بسم الله الرحمن الرحيم
1-Tanda Perintah Allah SWT yang mencintai hambanya.
Solat adalah diantara perbuatan malaikat yang Allah jadikan sebagai tugas suci Para Malaikat. Ada diantara malaikat yang Allah SWT perintahkan sujud dan bertasbih kepadaNya sampai hari Kiamat. Sebagai membuktikan Allah SWT ingin memuliakan manusia melebihi malaikat maka Allah SWT perintahkan manusia melakukan amalan suci solat yang difardukan keatas kita sekarang.
2-Talian Suci diantara makhluk dan pencipta.
Dalam solat kita berada dalam keadaan suci rohani dan jasmani, kita berinteraksi dengan Allah SWT tanpa memakai pangkat dan tanpa berlandaskan hawa-nafsu. Hubungan kita adalah hubungan yang Maha Penting, segala urusan dunia yang kita lakukan diluarkan solat kita persembahkan kepada Allah SWT agar dinilai dan dikritik oleh Allah SWT pada hakikatnya, walaupun kita tidak sebut satu-persatu tetapi sebenarnya apa yang ada di dalam hati kita dan apa yang pakai semasa solat sudah cukup memneri nilai kepada kiraan Allah SWT. Oleh itu kekusyukkan solat juga adalah bertolak dari perbuatan dan pekerjaan diluar solat. Jika baik amalan dan pekerjaan diluar solat maka senanglah baginya untuk khusyuk di dalam solat, begitulah disebaliknya.
3-Solat adalah penyejuk hati di Sisi Allah SWT.
Apabila solat yang dipersembahkan kepada Allah SWT sebagai lambang kesucian amalan dan pekerjaan seharian, maka solat tersebut adalah penyejuk hati kepada pandangan Allah SWT yang menembusi tujuk lapis bumi dan langit.
Perbuatan yang penuh beradab dan berakhlak semasa solat serta bacaan yang mengandungi sebutan makhraj yang betul, bacaan yang amat teratur akan dirakamkan oleh Jibrail A.S. dan disimpan di Luh Mahfuz. Solat tersebut mendapat pujian daripada Allah SWT serta para malaikat.
4-Mikraj kepada Allah SWT.
Solat yang kita lakukan dengan penuh sifat kerohanian adalah Mikraj atau Pendakian Roh kita untuk bertemu Allah SWT semasa solat.
Pada saat kita berdiri dan membaca serta melakukan solat sebenarnya Roh kita telah mendaki alam Roh dan berada dihadapan Allah SWT, bayangkan satu hari satu malam lima kali Roh kita berada mengadap Zhat Allah SWT. Apakah kita masih sanggup menipu Allah SWT dicelah-celah waktu tersebut. Maha Suci Allah SWT dalam memfardukan Solat kepada kita semua.
5-Solat Adalah Kunci Khazanah Kepada Segala Kekayaan Allah SWT.
Solat merupakan kunci penggerak kehidupan dan penghubung kepada segala perbuatan dan amalan seharian kita semua. Ramai orang melakukan solat hajat setelah barang milik mereka hilang atau apabila ada hajat seperti untuk menghadapi peperiksaan, memulakan perniagaan. Sebenarnya solat lima fardu adalah kenci penyelesaian kepada segala permasalahan tersebut. Solat Lima Fardu sebenarnya adalah pengukur Allah SWT untuk menerima dan memakbulkan segala permintaan hambaNya. Jika setiap malam dan siang kita memperolehi khazanah milik Allah SWT, pasti jumlahnya setiap bulan dan tahun kita pasti mendapat Bonus Rahmat dan Ihsan Allah SWT.
6-Menepati Kehendak Allah SWT.
Solat adalah satu ibadat yang paling mencukupi prinsip-prinsip penghambaan dan prinsip-prinsip ketuhanan, Allah SWT adalah pencipta pasti berada di kedudukan yang amat betul dan manusia sebagai seorang hamba juga tidaklah keterlaluan. Qiam, Sujud, Rukuk dan Tahiyat adalah perbuatan yang paling mulia. Jika kita lihat dalam pemujaan lain, Tuhan dijadikan berbagai fahaman dan manusia pula dijadikan hamba yang keterlaluan. Oleh yang demikian Solat merupakan Ibadat dan Cara penghubung yang paling sesuai dalam beribadat kepada Allah SWT Yang Maha Pencipta.
Rujukan dan Rumusan daripada :
Berdialog dengan Allah SWT, m/s: 32-40.
sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan