Sabtu, 16 Januari 2010

Hijrah...Perlu Berjemaah ?

Itulah yang dilontarkan oleh penceramah dalam satu forum yang berpaksi kepada tajuk "Memantapkan Ukhuwah Memperkasa Ummah" pada 31.12.2009 yang lepas.

Memang benar kerana apabila dilihat kembali peristiwa Hijrah itu, ia melibatkan semua golongan (termasuk juga yang bukan Islam - selagimana ia memberi munafaat kepada orang Islam/Islam). Tidak perlu diperincikan peristiwa ini kerana umum sudah mengetahui melalui pelbagai sumber seperti ceramah-ceramah, pembacaan melalui buku, pengajian/majlis ilmu, dan lain-lain.

Saya cuma ingin mengemukakan beberapa intisari dari forum tersebut yang sempat dicatat atas sifat kelemahan diri sendiri.

Ukhuwah membawa maksud sanggup senasib atau seberuntung dengan saudaranya, bersenyawa dengan Islam itu sendiri.

1. Islam perlu dianuti dalam bentuk ummah, bukan dalam bentuk peribadi semata-mata. Sejarah sebelum berlaku hijrah ini menyaksikan di Mekah Islam diperintah. Namun selepas peristiwa hijrah, di Madinah Islam memerintah.

2. Hijrah ini mengandungi konsep jihad dan perjuangan / pengorbanan. Pengorbanan yang diambilkira oleh Allah ialah yang dilakukan kerana Allah sahaja.

3. Sekarang ini, pengorbanan adalah berpaksi kepada melawan syaitan dan nafsu, iaitu sanggup meninggalkan hasutan syaitan, dan tidak melayan hawa nafsu.


Tanda hilang kasih sayang Allah :
  • Mudah membuat kejahatan
  • susah membuat kebaikan
4. Musuh-musuh Islam berusaha secara halus agar Islam itu sebagai :
  • anutan peribadi sahaja
  • tidak untuk mengurus (sp. pemerintahan, dan lain-lain)
Pada zaman Nabi SAW masjid menjadi paksi untuk hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Dalam ertikata lain masjid boleh mengurus kedua-dua hubungan ini.

5. Dalam peristiwa hijrah juga Nabi SAW memadankan orang-orang Muhajirin dan Ansar dalam bentuk 'smart-partnership'. Ini bermakna orang yang berkemahiran sama atau mempunyai profession yang sama antara Ansar dan Muhajirin dipadankan sebagai langkah bagi membantu saudara yang tidak mempunyai apa-apa selepas melakukan hijrah bersama Nabi.

6. Perlu memberi tempat dan manpower kepada Islam dimana jua.

7. Memberikan kesetiaan kita kepada Islam.

8. Sistem kapitalisma dan sosialisma telah gagal.

Mohonlah kepada Allah "Ya Allah tuhan kami anugerahilah kami pada dunia kebaikan dan pada akhirat kebaikan, dan peliharalah kami akan siksa neraka"

Empat Tanda Kebahagiaan

  1. Mempunyai isteri/pasangan yang soleh/solehah (bermula dari kita sendiri, iaitu, kita sendiri perlu soleh/solehah dulu).
  2. Bila Allah kurniakan kepada kita anak yang memberi kebajikan kepada kita, kepada masyarakat mahupun kepada negara.
  3. Apabila dikurniakan rakan-rakan dan jiran-jiran yang baik (punca soleh adalah masjid).
  4. Rezeki yang mudah diperolehi.
Akhirnya, perlu selalu muhasabah diri jika ada sesuatu yang kita alami/musibah yang menimpa kita.

Wallahhuaqlam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails