Ahad, 16 Januari 2011

5 Langkah untuk mencapai Musyahadah dan Muraqabah Allah SWT

بسم الله الرحمن الرحيم

http://www.irsyadtc.net/design/mrdktn.jpg

“Al-Jawahir Al-Sufiyyah” karya al faqir biLlah al-marhum Tuan Guru Haji Husin Nasir al-Banjari (Tuan Husin Kedah) mengenai hal ini.

“Seseorang itu tidak dapat memahami perkara yang payah seperti Musyahadah dan Muraqabah kepada Allah Ta’ala itu atau seperti tuntutan mengenal Allah Ta’ala itu dengan pengenalan yang sempurna atau tuntutan berkekalan khidmat dan ibadah kepada Allah Ta’ala melainkan dengan lima perkara :

1. Meninggalkan keinginan dan kasih kepada dunia, ertinya tidak kasih kepada tiap-tiap sesuatu yang lain daripada Allah Ta’ala.

2. Meninggalkan daripada perkara-perkara yang disukai oleh hawa nafsu, iaitu tiap-tiap sesuatu yang lain daripada Allah Ta’ala.

3. Seseorang itu hendaklah berkekalan dengan zikrullah, ertinya sentiasa ingat kepada Allah Ta’ala dengan hatinya dan sentiasa disebut dengan lidahnya

4. Seseorang itu hendaklah bersegera bertaubat pada tiap-tiap kali ia melakukan dosa

5. Meninggalkan tindakan angan-angan, sekalipun bagi pekerjaan atau urusan yang berkaitan dengan akhirat.

sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails