Memaparkan catatan dengan label rindu Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rindu Allah. Papar semua catatan

Rabu, 14 September 2011

3 Keagongan mengadap Allah SWT

 بسم الله الرحمن الرحيم

http://www.pallap.com/pic/image-E697_4D2090BF.jpg
Allah SWT telah memberi wahyu kepada sebahagian daripada nabiNya seperti berikut :
1- Sesiapa mengadap Ku dengan rasa rindu untuk bertemu Ku, nescaya Ku masukkan dia di dalam syurga Ku.
2- Sesiapa mengadap Ku dengan rasa takut kepada Ku,  nescaya Ku jauhkan dia dari neraka Ku.
3- Sesiapa mengadap Ku dengan rasa malu, nescaya Ku jadikan malaikat yang mencatat dosa lupa mencatat dosa-dosanya.

Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 58.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Saidina Ali R.A. telah berkata :
1-Sesiapa mencari Ilmu, bererti dia sedang mencari Syurga.
2- Sesiapa mencari kemaksiatan bererti dia sedang mencari neraka.

Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 21.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Saidina Othman R.A.  telah berkata :
1- Kesedihan dalam urusan dunia dapat menggelapkan hati.
2- Kesedihan dalam urusan Akhirat dapat menerangkan hati.

Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 20.

dari

Selasa, 28 Jun 2011

Perasaan Rindu Kepada Allah SWT Adalah Penghapus Dosa

بسم الله الرحمن الرحيم
http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/06/allah-swt.jpg?w=300
Al-Junaidi Al-Bahgdadi pernah berkata :
1- Mati itu rumah Allah SWT, jangan biarkan selain Allah SWT mendiaminya. ( Jangan biarkan kita mati dalam keadaan Syirik kepada Allah SWT ).
2- Rindu kepada Allah SWT itu membuang dosa.
3- Kamu tidak akan mencapai Baqa' ( kekal dengan Allah SWT ) sebelum melalui Fana' ( hapus diri ).
4- Orang yang takut kepada Allah SWT tidak sentiasa senyum.
5- Orang yang hidup bersandarkan nyawa akan mati, kerana nyawa akan berpisah daripada badan. Orang yang hidup bergantung kepada Allah SWT tidak akan mati kerana Allah SWT tidak akan mati.
6- Mata manusia itu lebih baik buta sekiranya mata tidak dapat menghargai Keindahan Allah SWT.
Lidah manusia itu lebih baik bisu jika lidah tersebut tidak menyebut Nama-nama  Allah SWT.
Telinga manusia itu lebih baik tuli jika telinga tersebut tidak boleh menerima Nasihat Allah SWT.
Anggota manusia  itu lebih baik mati jika tidak melakukan Arahan Allah SWT.
7- Orang yang bergantung dengan usahanya sendiri dalam mengenang Allah tidak akan mendapat ganjaran penuh dalam ibadatnya.
8- Orang yang dicintai oleh Allah SWT akan dipermudahkan kepadanya untuk berkawan dengan Wali-wali Allah SWT.
9- Orang yang mengkaji sesuatu tetapi tidak mengkaji hikmah perkahwinan tidak akan mencapai kesempurnaan dalam kajiannya.
10- Orang yang terlalu banyak makan tidak akan dapat melakukan ibadat.
11- Dunia itu tidak manis tetapi manis pada nilai kerohanian yang Allah SWT berikan kepadanya.
12- 400 orang ulamak bersepakat " Seseorang itu hendaklah melakukan ibadat dengan penuh hati dan khusyuk sehingga tidak terlintas dalam fikirannya selain daripada Allah SWT".
13- Seorang sufi itu seperti ladang, baja dan isinya. oleh yang demikian orang sufi adalah ibarat benih-benih yang baik.
14- Tauhid itu adalah mengenal Allah SWT.
Kitab Takirah Awliya'. m/s : 111-113.
 from

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails