بسم الله الرحمن الرحيم
Nota : Sebagai satu iktibar sahaja.
InsyaAllah akan dikongsi bersama satu peristiwa yang berlaku keatas seorang hamba Allah (wanita) baru-baru ini, malah ia boleh berlaku keatas sesiapa sahaja jika kurang berhati-hati. Beliau ini telah lama kematian suami dan tinggal sendirian, tapi selalu dikunjungi oleh anak-anak semasa cuti sekolah atau semasa cuti-cuti yang lain.
Beliau telah mengupah seorang individu untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dikawasan rumahnya (ataupun individu ini telah datang menawarkan untuk membuat kerja-kerja pembersihan seperti merumput, tebang pokok, cantas dahan dan sebagainya). Beberapa orang jiran lain yang kenal dengan batang tubuh pekerja itu menasihatkan supaya berhati-hati/tidak mengambilnya bekerja oleh kerana latar belakangnya yang kurang baik.
Selang beberapa bulan kemudian, pekerja yang dimaksudkan telah dengan nekad menerpa masuk kerumah wanita ini (pintu tidak dikunci) dan mengugut untuk mencederakan dengan niat untuk merompak. Diilhamkan oleh Allah Taala, wanita ini bertakbir Allahhu Akbar sebanyak tiga kali dan membuatkan perompak itu terkejut dan bergegas keluar selepas merompak barang kemas yang dipakainya ketika itu. Syukur beliau tidak cedera.
**Pihak polis sering memperingatkan supaya kita berhati-hati dengan orang-orang yang tidak dikenali yang datang kerumah.
**Sentiasa kunci rumah kita
**Ambil kira pendapat/nasihat jiran2
Semoga kita semua sentiasa dalam Rahmat dan Perlindungan Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan