Rabu, 10 Mac 2010

Masih lompat lagi


Salam,

Sekali peristiwa mengikut yang empunya hikayat, terdapat sekumpulan kera yang tinggal berhampiran dengan ladang yang diusahakan oleh sebilangan usahawan. Berusahalah usahawan-usahawan ini dengan berbagai bidang usaha, ada yang bertanam, dan ada yang menternak.

Akan kumpulan kera ini disinilah jua sumber makanan nya kerana sekitar kediaman mereka telah terang benderang dengan pembangunan yang pesat. Tong sampah menjadi tempat kunjungan yang 'wajib' setiap hari kerana itu sahaja kemampuan yang ada. Hendak pergi ke Tesco atau Giant tidaklah mereka mampu.

Tibalah masanya hasil-hasil ladang telah sesuai hendak dipungut untuk dijual. Akan sang kera amatlah teringin hendak merasa hasil ladang itu setelah sekian lama bergelumang dengan tong sampah. Akan sang usahawan tahu dan maklum juga mengenai niat sang kera itu untuk mendapat sedikit makanan dari ladang mereka. Hendak ditembak begitu sahaja tidak berkesan kerana terlalu ramai, sedangkan bau senapang pun mereka sudah dapat kesan inikan pula menembaknya. Jadi akal pun dicari bagaimana hendak mengusir 'penceroboh2' itu keluar kalu boleh untuk selama-lamanya. Mesyuarat, mesyuarat, mesyuarat..........keputusan diambil.....
"umpan" disediakan dalam satu perangkap yang sang monyet tidak kenalpun itu perangkap !

Biasalah..BOS kena tunjuk dia bijak. Maka Bos sang monyet tadi terpikat dengan umpan yang diletak dalam perangkap....praaaaaap !! termasuklah sang ketua tadi tiada dapat keluar lagi. Tak kisah fikirnya, nanti aku dapat makan sedap setiap hari...

Maka hebohlah seluruh belentara kecil itu akan perihal ketua yang telah masuk perangkap, tiada dapat mereka berfikir oleh kerana terkejutnya akan peristiwa itu...

Akan sang usahawan tidaklah ia berniat untuk menganiaya sang monyet yang terperangkap tadi tapi sekadar hendak jadikan ia perantara kepada kaum kerabatnya sahaja. Hajatnya supaya ia dapat 'slow talk' dengan kerabatnya itu. Diberi makan, minum dan dihiasilah dengan pelbagi warna belang dimuka dan badan umpama hendak pergi menonton perlawanan bola sepak antara Brazil dan Argentina layaknya.....

Tiba masanya, dilepaskanlah kembali sang ketua tadi kebelantara kecilnya dulu. Arakian, sang ketua amatlah rindu ia akan anak bininya kerana telah terpisah beberapa waktu. Pantaslah ia melompat dari satu dahan kedahan, tapi malang, malang sungguh, apabila terlihat sahaja oleh kaum kerabatnya dan rakan-rakan nya akan perihal dirinya yang 'glamour' itu, bertempiaranlah mereka kesemuanya lari kerana lebih terkejut dari terkejut yang pertama dulu.......malah tiga kali ganda terkejutnya dari dahulu!!

Kalau yang mengejar melompat sekali, yang kena kejar berganda kali lompatnya, makin lama makin jauh. Gegak gempitalah sekali lagi belentara kecil itu....

Tidaklah sempat ia hendak beri penjelasan lagi kepada kaum kerabatnya..........kaum kerabat semua sudah tidak percaya lagi kepadanya.......jadilah ia 'SUMBANG' dalam belentara kecil itu....

Adapun Kaum kerabatnya sedang dalam proses mendapatkan BOS baru....yang ada komitmen dan nafas baru, meneruskan perjuangan......





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails