Memaparkan catatan dengan label hamba. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hamba. Papar semua catatan

Isnin, 28 November 2011

3 Golongan yang Allah SWT berbangga dengan mereka

بسم الله الرحمن الرحيم
1- Mereka yang berada di hutan apabila mendengar azan dan Iqamah lalu  dia solat , maka Allah SWT akan berkata kepadanya " Lihatlah hambaKu solat sendirian tanpa dilihat oleh seseorang ". Maka Allah SWT menurunkan kepadanya 70 ribu Para Malaikat untuk menjadi makmum kepadanya.
2- Mereka yang bangun dimalam hari solat sendirian sehingga dia tertidur dalam sujud. Maka Allah SWT berkata kepada Para Malaikat  " Lihatlah hambaKu rohnya padaKu dan badannya sujud padaKu ".
3- Mereka yang berada di medan perang, maka dia tetap  tegak  berdiri sehingga Syahid.
Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S: 841.

Ahad, 3 Julai 2011

Jauhi majlis orang kaya sepertimana bangkai tidak bernyawa

بسم الله الرحمن الرحيم
http://i1.makcdn.com/images/forums/majdah/uploaded2/31430_1158495221.jpg
Abu Muhammad Ruwaiyim berkata :
1- Allah SWT berfirman didalam Al-Quran bahawa Dia menjadikan manusia untuk menghambakan diri kepadaNya, bukan untuk yang lain.
2- Tanda orang yang hampir dengan Allah SWT adalah merasa tidak bahagia apabila memandang selain daripada Allah SWT.
3- Meninggalkan perkara haram didunia adalah Zuhud yang paling tinggi.
4- Allah SWT berfirman semakin kaya seseorang itu semakin jauhlah dirinya dengan Allah SWT.
5- Wali Allah SWT yang menghormati orang kaya, akan hilanglah 1/3 daripada kesufiannya.
6- Jauhkanlah diri kamu daripada majlis orang-orang kaya sebagaimana kamu menjauhkan diri daripada bangkai yang tidak bernyawa.
7- Mereka yang mencari perlindungan dengan selain daripada Allah SWT, dia akan menderita ditangan orang tersebut.
8- Dunia ini sentiasa menghalang kita daripada mencapai kebahagiaan di Akhirat.
9- Apabila keseorangan, menangislah kepada Allah SWT sambil berdoa kepadaNya agar hati kita menjadi bersih.
Rujukan :
Kitab Tazkirah Awliya'. m/s : 127.
 from

Khamis, 7 Oktober 2010

6 Konsep pengabdian diri kita kepada Allah SWT

بسم الله الرحمن الرحيم

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs670.snc4/61011_160927427266367_100000473335960_475018_2000419_n.jpg

  1. Kehambaan bagi hati, orang yang memandang dirinya adalah milik Allah SWT maka seluruh kehidupannya adalah memperhambakan kepada Allah SWT.
  2. Memperhambakan hati dengan segala kerahsiaan maka dia akan sentiasa menggunakan dirinya untuk beribadat kepada Allah SWT.
  3. Menyempurnakan segala adab dan Akhlak mulia yang Allah SWT perintahkan adalah menyampaikan kedudukan martabat kehambaan kepada Jalan Allah SWT.
  4. Jika Diri seseorang telah sempurna adab dan akhlak mulia yang telah Allah SWT perintahkan maka Dirinya telah berada di Jalan Allah SWT.
  5. Menyempurnakan segala sifat-sifat kehambaan kepada Allah SWT adalah jalan menuju kepada Kebenaran Allah SWT.
  6. Meletakkan Allah SWT ditempat ketuhanan sebenar dan kita berada ditahap kehambaan sebenar, maka tercapailah Hakikat sebenar.

Syarah Hikam. m/s : 173.

Nota:

Dizaman sekarang ramai orang meletakkan Allah SWT sebagai khadamnya, sehingga manusia sanggup memerintah Allah SWT agar menunaikan segala hajatnya didalam solat hajat dan memaksa Allah SWT memakbulkan doanya didalam segala permintaannya. " SEPATUTNYA SESEORANG HAMBA MENYERAHKAN SEGALA URUSAN KEPADA ALLAH SWT DAN MELAKSANAKAN SEGALA SYARIAT YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW ". Betapa hebatnya kekuasaan manusia dan takabburnya manusia zaman sekarang terhadap Allah SWT. Tiada lagi sifat Tawaddu' dan rendah diri kepada Allah SWT. Nauzubillah Min Zalik.

sumber : disini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails