Apabila kita melihat kemewahan duniawi pada sesetengah manusia, akan
timbul kekaguman kita kepadanya, dan sering terwujud dalam benak kita
bahawa alangkah baiknya jika kita juga memperolehi kemewahan tersebut.
Tanpa kita memikirkan bahawa segala-galanya adalah ujian daripada Allah
ta`ala dan amanahNya yang akan diminta pertanggungjawabannya kelak di
akhirat. Namun nafsu yang tidak pernah mengenal puas tetap sahaja
menggoda kita untuk sentiasa gemarkan kemewahan duniawi yang sementara ini, bahkan
ada yang tergoda sehingga sanggup menggadaikan akhirat demi
mengunggulkan kemewahan yang fana.... Allahu ... Allah.
Janganlah kita jadikan dunia ini sebagai matlamat akhir kita, ingatlah bahawa kita ini umat yang beragama. Dunia ini hanyalah sementara, yang bakal kita tinggalkan nanti apabila sampai masa meneruskan perjalanan kita menuju negeri yang kekal abadi. Junjungan Nabi shallAllahu `alaihi wa sallam berpesan agar kita jadikan keberadaan kita di negeri dunia ini seumpama seorang musafir, yakni hidupnya kita di negeri dunia ini hanyalah singgah sebentar sahaja untuk mencari bekalan buat kehidupan di negeri yang abadi nanti. Sampai masanya nanti, kita akan meneruskan perjalanan ke negeri yang abadi. Bertamu di dunia ini pun tidak lama, sebentar sahaja bak kata Sasterawan Negara A. Samad Said:- "Kita Ini Tetamu Senja", tak lama terbenamlah matahari, kalau bertamu dari pagi sampai petang boleh tahan jugak lamanye...Allahu ... Allah. Makanya, janganlah kita tergiurkan kehidupan duniawi sehingga lupa negeri yang akhirat yang abadi. Dunia yang ada itu jadikanlah untuk akhirat, dunia untuk akhirat bukan dunia untuk dunia kerana dunia itu bakal kita tinggal pergi. Seorang penyair berpesan:-

Jadikan hidupmu seperti musafir berkelana
Setelah kau tiada biarlah yang tinggal kebaikan belaka
Maka tidaklah kita di dunia ini melainkan bertamu sementara
Dan tiadalah atas tetamu melainkan pasti berlalu perginya
Moga Allah selamatkan kita dari segala fitnah dunia dan membahagiakan kita di akhirat nanti dalam negeri yang abadi Jannatun Na`im, syurga yang penuh kenikmatan. Allahumma aamiin.
sumber:
http://bahrusshofa.blogspot.com/2012/02/lebih-baik-dari-kerajaan.htmlhttp://bahrusshofa.blogspot.com/2012/02/lebih-baik-dari-kerajaan.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan