Selasa, 28 Disember 2010

Nasib Umat Islam Palestin Dulu dan Kini

بسم الله الرحمن الرحيم

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image042.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image002.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image001.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image005.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image008.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image009.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image028.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image010.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image027.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image004.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image013.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image011.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image016.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image007.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image041.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image038.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image036.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image006.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image014.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image012.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image017.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image015.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image019.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image018.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image020.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image021.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image023.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image022.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image024.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image035.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image037.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image033.jpg

image032

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image026.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image029.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image030.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image031.jpg

http://www.ibda3world.com/wp-content/uploads/2010/02/image034.jpg

sumber

Jumaat, 24 Disember 2010

Jangan Tidur Sebelum Mengerjakan 4 Perkara

بسم الله الرحمن الرحيم

http://www.moveed.com/data/media/127/28_3251_1061503220.jpg

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda kepada Saidatina Aisyah, " Wahai Aisyah, jangan engkau tidur sebelum mengerjakan 4 perkara:

1-Mengkhatam Al-Quran.

2-Menjadikan para Nabi sebagai penolongmu di hari Kiamat.

3-Menjadikan agama Islam sebagai redha kepadamu.

4-Mengerjakan ibadat haji dan Umrah.

Kemudian Baginda SAW mengerjakan solat dan Aisyah berada di tempat tidur hingga Baginda selesai mengerjakan solat. Lalu Saidatina Aisyah berkata : " Wahai Rasulullah SAW, Tuan perintahkan saya mengerjakan empat perkara yang tidak mampu saya lakukan sekarang".

Rasulullah SAW tersenyum sambil bersabda :

Apabila kamu:

1-Membaca surah AlIkhlas sebanyak tiga kali. seolah-olah engkau telah mengkhatamkan Al-Quran.

2-Apabila engkau berselawat kepadaku dan kepada para nabi sebelumku, sesungguhnya kami telah memjadi penolongmu di Akhirat nanti.

3-Dengan engkau memohon keampunan kepada semua orang beriman, maka mereka telah meredhai engkau.

4-Jika kamu menyebut Subhanallah. sesungguhnya engkau telah menunaikan haji dan umrah.\

Kitab 1001 Feqah Nasihat. m/s : 185
sumber

Rabu, 22 Disember 2010

Mumia Firaun temukan Dr. Maurice dengan Islam

Susunan SITI AINIZA KAMSARI
Dr. Yahya Maurice Bucaille


PADA pertengahan tahun 1975, Perancis yang ketika itu di bawah pemerintahan Presiden Francisco Mitterand menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Kisah Firaun dalam al-Quran

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

sumber

Selasa, 14 Disember 2010

9 Nikmat yang Allah kurniakan kepada kita tidak terhingga nilai oleh manusia

بسم الله الرحمن الرحيم

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQoBcVs1Cl7Dx9fSRrZWwwKn7VysGdIZ3ey2D10o4BwWeR6ULBn

  1. Mendapat kemenangan yang nyata sebagaimana tersebut dalam surah Al-Fath ayat : 1-12.
  2. Diberi kemahiran tertentu dalam melaksanakan tugas, seperti yang tercatat dalam surah Yusuf ayat : 6.
  3. Memenuhi keperluan, dinyatakan dalam surah An-Nahl ayat : 81 dan Surah Ibrahim ayat : 34.
  4. Dikurniakan Kitab dan Hikmah serta pengajaran, dalam surah Al-Baqarah ayat : 231.
  5. Dikurniakan Rasul untuk mengajar ayat-ayat Allah SWT dan apa-apa yang belum diketahui, disebut dalam surah Al-Baqarah ayat : 150 - 151.
  6. Selamat daripada keganasan manusia yang kuat, surah Ibrahim ayat : 6.
  7. Pemberian rezeki dan keturunan yang baik, surah Fathir ayat : 3 dan surah An-Nahl : ayat 72.
  8. Belayar dilaut, surah Luqman ayat : 31.
  9. Islam sebagai agama yang diredhai, surah Al-Maidah ayat : 2.

Membentuk Kecerdasan Melalui Al-Quran. m/s : 125.

sumber

7 Ciri-ciri orang yang mendapat Hidayah daripada Allah SWT

بسم الله الرحمن الرحيم

http://www.wlidk.net/upfiles/YFp81685.jpg

  1. Golongan mereka yang terpilih untuk mendapat hidayah Allah SWT. Surah Al-A'raf ayat 178 dan Surah Al-Isra' ayat 97.
  2. Golongan yang memperolehi pengajaran daripada kisah-kisah Nabi serta kitab-kitab yang Allah SWT utuskan. Surah Al-Hadid ayat 26.
  3. Golongan yang hatinya tidak tertawan dengan tawaran dunia yang merugikan. Surah Al-Baqarah ayat 16.
  4. Golongan yang menyembah Allah SWT dan tidak mengikut hawa nafsu. Surah Al-An'am ayat 65, 55 dan 56.
  5. Golongan yang tidak membunuh anak dan tidak menghalalkan apa yang Allah SWT haramkan.
  6. Bersedia dan redha dengan pemberian dan dugaan Allah SWT. Surah Al-An'am ayat 82.
  7. Golongan yang tidak mengharapkan balasan sesama mabusia. Surah Yasin ayat 20 dan 21.

Membentuk kecerdasan daripada Al-Quran. m/s : 198.

sumber

5 Ciri hiburan yang Allah SWT izinkan

بسم الله الرحمن الرحيم

1-Menyanyi ketika musim perayaan sekadar di lengkapi alat-alat muzik seperti rebana, kompang dan lain-lain kelengkapan yang tidak menimbulkan kelalaian.

2-Nyanyian sebagai tanda pengistiharan pernikahan.

3-Lirik-lirik yang berunsurkan Islam dan patriotik.

4-Lirik-lirik yang mengajak kepada menyintai Allah SWT, Rasulullah SAW dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW atau bertasbih kepada Allah SWt serta meniupkan semangat jihad.

5-Lagu-lagu nasyid yang diiringi rebana dan kerincing sempena pernikahan yang dikhususkan kepada kaum wanita dan kanak-kanak sahaja.

Kitab Penawar Hati Dan Penenang Jiwa. m/s : 379-386

sumber

Bukti Allah sentiasa merindui permintaan kita

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah Taha, ayat 124-126.

Ayat : 124.

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".

Ayat : 125.

Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?"

Ayat : 126.

Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".

Maksud Hadis:

Barang siapa yang suka bertemu Allah, maka Allah akan suka bertemu dengannya dan barang siapa yang tidak suka bertemu Allah, maka Allah tidak akan suka bertemu dengannya

· Hadis riwayat Ubadah bin Shamit Radhiyallahu’anhu:
Bahwa Nabi Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Barang siapa menyukai pertemuan dengan Allah, maka Allah akan menyukai pertemuan dengannya, dan barang siapa yang tidak menyukai pertemuan dengan Allah, maka Allah tidak akan menyukai pertemuan dengannya. (Shahih Muslim No.4844)

· Hadis riwayat Aisyah Radhiyallahu’anhu, ia berkata:
Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Barang siapa yang menyukai pertemuan dengan Allah, maka Allah akan menyukai pertemuan dengannya. Dan barang siapa yang tidak menyukai pertemuan dengan Allah, maka Allah tidak akan menyukai pertemuan dengannya. Aku bertanya: Wahai baginda, bagaimana dengan kebencian terhadap kematian karena semua kita membenci kematian? Beliau menjawab: Bukan begitu, tetapi seorang mukmin apabila diberi kabar gembira dengan rahmat Allah, keridaan dan surga-Nya, maka dia akan senang bertemu dengan Allah dan Allah akan senang bertemu dengannya. Dan sesungguhnya orang kafir apabila diberitahukan tentang siksaan serta kemurkaan Allah, maka dia akan membenci pertemuan dengan Allah sehingga Allah pun akan membenci pertemuan dengannya. (Shahih Muslim No.4845)

· Hadis riwayat Abu Musa Radhiyallahu’anhu:
Nabi Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Barang siapa yang menyukai pertemuan dengan Allah, maka Allah menyukai pertemuan dengannya. Dan barang siapa yang tidak menyukai pertemuan dengan Allah, maka Allah tidak akan menyukai pertemuan dengannya. (Shahih Muslim No.4848)

sumber

Kembali Beroperasi

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala pujian bagiAllah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah swt yang telah mengizinkan hambanya melaksanakan apa yang patut dilaksana serta mengembalikan hambanya ketempat asal, Selawat dan salam kepada insan mulia Rasulullah S.A.W. ALLAHumma Solli Ala
Muhammad.

Belum begitu bersedia untuk memuatkan posting kedalam blog ini, walaubagaimanapun artikel2 lain akan diselitkan dulu. Selamat bertemu kembali, semoga semua kita dirahmati Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails