Isnin, 17 September 2012

8 Pahala Besar yang Allah SWT telah tawarkan

بسم الله الرحمن الرحيم  

http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/183262_463145163716709_75783523_n.jpg
Ingikah anda  berada paling hampir di sisi Allah SWT ?
Rasulullah SAW telah bersabda :  Hamba Allah yang paling hampir dengan Allah SWT adalah ketika hamba yang sujud kepada Allah SWT, oleh yang demikian marilah kita memperbanyakkan sujud kepada Allah SWT dalam semua perkara- Kita sujud kepada Allah SWT disaat membina rumah tangga- Kita sujud kepada Allah SWT semasa melakukan perniagaan- kita sujud kepada Allah SWT semasa bertugas di pejabat- Kita sujud kepada Allah SWT semasa memakai pingat-pingat kebesaran/ciptaan manusia - Kita sujud kepada Allah SWT semasa  meguruskan jenazah, segala-galanya kita mengharapkan keberkatan dan kerahmatan  daripada Allah SWT, kita tidak jadikan semua arahan Allah SWT sebagai peluang perniagaan dan memeras untung sesama umat Islam.
Ingikah anda  pahala haji ?
Rasulullah SAW telah bersabda : Menunaikan umrah semasa bulan Ramadhan mendapat pahala sebagaimana pahala haji.
Ingikah anda membina rumah di dalam Syurga   ?
Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa membina masjid untuk Allah, Allah SWT akan membina baginya sebuah Mahligai di dalam Syurga.
Ingikah anda   keredhaan Allah SWT ?
Rasulullah SAW telah bersabda : sesiapa yang makan dan minum yang disertakan dengan pujian kepada Allah SWT akan mendapat keredhaan daripada  Allah SWT.
Ingikah anda doa dimakbulkan  ?
Rasulullah SAW telah bersabda :  Doa diantara azan dan iqamah tidak akan ditolak.
Ingikah anda  mendapat pahala puasa selama setahun ?
Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa berpuasa setiap bulan sebanyak 3 hari,maka dia akan mendapat pahala seperti berpuasa setahun.
Ingikah anda pahala sebesar bukit  ?
Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa berada disisi  jenazah dan menunaikan solat jenazah keatasnya serta menguburkannya dia akan mendapat pahala seperti 2 Qirat, sahabat bertanya apakah itu 2 Qirat, Rasulullah SAW menjawab : 2 Qiraat adalah 2 bukit yang besar.
Ingikah anda  bersahabat dengan Rasulullah SAW di dalam  Syurga ?
Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa memelihara anak yatim dia akan bersahabat dengan Rasulullah SAW sebagaimana rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails