Nostalgia selalunya tercetus oleh sesuatu yang mengingati seseorang individu mengenai sesuatu perkara /event dari masa lampau. Emosi yang terhasil boleh menjulat dari kegembiraan kepada kedukaan yang berhubungkait dengan dan atau kerinduan untuk kembali ke period masa yang khusus itu.
Itulah terjemahan bebas dari definasi yang terdapat dalam wikipedia.
Terbaca berita dalam HMetro (28.7.2010) bahawa terdapat 7 orang pelajar yang rindu kepada alam persekolahan setelah meninggalkan nya selama kira-kira tiga tahun disebuah sekolah menengah di Taman Melawati. Mereka menyamar dan masuk kembali kekelas masing2 tapi disedari oleh guru yang kemudian nya menghubungi polis. Anda boleh baca disini. Mungkin ada sesuatu yang menarik disebalik peristiwa ini.
Setiap orang mempunyai kenangan nostalgiknya sendiri. Biasanya nostalgia ini merupakan ingatan-ingatan yang mendamaikan, manis, pahit, lucu, sedih dan sebagainya. Kenangan manislah yang biasanya mahu diulang kembali atau dengan kata lain ingin kembali kezaman atau period itu kerana ia menjana kegembiraan. Kenangan pahit….diingati juga tapi dalam perspektif yang berbeza dimana jika dingati kenangan pahit itu ia akan menjana kesedihan, kemarahan atau lain-lain sifat negative, tapi bukan semua. Ada juga kenangan pahit itu menjanakan kesabaran, kesungguhan dalam berusaha, bertawakkal dan sebagainya.
Apa sebenarnya faedah untuk kita bernostalgia?
Kenangan lama ini boleh diambil secara positif contohnya, bila kita mula-mula belajar solat, puasa Ramadhan atau ibadah-ibadah lain. Mungkin yang mula mengajar kita adalah ibu bapa kita dan seterusnya oleh guru2 disekolah. Kita disuruh menghafal surah-surah lazim untuk bacaan dalam solat, maka kita pun hafal. Bila dah dewasapun masih lagi membaca surah-surah yang sama yang dibaca semasa zaman kanak-kanak dulu, tidak ada peningkatan dalam hafalan surah. Makna nya kita bermuhasabah mengenai diri sendiri dan cuba meningkatkan lagi kualiti ibadah kita.
Dengan lain perkataan, nostalgia boleh mendorong seseorang untuk memperbaiki diri sendiri.
Ada nostalgia yang boleh melekakan kita umpamanya dek kerana minat lagu-lagu lama sp. Lagu Elvis Presley ke , Beatles ke, Cliff Richard ke, atau yang sewaktu dengan nya, sanggup seseorang itu mencari koleksi-koleksi lagu-lagu yang disukainya, mengumpul memorabilia (barang2 kenangan) ie., berhabis duit untuknya, sedangkan banyak lagi perkara lain yang berbentuk ibadah yang boleh dilaksanakan dengan wang tersebut. Nostalgia sebegini tidak mendatangkan apa2 faedah pun bagi diri sendiri.
Macam-macam jenis nostalgia yang boleh dikaitkan dengan apa jua perkara atau objek seperti rumah, motor, kereta, sukan, tempat, dan sebagainya. Ia nya unik bagi setiap individu.
Kenangan mengusik jiwa.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan