Selasa, 31 Mei 2011
Matahari Menjelang Jumaat 23 J.Akhir 1432 / 27 Mei 2011
بسم الله الرحمن الرحيم
Inilah gambaran matahari pada 27 Mei 2011 sebelum solat jumaat jam 1.01 pm. Diluar lingkaran hitam ini (tiada dalam gambar) ialah satu lingkaran pelangi yg tidak lengkap. Anda boleh buat tafsiran sendiri....lokasi di Taiping, Perak. Selepas Jumaat semua kembali normal...
Rasulullah SAW Dan Seorang Pengemis
بسم الله الرحمن الرحيم
Oleh: zharifjenn
"
Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kamu mendekatinya maka kamu akan dipengaruhinya"
Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.
Oleh: zharifjenn
"
Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kamu mendekatinya maka kamu akan dipengaruhinya"Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, apakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?".
Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".
Apakah Itu?", tanya Abu Bakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.
Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?".
Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu.
"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW".
Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...."
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu dia menjadi muslim.
Wahai saudaraku, bolehkah kita meneladani kemuliaan akhlak Rasulullah SAW? Atau setidak-setidaknya mempunyai niat untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlak, semulia-mulia akhlak.
Jumaat, 27 Mei 2011
23 Garis Panduan Membina Kebahagiaan Di Dunia Dan Akhirat
بسم الله الرحمن الرحيم

1. Mewiridkan (membaca) al-Quran setiap hari dan bersungguh-sungguh melakukannya.
2. Membaca al-Quran dengan baik (sebutan dan tajwid), sanggup pula mendengar dan merenungi maksud pengertiannya.
Sentiasa menjaga kesihatan dengan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.
3. Mengambil berat tentang kebersihan dalam semua perkara.
4. Bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.
5. Menunaikan dengan tepat segala kata-kata dan janji dan jangan sekali-kali anda memungkirinya walaupun dalam keadaan paling sulit sekalipun.
6. Bersifat berani dan tahan memikul bebanan (tanggungjawab).
7. Bersikap serius dengan cara bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.
8. Bersifat pemalu, halus perasaan dan mudah terasa (peka) kepada sesuatu yang baik ataupun yang buruk.
9. Berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum dalam segala perkara dan jangan anda melupakan kebaikan orang lain kerana marah dan janganlah kerana sayang.
10. Bersifat belas-kasihan, pemurah dan bertolak-ansur.
11. Boleh membaca dan menulis dengan baik dan sentiasa banyak mengulang-kaji subjek-subjek yang berkaitan. Seboleh-bolehnya hendaklah memiliki (perpustakaan) sendiri walaupun kecil.
12. Berhati-hati supaya dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh amanah tentang kelicinan dan kehalusan pekerjaannya.
13. Menuntut hak-hak anda dengan cara yang baik dan menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna.
14. Menyumbangkan harta anda untuk dakwah kita.
15. Berusaha sedaya upaya menghidupkan adat-adat yang bercorak Islam sebaliknya mematikan adat-adat asing dalam semua lapangan hidup.
16. Sentiasa merasai diri berada di bawah pengawasan Allah SWT, mengingati hari akhirat dan bersedia untuknya, dan hendaklah mempertingkatkan perjalanan hidup ke peringkat yang lebih tinggi dalam mendapatkan keredaan Allah dengan keazaman yang kuat.
17. Melakukan dengan baik apabila bersuci (iaitu berwuduk dengan cara menyempurnakan segala syarat dan rukunnya) dan hendaklah anda sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk.
18. Mengerjakan sembahyang dengan cara yang betul (iaitu menyempurnakan syarat dan rukun-rukunnya) dan menunaikannya pada waktu-waktunya dengan mengutamakan sembahyang berjemaah dan sembahyang di masjid seboleh yang mungkin.
19. Sentiasa berada di dalam keadaan niat berjuang kerana Allah
20. Sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan, menjauhkan diri dari dosa-dosa besar.
21. Janganlah membazirkan masa walaupun sedikit kepada perkara-perkara yang tidak memberi faedah dan hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang syubhah dan samar-samar hukumnya.
22. Bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu anda sehingga mampu mengendalikannya. Anda mestilah menjaga penglihatan dan kuasailah keinginan naluri dengan cara mengarahkannya kepada perkara-perkara yang halal
23. Melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada fikrah perjuangan saudara terutama jika saudara disuruh berbuat demikian dengan kumpulan seperti itu.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Felo MANHAL PMRAM
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Rujukan : Kitab Apa Ertinya Saya Memeluk Islam (Bahagian Kedua)
sumber

4 Kebaikan akan hilang apabila usaha dakwah Islamiah ditinggalkan
بسم الله الرحمن الرحيم
Apabila usaha menyampaikan kebaikan agama Islam kepada umat manusia ditinggalkan, Allah SWT akan menarikan 4 kebaikan daripada umat Islam :
1-Segala keindahan dan kebaikan Islam akan ditarik oleh Allah SWT.
2-Keimanan, keyakinan dan Sifat Taqwa akan hilang daripada jiwa-jiwa umat Islam.
3-Segala amalan soleh, kemurnian akhlak dan keikhlasan akan lenyap.
4-Manusia akan meninggalkan agama Allah SWT secara berkumpulan.
ذاتركت الدعوةإلى الله تعالى
1) فتحت مداخل الشر كلها، فيدخل كل شر بكل لون، في كل وقت،ولكل نفس، وإذا دخل كل شر خرج كل خير، فيخرج من الإنسان كل شيءجميل.
2) يخرج الإيمان واليقين والتقوى،
3) تخرج الأعمال الصالحة، والأخلاق الحسنة،
4) يخرج الناس من دين الله أفواجاً كما دخلوه أفواجاً.
Rujukan :
http://www.binatiih.com/go/ forum.php?action=view&id=3356
& sini

http://www.binatiih.com/go/
& sini
Ahad, 22 Mei 2011
Amalan Rasulullah SAW melindungi diri di jalanraya
بسم الله الرحمن الرحيم

`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
Islam adalah agama yang menganjurkan umatnya sentiasa menjaga dan menjamin keselamatan diri dan nyawa, harta dan agama, demikian juga dalam perkara-perkara yang lain. Islam menyuruh umatnya supaya berikhtiar sedaya upaya menjauhkan diri dari segala perkara yang boleh merosakkan dan membawa kebinasaan. Hal ini dijelaskan oleh Al-Qur‘an yang tafsirnya :
"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan" (Surah Al-Baqarah: 195)
Antara tragedi yang mendatangkan kebinasaan dan kemusnahan harta serta jiwa itu ialah kemalangan jalan raya.
Kemalangan jalan raya adalah merupakan salah satu faktor yang banyak membunuh manusia selain penyakit-penyakit yang kronik. Bilangannya juga meningkat dari setahun ke setahun. Berbagai usaha telah dibuat oleh pihak berkuasa dalam menyelamatkan nyawa manusia dari sebarang kemalangan.
Antaranya mengadakan sekatan jalan raya dan pemeriksaan kenderaan daripada sebarang pengubahsuaian yang bertentangan dengan peraturan dan undang-undang. Pemandu-pemandu juga sentiasa diperingatkan agar mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya termasuk kempen-kempen dan iklan-iklan. Pemandu-pemandu kenderaan dinasihatkan supaya sentiasa mencari langkah dan memastikan keselamatan seperti memakai tali pinggang keledar, memeriksa kenderaan sebelum menggunakannya dan lain-lain supaya pengguna jalan raya benar-benar selamat.
Selain itu, ada juga kita dapati papan-papan tanda yang bertulis kalimah "Allahu Akbar" dan "Subhanallah" terutama di jalan dan kawasan yang dikenalpasti sering terjadi kemalangan yang mengakibatkan kematian dan cedera parah. Papan tanda ini dibuat dengan tujuan mengingatkan pemandu-pemandu supaya sentiasa mengingati Allah dan memohon perlindunganNya serta berwaspada ketika memandu. Menurut maklumat yang diterima daripada pihak-pihak yang berkenaan usaha seperti ini adalah memberi kesan yang positif ke arah mengurangkan kemalangan di jalan raya.
Ini bermakna pemasangan kalimah-kalimah suci tersebut adalah merupakan satu usaha yang berkebajikan. Bahkan dari natijah yang baik itu, pemasangan papan-papan tanda seperti itu perlu diperluaskan lagi untuk mengingatkan pemandu agar sentiasa berzikir (mengingati Allah) serta berwaspada ketika memandu. Sikap ingat mengingati dan nasihat menasihati itu adalah dituntut oleh Islam sebagaimana yang dianjurkan oleh Al-Qur’an yang tafsirnya :
"Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman".(Surah Al-Zariyat: 55)
Menurut Islam sememangnya kalimah-kalimah suci seperti yang dinyatakan di atas mempunyai fadilat dan berkat dengan mambacanya. Selain berperanan mengingatkan pemandu ia juga merupakan doa dan zikir kepada Allah Subhanhu wa Ta‘ala. Orang-orang yang membacanya akan beruntung kerana mententeramkan jiwa dan sentiasa mendapat ganjaran dan keampunan daripada Allah Subhanhu wa Ta‘ala. Berzikir dalam semua keadaan dan tempat itu adalah perkara yang sangat digalakkan oleh Islam, firman Allah yang tafsirnya :
"Maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring".
(Surah Al-Nisa‘: 103)
Kalimah-kalimah suci yang dibuat di papan tanda tersebut tidaklah menjadi kesalahan dan harus dibuat sedemikian untuk mengambil berkat daripadanya. Keharusan ini boleh dikaitkan dengan amalan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika Baginda dilantik sebagai Rasul, di mana Baginda memperkenalkan Islam kepada orang-orang Arab atau bukan Arab serta mengajak mereka menganutnya, dengan cara mengirim surat kepada raja-raja dan surat-surat tersebut mengandungi kalimah-kalimah dan ayat Al-Qur‘an seperti kalimat Basmalah dan ayat 64 surah Ali Imran.
Keharusan ini juga mestilah mengambil kira tentang kehormatan kalimah-kalimah suci itu daripada tercemar atau apa juga perkara yang boleh menjejaskan kehormatannya seperti terdedah kepada najis-najis burung, atau ia terbiar dengan debu-debu. Kalimah-kalimah suci tersebut hendaknya tidak dipasang pada kayu atau tiang yang tidak kukuh sehingga mudah tumbang atau jatuh dan sebagainya. Kalimah-kalimah suci itu juga memerlukan pengawasan dan pemeliharaan supaya tidak tercemar.
Bagi memenuhi fadilat dan berkat dan mengelakkan dari sebarang kesilapan sebutan atau bacaan, kalimah-kalimah suci itu hendaklah ditulis dengan jelas beserta dengan baris-barisnya sekali.
Selain daripada langkah-langkah fizikal yang dibuat bagi mengelakkan terjadinya kemalangan jalan raya itu, Islam lebih menggantungkan keselamatan diri dan semua perkara kepada kehendak dan kudrat Allah Subhanahu wa Ta‘ala melalui doa-doa dan zikir-zikir.
Kita perlu memohon perlindungan Allah Subahanhu wa Ta‘ala daripada sebarang bahaya, dan kejahatan sama ada dari manusia, jin dan syaitan pada setiap keadaan. Antara amalan-amalan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam perkara ini ialah membaca:
- Surah Al-Fatihah
- Surah Al-Ikhlas (3 kali)
- Surah Al-Falaq (3 kali)
- Surah Al-Naas (3 kali)
- Surah Ghafir ayat 1 hingga 3
- Surah Al-Mukminun ayat 97 hingga 98
Sebelum keluar rumah hendaklah dibiasakan membaca:
- Surah Al-Fatihah
- Ayat Al-Kursi
- Surah Al-Quraisy
- Doa ketika keluar rumah:
Maksudnya: Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tidak ada daya upaya dan kekuatan melainkan (daya upaya dan kekuatan) Allah, aku berlindung dengan Mu daripada perbuatan sesat atau disesatkan,, atau daripada binasa atau dibinasakan, atau daripada zalim atau dizalimi atau daripada jahil (bodoh) atau diperbodohkan.
Ketika menaiki kenderaan hendaklah dibiasakan membaca doa berikut, iaitu yang tafsirnya :
"Maha Suci Allah yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Allah kami akan kembali".
(Surah Al-Zukhruf; 13-14)
Jika di dalam perjalanan menemui hujan, guruh, angin dan kilat, maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menganjurkan kita supaya membaca:
a. Ketika hujan turun yang maksudnya :
Ya, Allah jadikanlah ia (hujan) sebagai hujan yang menyenangkan.
b. Ketika mendengar guruh dan petir, membaca yang maksudnya :
"Ya Allah janganlah engkau matikan kami dengan kemurkaanMu dan janganlah engkau binasakan kami dengan azabMu dan ampunkanlah kami sebelum itu".
c. Semasa angin bertiup kencang, membaca yang maksudnya :
"Ya Allah aku memohon kepadaMu kebaikan (angin ini) dan kebaikan yang ada padanya dan kebaikan yang ada engkau utuskan bersertanya, aku memohon perlindunganMu daripada keburukannya dan keburukan yang ada padanya serta keburukan yang engkau utuskan bersertanya"
Mudah-mudahan dengan membaca ayat-ayat, doa-doa dan mengamalkan zikir-zikir tersebut, kita semua mendapat berkat dan terhindar daripada sebarang malapetaka ketika berada dalam perjalanan.
Rujukan :
http://www.muslimdiary.com/
sumber

(Irsyad Hukum Di Pelita, Bilangan 98, Jabatan Mufti Brunei)
Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Rabu, 18 Mei 2011
Rahsia Wudhu' dari sudut kesihatan
بسم الله الرحمن الرحيم
Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’.
Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?
Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:
Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.
Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.
Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.
Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.
Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)
Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!
Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…
Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:
Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.
Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.
Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wudhu’.
Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu’…

Isnin, 16 Mei 2011
4 Golongan yang mendapat laknat Allah SWT siang dan malam
بسم الله الرحمن الرحيم

Ada empat kelompok orang yang pada pagi dan petang hari dimurkai Allah. Para sahabat lalu bertanya, “Siapakah mereka itu, ya Rasulullah?” Beliau lalu menjawab, “ 1-Laki-laki yang menyerupai perempuan, 2-perempuan yang menyerupai laki-laki, 3-orang yang menyetubuhi hewan, 4-dan orang-orang yang homoseks. (HR. Ahmad dan Ath-Thabrani)
Rujukan :
http://sabdaislam.wordpress. com/

http://sabdaislam.wordpress.
Langgan:
Catatan (Atom)