Tupai....semua peringkat umur boleh mengenali makhluk ini dengan mudah. Habitatnya bukan sahaja dikampung atau belukar, malah dalam kawasan bandar juga boleh dilihat. Makhluk sekecil ini pun banyak memberi munafaat kepada manusia jika kita mengetahuinya. Selain dari kehebatan nya melompat dari pokok kepokok, apa lagi agaknya keistimewaan pelompat cilik ini ?
Dalam bidang pertanian, ia amat berguna bagi pokok langsat, duku, dokong dan sebangsa denganya sebab ia membantu membersihkan kulit-kulit pokok yang ada parasit dan secara tidak langsung memudahkan pembungaan terjadi.
Keduanya, kalau kita perasan, ia menjadi penggred buah yang baik, ia ada natural instinct yang dibekalkan oleh Allah kepadanya. Kalau tidak percaya, lihat pada buah durian, jika satu-satu pokok itu ia suka memakan buahnya, bermakna itulah durian dikalangan yang terbaik dikawasan itu. Ujilah dan perhatilah sendiri. Buah durian yang telah ditebuk tupai, jika ada bakinya atau pangsanya yang masih elok, anda rasalah, InsyaAllah sedap.
Apabila tupai mula memakan sesuatu buah itu maknanya buah itu telah hampir masak. Tapi kalau "kelapa yang telah ditebuk tupai" itu dah lain maksudnya.
Berlainan dengan kera, ia ada sifat tamak dari segi merosakkan buah. Buah tua, buah masak, atau buah muda, habis diterajangnya supaya luruh kesemuanya konon nya untuk dijadikan stok makanan nya nanti. Ini mementingkan diri namanya. Kera memang terkenal dengan sifat ala mafianya terutama dikawasan pekan kerana dah educated sikit agaknya.
Kembali kepada tupai, ia melompat kesana sini tidak menyusahkan sesiapa pun. Dia melompat kerana itu kerjanya, tak perlu ajar dia melompat. Tapi yang pandai melompat ini pun ada kalanya jatuh juga ketanah.
Manusia juga ada yang suka melompat. Banyak contoh lompat yang manusia suka : lompat jauh, lompat tinggi, lompat bergalah, lompat kijang, lompat bungee, lompat katak, lompat pagar, lompat bangunan, lompat kelas, tak tentu fasal melompat, dan mungkin macam-macam lompat lagi dimasa hadapan. Tapi jenis-jenis lompat ini pun ada juga yang kena ada 'penyokong', seperti lompat 'bergalah', lompat bungee 'bertali'.
Entah kenapa manusia ni suka melompat sedangkan itu bukan fitrahnya kecuali ketika terdesak, terkejut. Namakan apa jenis sukan yang tidak ada melompat : bola ada lompat, badminton ada, takraw ada, ragbi ada, sehinggakan main carrom pun ada melompat, melompat kegembiraan. Ada yang tak tunjuk secara fizikal lompatannya, tapi dalam hatinya melompat kegembiraan juga. Yang tak pandai melompat pun nak melompat juga.
Ada juga sedari kecil lagi sudah diajar melompat, konon nya nak jadi juara jimnastik, mungkin itu lompat rm namanya.
Dalam organisasi juga ada lompat, lompat jawatan, lompat keluar organisasi. Namun begitu lompat satu dua anak tangga ini bukan amalan, jarang-jarang berlaku.
Lompat juga ada yang positif ada yang negatif : lompat kahadapan, lompat kiri, lompat kanan ada nampak positif. Tapi kalau lompat kebelakang ini agak pelik. Kalau kejap lompat kedepan kemudian lompat balik kebelakang -- ini ada masalah...
Dalam kelas, semuanya nak lompat kenombor 1. Yang tak kuat melompat pun terpaksa melompat kalau tidak dia akan menggelongsor kebawah, tercorot, ini lompat yang sihat.
Ada lompat yang sangat-sangat digalakkan : lompat keluar dari kancah kejahatan masuk kedakapan kebaikan, lompat keluar dari kejahilan kepada keilmuan, lompat keluar dari kemiskinan rohani dan jasmani, dll. Manusia itu ada daya untuk berusaha kearah ini, masih ada ruang, masih ada peluang. Tapi bila sudah melompat masuk keliang lahad.........tidak ada daya dan peluang untuk melompat keluar lagi malah mustahil, semustahil unta hendak masuk kelubang jarum.
Adapun jika anak muda yang lompat kesana kesini itu kerana dadanya belum mantap, tapi kalau orang tua masih juga lompat sana lompat sini itu maknanya belum baligh juga.
Adapun jika anak muda yang lompat kesana kesini itu kerana dadanya belum mantap, tapi kalau orang tua masih juga lompat sana lompat sini itu maknanya belum baligh juga.
Tupai...lompatnya membawa faedah, kecil tapi berguna, lompatnya tidak menggegarkan keseluruhan pokok, lompat yang senyap, tidak seperti kera.......sekali lompat seluruh pokok bergegar, daun gugur, seluruh putik dan buah jahanam. Pelik, tidak ada yang ingin meniru 'lompat tupai' yang sangat berfaedah itu....."look before you leap". Carilah lompat yang berfaedah....
Wassalam.
Terima kasih. Hari ni saya mendapat sikit ilmu di sebalik tabii’ tupai & kera melompat. Itulah kehebatan kekuasaan Allah SWT. Disebalik setiap kejadian ada hikmahnya. Tapi di sebalik perlakuan lompat-melompat di kalangan makhluk yg berkaki dua, apa pulak hikmah ataupun punca sebab-musababnya? Wallahu A’lam!
BalasPadamLihatlah kepada yang tersirat, ada tindakan yang mendatangkan munafaat dan ada yang boleh mendatangkan banyak kerosakan disebabkan self interest. Berhati-hati, ada perkara tak boleh di "undo" semula...
BalasPadam