بسم الله الرحمن الرحيم
dari : http://wp.me/pBfvy-6WJ
http://peribadirasulullah.wordpress.com/2013/09/13/27-ciri-hati-yang-kotor/
Selasa, 17 September 2013
Khamis, 18 Julai 2013
Pameran Rumah Rasulullah SAW Di Madinah Munawwarah
بسم الله الرحمن الرحيم
Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala aali Muhammad.
Di sebelah Masjid Nabawi, Madinah baru-baru ini sedang dilangsungkan pameran mengenai sirah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam.
Maklumat dan bahan pameran yang dipamerkan sangat mengujakan para pengunjung. Ia bukan sahaja dalam bentuk maklumat bacaan, gambar dan gambarajah, bahkan terdapat juga model-model mini yang dibina bagi memberikan gambaran rupabentuk asal beberapa bangunan dan objek penting dalam sirah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam. SubhanaALLAH!
‘Roadshow Exhibition’ mengenai Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam yang terletak di sebelah Masjid Nabawi, Madinah.
Berikut adalah beberapa bahan pameran dalam bentuk model yang sempat dirakam pada 30 Jun 2013:
Di sebelah Masjid Nabawi ialah rumah `A’ishah (isteri Nabi), Fatimah (puteri Nabi) dan lain-lain isteri-isteri Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam – radhiAllahu `anhunna.
Lagi sebahagian bahan pameran yang sempat dirakam:
Sungguh! Pameran sebegini sangat bermanfaat bagi mencetus rasa rindu dan cinta kita kepada insan agung ikutan manusia, iaitu Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. Mudah-mudahan pameran sebegini dapat singgah ke negara kita suatu hari nanti, in shaa’ ALLAH.
sumber : http://wp.me/pBfvy-6KU
|
Puasa Zahir dan Batin
بسم الله الرحمن الرحيم
Puasa syariat adalah menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh daripada terbit fajar hinggalah terbenam matahari. Puasa kerohanian selain yang demikian ditambah lagi memelihara pancaindera dan fikiran daripada perkara-perkara yang keji. Ia adalah melepaskan segala yang tidak sesuai, zahir dan batin. Rosak sedikit sahaja niat mengenainya rosaklah puasa rohani. Puasa syariat terikat dengan masa sementara puasa rohani pula berkekalan di dalam kehidupan sementara ini dan kehidupan abadi di akhirat. Inilah puasa yang sebenar.
Nabi s.a.w bersabda, “Ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga”. Puasa syariat ada waktu berbuka tetapi puasa rohani berjalan terus walaupun matahari sudah terbenam, walaupun mulut sudah merasakan makanan. Mereka adalah yang menjaga pancaindera dan pemikiran bebas daripada kejahatan dan yang menyakitkan orang lain. Untuk itu Allah telah berjanji,“Puasa adalah amalan untuk-Ku dan Aku yang membalasnya”. Mengenai dua jenis puasa itu Nabi s.a.w bersabda, “Orang yang berpuasa mendapat dua kesukaan. Pertama bila dia berbuka dan kedua bila dia melihat”. Orang yang mengenali zahir agama mengatakan kesukaan yang pertama itu ialah kesukaan ketika berbuka puasa dan ‘kesukaan apabila mereka melihat’ itu ialah melihat anak bulan Syawal menandakan hari raya. Orang yang mengetahui makna batin bagi puasa mengatakan kesukaan berbuka puasa ialah apabila seseorang yang beriman itu masuk syurga dan menikmati balasan di dalamnya, dan kesukaan yang lebih lagi ialah ‘apabila melihat’, yang bermaksud apabila orang yang beriman melihat Allah dengan mata rahsia bagi hati.
Lebih berharga daripada dua jenis puasa itu ialah puasa yang sebenarnya (puasa hakikat), iaitu mengelakkan hati daripada menyembah sesuatu yang lain dari Zat Allah. Ia dilakukan dengan mata hati buta terhadap semua kewujudan, walaupun di dalam alam rahsia di luar daripada alam dunia ini, melainkan kecintaan kepada Allah, kerana walaupun Allah menjadikan segala-galanya untuk manusia, Dia jadikan manusia untuk-Nya, dan Dia berfirman:
“Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya”. Rahsia itu ialah cahaya daripada cahaya Allah Yang Maha Suci. Ia adalah pusat atau jantung hati, dijadikan daripada sejenis jisim yang amat seni. Ia adalah roh yang mengetahui segala rahsia-rahsia yang hak. Ia adalah hubungan rahsia di antara yang dicipta dengan Pencipta. Rahsia itu tidak cenderung dan tidak mencintai sesuatu yang lain daripada Allah.
Tidak ada yang berharga untuk diingini, tiada yang dikasihi di dalam dunia ini dan di akhirat, melainkan Allah. Jika satu zarah sahaja daripada sesuatu memasuki hati selain kecintaan kepada Allah, maka batallah puasa hakikat. Seseorang perlu memperbaharuinya, menghadapkan segala kehendak dan niat kembali kepada kecintaan-Nya, di sini dan di akhirat. Firman Allah, “Puasa adalah untuk-Ku dan hanya Aku yang membalasnya”.
sumber :http://wp.me/pBfvy-6Lq
|
Selasa, 4 Jun 2013
Baitul Muthoyyabin
بسم الله الرحمن الرحيم
Baitul Muthoyyabin
Imam Thabrani rahmatullah `alaih meriwayatkan bahawa pada satu hari seorang lelaki telah datang kepada Junjungan Nabi SAW. Tujuan kedatangannya adalah memohon bantuan baginda untuk membuat persediaan bagi perkahwinan anak perempuannya. Namun ketika itu, Junjungan Nabi SAW tidak memiliki apa-apa untuk diberikan kepada lelaki tersebut. Namun bukanlah sifat Junjungan Nabi SAW untuk menghampakan permintaan seseorang, lalu baginda SAW telah meminta sebiji botol kosong daripada lelaki tersebut. Kemudian baginda mengumpul peluh baginda yang mulia dan memasukkannya ke dalam botol tersebut. Botol itu baginda berikan kepada lelaki itu dan baginda bersabda: "Suruhlah anakmu berwangi-wangian dengannya". Apabila anak lelaki tersebut menggunakan wangian yang berasal daripada peluh mulia Junjungan Nabi SAW maka tersebarlah bau semerbak keharuman yang tiada tara sehingga dapat dihidu oleh para penghuni kota. Sehingga akhirnya, para penduduk kota tersebut telah menggelar rumah lelaki itu sebagai "Baitul Muthoyyabin" yakni "rumah yang diharumi wangian". Allahu ... Allah, alangkah bertuahnya jika hidung kita yang banyak dosa maksiat ini dapat mencium keharuman Junjungan Nabi SAW tersebut. Semoga kita direzekikan Allah dengannya, kalau tidak di dunia yang fana ni, di dalam syurga nanti hendaknya. Mudah -mudahan Allah mengharumkan rumah kita dengan keberkatan bacaan mawlid Junjungan Nabi SAW dan keberkatan sholawat dan salam ke atas baginda. Allahumma aamiin.
Isnin, 22 April 2013
Sabtu, 6 April 2013
Sabtu, 23 Mac 2013
Indahnya Mimpi Bertemu Rasullullah-Ustaz Dr. Harun Din
بسم الله الرحمن الرحيم
Tidak terbendung airmata mengikuti pengalaman ini. Allahummasolli ala Saiyidina Muhammad
Tidak terbendung airmata mengikuti pengalaman ini. Allahummasolli ala Saiyidina Muhammad
Selasa, 19 Mac 2013
Selasa, 12 Februari 2013
Kejayaan Menurut Islam
بسم الله الرحمن الرحيم
Allah SWT berfirman:
Maksudnya: “Sesungguhnya mendapat kejayaan orang mukmin yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menghindari perkara yang sia-sia. Dan mereka menunaikan zakat. Dan mereka yang menjaga kehormatan kecuali kepada isteri mereka dan hamba sahaya milik mereka, maka mereka itu tidaklah dicela. Dan mereka yang melakukan sebaliknya, mereka itu adalah melampaui batas. Mereka yang menunaikan amanah dan janji-janji mereka, mereka yang sentiasa memelihara sembahyang mereka, mereka itulah yang mempusakai Syurga Firdaus dan mereka akan kekal di dalamnya.” (Al Mukminun: 1-11)
Dalam ayat ini Allah memberitahu bahawa orang yang mendapat kejayaan itu adalah dari kalangan orang mukmin iaitu yang mempusakai Syurga Firdaus. Tuhan tidak sebut orang Islam. Orang Islam tidak dijanjikan kejayaan dan kemenangan. Yang dijanjikan kejayaan dan kemenangan itu adalah orang mukmin. Orang mukmin sahaja yang sanggup melakukan syarat-syarat yang disebutkan dalam ayat tadi. Kemenangan umumnya di dunia, manakala kejayaan di Akhirat. Terdapat tujuh syarat yang Tuhan tetapkan untuk orang mukmin itu mendapat kejayaan yakni:
1. Khusyuk dalam sembahyang
Antara rasa khusyuk yang dirasai oleh orang yang khusyuk dalam sembahyang itu ialah, rasa kebesaran Tuhan, rasa Tuhan itu hebat, rasa diperhati, didengar dan diketahui oleh Tuhan. Terasa diri hamba, rasa lemah, rasa hina dan rasa rendah diri. Kita terasa meminta bermacam-macam dari Tuhan, mengikut ayat-ayat apa yang dibaca dalam sembahyang itu. Setiap perkara yang diminta itu, ada rasanya yang tertentu. Terasa harap, sedih dan berbagai-bagai perasaan. Perasaan itu berubah-ubah dari satu bacaan ke satu bacaan yang lain. Itulah orang mukmin yang khusyuk dalam sembahyang. Hingga dia tidak sempat membayangkan atau memikirkan perkara lain.
Kalau begitulah yang digambarkan, memang agak sulit. Lebih-lebih lagi bagi orang yang tidak tahu makna bacaan maka lagi susahlah hendak menghayati. Salah satu ciri mukmin yang akan diberi kejayaan di Akhirat ialah khusyuk dalam sembahyang. Kejayaan pula umum. Ia boleh berlaku di sesetengah aspek mengikut taraf khusyuk masing-masing. Mungkin berjaya di bidang ekonomi tetapi tidak berjaya di bidang lain. Bergantung kepada khusyuknya secara umum. Kalau secara umum itu khusyuknya luar biasa, maka banyaklah pertolongan Allah. Kalau kurang khusyuk maka kuranglah bantuan Allah. Rasulullah SAW menyebut bahawa jemaah itu rahmat. Jadi khusyuk secara jemaah tentu tidak sama dengan khusyuk secara individu. Bantuan kepada jemaah tidak sama dengan bantuan kepada individu.
2. Mengelak dari perkara yang tidak memberi faedah
Perkara yang tidak memberi faedah itu ada yang lahir, ada yang batin, ada soal luaran dan ada soal dalaman. Ada yang tersirat dan tersurat. Apa sahaja yang sia-sia mesti dijauhi sama ada yang lahir mahupun yang batin. Di antara perkara lahir yang sia-sia, yang perlu dijauhi adalah:
1. Sia-sia dalam perjuangan yakni perjuangan yang tidak hak.
2. Membangunkan ekonomi yang sia-sia.
3. Membangunkan pendidikan yang sia-sia, yang melahirkan orang yang tidak kenal Tuhan dan rosak akhlaknya. Itu mesti dijauhi.
4. Membangunkan jemaah yang melalaikan.
5. Pergi musafir yang tidak memberi manfaat.
6. Berkawan yang tidak memberi manfaat.
2. Membangunkan ekonomi yang sia-sia.
3. Membangunkan pendidikan yang sia-sia, yang melahirkan orang yang tidak kenal Tuhan dan rosak akhlaknya. Itu mesti dijauhi.
4. Membangunkan jemaah yang melalaikan.
5. Pergi musafir yang tidak memberi manfaat.
6. Berkawan yang tidak memberi manfaat.
Manakala perkara batin yang sia-sia pula ada dua iaitu:
a. Fikiran kita. Fikiran jangan memikirkan perkara yang tidak memberi manfaat, yang sia-sia, yang tidak merasakan kebesaran Tuhan dan mendatangkan cinta Tuhan. Atau memikirkan benda-benda yang boleh mendorong nafsu. Orang mukmin tidak akan lakukan yang demikian.
b. Perasaan kita. Begitu juga perasaan perlu dijauhi daripada perkara yang melalaikan kita dari Tuhan. Lebih-lebih lagi perasaan yang boleh menjadi dosa seperti rasa hendak marah, berdendam, rasa hasad dengki, rasa-rasa hendak buat jahat, rasa-rasa yang tidak mendatangkan cinta dan takut Tuhan. Itu semua mesti dijauhi. Itu adalah antara perkara yang melalaikan, yang bersifat batin. Mana yang tidak disebut, kiaskan sahaja.
3. Mengeluarkan zakat
Erti zakat itu ialah murni, bersih dan suci. Zakat terbahagi dua yakni:
a. Zakat yang lahir
Zakat yang lahir itu kita bahagikan kepada asnaf yang lapan. Tidak perlu disebutkan asnaf itu di sini kerana semua sudah tahu. Sama ada zakat fitrah, zakat harta atau zakat perniagaan. Mengapa bila kita tunaikan zakat, itu dikatakan pembersihan? Sebab hak yang lapan asnaf itu sudah tidak ada lagi pada harta kita. Tuhan sudah tentukan pada orang kaya itu ada hak lapan asnaf dalam hartanya. Jadi kalau kita keluarkan hak orang lain daripada harta kita, ertinya bersihlah harta kita. Kalau kita tidak keluarkan, ertinya hak asnaf yang lapan itu ada pada harta kita. Kalau kita makan, ertinya makan hak orang. Seolah-olah kita makan harta curi atau harta rasuah. Kalau kita beri anak isteri makan harta itu, lagilah luas kejahatan itu. Sebab itu zakat itu dalam bahasa kita dikatakan pembersihan sebab bila kita keluarkan zakat maka kita tidak makan lagi harta yang bukan harta kita.
b. Zakat yang batin
Zakat yang batin itu ialah:
i. Membersihkan akal kita daripada perkara yang haram, yang boleh menjadi syirik, yang boleh membawa ingkar dan mungkar kepada Tuhan.
ii. Membersihkan nafsu kita daripada tamak, dendam dan lain-lain lagi. Bersihkan hati kita daripada mazmumah nafsu. Sebab bila nafsu kotor, ia akan kotorkan hati. Bersihnya hati kita ditentukan oleh nafsu kita. Jadi hati atau roh kita ini ditentukan oleh nafsu kita. Sebab itu tidak dikatakan mujahadatur roh atau mujahadatul qalbi. Ia dikatakan mujahadatun nafs iaitu mujahadah untuk membuang mazmumah dari nafsu kita. Bila nafsu kotor, maka jahatlah hati. Bila nafsu tidak terdidik, automatik roh tidak terdidik. Roh kita tercorak ikut corak nafsu. Maka nafsu perlu dibersihkan dari mazmumah.
Itu erti zakat yang batin, yang tersirat, yang bersifat rohaniah. Maka syarat ketiga untuk mendapat kemenangan ialah mengeluarkan zakat lahir dan batin. Orang hanya cakap zakat yang lahir sahaja. Yang batin tidak dipeduli. Walhal dalam ajaran Islam, hal yang tersirat itu lebih banyak.
4. Menjaga kehormatan
Kehormatan di sini banyak aspek. Ada yang besar dan ada yang kecil. Yang besar itu ialah peringkat zina. Orang berzina ertinya tidak menjaga kehormatan. Orang liwat, lesbian, termasuk zina dengan tangan, itu dikira tidak menjaga kehormatan. Bagi orang yang gunakan tangan (onani) atau alat-alat tertentu untuk keluarkan mani, itu semua dosa besar. Kalau ia dilakukan maka dianggap tidak menjaga kehormatan yang besar. Zina, liwat, homoseks, lesbian, itu semuanya sama yakni dosa besar. Bila dilanggar, ia jadi dosa besar.
Ada pula kehormatan yang kecil seperti bergaul bebas, bercakap-cakap yang boleh lahirkan nafsu dan berpakaian terdedah. Itu juga dikatakan tidak jaga kehormatan. Mendedahkan aurat itu juga termasuk tidak menjaga kehormatan. Dedah aurat hanya boleh di depan suami isteri. Sesetengah orang dia hanya jaga kehormatan yang besar seperti tidak berzina, tetapi dia banyak langgar yang kecil-kecil. Akhirnya jadi dosa besar juga. Seperti ke pejabat dengan mendedah aurat, kemudian bergaul bebas, kemudian bercakap yang ada kehendak-kehendak nafsu, akhirnya jadi dosa besar. Asalnya tidak menjaga kehormatan yang kecil tetapi bila sudah banyak dan dilakukan setiap hari, ia jadi besar walaupun tidak berzina. Seolah-olah dia sudah berzina.
Jadi kehormatan atau maruah, sama ada yang besar atau kecil hendaklah dijaga. Kehormatan yang kecil, kalau tidak dijaga, ia jadi banyak dan akan jadi dosa besar juga.
5. Menjaga amanah-amanah
Di sini Tuhan menyebut amanah itu dalam kata jamak. Ertinya amanah itu banyak aspek. Amanah itu bersifat global. Jadi ertinya orang mukmin itu menjaga berbagai amanah yang dipikulkan kepadanya. Kalau kita kaji tentang amanah secara umum, amanah itu ada tiga aspek iaitu:
a. Amanah agama Islam
Ini amanah yang utama. Sewaktu di alam roh, sebelum amanah ini ditawarkan oleh Tuhan kepada manusia, Tuhan tanya kepada bukit, gunung dan bumi sama ada mahu terima amanah ini yakni amanah agama Islam untuk mengatur dunia tetapi semua tidak sanggup. Setelah itu baru ditawarkan kepada manusia.
Kita sudah lupa tentang ini sebab roh kita sudah masuk dalam sangkar (tubuh), lantas Tuhan beri nama insan (iaitu pelupa). Tidaklah dikatakan roh lagi. Insan itu dari bahasa Arab yang maksudnya pelupa. Masuk sahaja roh ke badan, kita terus lupa. Begitulah watak manusia itu. Kalau takdirnya kita masih roh, kita akan ingat tentang amanah ini.
Jadi amanah yang besar sekali ialah amanah agama. Oleh kerana besarnya amanah itu, gunung, langit dan bumi tidak sanggup menerimanya tetapi manusia yang pelupa inilah yang menerima. Langit bukan sahaja menolak bahkan merayu memohon perlindungan supaya jangan diberikan amanah ini. Jadi tawaran itu dihalakan kepada manusia. Tanpa fikir panjang, kita pun terima.
Apa kata Tuhan? Tuhan pun berkata, “Dengan amanah inilah Tuhan hendak azab orang munafik lelaki dan perempuan, musyrikin lelaki dan perempuan. Dan hendak ampunkan orang mukmin lelaki dan perempuan.”
Rupanya bila amanah ini diterima maka dihisablah manusia. Disebabkan amanah ini, manusia menjadi munafik dan kafir. Tuhan tidak sebut yang kafir dulu tetapi disebut munafik dulu sebab munafik sudah jelas lebih berat kejahatannya. Orang Islam sudah faham dan yang punya diri pun faham. Orang Islam yang tidak tunai amanah, itu munafik. Tuhan lebih marah kepada orang munafik yang tidak tunai janji daripada musyrik atau orang kafir. Walaupun ada yang mengaku Islam tetapi kebanyakannya adalah munafik. Tuhan hendak ampun orang mukmin kerana hanya orang mukmin yang patuh.
Amanah yang pertama itu ialah amanah agama Islam yang merupakan suruhan dan larangan. Perintah suruh itu pula terbahagi kepada berbagai kategori. Begitu juga perintah larangan. Ada yang haram, makruh, dosa besar, dosa kecil. Perintah suruh pula ada fardhu ain, fardhu kifayah, sunat dan sunat muakad. Itu statusnya. Aspeknya yang utama ada yang berkait dengan ibadah yakni rukun Islam seperti sembahyang dan ada yang berkait dengan aqidah yang bukan setakat dipercayai bahkan mesti diyakini. Ramai yang percaya tetapi tidak yakin. Contohnya Tuhan tidak dijadikan tempat rujuk dalam semua hal. Bimbang hendak tawakal dengan Tuhan. Begitu juga akhlak ataupun ihsan. Ia adalah perintah wajib. Seperti merendah diri, sabar, kasih sayang, pemaaf, tolak ansur, tawakal dan redha.
Begitulah sebaliknya, perkara yang dilarang, yakni disuruh tinggalkan seperti sombong, hasad, riyak dan dengki. Jadi amanah itu ada perintah buat dan ada perintah larang. Ada yang berkait dengan aqidah, Islam dan ihsan. Juga dalam hal-hal rohaniah. Itu semua amanah yang mesti dibuat. Oleh kerana amanah itu besar maka gunung, bukit, laut dan bumi tidak sanggup memikulnya. Mereka tidak mahu dan tidak sanggup sebab mereka tahu akibatnya. Tetapi manusia terima dengan penuh sombong.
Jadi agama Islam itu adalah amanah yang terbesar, yang di dalamnya ada aqidah, Islam dan ihsan.
b. Apa yang Tuhan milikkan kepada kita
Apa yang Tuhan milikkan kepada kita merupakan amanah. Ianya ada dua peringkat iaitu:
a. Yang ada dalam diri
b. Yang di luar diri
Setiap milik kita yang ada dalam diri atau di luar diri adalah taraf amanah yang kedua selepas amanah agama Islam tadi. Dengan kata lain seluruh lahir dan batin kita adalah amanah. Tuhan suruh gunakan mata untuk melihat perkara yang Tuhan redha. Tuhan beri kaki supaya kita menghala ke sesuatu yang Tuhan redha. Tuhan beri mulut supaya kita boleh bercakap sesuatu yang Tuhan redha. Jadi semua jawarih yang ada pada kita itu adalah amanah yang Tuhan minta kita gunakan ke arah yang Tuhan redha. Siapa yang menggunakannya di jalan yang Tuhan tidak redha, ertinya dia khianat.
Begitu juga dengan nafsu. Kehendak-kehendak nafsu mestilah kita halakan kepada yang Tuhan kehendaki dan yang Tuhan suka. Kalau berlaku sebaliknya, ertinya kita khianat. Demikianlah juga dengan roh. Hendaklah kita berperasaan mengikut yang Tuhan suka. Jika tidak, ertinya kita khianat. Apa yang kita tahu yakni di akal, yang sudah jadi ilmu kita, kalau yang wajib, mesti dilaksanakan, kalau sunat elok dilaksanakan dan kalau haram, jangan dilaksanakan.
Di luar diri kita juga ada amanah yang Tuhan sudah jadikan milik kita. Di antaranya anak isteri. Mereka mesti dididik seperti mana yang Tuhan redha dan mesti diajak ke arah yang Tuhan suka. Kalau dididik dengan cara yang Tuhan tidak suka, ertinya kita khianat dengan Tuhan. Kebanyakan orang gagal apabila berhadapan dengan anak isteri, termasuklah para pejuang Islam. Kita sendiri perlu check kerana kita pun ada yang gagal sebab kadang-kadang kita lebih ghairah untuk mendidik orang tetapi apabila berhadapan dengan keluarga, kita cuai.
Anak isteri adalah harta kita. Mereka itu adalah amanah. Selain itu, wang, ringgit dan harta kita adalah amanah. Makin banyak harta atau aset kita ertinya makin banyaklah amanah yang hendak ditunaikan. Kalau sedikit sahaja, maka sedikitlah amanah. Sebab itu, walaupun mencari harta itu dibenarkan tetapi kerana hendak elakkan daripada harta itu menjadi amanah dan tanggungjawab maka di kalangan Sahabat Rasulullah SAW ada yang memilih untuk miskin. Jadi apa juga aset yang ada pada kita, hendaklah dihalakan kepada keredhaan Tuhan. Kalau tidak, kita akan dianggap khianat.
c. Amanah yang aradhi (mendatang)
Amanah yang dipikulkan kepada kita sama ada oleh negara, masyarakat atau jemaah adalah amanah yang aradhi. Ada orang yang jadi presiden, jadi pengarah atau jadi cikgu. Asalnya amanah itu tidak ada tetapi kita yang hendakkan jawatan itu tanpa tahu bahawa itu amanah dan tanggungjawab besar. Itu amanah tambahan yang dipertanggungjawabkan. Kalau kita tidak melaksanakan tanggungjawab ertinya kita khianat.
Rupanya amanah yang perlu dipikul oleh seseorang itu ada tiga aspek. Amanah agama pun tidak mampu hendak kita buat. Tidak cukup dengan itu, kita minta lagi yang lain-lain untuk kita tanggung. Bodohnya manusia sampai boleh jadi munafik kerana tidak menunaikan amanah sedangkan munafik itu lebih jahat dari orang kafir.
Itulah huraian kepada ayat bahawa orang mukmin itu sangat menunaikan amanah. Kalau tidak mampu, dia akan minta ampun dari Tuhan. Itulah yang dimaksudkan mereka yang menjaga amanah. Orang mukmin boleh melakukannya tetapi tidak bagi orang Islam. Orang Islam sudahlah tidak mampu, tidak pula minta ampun.
6. Menunaikan janji mereka
Janji itu ada dua iaitu:
a. Janji yang kita buat waktu di alam roh. Itu janji besar yang kita hendak tunaikan.
b. Ada pula janji aradhi yang kita buat sendiri. Tidak puas dengan janji yang ada, kita tambah lagi. Kalau kita janji hendak bayar hutang tetapi tidak bayar, itu khianat. Kecuali kalau kita tidak mampu, kita minta halalkan. Kalau berjanji hendak jumpa di suatu tempat tetapi tidak pergi, itu khianat. Janji hendak buat itu dan ini tetapi tidak amanah dengan janji. Itu khianat. Kalau kita sudah buat janji dengan sesiapa pun, kalau tidak dapat tunaikan, mesti jumpa dan minta maaf.
7. Mereka menjaga sembahyang-sembahyang mereka
Sembahyang di sini disebut dalam jamak, bukan satu. Orang mukmin itu ialah orang yang menjaga sembahyang-sembahyangnya. Ia disebut banyak sebab sembahyang itu dilakukan banyak kali, selagi hidup. Sebab itu dikatakan sembahyang-sembahyang dan tidak dikatakan sembahyang sahaja. Itulah yang susah. Orang mukmin sahaja yang mampu menjaga sembahyang setiap kali mendirikannya.
Bagaimana yang dikatakan memelihara sembahyang? Ia melibatkan banyak perkara seperti:
1. Jaga syarat-syaratnya. Kalau tidak jaga syarat maka tidak sah sembahyang. Ertinya tidak sembahyanglah. Tidak payahlah kita terangkan lagi syaratnya sebab kita sudah belajar fardhu ain.
2. Jaga rukun (rukun di dalam sembahyang, di luar sembahyang adalah syarat-syaratnya).
3. Jaga bacaan-bacaan supaya sesuai dengan ilmu tajwid.
4. Faham makna bacaan.
5. Jaga penghayatannya.
6. Jaga waktu sembahyang.
7. Kalau berjemaah, jaga barisan atau safnya.
2. Jaga rukun (rukun di dalam sembahyang, di luar sembahyang adalah syarat-syaratnya).
3. Jaga bacaan-bacaan supaya sesuai dengan ilmu tajwid.
4. Faham makna bacaan.
5. Jaga penghayatannya.
6. Jaga waktu sembahyang.
7. Kalau berjemaah, jaga barisan atau safnya.
Yang lebih berat dari itu ialah kena jaga tuntutannya di luar sembahyang. Kalau kita sudah buat ikrar, “Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku adalah kerana Allah,” maka tuntutannya sangat berat hendak dibuat di luar sembahyang. Sebab itu ada ulama yang kata, “Hendaklah kamu sembahyang setiap masa.” Maksudnya tuntutan sembahyang itu hendaklah diamalkan setiap masa. Kalau boleh setiap tarikan nafas kita mesti sesuai dengan ikrar kita bahawa hidup mati kita untuk Tuhan. Buat apa pun, mesti dalam keadaan ingat dan untuk Tuhan.
Begitulah tuntutan untuk menjaga sembahyang. Kalau tidak dilaksanakan maka kita dianggap tidak menjaga sembahyang.
Jadi kalau tujuh perkara ini berlaku kepada orang mukmin, selain diberi kemenangan di dunia, di hujung ayat diberitahu, akan diberi kejayaan besar di Akhirat yakni diberi Syurga Firdaus yang merupakan Syurga yang paling tinggi. Rasulullah SAW berkata kalau hendak minta Syurga, mintalah Syurga Firdaus. Maka itulah ciri orang yang akan mewarisi Syurga Firdaus, yang mana mereka kekal abadi di dalamnya.
Itulah tafsiran surah Al Mukminun dari ayat 1-11. Setelah dihurai dan ditafsirkan, terlalu banyak ilmu yang ada dalam ayat itu. Kita rasa takut kalau tidak dapat laksanakan. Belum lagi baca ayat lain. Baru ayat dalam surah Al Mukminun, sudah terasa berat. Itulah yang hendak kita faham dan hayati supaya kita benar-benar mendapat kejayaan di Akhirat. Moga-moga bertambah kesedaran kita.
Labels:
amanah,
hutang,
kehormatan,
kunci kejayaan,
solat,
zakat batin
SEPULUH PERMINTAAN IBLIS
بسم الله الرحمن الرحيم
Ibnu Abid-Dunya,Ath- Thabrani dan Ibnu Marduwaih mentakhrij dari Abu Umamah, dia berkata, “Rasullulah s.a.w. bersabda:”Sesungguh nya ketika iblis turun kebumi,maka dia berkata:”Ya Rabbi,Engkau telah menurunkan aku kebumi dan menjadikan aku sebagai orang yang terkutuk.”
“Maka buatkanlah bagiku rumah”
“Rumahmu adalah bilik mandi”
“Rumahmu adalah bilik mandi”
“Buatkanlah bagiku tempat duduk”
“Tempat dudukmu adalah pasar”
“Tempat dudukmu adalah pasar”
“Buatkanlah bagiku makanan”
“Makananmu adalah apa yang tidak disebutkan nama ALLAH padanya”
“Makananmu adalah apa yang tidak disebutkan nama ALLAH padanya”
“Buatkanlah bagiku minuman”
“Minumanmu adalah setiap yang memabukkan”
“Minumanmu adalah setiap yang memabukkan”
“Buatkanlah bagiku mu’adzin”
“Mu’adzinmu adalah alat muzik”
“Mu’adzinmu adalah alat muzik”
“Buatkanlah bagiku Quran”
“Quran bagimu adalah syair”
“Quran bagimu adalah syair”
“Buatkanlah bagiku sebuah kitab”
“Kitabmu adalah tatu”
“Kitabmu adalah tatu”
“Buatkanlah bagiku perkataan”
“Perkataan bagimu adalah dusta”
“Perkataan bagimu adalah dusta”
“Buatkanlah bagiku seorang utusan”
“Utusan bagimu adalah dukun”
“Utusan bagimu adalah dukun”
“Buatkanlah bagiku jerat”
“Jeratmu adalah WANITA”
“Jeratmu adalah WANITA”
Sumber : 80 Rahsia Jin,Syaitan Dan Iblis. Penulis Abdur Rahman Syukur,Terbitan
Jasmin
Jasmin
http://abghalim. blogspot. com/
Langgan:
Catatan (Atom)