Memaparkan catatan dengan label sedekah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sedekah. Papar semua catatan

Rabu, 10 Oktober 2012

Jumaat, 24 Februari 2012

Empat Perkara Mempunyai Kelebihan Besar

بسم الله الرحمن الرحيم
Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya sedekah secara tersembunyi dapat memadamkan murka Tuhan, dan sesungguhnya silaturrahim dapat menambahkan umur. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang ma’ruf (baik) dapat menghindarkan keburukan-keburukan yang membinasakan, dan sesungguhnya ucapan “Laa Ilaaha Illallaah” dapat menghindarkan orang yang mengucapkannya dari sembilan puluh sembilan (99) musibah, dan musibah yang paling rendah adalah dukacita (Riwayat Ibnu Asakir melalui Ibnu Abbas r.a.)
1.Sedekah.
Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya orang mukmin kelak di hari kiamat hanyalah bernaung dalam sedekahnya (Riwayat Thabrani melalui Uqbah Ibnu Amir r.a.).
Malaikat turut mendoakan agar Allah swt menggantikan harta kepada orang yang bersedekah.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Tiada hari di mana hamba berada di dalamnya kecuali ada dua malaikat yang turun, salah satu dari keduanya berkata, ‘Ya Allah berikanlah ganti kepada orang yang bersedekah, sedangkan satunya lagi berkata, ‘Ya Allah berikanlah kehancuran (bala) kepada orang yang tidak mau bersedekah’.”
2.Silaturrahim memanjangkan umur. 
Islam mementingkan silaturrahim. Dalam hadis yang lain disebut, seribu (1,000) kawan masih dikira sedikit, seorang musuh sudah dikira ramai. Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang ingin diperluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (Riwayat Bukhari)
3. Amalan kebaikan. 
Apa saja amalan kebaikan yang dilakukan dapat mengindarkan pelakunya dari sebarang kemalangan atau musibah yang teruk. Sebagai contoh, jika seseorang berlaku kemalangan kereta, hanya kereta sahaja yang kemek sedikit tetapi orang itu tidak mati atau tidak mengalami cedera parah.

Apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, umurnya ditambah dan apabila seseorang itu melakukan sesuatu kejahatan, umurnya berkurangan. Timbul persoalan, ada juga orang jahat yang umurnya panjang meninggal dunia ketika berumur 90 tahun. Maka jawabnya, “mungkin umur asalnya 95 tahun, tetapi dipendekkan disebabkan kejahatannya”. Ada juga orang baik yang meninggal dunia pada umur muda misalnya 30 tahun. Maka jawabnya, “mungkin umur asalnya 25 tahun, tetapi ditambah disebabkan kebaikannya.
4. Ucapan “Laa Ilaaha Illallaah”
Zikir ini dapat menolak 99 jenis musibah dan setidak-tidaknya ia memberikan ketenangan. Justeru itu jadikanlah zikir ini sebagai wirid harian samada pada waktu pagi atau petang.
Dalam sebuah riwayat diceritakan bahawa Nabi Musa telah berdialog dengan Allah swt. Dalam dialog itu Nabi Musa berkata: Ya Allah, ajarlah kami satu kalimah yang dapat kami gunakan untuk berzikir dan berdoa kepadaMu.
Jawab Allah swt : ucapkanlah “Lailaha illallah...” Wahai Musa.
Maka kata Nabi Musa : Semua umatmu sudah mengucapkan kalimah itu wahai tuhan
Jawab Allah : Wahai Musa, andaikan langit yang tujuh beserta seluruh penghuninya, dan bumi yang tujuh ditimbang dengan kalimah “Lailaha illallah, nescaya masih berat “Lailaha illallah
Zikir yang terbaik ialah Kalimatul Hak iaitu “La ila ha illallah” sepertimana maksud hadith:
Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Demi yang diriku ditangannya (kekuasaannya), jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan disebelah dacing dan kalimah La Ilaha Illallah disebelah yang lain, maka dacing kalimah (La Ilaha Illallah) itulah yang lebih berat”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)
Kalimatul Hak itu menunjukkan keesaan Allah swt. Kalau ada tuhan selain Allah swt, maka kita juga terpaksa memenuhi perintah tuhan yang lain. Jikalau ada 2 atau 3 tuhan (selain Allah), musnahlah kita bila tuhan-tuhan itu berperang antara satu sama lain.
Al-Anbiyaa [22] : Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.
sumber : 
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2011/12/14/empat-perkara-yang-besar-kelebihan/#more-5486

Isnin, 30 Januari 2012

Bersedekahlah Sebelum Pintu Rezeki Ditutup

بسم الله الرحمن الرحيم
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh. (Munafikun: 10)
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.  (Munafikun: 11)
Zakat ialah sedekah yang wajib bagi mereka yang mempunyai harta yang melebihi kadar yang telah ditetapkan dan melebihi keperluan, dan selain daripada itu adalah dikira sebagai sedekah yang sunat.
Baqarah [219]….dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir
Bersedekahlah sebelum sampai ajal dan pintu rezeki kita ditutup .
Az-Zariyat [22] Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Seorang hamba memiliki dua pintu di langit. Pintu yang menjadi keluarnya rezeki dan pintu yang menjadi masuknya amal dan perkataan baiknya. Jika ia meninggal dunia, dua pintu langit itu akan merasa kehilangan dan akan menangisinya.” Kemudian Baginda s.a.w membaca ayat, “”Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka.” Disebutkan demikian, kerana mereka tidak memiliki amal soleh di atas muka bumi yang membuat bumi menangisi kematian mereka (Fir’aun dan bala tentaranya). Dan mereka juga tidak memiliki amalan dan perkataan yang baik, yang naik ke langit sehingga langit itu tidak merasa kehilangan dan tidak pula menangisi mereka.”.. (Riwayat Abu Ya’la dan At-Tirmidzi).
Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya rezeki itu mencari seorang hamba lebih kerap daripada apa yang dicari oleh ajalnya” (Riwayat Thabrani melalui Abu Daud).
Rasulullah s.a.w bersabda “Janganlah kamu merasa bahawa rezekimu terlambat datangnya, kerana sesungguhnya tidaklah seorang hamba akan mati, hingga telah datang kepadanya rezeki terakhir (yang telah ditentukan) untuknya, maka tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, iaitu dengan mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram.” (Riwayat Ibnu Majah).
Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah Subhanahuwata’ala…
Apabila kadar rezeki yang  ditetapkan Allah Subhanahuwata’ala kepada seseorang telah cukup dan sempurna, maka akan dihantar malaikat untuk mencabut nyawanya. Malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa ialah Malaikal Maut dan Malaikat Izrail pula adalah menteri kepada ‘mereka’ yang ditugaskan untuk mencabut nyawa.
dari

Rabu, 12 Oktober 2011

5 Fadhilat Agong Disisi Allah SWT Kerana Sedekah

بسم الله الرحمن الرحيم

1- Sedekah akan menaungi pemberi sedekah di Akhirat kelak.
2- Sedekah akan meringankan hisab Allah SWT tentang amalannya.
3- Sedekah akan menambahkan amal kebajikannya.
4- Sedekah melahirkan kemudahan untuk menyeberangi Titian Sirat.
5- Sedekah meninggikan darjat pemberi sedekah di dalam Syurga nanti.
Kitab Tanbihul Ghafilin, Jilid 1 & 2. M/S : 463.

Khamis, 26 Ogos 2010

Sedekah

بسم الله الرحمن الرحيم
(credit to ust syed al-yahya :)

- Sedekah dari kata sadaqa yang bererti benar.
- Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya.
- Pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam.
- Tetapi sedekah memberi maksud lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material.
- Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah.

-Sedaqah sebagai bukti keimanan umat islam: di mana orang yang suka bersadaqah adalah org yang benar pengakuan imannya. Sekiranya ikhlas, dengan bersadaqah, Pahalanya berganda, malah bercambah-cambah rezekinya yang Allah janjikan. Maka, bersadaqahlah dengan hati yag penuh yakin, tawadhu' dan tawakkal kepadaNya. InsyaAllah moga diganjari pahala yang berlipat ganda.

Antara keutamaan bersadaqah:
- Dengan bersadaqah, dapat menghapuskan dosa sebagaimana sabda Nabi SAW yg bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614)

- Mendapat Naungan di hari Akhirat : Sabda Nabi SAW bermaksud :
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” (HR. Bukhari no. 1421)

- Keberkatan pada Hartanya. Sabda Baginda SAW yg bermaksud: Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)

Dengan bersadaqah, rezekinya bertambah. Ajaibnya sadaqah, Semakin Bersadaqah, Semakin menjadi Kaya..MasyaAllah...

- Beroleh pahala Berlipat- ganda. Sebagaimana Firman Allah SWT yg bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (al-Hadid: 18)

- Memasuki Syurga melalui pintu khusus.
“Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka ia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu surga: “Wahai hamba Allah, kemarilah untuk menuju kenikmatan”. Jika ia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan shalat, ia akan dipanggil dari pintu shalat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika ia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (HR. Bukhari no.3666, Muslim no. 1027)

- Menjadi Bukti Keimanan seseorang. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW bermaksud
“Sedekah adalah bukti.” (HR. Muslim no.223)

An Nawawi menjelaskan: “Iaitu bukti kebenaran imannya. Oleh karena itu sadaqah dinamakan demikian karena merupakan bukti dari Sidqu Imanihi (kebenaran imannya)”

Kepelbagaian sadaqah:
- Nak bersadaqah, x perlu tunggu kaya
- tanpa wang pun, kita masih boleh bersadaqah
- Senyum pun salah satu sadaqah yg paling mudah :) :)
- Amar Makruf Nahi mungkar (kerja kebaikan)
- menyelesaikan masalah orang lain
- membuang perkara yang menghalang di jalan, memberi khidmat dan sebagainya...

sumber:
http://uwaisamzar.blogspot.com/2010/08/ihya-ramadhan-ppmaj.html

Rabu, 30 Jun 2010

Besarnya Hikmah Dari Amalan BerSedekah.

بسم الله الرحمن الرحيم
Besarnya Hikmah Dari Amalan BerSedekah.


Sirah Ini Berlaku Pada Zaman Pemerintahan Kerajaan Nabi ALLAH Sulaiman as.

Seperti Mana Yang Kita Semua Ketahui, Nabi Sulaiman as Dianugerahkan Oleh ALLAH SWT Dengan Mu'jizat Yang Berbagai-Bagai, Antaranya Ialah Baginda Boleh Memahami Bahasa Pertuturan Semua Haiwan Yang Wujud Di Bumi, Memiliki Kekuasaan & Kerajaan Yang Sangat Luas Sehingga Berkuasa Juga Untuk Memerintah Makhluk-Makhluk Dari Bangsa Jin Dan Syaitan, Luasnya Kerajaan Nabi Sulaiman Ini Meliputi Timur Dan Barat.

Suatu Ketika, Seekor Ibu Burung Helang Berjumpa Dengan Nabi Sulaiman, Mengadu Telurnya Telah DiCuri Oleh Seorang Pemuda. Pemuda Itu DiPanggil Dan DiHadapkan Di Hadapan Nabi Sulaiman Dan Ibu Burung Helang Itu. Nabi Sulaiman Memberi Nasihat Kepada Pemuda Itu Agar Tidak Mengulangi Perbuatannya Itu Lagi. Pemuda Itu Menganggukkan Kepalanya Tanda Faham Dan Taat.

Selang Beberapa Hari, Ibu Burung Helang Itu Mengadu Lagi Masalah Yang Sama, Telurnya Hilang Lagi. Pemuda Yang Sama Melakukannya Seperti Sebelumnya. Nabi Sulaiman Memberi Peringatan Agar Pemuda Itu Tidak Lagi Mencuri Telur Ibu Burung Helang Itu. Pemuda Itu Menganggukkan Kepalanya Sebagai Isyarat Akur Dengan Arahan Nabi Sulaiman.

Selang Beberapa Minggu, Perkara Sama Masih Berulang, Telur Ibu Burung Helang Itu DiCuri Oleh Pemuda Yang Sama Juga. Kali Ini, Nabi Sulaiman Memberi Amaran Kepada Pemuda Itu, "Kali Ini, Aku Perintahkan 2 Jin Ifrit Untuk Mengawasi Pokok Tempat Ibu Burung Helang Ini Tinggal Bersama Telurnya. Seandainya Engkau Memanjat Pokok Itu Untuk Mencuri Telurnya Lagi, Kedua-Dua Jin Ifrit Ini Akan Menangkap Engkau Dan MenCeraikan Tubuh Badan Engkau Kepada 2!!, Sebelah Bahagian Kanan Tubuh Engkau Akan DiCampakkan Ke Arah Timur Yang Paling Jauh Dan Sebelah Bahagian Kiri Tubuh Engkau Akan DiCampakkan Ke Arah Barat Yang Paling Jauh!!!". Pemuda Itu Tetap KeLihatan Tenang Dan Seperti Biasa Menganggukkan Kepalanya Tanda Patuh.

Selang Beberapa Bulan, Masalah Yang Sama Masih Tetap Berulang Kembali. Ibu Burung Helang Itu Mengadu Telurnya Masih Juga Hilang DiCuri Oleh Pemuda Yang Sama. Nabi Sulaiman Pun Berasa Sungguh Hairan, Bagaimana Mungkin Perkara Ini Masih Boleh Berlaku Sedangkan Baginda Sudah Mengarahkan 2 Jin Ifritnya Yang Gagah, Yang Bukan Calang-Calang Hebatnya Itu Mengawasi Pokok Tempat Tinggal Ibu Burung Helang Itu Bersama Telurnya Itu Dari Diceroboh?

Lalu Baginda Memanggil Pemuda Itu Kembali, Dan Bertanya, "Benarkah Engkau Juga Yang Masih Mencuri Telur Ibu Burung Helang Ini?" Pemuda Itu Menjawab, "Ya, Benar. Akulah Pemuda Yang Mencuri Telur Ibu Burung Helang Itu.". Setelah Mendengar Pengakuan Pemuda Itu, Nabi Sulaiman Semakin Bertambah Hairan, Lalu Baginda Menyuruh Pemuda Itu Menceritakan Segala Perkara Sebenar Yang Telah Berlaku Selama Ini.

Pemuda Itu Memberitahu.....

Sebenarnya, Aku Sedikit Pun Tidak Berasa Takut Dan Gementar Dengan Segala Arahan Engkau Wahai Nabi Sulaiman, Hatta Walau BerDepan Dengan Ancaman Maut Oleh 2 Jin Ifrit Engkau Yang Gagah Lagi Hebat Itu. Kerana, Setiap Kali Sebelum Aku Memanjat Pokok Untuk Mencuri Telur Burung Ibu Helang Itu, Aku Sedekahkan 2 Keping Roti Kepada Seorang Fakir Yang Berada Di Bawah Pokok Itu, Kerna Aku Berasa Sungguh Simpati Terhadapnya. Kemudian Barulah Aku Memanjat Pokok Untuk Mencuri Telur Ibu Burung Helang Itu.

Baginda Nabi Sulaiman Mencelah, "Bagaimana Pula Halnya Dengan 2 Jin Ifrit Yang Aku Tugaskan Untuk Menjaga Pokok Itu?"

Pemuda Itu Menjawab.....

Kedua-dua Jin Ifrit Engkau Yang Gagah Lagi Hebat Itu Langsung Tidak Punya Kuasa Dan Kekuatan Untuk Mengapa-apakan Aku, Kerna Semasa Aku Sedang Memanjat Pokok Itu, 2 Malaikat Berada Di Sisi Aku, Satu Di Sebelah Kanan Dan Satu Di Sebelah Kiri. Belum Pun Sempat 2 Jin Ifrit Engkau Itu Dapat Meyentuh Aku, Mereka Dengan Mudahnya Terlebih Dahulu Berjaya DiTangkap Oleh 2 Malaikat Yang Jauh Lebih Perkasa Dan Hebat Yang Berada Di Sisi Aku. Malaikat Di Kanan Aku Menangkap Jin Ifrit Yang Datang Dari Kanan Aku Dan Mencampakkannya Ke Arah Utara Yang Paling Jauh. Manakala, Malaikat Di Kiri Aku Menangkap Jin Ifrit Yang Datang Dari Kiri Aku Dan Mencampakkannya Ke Arah Selatan Yang Paling Jauh.

Terkejut Dengan Kata-Kata Pemuda Itu, Nabi Sulaiman Mengarahkan 2 Jin Ifritnya Itu Menghadap Baginda. Setelah Datang 2 Jin Ifrit Itu, Baginda Bertanya Berkenaan Peristiwa Yang Berlaku Antara Mereka Berdua Dengan Pemuda Itu. Ternyata, 2 Jin Ifrit Itu Mengakui & Mengiyakan Kata-Kata Pemuda Itu, Bahawa Sesungguhnya Mereka Telah DiCampak Masing-Masing Satu Ke Arah Utara Dan Satu Lagi Ke Arah Selatan Oleh 2 Malaikat Yang Perkasa Yang Tidak TerLawan Oleh Mereka Yang Menjaga Pemuda Itu.


.........(Tamat)

sumber:
http://originaler1982.blogspot.com/2010/06/besarnya-hikmah-dari-amalan-bersedekah.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails