Dari Aisyah r.a; telah bersabda Rasullulah s.a.w.
"Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah Al- Quran yang mulia."
1. Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, berbanding sembahyang sebesar-besar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.
2. Pahala membaca A-Quran : 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda sampai 700 kali.
3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga.
4. Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.
5. Pahala membaca satu huruf dari Al-Quran - Dalam sembahyang - 100 kebajikan. Di luar sembahyang berwudhu’ - 50 kebajikan, Tanpa wudhu’ - 10 kebajikan
6. Pembaca Al-Quran adalah hartawan. Pahala membacanya tidak akan putus, mengikut Ibnu Abbas.
7. Keselamatan daripada api neraka.
8. Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama para Malaikat.
9. Di hari kiamat, Al-Quran menjadi pembela.
10. Pembaca akan memperolehi keamanan.
Rujukan :
http://leharos.multiply.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan