Ada tiga perkara penting bagi setiap individu muslim membuat persediaan sebelum tibanya Ramadhan yang mubarak :
1. Pembersihan / penyucian diri
Maksudnya ialah pembersihan hati/jiwa iaitu membuang segala noda dan maksiat dari hati. Seperti yang dimaklumi, peristiwa israk mikraj Nabi s.a.w. bermula dengan penyucian hati oleh malaikat sebelum diperjalankan oleh Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa...
Israk juga adalah perjalanan hamba untuk untuk menemui tuhan. Rasul mewakili seluruh ummah untuk bertemu dengan Allah, dan kita juga sebenarnya sedang diperjalankan oleh Allah untuk bertemu dengan Nya.
- Mana mungkin kita bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak bersih
- Episod pembedahan dada Nabi s.a.w. adalah episod pembersihan
1.1. Mensucikan tubuh badan daripada najis
1.2. Mensucikan diri dari segala jenis dosa kecil / besar
1.3. Mensucikan hati daripada sifat mazmumah dan digantikan dengan sifat mahmudah
(Hati- ibu bagi segala tubuh badan)
1.4. Mensucikan hati daripada lintasan selain dari Allah (tahap para rasul2, nabi2, waliyullah2, para muqorrobin/sulafussoleh)
Kenapa mata kita melihat benda-benda yang buruk ? Ia datang dari hati yang busuk, rosak, jahat dan penuh kemaksiatan.
2. Persediaan dari sudut keilmuan.
Semua amal yang hendak dilakukan mestilah dengan ilmu, bukan sebagai ikut-ikutan sahaja tanpa ilmu. Beramal tanpa ilmu dalah sesat.
3. Keazaman
- Perlu ada keazaman untuk buat yang terbaik
- pendekkan angan-angan mengenai dunia
- mungkin ini Ramadhan yang terakhir bagi kita
...catatan peribadi dari kuliah Maghrib 27.7.10 Us. Hj. Mohd Nor.
Harap maaf jika ada kesilapan. Pembetulan dialu-alukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan