Memaparkan catatan dengan label ulama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ulama. Papar semua catatan

Isnin, 19 Disember 2011

5 Soalan yang telah dijawab oleh 700 Ulamak

بسم الله الرحمن الرحيم
Syaqiq bin Ibrahim berkata :
Saya telah bertanya pada tujuh ratus orang alim tentang lima masalah, maka mereka semuanya menjawab dengan satu jawapan yang sama,
1- Siapakah orang yang sempurna akal ?
Orang yang tidak cinta pada dunia.
2- Siapakah orang yang cerdik ?
Orang yang tidak tertipu dengan dunia.
3- Siapakah orang kaya ?
Orang yang redha menerima bahagiannya  dari Allah SWT  ( rela menerima hukum takdir  Allah SWT ).
4- Siapakah orang yang mengerti agama ?
orang yang tidak minta berlebih-lebihan.
5- Siapakah orang yang bakhil ?
Mereka yang tidak mengeluarkan Hak Allah SWT dalam hartanya.
Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 978-979.
 syukran

Ahad, 13 November 2011

7 Kemuliaan bersama majlis ilmu para ulamak

بسم الله الرحمن الرحيم
http://www.sham24.com/islamyat/islameyat-80-1.jpg
Orang yang duduk dalam majlis ilmu yang disampaikan oleh alim-ulamak akan mendapat 7 kemuliaan, walaupun tidak mampu mengingati apa yang diajari oleh ulamak tersebut:
1- Kebesaran orang menuntut ilmu.
2- Tempoh masa berada dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada melakukan dosa.
3- Setiap langkah menuju kemajlis ilmu ulamak akan mendapat rahmat.
4- Setiap rahmat yang diturunkan untuk alim ulamak, anda akan mendapat bahagian yang sama.
5- Setiap perkataan yang didengar akan mendapat pahala.
6- Para Malaikat akan memayungi mereka yang menuntut ilmu dengan penuh kerahmatan.
7- Setiap langkah penuntut ilmu akan mendapat pahala dan terhapus dosa serta  meninggikan martabatnya di dalam Syurga Allah SWT.
Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 674.
dari

Khamis, 2 Jun 2011

Zaman ulamak tidak dipedulikan

بسم الله الرحمن الرحيم
http://ummatanwasatan.net/wp-content//ulama.jpg
Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a. berkata : Rasulullah saw bersabda :” Ya Allah! Jangan kamu temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama sudah tidak diikuti lagi dan orang yang penyantun sudah tidak disegani lagi. Hati mereka Seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya).(Hadith riwayat Ahmad)
Keterangan:
Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang telah digambarkan oleh Rasulullah saw ini. Masyarakat sudah agak jauh daripada para ulama. Mereka takut mendekati para ulama kerana khuatir perbuatan mereka akan ditegur. Orang tidak segan lagi membuat maksiat walaupun di hapadan orang yang tinggi akhlaknya. Terkadang, sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para ulama untuk menyatakan rasa ego dan sekaligus untuk menyinggung perasaan mereka. Golongan ini juga pandai bercakap dan sering memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat orang lain padahal hati mereka adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam dan memangsa musuhnya.
Kitab rujukan : 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah
dari

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails