Khamis, 3 Jun 2010

Senipis Kulit Limau ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Semalam, 2.6.2010 -
dalam perjalanan untuk kerumah ibu dikampung berlaku satu kemalangan diantara sebuah lori kecil dan sebuah lagi tidak pasti kerana ketika itu telah dikerumuni oleh orang yang datang melihat peristiwa tersebut. Dari kotak-kotak yang bertaburan ditepi jalan dan berhampiran dengan lori itu didapati bahawa lori itu membawa muatan buah limau seperti limau mandarin berwarna kuning. Tidak diketahui nasib pemandunya tapi dari keadaan fizikal lori itu kemungkinan ia mengalami sedikit kecederaan (andaian sahaja).

Pada masa yang sama didapati juga beberapa orang 'pemerhati' yang mengambil kesempatan mengambil limau yang bertaburan, ada yang menggunakan kotak-kotak limau itu sendiri dan ada juga yang memasukkan kedalam raga motosikal dan ditutupi pula dengan jaket bagi melindungi dari mata orang ramai. Yang berjalan bertongkat pun datang mengambil. Ini yang segelintir sahaja, yang lain adalah sebagai pemerhati kepada kemalangan itu.

Ini gambaran sepintas kerana penulis tidak memberhentikan kereta takut mengganggu lalulintas dibelakang.

  • Alangkah mudahnya seseorang itu mengambil hak orang lain dikala orang itu ditimpa musibah (mengambil peluang/untung diatas kesusahan orang lain)-----opportunis?
  • mengambil tanpa izin seolah-olah Allah tidak melihat
  • begitu mudah merebut hal-hal keduniaan sedangkan bayak hal-hal keakhiratan yang diabaikan
  • perkara asas dalam Islam pun belum terlaksana...
  • Iman senipis kulit limau???
Sebenarnya banyak kes-kes kemalangan yang seumpama ini berlaku yang melibatkan barang-barang makanan dimana banyak dilapurkan barang- barang itu dicuri/hilang dan pihak polis memberi amaran supaya dipulangkan kembali kepada pemiliknya. Ada juga yang berhenti melihat kemalangan itu semata-mata untuk mencatat nombor kenderaan yang kemalangan itu....untuk tujuan apa .....wallahuaqlam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails