Salam,
Rasanya semua orang faham bila disebut "take five" sama ada dalam mesyuarat atau perbincangan, semasa kuliah kat U, semasa memandu (singgah kat R & R), melayunya disebut rehat 5 minit atau ambil masa sedikit untuk berehat bagi menghilangkan keletihan.
Kalau dalam bidang sukan pula diisyaratkan dengan tangan menunjukkan huruf 'T' yang bermakna minta time out sebagai satu strategi untuk menukar rentak perlawanan biasanya dilakukan oleh pasukan yang sedang kena belasah. Hakikatnya memang benar, kadang-kadang rentak permainan akan berubah, seperti menghilangkan konsentrasi pihak satu lagi. Dalam istilah lain, pasukan yang sedang mengalami tekanan itu hendak menyusun semula strateginya (regroup,replan,refresh,revitalise), suntik semula semangat untuk berjuang lebih gigih lagi.
Dalam forum atau perbincangan juga teknik yang sama digunakan oleh mederator atau fasilitator untuk 'mengekang' pihak satu lagi terutama dalam menepati time constraint atau disengajakan dengan tujuan atau motif tertentu. Contoh kalau kat tv ialah commercial break.
Kalau dalam mesyuarat, pengerusi akan kata "take five". Ini memberi peluang kepada ahli mesyuarat untuk berehat sebentar, menyenangkan diri, ketandas, atau kalau perokok, dapat lepas gian masa ni. Biasanya bukan tepat lima minit pun tapi berlanjutan kadang-kadang sampai 10 minit. Ia semata-mata satu istilah bagi membolehkan lari sebentar atau rehat sebentar dari rutin biasa yang sedang berjalan. Ada juga mesyuarat yang tidak langsung memberi ruang kepada "take five" ini sehinggakan nak solat pun kena pandai-pandai sendiri buat excuse.
Jika dalam kuliah kat U, "take five" ini memberikan masa rehat kepada jari jemari yang penat menulis, mencatat, melakar. Bagi seorang penulis, "take five" ini mungkin tidak dipedulikan sangat kerana ia mengikut letupan ideanya / ilhamnya pada ketika itu. Jika dia berhenti mungkin idea yang sama tidak akan datang lagi, jadi letih macam manapun ia akan terus mencatatkan apa juga ideanya ketika itu juga.
Dalam exam tak ada istilah "take five" ini kerana masa amat mencemburui kita. Kalau adapun geliat kiri geliat kanan sahaja atau regangkan sekejap tangan yang sedang menulis. Selepas tamat masa baru datangnya letih jari jemari itu. Rasanya ramai yang dapat mengakui hakikat ini....terutama pelajar2...
Apa signifikan nya "take five" ini berkaitan perkara diatas? Kalau diperhatikan, ia ada unsur "berehat sebelum letih", "berhenti sebelum jemu", dan lain-lain yang sewaktu dengan nya. Dalam mendidik kanak-kanak juga, "rihat" seperti ini juga dipraktikkan kerana kanak-kanak akan cepat jemu.
Berbeza sedikit dari ungkapan "berhenti sebelum kenyang", dimana contoh seperti yang dianjurkan oleh Nabi SAW mempunyai banyak hikmah tersembunyi yang salah satu daripanya ialah mengelak penyakit, dimana kita semua maklum bahawa banyak penyakit berasal dari perut / makan berlebihan, dan jenis pemakanan. Apa tidaknya kerana harus dibahagikan perut kita kepada tiga bahagian : sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiga lagi untuk udara (pernafasan). Kalau tidak percaya lihat sahaja semasa bulan Ramadhan, oleh kerana makan dan minum terlalu banyak orang yang berkenaan tidak mampu untuk bernafas dengan baik.
Jika boleh diamalkan sifat dan sikap kesederhanaan dalam makan ini, InsyaAllah dapat mengurangkan masalah kesihatan bagi seseorang individu. Disini kita perlu berhenti terus, tidak sambung semula makan. Seperkara lagi yang dianjurkan oleh Nabi SAW ialah supaya makan ketika lapar, bukan makan untuk memenuhi jadual makan !!
Perlu ingat : "menjaga lebih baik dari merawat".
"Take five" juga harus berfungsi bagi meningkatkan kualiti 'decision making' kita atau kualiti tindakan-tindakan kita. Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh dipelajari dari "take five" ni, tapi buat sementara waktu kita "take five" dulu.
salam..
BalasPadameheh,suka bila lecturer kata "ok class, kita take 5 kejap.."
ermmm,bgus entri saudara, menerangkan ttg take 5 dari pelbagai perspektif..trutama ttg sunnah rasulllah tu, kdg2 trlebih makan pun ada jg huhu,
thanks kerana mengingatkan :)
Assalamu'alaikum!Sebagai Muslim, kita juga boleh Take 5 untuk muhasabah diri. Boleh juga Take 5 untuk tujuan tafakur atau 'meditation' yg memang menghasilkan kesan yg baik. Insya Allah! Wallahu A'lam!
BalasPadamsalam,
BalasPadamsebenarnya hamba pun tak pasti dari mana datangnya istilah take5 ni. Kenape 5 tidak 7 atau 10 ? Mungkin ada jawapan kepada perkara ini. Ada banyak lagi lima-lima yang lain seperti 5 waktu sembahyang, 5 jari, semuanya ada hikmah cuma kita tak dapat selami lebih dalam. Bukan mempersoalkan kenapa tetapi mencari hikmah disebalik penetapan itu.