Selasa, 4 Mei 2010

Safe Landing

بسم الله الرحمن الرحيم
Boarding the plane of life

The 'Journey' of Life
Hampir Mendarat

Mendarat / Landing

Salam,
Perjalanan hidup setiap manusia adalah berlainan diantara satu sama lain tetapi matlamat nya tetap sama dan akhirnya akan menghuni salah satu dari dua tempat yang semua orang telah maklum. Pastinya kita memilih tempat yang bahagia (syurga) dan tidak mahu dan tidak sanggup sekali-kali untuk menghuni tempat yang satu lagi (neraka).

Jika diiktibarkan kepada foto diatas, menaiki kapal terbang itu adalah permulaan kehidupan kita. Selepas itu terbanglah kita menjalani dan memenuhi segala tuntutan-tuntutan hidup dan lain-lain tuntutan yang perlu dipaksikan kepada ajaran al Quran dan sunnah Nabi SAW. Masanya amatlah singkat jika dinisbahkan kepada titik masa seorang penerjun dari kapal terbang tadi terjun sehinggalah ia mendarat tepat kematlamat nya atau tersasar.

Jarang sekali kita dapat melayari 'smooth journey' dalam kehidupan, berbagai pengalaman yang dilalui, apakah tidak diuji iman kita? Journey akan berakhir sebagaimana ketentuan Allah, ada yang 'sampai' awal dan ada yang 'sampai' lambat mencecah 70 -80 tahun. Apa pun kita berharap umur kita dilanjutkan dalam kebajikan, bukan sebaliknya.

Semasa diudara inilah pemayung terjun ini memperbetulkan arahtuju nya supaya tidak tersasar dari matlamat, jika terpesong sedikit cepat-cepat diperbetulkan kembali, samalah juga seperti kehidupan kita. Jika lalai kita akan dihanyutkan oleh 'arus' kehidupan yang menyeleweng dari matlamat asal mengapa kita dihidupkan.

Dengan 'bearing' yang tepat InsyaAllah kita akan dapat mendarat ditempat yang kita idamkan/safe landing (syurga), dengan rahmat Allah Taala. Semoga kita dan seluruh ahli keluarga kita akan 'mendarat'dengan selamatnya. Aamiiiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails