Rabu, 20 Julai 2011

Keyakinan adalah anugerah Allah SWT kepada hambaNya yang dikasihi

بسم الله الرحمن الرحيم
http://09.img.v4.skyrock.net/098/al7amdulilah/pics/photo_65577425_1.jpg
Setiap perjalanan akan selalu memerlukan kekuatan. Sebuah kenderaan tidak akan berjalan jika tidak memiliki kekuatan untuk membawa beban dirinya. Begitu juga dengan manusia, agar boleh menjalani hidupnya memerlukan sebuah kekuatan.
Seberapa besarkah kekuatan yang diperlukan  oleh manusia agar sanggup menjalani hidupnya dengan baik? Kita tidak pernah tahu, namun yang jelas adalah potensi yang sudah kita miliki plus pertolongan dan bantuan Allah, kita dijamin akan sanggup menjalani hidup dengan beban sebesar apa pun.
Allah sudah menjamin hal ini, meski kekuatan manusia memang terbatas, tetapi semua beban yang kita hadapi masih berada dibawah kemampuan manusia itu.
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (QS. Al Baqarah: 286)

Saat Kekuatan Dirasa Kurang

Mungkin Anda pernah merasakan bahawa kekuatan yang kita miliki itu kurang. Merasakan beban terlalu berat seolah kekuatan kita tidak cukup untuk menghadapinya. Jika kita yakin dengan firman Allah diatas, jelas kekurangan yang kita rasakan hanyalah prasangka sahaja.
Saat Anda merasa lemah, maka ingatlah ayat diatas. Yakinlah, bangunlah keyakinan pada diri Anda bahawa potensi yang Allah SWT  berikan kepada Anda sesungguhnya cukup untuk menghadapi beban yang kita pikul. Kita masih mampu meminta bantuan dan pertolongan Allah Subhaanahu wa Ta’ala.

Keyakinan Adalah Kekuatan Semulajadi

Mungkin, banyak orang yang mengatakan bahawa dia tahu dan beriman dengan ayat diatas. Dia mengatakan bahawa dia pasti sanggup menghadapi semua beban sebesar apa pun. Dia mengatakan bahawa potensi manusia itu adalah dahsyat. Dia mengatakan bahawa dia yakin dengan pertolongan Allah SWT.
Namun betulkah? Ini yang patut kita renungkan. Betulkah kita sudah yakin atau hanya dalam mulut semata?
Mari kita periksa, apakah diri kita sudah mencerminkan pribadi yang memiliki keyakinan yang mantap akan kekuatan yang dimilikinya?
  1. Masihkah kita mengeluh atas kesulitan dan beratnya hidup? Jika Anda memang yakin dengan kekuatan yang Anda miliki, kenapa harus mengeluh? Sebuah keluhan adalah pengakuan akan beratnya beban yang dihadapi. Keluhan adalah sebuah pengakuan bahawa kita merasa lemah tidak berdaya. Jika kita merasa kuat, kenapa harus mengeluh? teruskan sahaja, hapuskan semua halangan dan rintangan. Semua itu akan diwujudkan dengan tindakan, bukan dengan kata-kata keluhan.
  2. Tidak memiliki cita-cita yang tinggi. Orang yang merasa lemah, dia tidak akan berani memiliki cita-cita yang tinggi. Hidupnya hanya untuk sekedar boleh berjalan sahaja, sebab apa yang ada dalam fikiran bawah sedarnya hanya sekedar bertahan. Bertahan sahaja susah, kenapa harus memikirkan yang besar? Sudahlah tidak perlu bersungguh-sungguh, boleh  makan sahaja sudah cukup. Dan sebagainya. Semua itu adalah gambaran bahawa Anda merasa lemah.
  3. Melepaskan diri dari beban yang berat, seperti tugas dakwah dan jihad. Dia akan membayangkan bagaimana beratnya tugas dakwah dan jihad. Maka dia melepaskan diri dengan berbagai dalih bahawa dia tidak sanggup, dia sibuk dan sebagainya. Kalau pun dia berdakwah, dia hanya memilih yang ringan sahaja, yang tidak keluar dari zon selesa dia. Ini adalah bagian saya, katanya. Saya hanya boleh melakukan hal ini. Sementara, dia menganggap tugas-tugas berat itu adalah tugas orang lain, bukan tugas dia. Saat dia yakin bahawa dakwah dan jihad adalah sebuah kewajiban, kenapa harus memilih yang ringan-ringan sahaja? Dia akan mengatakan, yang sesuai dengan kesanggupannya. Terbukti bahawa dia mengakui dirinya lemah. Kesanggupannya hanya sampai setakat ini sahaja.
  4. Tergantung atau menggantungkan diri pada keadaan. Dia takut akan perubahan yang mungkin terjadi. Bagaimana jika perubahan akan merosak bisnesnya? Bagaimana jika perubahan akan mengancam kariernya? Itu mungkin saja, perubahan akan selalu terjadi. Boleh jadi, bisnes Anda akan bangkrap  akibat perubahan. Boleh jadi karier Anda tamat kerana perubahan teknologi. Benar? Tidak. Bukan, bukan perubahan yang mengakibatkan bisnes hancur dan karier yang terancam, tetapi kerana diri Andalah yang tidak menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Saat Anda takut, ertinya Anda mengakui kelemahan diri.
  5. Tergantung pada pekerjaan saat ini. Termasuk, saat Anda merasa takut kehilangan pekerjaan saat ini. Kalau saya berhenti, bagaimana dengan makan anak isteri saya? Padahal, siapa yang boleh menjamin Anda akan terus memiliki pekerjaan? Jika Anda seseorang yang yakin dengan kekuatan yang dimilikinya, maka dia yakin akan sanggup mengatasi masalah ekonomi seandainya dia kehilangan pekerjaan. Takut akan kehilangan pekerjaan, adalah sebuah pengakuan bahawa diri anda lemah dan kurang meyakini potensi diri dan pertolongan Allah SWT.
Anda boleh berdebat, Anda boleh berdalih atas apa yang ditulis diatas. Namun semua itu tidak akan ada gunanya, hanya mempertegas diri bahawa Anda kurang yakin akan kekuatan diri dan kekuatan pertolongan Allah SWT.  Akan lebih bermanfaat, jika Anda meningkatkan keyakinan diri bahawa Anda sudah memiliki kekuatan yang cukup untuk mengatasi semua beban hidup dengan pertolongan Allah SWT.
Rujukan:
http://www.motivasi-islami.com/
dari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails