Jumaat, 15 Oktober 2010

6 Syarat ke arah keampunan Ilahi

بسم الله الرحمن الرحيم

http://photos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs388.ash2/66610_157853024247535_100000685156886_331627_5845594_s.jpg

  1. Rendahkan dirimu bagi segala hukum Ku.
  2. Jangan bantah arahan Ku ( Allah SWT ).
  3. Dirikan kehendak Allah SWT dan tinggalkan kehendakmu.
  4. Jadikan dirimu hamba yang dimiliki oleh Allah SWT, sesungguhnya engkau tidak berkuasa di atas sesuatu pun.
  5. Apabila engkau melihat kudrat daripadamu, maka engkau serahkan kepada Ku.
  6. Aku amat berkuasa lagi Amat mengetahui pada tiap-tiap sesuatu.

Syrah Hikam. m/s : 47.

sumber : disini

Khamis, 14 Oktober 2010

5 Sebab manusia melakukan Ibadat kepada Allah SWT

بسم الله الرحمن الرحيم

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs021.snc3/10865_218504896074_136254396074_4617678_4230614_n.jpg

  1. Kerana takut kepada azab seksaan Allah SWT.
  2. Kerana takut terlindung dari pandangan Allah SWT,
  3. Takut tidak mendapat pahala daripada Allah SWT.
  4. Kerana takut berjauhan dengan Allah SWT.
  5. Kerana malu dan kerana kehebatan serta kerana mengagongkan Kebesaran Allah SWT. (Golongan Terbaik ).

Syarah Hikam. m/s : 257.

sumber : disini

Selasa, 12 Oktober 2010

3 Rahsia Allah SWT Anugerah kepada Bumi atau Dunia ini

بسم الله الرحمن الرحيم

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs005.snc4/33614_136060316442121_100001144605281_165936_1745025_n.jpg

  1. Tersimpan sifat-sifat nafsu dalam sifat-sifat rohani, bumi akan memberi rahsia tersebut kepada mereka yang berjaya mengatur langkah kehidupan dengan sempurna melalui sifat-sifat rohani.
  2. Bumi memiliki sifat-sifat rahsia Ukhrawi/Akhirat, Manusia yang berjaya mencari sifat-sifat rahsia Akhirat, bumi akan memartabatkannya sebagai Insan yang Soleh.
  3. Bumi memilki segala rahsia sifat alam dan Rahsia sifat Rahman, mereka yang berjaya mencari kedua-dua sifat ini. Bumi akan memberi penghormatan dengan gelaran Al-Muqarrabin iaitu Orang Yang Telah Berjaya Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT. Golongan ini adalah Golongan Pilihan Allah SWT di Akhirat kelak.

Syarah Hikam . m/ : 184.

sumber : disini

Isnin, 11 Oktober 2010

Barat mengakui Islam akan mengubah Perundangan Dunia

بسم الله الرحمن الرحيم

http://www.awda-dawa.com/image3/from-10-10-garbeen.jpg

بسم الله الرحمن الرحيم

هذه أقوال لسياسيين ومفكرين ومستشرقين غربيين تنفث بالحقد و الكراهية، و لكنها مليئة بالصدق،ذلك أن الإسلام دين الحق،و من الطبيعي أن يكرهه أهل الباطل،قال تعالى: (قَدْ بَدَتِ البَغْضَآءُ من أفواههم و ما تخفي صدورهم أكبر)

* إن الخطر الحقيقي على حضارتنا هو الذي يمكن أن يحدثه المسلمون حين يغيرون نظام العالم.( القس سيمون ).

* إن الوحدة الإسلامية تجمع آمال الشعوب الإسلامية،و تساعد على التملص من السيطرة الأوروبية، والتبشير عامل مهم في كسر شوكة هذه الحركة، من أجل ذلك يجب أن نحوّل بالتبشير اتجاه المسلمين عن الوحدة الإسلامية.

* لما وقف كرزون وزير خارجية إنكلترا في مجلس العموم البريطاني يستعرض ما جرى مع تركيا،احتج بعض النواب الإنكليز بعنف على كرزون،و استغربوا كيف اعترفت إنكلترا باستقلال تركيا التي يمكن أن تجمع حولها الدول الإسلامية مرة أخرى و تهجم على الغرب.فأجاب كرزون لقد قضينا على تركيا التي لن تقوم لها قائمة بعد اليوم...لأننا قضينا على قوتها المتمثلة في أمرين:الإسلام و الخلافة..فصفق النواب الإنكليز كلهم وسكتت المعارضة. ( كرزون وزير خارجية إنجلترا ).

Pemimpin Britain dengan penuh yakin berkata bahawa semua nilai Islam di Turki telah dihancurkan dan tidak akan kembali Islam ke bumi Turki. Namun perkembangan terkini menolak segala dakwaan tersebut.

* إن الخوف من العرب، و اهتمامنا بالأمة العربية،ليس ناتجا عن وجود البترول بغزارة عند العرب بل بسبب الإسلام. يجب محاربة الإسلام للحيلولة دون وحدة العرب التي تؤدي إلى قوة العرب;لأن قوة العرب تتصاحب دائما مع قوة الإسلام و عزته و انتشاره.إن الإسلام يفزعنا عندما ينتشر بيسر في القارة الأفريقية. ( مورو بيرجر من كتابه العالم العربي المعاصر).

Penulis buku terkenal berkata " Islam telah berjaya mengatasai kami dalam perkembangan Islam di Afrika secara rahsia ".

* كان قادتنا يخوفننا بشعوب مختلفة،لكننا بعد الإختبار لم نجد مبررا لمثل تلك المخاوف..كانوا يخوفننا بالخطر اليهودي، والخطر الياباني الأصفر، و الخطر البلشفي..لكنه تبين لنا أن اليهود هم أصدقاؤنا ، و البلاشفة الشيوعيون حلفاؤنا،أما اليابانيون،فإن هناك دولا ديمقراطية كبيرة تتكفل بمقاومتهم .

لكننا وجدنا أن الخطر الحقيقي علينا موجود في الإسلام، و في قدرته على التوسع و الإخضاع،و في حيويته المدهشة. ( لورانس براون )

Apa yang kami dapati bahaya sebenar pada Islam adalah kemampuan Islam berkembang dengan luas dalam suasana tenang dan kehidupan yang bersemangat .

* إذا وجد القائد المناسب الذي يتكلم الكلام المناسب عن الإسلام ،فإن من الممكن لهذا الدين أن يظهر كإحدى القوى السياسية العظمى في العالم مرة أخرى"المستشرق البريطاني.( مونتجومري وات ).

Jika didapati ada pemimpin yang bijak bercakap pasti dia adalah muslim, tidak mustahil Islam akan mempunyai kekuasaan politik yang kuat buat kali kedua di dunia ini..

* لا يوجد مكان على سطح الأرض إلا و اجتاز الإسلام حدوده و انتشر فيه،فهو الدين الوحيد الذي يميل الناس إلى اعتناقه بشدة تفوق أي دين آخر.( هانوتو"وزير خارجية فرنسا سابقا )

Tidak akan ada seinci bumi ini yang tidak akan menerima seruan Islam, sehingga jadilah Islam agama terkuat didunia suatu masa nanti.

* و ماذا أصنع إذا كان القرآن أقوى من فرنسا.( "لاكوست- وزير المستعمرات الفرنسي عام ١٩٦٢ )

Francis tidak akan mampu mencipta sesuatu yang lebih kuat dan kehebatan daripada Al-Quran.

* إن الوحدة الإسلامية نائمة، لكن يجب أن نضع في حسابنا أن النائم قد يستيقظ. (رنولد توينبي )

Kesatuan Islam sedang tidur, tetapi kita mesti ingat yang tidur pasti akan terjaga dari tidurnya..

* المسلمون يمكنهم أن ينشروا حضارتهم في العالم الآن بنفس السرعة التي نشروها بها سابقا،بشرط أن يرجعوا إلى الأخلاق التي كانوا عليها حين قاموا بدورهم الأول،لأن هذا العالم الخاوي لا يستطيع الصمود أمام روح حضارتهم.( مرماديوك باكتول ).

Islam akan menyebar kemajuan kepada dunia dengan jiwa agama apabila Islam bangkit kembali, Kemajuan Islam bersama agama pasti tidap dapat dikalahkan lagi oleh kemajuan yang tidak ada nilai-nilai kemuliaan agama

sumber : disini

Ahad, 10 Oktober 2010

4 Peringatan buat mereka yang bermujahadah

بسم الله الرحمن الرحيم

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs451.snc3/25839_110674462286111_100000306737274_142030_4951655_n.jpg

  1. Sesiapa yang mengalami kebinasaan pada Jalan Allah, maka Allah yang akan menggantinya.
  2. Sesiapa yang terang cahaya permulaannya dengan melazimkan " Tarikat Ilahiah ", maka teranglah cahaya kesudahannya dengan terbuka hakikat.
  3. Sesiapa yang terang cahaya permulaannya dengan tinggi hemahnya daripada sekalian alam, maka teranglah cahaya kesudahannya dengan terbuka dan jelas kelihatan, kerana permulaan itu jalan bagi kesudahan.
  4. Dan sesiapa yang permulaannya pada Jalan Allah SWT, nescaya kepada Allah pula kesudahannya.

Syarah Hikam . m/s : 69.

sumber : disini

Jumaat, 8 Oktober 2010

7 Cara untuk terlepas daripada melakukan dosa

بسم الله الرحمن الرحيم

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs709.snc4/62922_118033761586218_100001387830361_128306_3010489_n.jpg

1 - Memohon perlindungan daripada kepada Allah SWT dan berdoa serta memohon kepada Allah SWT dengan bersungguh supaya Allah SWT menghapuskan dosa kita.
Allah SWT berfirman :
Al-Baqarah :186. Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

2 - Mujahadah diri atau berusaha bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu dan mempertahankan / Sabar dengan nilai-nilai agama daripada runtuh serta menyucikan diri dengan cara taat sepenuhnya kepada perintah Allah SWT.

Allah SWT berfirman :

As-Syam :

7. dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),

8. maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.

9. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
10. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.

Surah Al-Angkabut :69.

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
3 - Ingat kepada amaran Allah SWT yang amat keras terhadap dosa pakaian, rasa takut kepada azab Allah SWT serta sentiasa ingat kepada dosa yang telah kita lakukan.

4 - Merasakan Allah SWT sentiasa dekat dengan hambanya sehingga kita tidak berpeluang melakukan doasa walaupun sesaat.


5 - Merasa malu kepada Allah SWT, membayangkan perbuatan dosa tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bergelar mukmin atau orang beriman.

6 -Cuba bayangkan jika kematian datang dalam keadaan kita melakukan maksiat kepada Allah SWT. Bagaimana kita akan bertemu dan dibangkitkan dalam keadaan tersebut dihadapan Allah SWT ?.

7 -Ingat kepada persiapan Allah SWT untuk menyambut kedatangan hambanya yang soleh, Syurga diperhiaskan seindah-indah adalah untuk kita, Apakah kita sanggup membawa dosa dan mem mempersembahkannya kepada Allah SWT Yang Maha Suci dan Maha Pemurah ?

Jika dosa yang kita bawa, maka ingatlah azab Allah SWT tidak mengenal belas kasihan terhadap sesiapa pun !!!

Fussilat ayat :

40. Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Kami, mereka tidak tersembunyi dari Kami. Maka apakah orang-orang yang dilemparkan ke dalam neraka lebih baik, ataukah orang-orang yang datang dengan aman sentosa pada hari Kiamat? Perbuatlah apa yang kamu kehendaki; Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

sumber : disini

Abdul Rahman bin Auf mengagumi dua budak Ansar

بسم الله الرحمن الرحيم

ABDUL Rahman bin Auf adalah seorang sahabat Nabi Muhammad yang berbangsa Quraisy. Nama sebenar beliau ialah Abdul rahman bin Auf bin al-Haris bin Zahrah. Beliau tergolong dalam golongan yang awal memeluk agama Islam.

Beliau tidak terkecuali daripada menyertai Perang Badar dan siri peperangan yang lain. Beliau juga dalah salah seorang daripada 10 orang yang dijamin masuk syurga. Beliau meninggal dunia pada tahun 32 Hijrah bersamaan 652 Masihi. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Baqi'.

Semasa Perang Badar, Abdul Rahman bin Auf bertempur dengan tentera musuh. Dalam kesibukan melawan musuh, dua orang budak Ansar datang kepadanya. Mereka ialah Muaz bin Amar bin Jamuh dan Muaz bin Afra.

Salah seorang budak Ansar itu memegang tangannya. Dia bertanya kepada Abdul Rahman, "Adakah pakcik kenal Abu Jahal?"

Kemudian Abdul Rahman menjawab, "Pakcik kenal Abu Jahal. Mengapa anak bertanya mengenai Abu Jahal kepada pakcik?"

Budak Ansar itu berkata lagi, "Abu Jahal adalah orang yang mencari dan mengeji Nabi Muhammad. Dia adalah musuh kita yang utama. Sekiranya saya dapat menangkap Abu Jahal, saya tidak mahu melepaskannya. Saya akan bunuh dia biarpun nyawa saya terancam!"

Seorang lagi budak Ansar yang berada di sebelah rakannya juga ebrsetuju dengan kata-kata kawannya itu.

Abdul Rahman bin Auf terkejut melihat semangat dua orang budak Ansar itu.

Semasa Abdul Rahman dan dua orang budak Ansar itu ebrbual-bual, tiba-tiba Abdul Rahman terlihat Abu Jahal menunggang kudanya dalam keadaan mundar-mandir. Abu Jahal yang angkuh cuba melawan tentera Islam.

Kemudian Abdul Rahman menjerit memberitahu kepada dua orang budak Ansar tadi, "Itu Abu Jahal."

Keduadua orang budak Ansar itu berlari ke tempat Abu Jahal. Di tangan mereka terdapat pedang yang tajam. Pedang itu adalah bagi membunuh Abu Jahal.

Salah seorang daripada budak Ansar itu memotong kaki kuda Abu Jahal. Sementara seorang lagi menyerang Abu Jahal. Abu Jahal terjatuh daripada kudanya.

Abu Jahal masih belum mati. Pada masa itu Ikramah, tentera musuh turut berada di sana mengawal Abu Jahal.

Apabila Ikramah melihat Abu Jahal diapa-apakan oleh dua budak Ansar itu, Ikramah menyerang balas, lalu memotong tangan Muaz bin Amar bin Jamuh. Muaz cuba melawan dalam keadaan tangannya yang berlumuran darah.

Namun, beliau tidak berjaya kerana pergerakan badannya terbatas. Kemudian Muaz bin Afra cuba melawan Abu Jahal menggunakan pedangnya.

Melihat keadaan itu, Abdullah bin Mas'ud datang menyerang menggunakan pedangnya yang tajam. Abdullah bin Mas'ud menyerang Abu Jahal sehingga kepala Abu Jahal terputus daripada badannya. Abu Jahal tewas dan akhirnya mati terbunuh.

Kesungguhan dua orang budak Ansar itu membuatkan Abdul Rahman bin Auf berasa terharu. Berkat usaha, kerjasama dan cita-cita yang tinggi bagi mengalahkan lawannya itu akhirnya tercapai. Semangat mereka yang tinggi bagi menegakkan agama terbukti usia bukan penghalang walaupun mereka masih kecil.

sumber : disini

Khamis, 7 Oktober 2010

6 Konsep pengabdian diri kita kepada Allah SWT

بسم الله الرحمن الرحيم

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs670.snc4/61011_160927427266367_100000473335960_475018_2000419_n.jpg

  1. Kehambaan bagi hati, orang yang memandang dirinya adalah milik Allah SWT maka seluruh kehidupannya adalah memperhambakan kepada Allah SWT.
  2. Memperhambakan hati dengan segala kerahsiaan maka dia akan sentiasa menggunakan dirinya untuk beribadat kepada Allah SWT.
  3. Menyempurnakan segala adab dan Akhlak mulia yang Allah SWT perintahkan adalah menyampaikan kedudukan martabat kehambaan kepada Jalan Allah SWT.
  4. Jika Diri seseorang telah sempurna adab dan akhlak mulia yang telah Allah SWT perintahkan maka Dirinya telah berada di Jalan Allah SWT.
  5. Menyempurnakan segala sifat-sifat kehambaan kepada Allah SWT adalah jalan menuju kepada Kebenaran Allah SWT.
  6. Meletakkan Allah SWT ditempat ketuhanan sebenar dan kita berada ditahap kehambaan sebenar, maka tercapailah Hakikat sebenar.

Syarah Hikam. m/s : 173.

Nota:

Dizaman sekarang ramai orang meletakkan Allah SWT sebagai khadamnya, sehingga manusia sanggup memerintah Allah SWT agar menunaikan segala hajatnya didalam solat hajat dan memaksa Allah SWT memakbulkan doanya didalam segala permintaannya. " SEPATUTNYA SESEORANG HAMBA MENYERAHKAN SEGALA URUSAN KEPADA ALLAH SWT DAN MELAKSANAKAN SEGALA SYARIAT YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW ". Betapa hebatnya kekuasaan manusia dan takabburnya manusia zaman sekarang terhadap Allah SWT. Tiada lagi sifat Tawaddu' dan rendah diri kepada Allah SWT. Nauzubillah Min Zalik.

sumber : disini

Rabu, 6 Oktober 2010

4 Perkara yang amat menghairankan

بسم الله الرحمن الرحيم

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs036.ash2/35182_134047239968170_100000886844279_160773_503588_n.jpg

  1. Mengambil gantian yang kurang daripada yang lebih ( Pahala yang Allah tawarkan tidak diambil malah dunia tetap menjadi pilihan).
  2. Memilih yang fana daripada yang kekal ( Balasan Syurga kekal abadi tetapi kecantikan dunia tetap dikejar).
  3. Menyibukkan diri dengan perkara yang batil ( Sentiasa sibuk dengan program dan perbuatan maksiat sehingga tidak berkesempatan melakukan ibadat).
  4. Berpaling daripada Allah SWT kepada benda yang tiada hakikat baginya. (Gelaran profesor, doktor, pakar dan sebagainya menjadi kebanggaan tetapi Gelaran Syuhada’, Solihin, Siddiqin dan Ulamak tidak memberi apa-apa erti bagi mereka yang bermatlamatkan dunia. Sedangkan golongan inilah yang akan berdampingan dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW di dalam Syurga kelak).

sumber:



4 Perkara Allah Haramkan Masuk Neraka

بسم الله الرحمن الرحيم

  1. Orang yang menahan nafsu ketika berahi.
  2. Orang yang menahan nafsu ketika ketakutan.
  3. Orang yang menahan nafsu ketika keinginan.
  4. Orang yang menahan nafsu ketika kemarahan.

Hadis Riwayat At-Tabrani.

Tahzib Hadis Jilid Satu/ m/s: 37

http://peribadirasulullah.wordpress.com/2010/03/14/4-perkara-allah-haramkan-masuk-neraka/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails