Susunan SITI AINIZA KAMSARI BAGAIMANA daripada seorang yang begitu kuat menentang Islam dan sebagai panglima tentera kaum Kafir Quraisy, Khalid Al-Walid akhirnya terbuka hatinya untuk menerima cahaya dan kebenaran Islam? Kisah bermula sejak berlakunya Perang Uhud, perang kedua dalam sejarah Islam bagi memerangi kafir Quraisy yang tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka di Perang Badar. Dari lereng Bukit Uhud, kelihatan Khalid berdiri megah sambil mendabik dada dengan angkuhnya atas kejayaannya memporak-perandakan pertahanan tentera Islam dalam Perang Uhud itu. Saat itu tentera-tentera Islam hampir-hampir mencapai kemenangan dalam peperangan itu tetapi akibat tamakkan kepada harta-harta perang yang ditinggalkan musuh menyebabkan mereka meninggalkan barisan pertahanan masing-masing yang menyebabkan Khalid mengambil kesempatan menyerang mereka dari arah belakang. Lalu dengan suara yang nyaring dan lantang ditujukan kepada Nabi Muhammad dan para anggota tentera Islam yang lain, Khalid berkata: "Wahai Muhammad, kami akhirnya berjaya juga mengalahkan kamu dalam peperangan ini. Lihatlah apa yang terjadi kepada bapa saudara kamu, Hamzah bin Abdul Mutalib, yang bukan sahaja tewas malah tubuhnya hancur dicincang dan lihatlah juga pasukan tentera kamu yang porak-peranda dan tidak lagi mampu bangun untuk melawan kami!" Lalu baginda pun membalas dengan suara lantang yang dapat didengar dengan jelas oleh Khalid: "Sebenarnya, kamu yang kalah wahai Khalid, kami tetap di pihak yang benar! Mereka yang gugur di kalangan kami sebenarnya syahid. Mereka tidak mati wahai Khalid, mereka tetap hidup di sisi Allah dengan penuh kemuliaan dan kenikmatan. "Mereka hanya berpindah dari alam dunia ke alam akhirat dan menuju ke syurga Allah, sebagai balasan membela agama Allah sehingga gugur syahid. "Tetapi mati kamu kelak dan begitu juga anggota tentera kamu yang lain, mati dalam keadaan kafir dan kamu semua akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam, tiada sebarang kenikmatan kecuali seksaan daripada api neraka yang pedih," tegas Rasulullah. Kata-kata Rasulullah itu telah membuatkan Khalid terdiam dan mengarahkan pasukan tenteranya pulang ke Mekah. Namun sejak itu, kata-kata baginda itu terngiang-ngiang di telinga Khalid yang menyebabkan Khalid sering duduk termenung memikirkannya. Dalam pada itu, Khalid juga mengutuskan seorang perisik ke Madinah bagi memantau dan melaporkan kepadanya akan aktiviti-aktiviti Rasulullah dan para pengikut baginda di sana. Sehinggalah perisik itu kembali semula kepada Khalid dan melaporkan sebagaimana yang dilihat dan didengar sepanjang berada di situ. Tergamam Perisik Khalid melaporkan sebagaimana kata-kata Rasulullah di hadapan para sahabat dan pengikut baginda: "Aku berasa sangat hairan akan panglima kafir Quraisy Khalid bin Al-Walid, beliau seorang yang sangat gagah perkasa dan mempunyai fikiran yang sangat cerdas tetapi kenapa dia tidak memahami juga akan agama Allah yang aku bawa. Sekiranya dia tahu dan memahami agama yang aku bawa ini, pasti dia akan berjuang bersamaku. Jika dia menggabungkan dirinya dengan kaum Muslimin dalam peperangan melawan orang kafir pastinya beliau layak untuk memimpin pasukan tentera Islam." Khalid tergamam mendengarkan laporan yang dibawa oleh perisiknya itu. Beliau sama sekali tidak menyangka terhadap kepercayaan seorang pemimpin besar seperti Rasulullah ke atasnya, sedangkan beliau telah melakukan pelbagai kejahatan dan kekejaman sebelum ini. Khalid kemudiannya mengambil keputusan untuk menemui sendiri Rasulullah dengan niat yang beliau sendiri kurang pasti, tetapi yang jelas hatinya mula tertarik terhadap Islam. Khalid berangkat seorang diri dengan menunggang kuda kesayangannya dalam pakaian baju kebesarannya yang berhias kancing emas serta serban yang berhias mahkota bertakhta berlian bagi menutup wajahnya demi tujuan penyamaran. Dalam perjalanannya menuju ke Madinah itu, Khalid akhirnya terserempak dengan seorang sahabat, Bilal bin Rabah yang sedang berdakwah kepada sekumpulan petani. Ketika itu Bilal sedang membacakan ayat daripada surah al-Hujurat yang bermaksud; "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)." Khalid sangat terkejut mendengarkan ayat yang dibaca oleh Bilal itu. Beliau tidak sangka daripada seorang yang buta huruf, seorang hamba sahaya, kini Bilal mampu membacakan satu ayat yang sangat indah pada pendengarannya dan mengandungi 1001 makna yang cukup menggetarkan hatinya. Pun begitu, jauh disudut hatinya, beliau yakin bahawa ayat-ayat itu adalah Firman Allah, tuhan yang wajib di sembah. sumber : http://wp.me/pfB19-1hQ |
Memaparkan catatan dengan label hidayah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hidayah. Papar semua catatan
Selasa, 4 September 2012
Hidayah Khalid Al-Walid
بسم الله الرحمن الرحيم
Isnin, 9 April 2012
Shaffer, peguam Jacko, temui hidayah
بسم الله الرحمن الرحيم
MARK Shaffer adalah seorang peguam terkemuka di Amerika Syarikat kerana banyak menyelesaika
n kes-kes penting melibatkan individu-individu terkenal. Beliau memiliki sebuah firma guaman yang dikenali sebagai ‘The Shaffer Law Firm’, salah seorang anak guamnya yang mendapatkan khidmatnya ialah bekas penyanyi pop nombor satu dunia, Michel Jackson atau Jacko.
Kes Jacko yang dikendalikan Mark Shaffer itu adalah yang terakhir sebelum Jacko didapati meninggal dunia.
Kematian Jacko banyak memberi keinsafan kepada Shaffer, beliau tidak menunggu lama, selepas empat bulan kematian Jacko, beliau mengambil keputusan untuk menukar keyakinan yang dipegangi selama ini kepada agama Islam.
Kemasukan Mark Shaffer yang berasal dari Los Angeles ke dalam agama Islam, ada kaitan dengan kunjungannya ke Arab Saudi selama 10 hari, kesempatan beliau berada di bumi yang mulia itu telah menziarahi bandar-bandar utama seperti Riyadh, Abha dan Jeddah bermula 17 Oktober 2009 dan banyak meninggalkan kesan mendalam di hatinya.
Sepanjang berada di Arab Saudi, beliau ditemani oleh pemandu pelancong yang dikenali sebagai Dhawi Ben Nashir. Dalam perjalanan mengunjungi bandar-bandar tersebut, Mark Shaffer menurut Dhawi banyak bertanyakan kepadanya tentang agama Islam dan solat orang-orang Islam.
Ketika berada di ibu negara Riyadh, beliau menginap di sebuah hotel selama dua hari dan memperlihatkan minatnya yang mendalam terhadap Islam.
Dhawi memperlihatkan kesediaannya untuk melayan Shaffer yang mahu tahu tentang Islam dan segala persoalan mengenainya.
Lantas beliau mengajak Shaffer untuk bersiar-siar ke kota Najran, kemudian ke Abha dan al-Ula, di mana kota-kota berkenaan menjanjikan seribu keindahan kesenian Islam. Dalam perjalanan ke kota berkenaan, perjalanan melalui padang pasir terutama di al-Ula, Shaffer berkesempatan melihat tiga pemuda melaksanakan solat beralas pasir halus, ia menjadikan Shaffer begitu teruja kerana solat boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
Setelah menghabiskan waktu selama dua hari di al-Ula, mereka pun melanjutkan perjalanan ke al-Juf. Sesampai di al-Juf, Shaffer minta dicarikan bukubuku tentang Islam. Dhawi tidak menghampakan permintaannya, semua buku itu habis dibaca oleh Shaffer. Keesokan paginya, dia minta Dhawi mengajarkannya cara-cara untuk bersolat, Dhawi bukan sahaja ajar cara bersolat dengan betul, malah mengajarkannya cara-cara berwuduk dan melakukan solat di sebelahnya.
Seusai solat, Shaffer mula bercerita dengan menyatakan bahawa dia merasa jiwanya merasa tenteram setelah cuba menunaikan solat. Keesokan harinya, rombongan Shaffer meninggalkan al-Ula menuju kota Jeddah. Selama dalam perjalanan, Shaffer dilihat begitu serius membaca buku-buku tentang Islam.
Pada hari berikutnya bertepatan dengan hari Jumaat, rombongan tersebut mengunjungi kota tua Jeddah, sebelum waktu solat Jumaat masuk, Dhawi dan rombongan kembali ke hotel dan beliau minta izin Shaffer dan lainlain untuk bersolat Jumaat. Ketika itu Shaffer berkata kepadanya kalau dia dibenarkan untuk ikut solat Jumaat agar boleh menyaksikan orang Islam melakukannya seperti di negaranya.
Dhawi pun mempersilakan Shaffer untuk ikut solat Jumaat, mereka pun kemudian pergi ke sebuah masjid yang berada tidak jauh dari hotel tempat mereka menginap di Jeddah. Memandangkan kerana mereka lewat sampai ke masjid dengan jumlah jemaah yang terlalu ramai memenuhi segenap ruangan, mereka terpaksa melakukan solat di luar sahaja.
Sepanjang berlangsungnya penyampaian khutbah dan solat Jumaat, Shaffer mengamati setiap ahli jemaah yang hadir. Begitu juga setelah selesai solat, para jemaah saling bersalam-salaman dengan wajah yang ceria dan gembira, pemandangan tersebut semakin membuat Shaffer rasa kagum.
Setelah selesai solat dan kembali ke hotel, tiba-tiba Shaffer menyampaikan keinginannya yang tidak terduga kepada Dhawi.
“Saya ingin masuk Islam,’’ ungkap Shaffer. Dhawi pun bergembira mendengar ucapan itu. Beliau lalu mempersilakan Shaffer untuk membersihkan diri. ‘’Silakan anda mandi terlebih dahulu.’’
Setelah mandi, Dhawi kemudian membimbing Shaffer mengucapkan dua kalimah syahadat. Kemudian Shaffer menunaikan solat sunnah dua rakaat. Setelah itu, Shaffer mengungkapkan keinginannya untuk mengunjungi dan melakukan solat di Masjidil Haram, Makkah, sebelum meninggalkan Arab Saudi.
Bagi merealisasikan impian dan keinginannya untuk melakukan solat di Masjidil Haram, Dhawi membawanya ke pejabat Dakwah dan Irsyad di Hamro untuk mendaftarkan dirinya sebagai Muslim sekali gus mendapatkan pengesahan pihak berkuasa Arab Saudi bagi membolehkannya memasuki Makkah dan Masjidil Haram dan diserahkan kepadanya sijil sementara sebagai Muslim sebagai bukti pengesahan, kerana peraturan di negara berkenaan, tidak membenarkan mana-mana individu yang bukan Islam memasuki Makkah, apatah lagi Masjidil Haram.
Selasa, 17 Januari 2012
Selasa, 13 Disember 2011
Solat jadikan Amanda tenang
بسم الله الرحمن الرحيم
Susunan SITI AINIZA KAMSARI
Di suatu pagi sebelum matahari menampakkan cahaya yang warnanya keperak-perakkan itu, Amanda Gormley berdiri di ruang tamu rumahnya. Pagi itu, untuk pertama kalinya, perempuan muda ini melaksanakan solat seperti yang dilakukan oleh seluruh kaum Muslimin.
"Saya mengucap dua kalimah syahadat setelah melalui satu perjalanan spiritual yang panjang. Jalan yang membawa saya kepada Islam. Untuk saya menerima agama ini dan menghormati ajarannya," kata Amanda.
Beliau berkongsi kisah, sejujurnya pertama kali mencuba sendiri solat itu, Amanda canggung kerana tidak tahu bagaimana hendak solat dengan betul terutama dalam aspek bacaan.
Lalu cara penyelesaiannya Amanda menggunakan bantuan kad flash mengenai cara-cara bersolat dan bacaannya.
"Saya berdiri ke arah yang saya yakin adalah arah kiblat ke kota Mekah. Lalu saya meletakkan tangan kanan di dada. Sedangkan tangan kiri memegang kad yang mengandungi petunjuk solat dan surah al-Fatihah itu," ujarnya menceritakan pengalaman pertamanya bersolat.
Suku-suku kata (bahasa Arab) dirasakan begitu asing dan aneh menyekat saluran tenggorok Amanda. namun seperti tangisan yang tertahan, beliau tetap berjuang untuk mengucapkan bunyi dari suku-suku kata yang asing itu.
"Tetapi, sejurus mengucapkan bacaan dalam solat itu, saya dapat merasakan seluruh roh saya memasuki sebuah dunia yang ada di luar indera saya, menembusi dimensi ruang dan waktu, dimana tubuh membebaskan jiwa.
"Saya merasakan ketenangan, sebuah pengampunan dan kasih sayang yang begitu menyelubungi diri," katanya.
Dengan cahaya pagi pertama yang masih lembut sinarannya, Amanda rukuk lalu bersujud di lantai sambil menangis dan mengucap Subhana rabbial a'la (Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi).
"Saya dapat merasakan juga benda dari sekecil-kecil dan sehalus atom juga turut ikut memuji Allah.
Kisah wanita tua zaman Nabi, berulang di Amerika Syarikat
بسم الله الرحمن الرحيم
Oleh: rozmal
"
Ingat lagi kisah seorang wanita tua yang sering menyakiti Rasulullah SAW? Nabi SAW sentiasa bersabar. Akhirnya apabila wanita tua itu sakit, Nabi SAW menziarahi dan merawati wanita tua tadi, terbukalah pintu hidayah, lalu wanita tua tadi memeluk Islam.
Kisah yang seakan sama berlaku pada masa kini di Amerika Syarikat. Diceritakan oleh Suhaib Webb antara beberapa siri ceramah beliau di Youtube.
Suhaib menceritakan seorang Islam dari Sudan menetap di kediaman yang banyak kes jenayah iaitu di Bronx, New York. Jiran warga Sudan tadi ialah seorang wanita tua Yahudi.
Warga Sudan dan isterinya sering menyapa dan memberi makanan kepada jiran Yahudi tadi. Tapi wanita Yahudi tadi mencampakkan segala pemberian dan sering memarahi mereka. Tapi keluarga warga Sudan tadi terus menyantuni jirannya, kerana ini adalah tuntutan Islam dalam hak berjiran.
Pada satu hari wanita Yahudi tadi dirompak, warga Sudan tadi nampak dan menyelamatkan wanita tersebut. Akibat kecederaan wanita tadi terlantar di hospital. Di hospital tiada siapa yang menziarahi, hanya warga Sudan tadi. Namun wanita tadi masih memarahi warga Sudan tadi.
Apabila sihat, wanita tua tadi kembali ke rumah. Warga Sudan tadi masih berbuat baik kepada jirannya walaupun wanita tadi tidak menyukainya.
Akhirnya wanita tua tadi jatuh sakit. Sekali lagi dia terlantar di hospital. Dan sekali lagi tiada sesiapa yang menziarahi warga tua tadi hanya warga Sudan tadi dan isterinya. Lalu wanita tua tadi bertanyalah kepada warga Sudan tadi mengenai Islam, lalu diterangkanlah mengenai Islam, terbukalah pintu hidayah, lalu wanita tua tadi memeluk Islam.
Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua tadi menemui ajal, menghadap Allah SWT.
Apabila dibacakan wasiat, wanita tua Yahudi tadi telah menyerahkan semua hartanya kepada warga Sudan tadi.
Moral of the story :
Hidayah hanya Allah yang beri kepada sesiapa yang dikehendakki. Kita cuma boleh ketuk pintu hidayah.
Kalau wanita tua Yahudi, yang memaki hamun kita, Islam suruh kita berbuat baik, apa lagi ibu kandung kita sendiri yang beragama Islam, yang sudah tua, yang sentiasa berleter.
Sejarah itu sentiasa berulang.
Siapakah Suhaib Webb ini ? Saya ada tulis sedikit sebelum ini mengenai siapa Suhaib Webb di waghih.blogspot.com
Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.syukran Khamis, 10 November 2011
4 Perkara mengundang kekecewaan dalam kehidupan
بسم الله الرحمن الرحيم

1- Jika seseorang kencing sambil berdiri.
2- Seseorang yang tergesa-gesa mengusap dahinya sebelum selesai solat.
3- Seseorang yang mendengar azan lalu tidak mengikuti suara muazzin.
4- Seseorang mendengar nama Rasulullah SAW disebut lalu dia tidak membaca selawat ke atas Rasulullah SAW.
Kitab Tanbihul Ghafilin . Jilid 1 & 2. M/S : 624.
Jumaat, 28 Oktober 2011
Islam Mengisi Kekosongan Hatiku-Mantan Anggota Parlemen Rusia
بسم الله الرحمن الرحيم
Setelah memeluk Islam pada tahun 1994, mantan anggota parlemen Rusia ini menggunakan nama islami Fatimah Abdur Rasheed. Ia lalu menunaikan ibadah haji dan mendalami agama Islam dengan belajar di jurusan studi Islam, Universitas Kazan, Republik Tartaristan.
Fatimah mengungkapkan setelah memeluk Islam, ia merasakan sebuah "revolusi" dalam dirinya. Aktivitas sosial Fatimah, membuatnya dikenal masyarakat sehingga mudah baginya terpilih sebagai anggota parlemen Rusia. Tapi Fatimah mengaku selalu merasakan kekecewaan yang mendalam dalam hatinya.
"Saya merasa ada yang kosong dalam diri saya. Maka, sejak awal saya menegaskan harus mengisi kekosongan itu dengan bimbingan dari Allah Swt. dan Islam menjadi agama yang saya pilih," ujar Fatimah menceritakan awal dirinya masuk Islam.
Namun, setelah mengucap dua kalimat syahadat, Fatimah menghadapi tantangan baru yang lebih berat. Ia diboikot oleh suami dan seluruh anggota keluarganya. Tapi hal itu tidak menggoyahkan tekad Fatimah untuk tetap menjadi seorang muslimah. Ia berusaha tegar dan ketegarannya di kemudian hari berbuah manis, karena kakak perempuan dan anak laki-laki Fatimah akhirnya juga memutuskan untuk masuk Islam.
Empat tahun kuliah di jurusan studi Islam, Universitas Kazan, Fatimah belajar hadis, sirah, hukum Islam dan tentu saja Al-Quran. "Setiap kali membaca Quran, hati saya membuncah dengan perasaan ingin bertobat atas kehidupan saya di masa lalu, yang saya lewati tanpa karunia Allah. Penjelasan tentang surga dan neraka dalam Al-Quran, membuat imajinasi saya melambung tinggi ke langit," tutur Fatimah.
Sebagai seorang muslimah, Fatimah pelan-pelan juga mengubah cara berbusananya dengan mengenakan busana muslimah. Lagi-lagi ia menghadapi tekanan berat dari berbagai lapisan masyarakat di Rusia. "Tapi, sejak saya memutuskan untuk memeluk Islam secara penuh, saya hadapi semua tekanan itu," tukas Fatimah.
Tapi sebenarnya yang membuat Fatimah memutuskan masuk Islam? Menurut Fatimah, awal ketertarikannya pada Islam bermula pada tahun 1994, ketika ia pertama kalinya mendengar suara azan. Suara azan itu membuat badannya gemetar. Ia mencari tahu apa itu azan dan arti kalimat yang dikumandangkan dalam azan. Tapi, berbagai informasi yang bias tentang Islam. membuat Fatimah khawatir dan ragu untuk mendalami Islam, apalagi berpikir untuk masuk Islam.
Meski masih merasa ragu, Fatimah membaca riwayat tengan kehidupan Nabi Muhammad Saw, namun ia masih belum berani menyentuh Al-Quran karena ia merasa masih tidak pantas untuk menyentuh kitab suci kaum Muslimin itu. Perlahan-lahan, keberanian Fatimah muncul, ia menemukan Al-Quran adalah cermin dari kehidupan masyarakat islami dan ia tidak ragu lagi untuk lebih mendekatkan diri pada Islam.
"Alhamdulillah, perasaan ragu itu seketika hilang, dan berganti dengan kepuasan batin setelah mengucapkan dua kalimat syahadat. Allah Swt telah menganugerahkan hidayahnya yang istimewa buat saya. Saya merasa damai hidup dengan Islam," ujar Fatimah.
Tak lama setelah bersyahadat, pada tahun yang sama, 1994, Fatimah menunaikan ibadah haji. "Mekkah membuat saya terkagum-kagum. Melihat orang tawaf mengelilingin Kabah adalah kenangan tak terlupakan. Saya sangat terkesan melihat persaudaraan muslim seluruh dunia saat menunaikan ibadah haji," ungkap Fatimah.
Ia juga mengaku terkesan karena selama berhaji, ia tidak pernah melihat satu orang pun pengemis di kota Mekkah. Kota Mekkah juga tetap terjaga kebersihannya meski jutaan orang memadati kota itu saat musim haji. "Mekkah menjadi magnet yang membuat saya selalu ingin kembali ke sana, untuk memperbarui keimanan dan spiritual saya. Ibadah haji membuat hati saya tenang dan damai," sambung Fatimah.
Ditanya mengenai generasi muslim baru di Rusia, Fatimah mengungkapkan keprihatinannya karena banyak generasi muda muslim di Rusia sekarang ini yang enggan menikah. Salah satu penyebabnya, kata Fatimah, karena faktor ekonomi.
"Kondisi keluarga di Rusia, bisa dibilang rata-rata buruk. Banyak kaum ibu di Rusia yang harus bekerja sehingga tidak bisa memberikan perhatian yang cukup pada anak-anak mereka. Jika mereka tidak bekerja, keluarga di Rusia hanya mengandalkan pemasukan hanya dari suami, yang tidak bisa mencukupi kebutuhan mereka sehari-hari. Itulah sebabnya, generasi muslim baru di Rusia, banyak yang tidak mau menikah dan cenderung menghindari tanggung jawab berkeluarga," papar Fatimah. (kw/TTT)
http://eramuslim.com/

Rabu, 6 April 2011
Selasa, 14 Disember 2010
7 Ciri-ciri orang yang mendapat Hidayah daripada Allah SWT
بسم الله الرحمن الرحيم
- Golongan mereka yang terpilih untuk mendapat hidayah Allah SWT. Surah Al-A'raf ayat 178 dan Surah Al-Isra' ayat 97.
- Golongan yang memperolehi pengajaran daripada kisah-kisah Nabi serta kitab-kitab yang Allah SWT utuskan. Surah Al-Hadid ayat 26.
- Golongan yang hatinya tidak tertawan dengan tawaran dunia yang merugikan. Surah Al-Baqarah ayat 16.
- Golongan yang menyembah Allah SWT dan tidak mengikut hawa nafsu. Surah Al-An'am ayat 65, 55 dan 56.
- Golongan yang tidak membunuh anak dan tidak menghalalkan apa yang Allah SWT haramkan.
- Bersedia dan redha dengan pemberian dan dugaan Allah SWT. Surah Al-An'am ayat 82.
- Golongan yang tidak mengharapkan balasan sesama mabusia. Surah Yasin ayat 20 dan 21.
Membentuk kecerdasan daripada Al-Quran. m/s : 198.
sumber
Langgan:
Catatan (Atom)