Memaparkan catatan dengan label taubat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label taubat. Papar semua catatan

Rabu, 21 Disember 2011

Usia Amat Bernilai

بسم الله الرحمن الرحيم

Usia amat bernilai

Quantcast
Oleh Wan Aminurrashid Wan Abd Hamid

Umat Islam perlu elak pembaziran, perkara mungkar
ANDAINYA setiap individu muslim memahami dan menyedari betapa cintanya Allah SWT kepada orang yang berbuat baik, sudah tentu dia akan merebut cinta Allah itu dengan mengisi setiap ruang waktu kehidupannya berbuat amal salih.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah al-Baqarah, ayat 195)
Dan sesiapa mengerjakan sesuatu dosa, maka sesungguhnya dia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. – Surah al-Nisa, ayat 111
Jika setiap muslim itu benar-benar menginsafi betapa Allah SWT sangat membenci perlakuan jahat dan maksiat, sudah tentu dia akan berasa takut untuk mendekati segala perbuatan jahat dan mungkar. Jika sudah terlanjur, dia akan segera meninggalkannya dan bertaubat kepada Allah SWT.
Mukmin yang menjerumuskan dirinya dalam perlakuan jahat dan amalan mungkar sebenarnya terdedah kepada dosa, kemurkaan serta balasan Allah SWT sama ada di dunia atau akhirat kelak. Inilah perlu ditakuti muslim yang masih tidak mengendahkan tegahan Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesiapa mengerjakan sesuatu dosa, maka sesungguhnya dia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’, ayat 111)
Mereka yang meninggalkan larangan Allah SWT melalui fasa perubahan yang dinamakan hijrah atau transformasi diri. Tindakan ini perlu dilakukan setiap masa kerana amalan muhasabah memang digalakkan dan diterjemahkan usaha berubah kepada lebih baik dalam bentuk perlakuan.
Mukmin yang sengaja tidak menghiraukan tegahan Allah dibimbangi ajal menjemputnya lebih dulu sebelum sempat bertaubat. Dinyatakan dalam hadis, Allah SWT cemburu kepada hamba-Nya yang melakukan perkara ditegah.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT memiliki sifat cemburu, dan kecemburuan Allah itu ialah apabila orang mukmin melakukan perbuatan yang diharamkan oleh-Nya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sesungguhnya akhlak yang mulia adalah buah daripada ibadah yang sempurna. Ibadat yang difardukan Allah SWT seperti solat lima waktu, puasa, zakat fitrah dan ibadah haji, selain bukti kepatuhan kepada Allah SWT, juga membentuk pelakunya menjadi manusia berakhlak mulia.
Dengan kemuliaan akhlak itulah, manusia mampu menjauhi segala amalan mungkar yang ditegah Allah SWT.
Mukmin yang insaf bahawa hidup ini sementara dan amat singkat, sedangkan masa berlalu setiap saat adalah usianya, akan memandang umurnya masih berbaki itu sangat bernilai dan tidak wajar dibazirkan kepada perkara sia-sia.
Apalagi menjerumuskan diri ke kancah kejahatan dan maksiat. Hidup ini sebenarnya adalah kesempatan emas untuk memburu dan berlumba-lumba mengejar amal kebajikan sebagai bekalan menemui Allah SWT kelak.
Diceritakan, suatu hari seorang lelaki yang gemar berbuat maksiat datang menemui ahli sufi bernama Ibrahim bin Adham untuk meminta nasihat (dengan harapan ia dapat meninggalkan amalan maksiatnya).
Ibrahim bin Adham lalu menasihati lelaki itu dengan berkata: “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu lakukan maksiat.”
Syaratnya ialah, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan (kamu) makan rezeki-Nya; jika kamu berbuat maksiat, jangan tinggal di bumi-Nya, jika kamu masih bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat dilihat oleh-Nya.
Jika malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakan kepadanya, ketepikan kematianku dulu kerana aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal salih. Jika malaikat Zabaniah datang hendak mengiringimu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.
Nasihat Ibrahim bin Adham itu amat menusuk kalbunya, membuatkan lelaki berkenaan insaf. Air matanya bercucuran kerana tidak tahan mendengar nasihat sangat mengesankan dan sedar bahawa semua syarat itu tidak mampu dilaksanakannya. Mulai saat itu dia bertaubat kepada Allah SWT.
syukran

Khamis, 10 November 2011

6 Tanda taubat anda telah diterima oleh Allah SWT

بسم الله الرحمن الرحيم
http://www.arabw-pearl.com/vb/temp2/11932_1277410141.jpg
1- Tidak merasa dirinya terpelihara dari kemaksiatan.
2- Hatinya melihat bahawa kegembiraan itu sangat jauh dan kesedihan itu sangat dekat.
3- Senang hati apabila berada berdekatan dengan orang yang melakukan kebaikan, sekaligus  menjauhi orang-orang yang berbuat dosa.
4- Memandang harta miliknya yang sedikit terasa banyak dan memandang  amal Akhirat yang banyak terasa sedikit.
5- Sibuk dengan ketaatan kepada Allah SWT dan tidak menyibukkan diri dalam mencari rezeki yang telah dijamin oleh Allah SWT.
6- Sentiasa memelihara lidahnya, sentiasa bertafakkur serta mencemaskan dan menyesali dengan dosa yang pernah dikerjakannya.
Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam.  M/S : 200.
 dari

Rabu, 12 Oktober 2011

5 Sumber Kecelakaan dan Kebahagiaan dalam kehidupan

بسم الله الرحمن الرحيم

http://twitemail.com/users/125255166/21/related/image001.png
Gambar di atas adalah diantara program-program  kebajikan yang menjadi rebutan pada dermawan di Timur Tengah, Allah SWT masih mengasihi kita dan tidak menurunkan bala kepada seluruh umat Islam di dunia kerana usaha sebegini masih segar di hati mereka yang Cintakan Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Muhammad Ibnu Dauri R.A. berkata " Iblis itu celaka kerana 5 perkara :
1- Tidak pernah mengakui dosa yang dilakukannya.
2- Tidak pernah menyesal setelah melakukan perbuatan dosa.
3- Tidak pernah mencela dirinya ( tidak pernah merendahkan diri di hadapan makhluk Allah SWT) di atas dosa yang telah dilakukan.
4- Tidak pernah berniat untuk bertaubat.
5- Putus asa daripada rahmat Allah SWT.
Nabi Adam A.S. bahagia dan mulia kerana 5 perkara:
1- Mengakui dosa yang beliau telah lakukan.
2- Menyesal di atas perbuatan dosa yang telah dilakukan.
3- Mencela diri dan merendahkan diri apabila melakukan dosa.
4- Segera bertaubat kepada Allah SWT apabila tersilap melakukan dosa.
5- Tidak putus asa daripada Rahmat Allah SWT ".
Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 163
Nota : dari penulis asal :
Ribuan maaf kerana tidak dapat menambahkan ilmu agama kepada semua selama 4 hari  kerana ada urusan peribadi.
Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya untuk semua, Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan kita di dunia ini untuk kemanfaatan di Akhirat kelak. Amin Ya Rabbal Alamin.

Rabu, 15 Jun 2011

Dosa yang menjadi kunci ke Syurga Allah SWT

بسم الله الرحمن الرحيم
http://mimtulungagung.files.wordpress.com/2008/01/istighfaroot.jpg?w=400&h=396#038;h=396
Jangan kamu pandang dosa kamu dari sudut kamu sebagai tuhan, tetapi pandang dosa kamu dengan pendangan seorang hamba Allah SWT, kasihanilah mereka yang Allah SWT timpakan bala, pujilah Allah SWT yang telah mengurniakan kamu segala keafiatan.
Jangan kamu hukum seseorang sebagai ahli neraka atau ahli syurga. Jangan kamu membanggakan diri kepada ahli maksiat tetapi berdoalah kepada Allah SWT mereka mendapat keampunan Allah SWT serta hidayah Allah SWT.
.
Seorang sahabat telah melakukan maksiat di Mekah dan mendapat penghinaan dari orang ramai serta semua orang beranggapan bahawa dosanya tidak akan mendapat keampunan daripada Allah SWT.
Berbekal dengan dosa dan penghinaan tersebut sahabat berkenaan telah bertaubat dan memulakan umrah di Masjid Tanaem dan akhirnya meninggal dunia di sisi Kaabah Al-Musyarrafah selepas selesai menunaikan tawaf..
Rujukan :
http://www.drchamsipasha.com/ar/index.php?art=show_articles&id=170
" لا تنظروا في ذنوب الناس كأنكم أرباب.. وانظروا إلى ذنوبكم كأنكم عبيد.. فارحموا أهل البلاء.. واحمدوا الله على العافية "
وإياك أن تقول: هذا من أهل النار .. وهذا من أهل الجنة.. لا تتكبر على أهل المعصية.. بل ادع الله لهم بالهداية والرشاد..
كان رجل من العصاة يغشى حدود الله في البلد الحرام.. وكان رجل من الأخيار يذكّره بالله دائماً ويقول له: يا أخي اتق الله، يا أخي خاف الله.. كيف تفعل الفواحش والموبقات وأنت في أطهر بقعة من بقاع الأرض؟؟
وفي يوم من الأيام ذكّره بالله فما التفتَ إليه.. وردَّ عليه رداً سيئاً.. فما كان من ذلك الرجل الصالح إلا أن استعجل وقال له: إذن لا يغفر الله لمثلك – لشدة ما وجد من غلاظة الجواب – .
انهالت هذه الكلمة على العاصي كالضربة القاضية وقال: الله لا يغفر لي؟! الله لا يغفر لي؟! سأريك أيغفر الله لي أم لا يغفر !
يقول من حضر المشهد: لقد رأينا ذلك العاصي بعدها بساعات وقد اعتمر من التنعيم وما أن انتهى من طوافه حتى سقط مغشياً عليه.. ومات بين الركن والمقام.!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails