMAN


Catatan Kuliah Maghrib Ustaz Zulkarnain Ibrahim 25.01.10

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails