Khamis, 10 November 2011

6 Tanda taubat anda telah diterima oleh Allah SWT

بسم الله الرحمن الرحيم
http://www.arabw-pearl.com/vb/temp2/11932_1277410141.jpg
1- Tidak merasa dirinya terpelihara dari kemaksiatan.
2- Hatinya melihat bahawa kegembiraan itu sangat jauh dan kesedihan itu sangat dekat.
3- Senang hati apabila berada berdekatan dengan orang yang melakukan kebaikan, sekaligus  menjauhi orang-orang yang berbuat dosa.
4- Memandang harta miliknya yang sedikit terasa banyak dan memandang  amal Akhirat yang banyak terasa sedikit.
5- Sibuk dengan ketaatan kepada Allah SWT dan tidak menyibukkan diri dalam mencari rezeki yang telah dijamin oleh Allah SWT.
6- Sentiasa memelihara lidahnya, sentiasa bertafakkur serta mencemaskan dan menyesali dengan dosa yang pernah dikerjakannya.
Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam.  M/S : 200.
 dari

Isnin, 7 November 2011

Dua kanak-kanak menyebabkan para wartawan menangis

بسم الله الرحمن الرحيم


Komen :.....Kita tak berhenti-henti makan, tapi kanak-kanak ini telah berhenti dari makan....
dari

Khamis, 3 November 2011

6 Sifat yang merosakkan amalan kita

بسم الله الرحمن الرحيم
http://www.al-eman.com/aleman/others/recommendation-image/51.jpg
Ulamak telah berpesan :
1- Sesiapa tidak takut kepada Allah SWT, nescaya dia tidak akan selamat dari kesalahan berbicara.
2- Sesiapa tidak takut dengan pertemuan bersama Allah SWT, nescaya hatinya tidak akan selamat dari perkara haram dan syubahat.
3- Sesiapa tidak memutuskan pengharapan kepada orang lain, nescaya dia tidak akan selamat daripada sifat tamak.
4- Sesiapa  tidak memelihara amalnya, nescaya dia tidak akan selamat daripada sifat riak.
5- Sesiapa tidak memohon pertolongan dengan Allah SWT agar dijaga hatinya, nescaya dia tidak akan selamat daripada penyakit hasad.
6- Sesiapa tidak melihat orang lain lebih utama dalam bidang ilmu dan amalnya, nescaya dia tidak akan selamat daripada sifat ujub.
Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam.  M/S : 191.
 dari

10 Perkara Tentang Israel Yang Kita Tidak Tahu

بسم الله الرحمن الرحيم
"
Sebenarnya banyak perkara yang yahudi sembunyikan pada pengetahuan umum. Ini adalah 10 daripadanya.1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya. Kadar pengguna rokok di sana semakin menurun dari masa ke semasa.


Peratus Pegguna Rokok Di Dunia. Israel Berwarna Hijau
2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan. Namun ilmu itu hanya untuk orang luar kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan dalam tempoh jangka masa yang panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.
3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.
4) McDonald di israel dibuka pada tahun 1993 (lewat berbanding negara-negara lain). Mereka telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan kafein yang berbahaya.
5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa mengantuk, lemah dan sukar untuk memahami pelajaran di sekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya. Gambar-gambar penggalian boleh di dapati di sini.
7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967. Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat. Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk mempertahankan diri dan antisipasi.
8) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi
9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.
10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun
 dari

Ahad, 30 Oktober 2011

6 Perkara wajib orang mukmin takuti

بسم الله الرحمن الرحيم
http://www.discoveringislam.org/Mecca%20new%20Hi-Rises%202.jpg
Uthman bin Affan berkata :
Serang mukmin seharusnya takut kepada 6 perkara :
1-  Takut kepada Allah SWT, jangan-jangan Allah SWT mencabut iman semasa nazak.
2- Takut kepada Malikat Pencatit Amal, jangan-jangan mereka  menulis amal kita dengan catatan yang sangat memalukan. Jika diumumkan pada hari Kiamat nanti.
3- Takut kepada syaitan,  jangan-jangan para syaitan itu berjaya merosakkan amal yang kita kerjakan.
4- Takut kepada Malikat Izraeil , jangan-jangan ia mencabut nyawa kita ketika lupa kepada Allah SWT.
5- Takut kepada dunia, jangan-jangan dunia itu membuat kita  terlena sehingga kita lupa urusan Akhirat.
6- Takut kepada keluarga sendiri, jangan-jangan mereka telah menyibukkan kita untuk memenuhi urusan mereka sehingga kita melupakan Ketaatan kepada Allah SWT.
Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 185.
 dari

Sabtu, 29 Oktober 2011

Jumaat, 28 Oktober 2011

Kisah Pengingkaran Dan Sifat Lupa Nabi Adam

بسم الله الرحمن الرحيم


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا خَلَقَ اللَّهُ آدَمَ مَسَحَ ظَهْرَهُ فَسَقَطَ مِنْ ظَهْرِهِ كُلُّ نَسَمَةٍ هُوَ خَالِقُهَا مِنْ ذُرِّيَّتِهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَجَعَلَ بَيْنَ عَيْنَيْ كُلِّ إِنْسَانٍ مِنْهُمْ وَبِيصًا مِنْ نُورٍ ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى آدَمَ فَقَالَ أَيْ رَبِّ مَنْ هَؤُلَاءِ قَالَ هَؤُلَاءِ ذُرِّيَّتُكَ فَرَأَى رَجُلًا مِنْهُمْ فَأَعْجَبَهُ وَبِيصُ مَا بَيْنَ عَيْنَيْهِ فَقَالَ أَيْ رَبِّ مَنْ هَذَا فَقَالَ هَذَا رَجُلٌ مِنْ آخِرِ الْأُمَمِ مِنْ ذُرِّيَّتِكَ يُقَالُ لَهُ دَاوُدُ فَقَالَ رَبِّ كَمْ جَعَلْتَ عُمْرَهُ قَالَ سِتِّينَ سَنَةً قَالَ أَيْ رَبِّ زِدْهُ مِنْ عُمْرِي أَرْبَعِينَ سَنَةً فَلَمَّا قُضِيَ عُمْرُ آدَمَ جَاءَهُ مَلَكُ الْمَوْتِ فَقَالَ أَوَلَمْ يَبْقَ مِنْ عُمْرِي أَرْبَعُونَ سَنَةً قَالَ أَوَلَمْ تُعْطِهَا ابْنَكَ دَاوُدَ قَالَ فَجَحَدَ آدَمُ فَجَحَدَتْ ذُرِّيَّتُهُ وَنُسِّيَ آدَمُ فَنُسِّيَتْ ذُرِّيَّتُهُ وَخَطِئَ آدَمُ فَخَطِئَتْ ذُرِّيَّتُهُ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَقَدْ رُوِيَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Telah menceritakan kepada kami Abd bin Humaid telah menceritakan kepada kami Abu Nu'aim telah menceritakan kepada kami Hisyam bin Sa'ad dari Zaid bin Aslam dari Abu Shalih dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah صلى الله عليه و سلم bersabda: "Saat Allah menciptakan Adam, Ia mengusap punggungnya lalu dari punggungnya berjatuhan setiap jiwa yang diciptakan Allah dari keturunan Adam hingga hari kiamat dan Ia menjadikan kilatan cahaya diantara kedua mata setiap orang dari mereka, kemudian mereka dihadapkan kepada Adam, ia bertanya: 'Wahai Rabb, siapa mereka? ' Allah menjawab: 'Mereka keturunanmu'. Adam melihat seseorang dari mereka dan kilatan cahaya diantara kedua matanya membuatnya kagum, Adam bertanya: Wahai Rabb siapa dia? Allah menjawab: Ia orang akhir zaman dari keturunanmu bernama Dawud. Adam bertanya: Wahai Rabb, berapa lama Engkau menciptakan umurnya? Allah menjawab: Enampuluh tahun. Adam bertanya: Wahai Rabb, tambahilah empatpuluh tahun dari umurku. Saat usia Adam ditentukan, malaikat maut mendatanginya lalu berkata: Bukankah usiaku masih tersisa empatpuluh tahun. Malaikat maut berkata: Bukankah kau telah memberikannya kepada anakmu, Dawud. Adam membantah lalu keturunannya juga membantah. Adam dibuat lupa dan keturunannya juga dibuat lupa. Adam salah dan keturunannya juga salah." Abu Isa berkata: Hadits ini hasan shahih. Diriwayatkan melalui sanad lain dari Abu Hurairah dari Nabi صلى الله عليه و سلم (HR. Tirmidzi No. 3002)
Pengingkaran dan sifat lupa merupakan dua perkara yang seringkali dilakukan seorang manusia. Berdasarakn hadits di atas ternyata kedua perkara tersebut telah dilakukan oleh kakek moyang ummat manusia, yaitu Nabiyullah Adam ‘alahis-salam. Dari hadits tersebut kita dapat menemukan beberapa pelajaran:
Pertama, Allah سبحانه و تعالى memperlihatkan kepada Adam ‘alahis-salam anak-keturunannya sejak generasi pertama keturunan Adam ‘alahis-salam hingga hari kiamat. Subhaanallah.
Kedua, Allah سبحانه و تعالى menjadikan kilatan cahaya diantara kedua mata setiap orang dari anak-keturunan Adam ‘alaihis-salam.
Ketiga, ada salah seorang di antara keturunan Adam ‘alaihis-salam yang kilauan cahayanya membuat Adam ‘alaihis-salam kagum. Ternyata ia adalah Nabiyullah Dawud ‘alahis-salam. Sedemikian kagumnya Adam ‘alaihis-salam sehingga ia mengusulkan kepada Allah سبحانه و تعالى agar memanjangkan umur Dawud ‘alaihis-salam. Adam ‘alaihis-salam merelakan empat-puluh tahun umurnya untuk disedekahkan kepada keturunannya Dawud ‘alaihis-salam. Tetapi ketika usia Adam ‘alaihis-salam sudah lanjut ia lupa akan janjinya. Malaikat maut yang bertugas untuk mencabut nyawanya diingkari oleh Adam ‘alaihis-salam. Adam ‘alaihis-salam merasa yakin umurnya seharusnya masih bersisa empat-puluh tahun lagi hidup di dunia. Ia lupa bahwa ia pernah berjanji di hadapan Allah سبحانه و تعالى untuk menyedekahkan empat-puluh tahun umurnya kepada Dawud ‘alaihis-salam.
Maka Malaikat Maut berkata: “Bukankah kau telah memberikannya kepada anakmu, Dawud...?” Adam membantah sehingga kita anak-keturunannya juga biasa membantah. Adam dibuat lupa sehingga anak-keturunannya juga dibuat lupa. Adam salah sehingga anak-keturunannya juga sering berbuat salah.
Itulah sebabnya di dalam bahasa Arab dikatakan bahwa manusia disebut “insan” karena kata insan bermakna “makhluk yang sering nasiya (lupa).”
Maka saudaraku, agar sifat manusia yang biasa ingkar, lupa dan berbuat salah dapat kita tekan sedapat mungkin, marilah kita kuatkan hubungan dengan Allah سبحانه و تعالى . Sebab Allah سبحانه و تعالى sendiri mengatakan bahwa manusia akan menjadi “lupa diri” karena ia lupa mengingat Allah سبحانه و تعالى
وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنسَاهُمْ أَنفُسَهُمْ أُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” (QS. Al-Hasyr [59] : 19)
Dan marilah kita mengingat Allah سبحانه و تعالى dengan ingat yang sebanyak-banyaknya agar Allah سبحانه و تعالى memasukkan kita ke dalam golongan orang-orang beriman sejati bukan seperti kaum munafik. Orang-orang beriman sejati adalah mereka yang keimanannya mencakup pembenaran di dalam hati, ikrar di lisan dan dibuktikan dengan segenap anggota tubuhnya. Sedangkan kaum munafik adalah mereka yang sekedar menampilkan gejala keimanan tetapi sesungguhnya membatin di dalam dirinya kekufuran. Dan kaum munafik tidak mau mengingat Allah سبحانه و تعالى kecuali sedikit saja, sekedar basa-basi alias sandiwara di hadapan manusia.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْراً كَثِيراً
“Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.” (QS. Al-Ahzab [33] : 41)
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُواْ إِلَى الصَّلاَةِ قَامُواْ كُسَالَى يُرَآؤُونَ النَّاسَ وَلاَ يَذْكُرُونَ اللّهَ إِلاَّ قَلِيلاً
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka . Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali .” (QS. An-Nisa [4] : 142)
dari

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails