Memaparkan catatan dengan label ibadat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ibadat. Papar semua catatan

Isnin, 21 November 2011

8 Perkara mendatangkan pahala tanpa beribadat

بسم الله الرحمن الرحيم
http://img.tebyan.net/Big/1385/08/25012715550831112127511078236153244213177116.jpg
1- Sesiapa ingin mendapat pahala solat malam semasa tidur maka jangan melakukan maksiat pada siang harinya.
2- Sesiapa yang ingin mendapat pahala puasa sunat sedangkan dia tidak berpuasa, maka jagalah lidahnya.
3- Sesiapa yang ingin kelebihan seperti para ulamak, maka hendaklah dia suka berfikir.
4- Sesiapa ingin pahala Jihad sedangkan dia berada di rumah, hendaklah dia berjihad melawan syaitan.
5- Sesiapa yang ingin pahala sedekah sedangkan dia tidak mampu bersedekah, maka hendaklah dia mengajar ilmu daripada apa yang dia telah pelajari.
6- Sesiapa yang mendapat pahala haji sedangkan dia tidak mampu, maka hendak sentiasa menunaikan solat Jumaat.
7- Sesiapa yang ingin Fadhilat Ahlul Ibadat, maka hendaklah dia memperbaiki hubungan sesama manusia dan jangan menimbulkan persengketaan sesama manusia.
8- Sesiapa yang ingin mencapai Fadhilat Abid ( Orang yang sentiasa dalam ibadat kepada Allah SWT ) , maka hendaklah dia meredhai kepada sahabatnya dengan apa yang dia redhai pada dirinya sendiri.
Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 810.
 dari

Selasa, 20 September 2011

Perkara yang lebih buruk kedudukannya

 بسم الله الرحمن الرحيم
 
1- Perbuatan dosa yang dilakukan oleh orang muda yang bodoh adalah buruk, tetapi ianya lebih buruk jika dilakukan oleh kaum tua.
2- Sibuk dengan urusan duniawi oleh orang bodoh itu adalah buruk, tetapi lebih buruk lagi jika orang alim sibuk dengan urusan duniawi.
3- Malas beribadat orang awam adalah buruk tetapi lebih buruk apabila orang alim malas beribadat.
4-  Berperangai sombong bagi orang kaya adalah buruk tetapi lebih buruk lagi apabila orang fakir berperangai sombong.
Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 86
sumber

Khamis, 14 Oktober 2010

5 Sebab manusia melakukan Ibadat kepada Allah SWT

بسم الله الرحمن الرحيم

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs021.snc3/10865_218504896074_136254396074_4617678_4230614_n.jpg

  1. Kerana takut kepada azab seksaan Allah SWT.
  2. Kerana takut terlindung dari pandangan Allah SWT,
  3. Takut tidak mendapat pahala daripada Allah SWT.
  4. Kerana takut berjauhan dengan Allah SWT.
  5. Kerana malu dan kerana kehebatan serta kerana mengagongkan Kebesaran Allah SWT. (Golongan Terbaik ).

Syarah Hikam. m/s : 257.

sumber : disini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails