Rabu, 4 April 2012

Passport Iman dan Visa Akidah

بسم الله الرحمن الرحيم

Kita datang ke dunia yang sementara ini dengan cukup mudah, tanpa perlu kepada pakaian, passport, visa dan bekalan. Tetapi kita susah apabila pulang ke negeri akhirat jika tidak memiliki passport iman, visa akidah dan bekalan amalan.Selepas dilahirkan, Allah swt memberikan kita akal kerana kita akan diuji dengan pelbagai ujian. Allah swt sudah mengetahui siapakah ahli syurga atau ahli neraka, cuma Allah swt mahu kita mengetahui apakah kita lulus atau gagal dalam ujian ini, lalu dihantar kita ke dunia ini untuk melaluinya sendiri.
Dari Syafi Al-Ashbahi dari Abdullah bin Amr, dia bercerita. Rasulullah pernah keluar menemui kami dan di tangannya terdapat dua kitab (senarai). Lalu Baginda bertanya, “Tahukah kamu dua kitab apa ini?” Kami menjawab, “Tidak, kecuali engkau memberi tahu kami, ya Rasulullah.” Untuk kitab yang berada di tangan kanannya Baginda bersabda, “Ini adalah kitab dari Tuhan semesta alam Tabaraka wa ta’ala yang mencatat nama-nama para penghuni syurga dan nama-nama orang tua mereka serta kabilah mereka. Kemudian Dia menetapkan dengan tidak menambah atau mengurangi selama-lamanya.”Sedangkan untuk kitab di tangan kirinya Baginda bersabda, “Ini adalah kitab untuk para penghuni neraka yang mencatat nama-nama mereka dan juga nama-nama nenek moyang mereka. Lalu Dia menetapkannya dengan tidak menambah atau mengurangi dari mereka untuk selama-lamanya.”Kemudian para sahabat Rasulullah saw. bertanya, “Kalau begitu untuk apa kita beramal jika itu tidak ada manfaatnya?” Rasulullah saw. menjawab, “Teguhkan dan dekatkan lah, kerana penghuni syurga telah ditetapkan baginya amal penghuni syurga, meskipun dia berbuat amalan apa saja.Sedangkan penghuni neraka telah ditetapkan baginya amal penghuni neraka meskipun dia mengerjakan amalan apa saja.” Lalu Rasulullah saw. mengangkat tangan kanannya serta berkata, “Golongan ini masuk syurga.” Kemudian beliau mengangkat tangan kirinya serta berkata, “Dan golongan ini masuk neraka.”[Diriwayatkan Imam Tarmidzi dari Qutaibah dari Laits Abu Qubaili dari Syafi. Dan dari Qutaibah dari Bakr bin Nashr dari Abu Qubail. Dalam Hal ini Tirmidzi mengatakan hadits ini hasan shahih gharib. Juga diriwatkan Imam Nasa’i dan Imam Ahmad.]
Mohonlah agar Allah swt memudahkan kita untuk lulus ujian ini dan senang memahami Islam kerana golongan kafir merasakan Islam itu susah.
Al-Anam [125] : Maka sesiapa yang Allah Subhanahuwata’ala  kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah Subhanahuwata’ala  kehendaki untuk menyesatkannya,nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah Subhanahuwata’ala menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
Ada 73 jalan akidah, namun hanya 1 akidah yang membolehkan kita masuk syurga, iaitu akidah ahli sunnah wal jamaah iaitu nabi(sunnah) dan para sahabat (jamaah) Baginda.
….dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah belah kepada tujuh puluh dua (72) puak dan umatku pula akan berpecah belah kepada tujuh puluh tiga (73) puak, semuanya (akan dihumbankan) dalam neraka kecuali satu puak sahaja”. Sahabat-sahabat Baginda bertanya: “Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku.” (Tirmizi)
Ikutlah jemaah umat Islam yang ramai:
Sesungguhnya Allah (subhanahuwata’ala) tidak sepakatkan umat Islam di atas kesesatan, dan tangan Allah (rahmatnya) di atas jemaah ramai (umat Islam) dan siapa yang memencilkan dirinya (dari jemaah tersebut) terpencillah ia ke dalam api (neraka).” (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Dari segi akidah, jemaah yang ramai itu adalah jemaah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Manakala dari sudut fekah pula, jemaah itu adalah jemaah 4 mazhab yang besar iaitu Hanafi, Hambali, Syafie dan Maliki.
Setelah manusia dibangkitkan semula dari kematian, Allah swt akan memantapkan akidah seseorang itu sebagaimana akidah orang itu di dunia:
Ibrahim [27] Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.
Manusia akan dihidupkan semula daripada tulang sulbi yang tidak hancur dan akidah mereka semasa di dunia telah disimpan dalam “chip” tulang sulbi itu. Mereka yang memiliki passport iman, visa akidah dan bekalan amalan yang mencukupi akan dimasukkan ke dalam syurga milik Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails