Selasa, 27 Julai 2010

Lagi Persiapan Sebelum Menyambut Ramadhan

بسم الله الرحمن الرحيم

Ada tiga perkara penting
bagi setiap individu muslim membuat persediaan sebelum tibanya Ramadhan yang mubarak :

1. Pembersihan / penyucian diri

Maksudnya ialah pembersihan hati/jiwa iaitu membuang segala noda dan maksiat dari hati. Seperti yang dimaklumi, peristiwa israk mikraj Nabi s.a.w. bermula dengan penyucian hati oleh malaikat sebelum diperjalankan oleh Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa...

Israk juga adalah perjalanan hamba untuk untuk menemui tuhan. Rasul mewakili seluruh ummah untuk bertemu dengan Allah, dan kita juga sebenarnya sedang diperjalankan oleh Allah untuk bertemu dengan Nya.
  • Mana mungkin kita bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak bersih
  • Episod pembedahan dada Nabi s.a.w. adalah episod pembersihan
Terdapat empat tingkatan penyucian menurut Imam Ghazali :
1.1. Mensucikan tubuh badan daripada najis
1.2. Mensucikan diri dari segala jenis dosa kecil / besar
1.3. Mensucikan hati daripada sifat mazmumah dan digantikan dengan sifat mahmudah
(Hati- ibu bagi segala tubuh badan)
1.4. Mensucikan hati daripada lintasan selain dari Allah (tahap para rasul2, nabi2, waliyullah2, para muqorrobin/sulafussoleh)

Kenapa mata kita melihat benda-benda yang buruk ? Ia datang dari hati yang busuk, rosak, jahat dan penuh kemaksiatan.

2. Persediaan dari sudut keilmuan.

Semua amal yang hendak dilakukan mestilah dengan ilmu, bukan sebagai ikut-ikutan sahaja tanpa ilmu. Beramal tanpa ilmu dalah sesat.

3. Keazaman
  • Perlu ada keazaman untuk buat yang terbaik
  • pendekkan angan-angan mengenai dunia
  • mungkin ini Ramadhan yang terakhir bagi kita
Wallahuaqlam.
...catatan peribadi dari kuliah Maghrib 27.7.10 Us. Hj. Mohd Nor.

Harap maaf jika ada kesilapan. Pembetulan dialu-alukan.

Ekor panjang, ekor pendek

بسم الله الرحمن الرحيم
Hari Rabu 21.7.2010,
sementara menunggu kereta diperbaiki/ganti alternator, duduk santai dipenjuru depan kedai mekanik itu, diseberang jalan atau deretan kedai yang bertentangan terdapat salah sebuah kedai yang menjual nombor ekor. Mata memerhatikan pergerakan orang-orang yang keluar masuk kedai berkenaan.

Yang memasuki kedai itu dari pelbagai jenis kulit, yang gelap, yang cerah dan separuh cerah. Dari yang berjalan hingga yang berkenderaan. Yang menaiki motor adalah perkara biasa. Yang berjalan terhegeh-hegeh pun datang juga, duduk menung sekejap, kemudian tulis, pergi kekaunter beli nombor. Pelbagai jenis kereta yang berhenti....., ada Waja, Mercedes pun ada, tujuan tetap sama - nombor, nombor...nombor...

Sembang juga dengan mekanik tu sambil bertanya.."Melayu ada beli nombor ke?" Jawabnya "...adaaa, tapi dia tak berani sendiri beli....dia panggil gua beli..!!"
Macam mana fikiran melayu ni agaknya. Dia takut kena tangkap oleh penguasa melebihi takutnya terhadap Allah Taala.

Itulah sedikit senario yang berlaku. Monyet yang berekor panjang pun hanya bermain dengan ekornya sendiri sahaja,... tidak pernah pun ia berusaha untuk pergi tikam ekor. Ekornya diguna untuk bergayut, mengimbang badan ketika melompat, dan sebagainya...
Segelintir Manusia yang tidak nampak ekornya itu pula sangat suka "main ekor"....mungkin kalau ekornya dah tumbuh panjang nanti baru berhenti tikam ekor....hanya bermain dengan ekornya sendiri sahaja....

Sempena Ramadhan yang kian hampir, berikut adalah beberapa persiapan untuk memasuki bulan Ramadhan (kuliah Maghrib..@ Us Zulkarnain) :



1. Melakukan muhasabah (penilaian) Iman terhadap Allah, Rasul dan Islam

2. Meninggalkan kesemua amal syirik / kufur / riddah

3. Meninggalkan kesemua amal jahiliah (yang bercanggah dengan syariat Islam)

4. Meninggalkan kesemua kerja-kerja zalim terhadap sesama manusia

5. Mengqadakan puasa Ramadhan yang lalu.


Maksud Hadith :
" sesiapa yang memasuki bulan Ramadhan tetapi masih ada puasa Ramadhan yang lalu yang belum lagi diqadanya (kerana kecuaiannya) tidak akan diterima puasanya pada tahun itu"


Perlu memohon maaf kepada orang-orang yang dizalimi, minta halalkan (yg. berkaitan), pulangkan haknya. Jika tidak, pahala ibadah puasanya dan lain-lain ibadah akan masuk keakaun orang lain, jadilah ia orang yang muflis diakhirat nanti.

Wallahuaqlam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails