Isnin, 9 April 2012

Shaffer, peguam Jacko, temui hidayah

بسم الله الرحمن الرحيم 

MARK Shaffer adalah seorang peguam terkemuka di Amerika Syarikat kerana banyak menyelesaikan kes-kes penting melibatkan individu-individu terkenal. Beliau memiliki sebuah firma guaman yang dikenali sebagai ‘The Shaffer Law Firm’, salah seorang anak guamnya yang mendapatkan khidmatnya ialah bekas penyanyi pop nombor satu dunia, Michel Jackson atau Jacko.
Kes Jacko yang dikendalikan Mark Shaffer itu adalah yang terakhir sebelum Jacko didapati meninggal dunia.
Kematian Jacko banyak memberi keinsafan kepada Shaffer, beliau tidak menunggu lama, selepas empat bulan kematian Jacko, beliau mengambil keputusan untuk menukar keyakinan yang dipegangi selama ini kepada agama Islam.
Kemasukan Mark Shaffer yang berasal dari Los Angeles ke dalam agama Islam, ada kaitan dengan kunjungannya ke Arab Saudi selama 10 hari, kesempatan beliau berada di bumi yang mulia itu telah menziarahi bandar-bandar utama seperti Riyadh, Abha dan Jeddah bermula 17 Oktober 2009 dan banyak meninggalkan kesan mendalam di hatinya.
Sepanjang berada di Arab Saudi, beliau ditemani oleh pemandu pelancong yang dikenali sebagai Dhawi Ben Nashir. Dalam perjalanan mengunjungi bandar-bandar tersebut, Mark Shaffer menurut Dhawi banyak bertanyakan kepadanya tentang agama Islam dan solat orang-orang Islam.
Ketika berada di ibu negara Riyadh, beliau menginap di sebuah hotel selama dua hari dan memperlihatkan minatnya yang mendalam terhadap Islam.
Dhawi memperlihatkan kesediaannya untuk melayan Shaffer yang mahu tahu tentang Islam dan segala persoalan mengenainya.
Lantas beliau mengajak Shaffer untuk bersiar-siar ke kota Najran, kemudian ke Abha dan al-Ula, di mana kota-kota berkenaan menjanjikan seribu keindahan kesenian Islam. Dalam perjalanan ke kota berkenaan, perjalanan melalui padang pasir terutama di al-Ula, Shaffer berkesempatan melihat tiga pemuda melaksanakan solat beralas pasir halus, ia menjadikan Shaffer begitu teruja kerana solat boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
Setelah menghabiskan waktu selama dua hari di al-Ula, mereka pun melanjutkan perjalanan ke al-Juf. Sesampai di al-Juf, Shaffer minta dicarikan bukubuku tentang Islam. Dhawi tidak menghampakan permintaannya, semua buku itu habis dibaca oleh Shaffer. Keesokan paginya, dia minta Dhawi mengajarkannya cara-cara untuk bersolat, Dhawi bukan sahaja ajar cara bersolat dengan betul, malah mengajarkannya cara-cara berwuduk dan melakukan solat di sebelahnya.
Seusai solat, Shaffer mula bercerita dengan menyatakan bahawa dia merasa jiwanya merasa tenteram setelah cuba menunaikan solat. Keesokan harinya, rombongan Shaffer meninggalkan al-Ula menuju kota Jeddah. Selama dalam perjalanan, Shaffer dilihat begitu serius membaca buku-buku tentang Islam.
Pada hari berikutnya bertepatan dengan hari Jumaat, rombongan tersebut mengunjungi kota tua Jeddah, sebelum waktu solat Jumaat masuk, Dhawi dan rombongan kembali ke hotel dan beliau minta izin Shaffer dan lainlain untuk bersolat Jumaat. Ketika itu Shaffer berkata kepadanya kalau dia dibenarkan untuk ikut solat Jumaat agar boleh menyaksikan orang Islam melakukannya seperti di negaranya.
Dhawi pun mempersilakan Shaffer untuk ikut solat Jumaat, mereka pun kemudian pergi ke sebuah masjid yang berada tidak jauh dari hotel tempat mereka menginap di Jeddah. Memandangkan kerana mereka lewat sampai ke masjid dengan jumlah jemaah yang terlalu ramai memenuhi segenap ruangan, mereka terpaksa melakukan solat di luar sahaja.
Sepanjang berlangsungnya penyampaian khutbah dan solat Jumaat, Shaffer mengamati setiap ahli jemaah yang hadir. Begitu juga setelah selesai solat, para jemaah saling bersalam-salaman dengan wajah yang ceria dan gembira, pemandangan tersebut semakin membuat Shaffer rasa kagum.
Setelah selesai solat dan kembali ke hotel, tiba-tiba Shaffer menyampaikan keinginannya yang tidak terduga kepada Dhawi.
“Saya ingin masuk Islam,’’ ungkap Shaffer. Dhawi pun bergembira mendengar ucapan itu. Beliau lalu mempersilakan Shaffer untuk membersihkan diri. ‘’Silakan anda mandi terlebih dahulu.’’
Setelah mandi, Dhawi kemudian membimbing Shaffer mengucapkan dua kalimah syahadat. Kemudian Shaffer menunaikan solat sunnah dua rakaat. Setelah itu, Shaffer mengungkapkan keinginannya untuk mengunjungi dan melakukan solat di Masjidil Haram, Makkah, sebelum meninggalkan Arab Saudi.
Bagi merealisasikan impian dan keinginannya untuk melakukan solat di Masjidil Haram, Dhawi membawanya ke pejabat Dakwah dan Irsyad di Hamro untuk mendaftarkan dirinya sebagai Muslim sekali gus mendapatkan pengesahan pihak berkuasa Arab Saudi bagi membolehkannya memasuki Makkah dan Masjidil Haram dan diserahkan kepadanya sijil sementara sebagai Muslim sebagai bukti pengesahan, kerana peraturan di negara berkenaan, tidak membenarkan mana-mana individu yang bukan Islam memasuki Makkah, apatah lagi Masjidil Haram.

Rabu, 4 April 2012

7 Perkara yang wajib kita ingati

بسم الله الرحمن الرحيم

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2012/03/d7h7v-fj4i_458067855255b1255d.jpg?w=300
http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2012/03/poor-children1255b1255d.jpg?w=300
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Dzar r.a. berkata: "Saya dipesan oleh junjunganku Nabi Muhammad s.a.w. tujuh macam yang tidak sampai saya tinggalkan dan tidak akan saya tinggal semua itu iaitu:
  • Saya dipesan supaya suka kepada orang-orang miskin dan mendekati mereka
  • Saya dipesan supaya selalu melihat kepada orang-orang yang dibawahku dan tidak melihat pada orang-orang yang diatasku
  • Saya dipesan supaya tetap menghubungi kaum kerabat meskipun mereka jauh dan memutuskan hubungan
  • Saya dipesan supaya memperbanyakkan membaca: Laa haula walaa quwwata illa billahi, kerana itu sebagai perbendaharaan kebaikan atau tabungannya
  • Saya dipesan supaya jangan minta apapun dari sesama manusia
  • Saya dipesan supaya jangan takut didalam melaksanakan hukum Allah s.w.t.dari cela (ejekan) orang-orang yang mengejek
  • Saya dipesan supaya selalu berkata benar meskipun pahit dan berat
                        Dan adanya Abu Dzar jika jatuh pecut dari tangannya sedang ia diatas kenderaannya, maka tidak suka minta tolong kepada orang untuk mengambilkannya.

Passport Iman dan Visa Akidah

بسم الله الرحمن الرحيم

Kita datang ke dunia yang sementara ini dengan cukup mudah, tanpa perlu kepada pakaian, passport, visa dan bekalan. Tetapi kita susah apabila pulang ke negeri akhirat jika tidak memiliki passport iman, visa akidah dan bekalan amalan.Selepas dilahirkan, Allah swt memberikan kita akal kerana kita akan diuji dengan pelbagai ujian. Allah swt sudah mengetahui siapakah ahli syurga atau ahli neraka, cuma Allah swt mahu kita mengetahui apakah kita lulus atau gagal dalam ujian ini, lalu dihantar kita ke dunia ini untuk melaluinya sendiri.
Dari Syafi Al-Ashbahi dari Abdullah bin Amr, dia bercerita. Rasulullah pernah keluar menemui kami dan di tangannya terdapat dua kitab (senarai). Lalu Baginda bertanya, “Tahukah kamu dua kitab apa ini?” Kami menjawab, “Tidak, kecuali engkau memberi tahu kami, ya Rasulullah.” Untuk kitab yang berada di tangan kanannya Baginda bersabda, “Ini adalah kitab dari Tuhan semesta alam Tabaraka wa ta’ala yang mencatat nama-nama para penghuni syurga dan nama-nama orang tua mereka serta kabilah mereka. Kemudian Dia menetapkan dengan tidak menambah atau mengurangi selama-lamanya.”Sedangkan untuk kitab di tangan kirinya Baginda bersabda, “Ini adalah kitab untuk para penghuni neraka yang mencatat nama-nama mereka dan juga nama-nama nenek moyang mereka. Lalu Dia menetapkannya dengan tidak menambah atau mengurangi dari mereka untuk selama-lamanya.”Kemudian para sahabat Rasulullah saw. bertanya, “Kalau begitu untuk apa kita beramal jika itu tidak ada manfaatnya?” Rasulullah saw. menjawab, “Teguhkan dan dekatkan lah, kerana penghuni syurga telah ditetapkan baginya amal penghuni syurga, meskipun dia berbuat amalan apa saja.Sedangkan penghuni neraka telah ditetapkan baginya amal penghuni neraka meskipun dia mengerjakan amalan apa saja.” Lalu Rasulullah saw. mengangkat tangan kanannya serta berkata, “Golongan ini masuk syurga.” Kemudian beliau mengangkat tangan kirinya serta berkata, “Dan golongan ini masuk neraka.”[Diriwayatkan Imam Tarmidzi dari Qutaibah dari Laits Abu Qubaili dari Syafi. Dan dari Qutaibah dari Bakr bin Nashr dari Abu Qubail. Dalam Hal ini Tirmidzi mengatakan hadits ini hasan shahih gharib. Juga diriwatkan Imam Nasa’i dan Imam Ahmad.]
Mohonlah agar Allah swt memudahkan kita untuk lulus ujian ini dan senang memahami Islam kerana golongan kafir merasakan Islam itu susah.
Al-Anam [125] : Maka sesiapa yang Allah Subhanahuwata’ala  kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah Subhanahuwata’ala  kehendaki untuk menyesatkannya,nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah Subhanahuwata’ala menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
Ada 73 jalan akidah, namun hanya 1 akidah yang membolehkan kita masuk syurga, iaitu akidah ahli sunnah wal jamaah iaitu nabi(sunnah) dan para sahabat (jamaah) Baginda.
….dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah belah kepada tujuh puluh dua (72) puak dan umatku pula akan berpecah belah kepada tujuh puluh tiga (73) puak, semuanya (akan dihumbankan) dalam neraka kecuali satu puak sahaja”. Sahabat-sahabat Baginda bertanya: “Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah? ” Baginda menjawab: “Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku.” (Tirmizi)
Ikutlah jemaah umat Islam yang ramai:
Sesungguhnya Allah (subhanahuwata’ala) tidak sepakatkan umat Islam di atas kesesatan, dan tangan Allah (rahmatnya) di atas jemaah ramai (umat Islam) dan siapa yang memencilkan dirinya (dari jemaah tersebut) terpencillah ia ke dalam api (neraka).” (Hadis riwayat at-Tirmizi).
Dari segi akidah, jemaah yang ramai itu adalah jemaah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Manakala dari sudut fekah pula, jemaah itu adalah jemaah 4 mazhab yang besar iaitu Hanafi, Hambali, Syafie dan Maliki.
Setelah manusia dibangkitkan semula dari kematian, Allah swt akan memantapkan akidah seseorang itu sebagaimana akidah orang itu di dunia:
Ibrahim [27] Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri) dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.
Manusia akan dihidupkan semula daripada tulang sulbi yang tidak hancur dan akidah mereka semasa di dunia telah disimpan dalam “chip” tulang sulbi itu. Mereka yang memiliki passport iman, visa akidah dan bekalan amalan yang mencukupi akan dimasukkan ke dalam syurga milik Allah s.w.t.

Rabu, 21 Mac 2012

Tips Jantina dan Kemiripan Wajah Anak

بسم الله الرحمن الرحيم

Berkata Ummi Salamah r.a. (isteri Baginda Mulia) telah bertanya Ummi Sulaim, katanya “Wahai Rasulullah (s.a.w.) sesungguhnya Allah (s.w.t.) tidak malu (dalam menerangkan hukum) yang sebenar, (soalnya) Adakah wajib di atas wanita mandi (junub) apabila ia bermimpi? Jawabnya “Ya, apabila beliau melihat air” (nutfah). Maka Ummi Sulaim menutup mukanya, dan bertanya (seterusnya) wahai Rasulullah (s.a.w.) adakah wanita juga bermimpi (sehingga keluar air nutfahnya) jawabnya, “Ya, cemar tangan kanan kamu dengan tanah (jika tidak) apakah sebabnya anaknya (wanita itu) menyerupainya?(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ditambah oleh Imam Muslim (keterangan) dari riwayat Ummi Sulaim tersebut (dengan sabdaan Baginda Mulia) “Sesungguhnya air nutfah lelaki pekat, berwarna putih, dan air nutfah wanita pula cairan kekuningan, maka nutfah yang mana dapat mengatasi (akan satu lagi itu) atau lebih dulu, (cepat) jadilah (anak tersebut) menyerupainya.
Jantina
Nutfah yang mengatasi air nutfah yang lain, atau yang lebih cepat sampai ke rahim, maka anak akan menyerupainya (dari segi jantinanya).
”Air (sperma) lelaki berwarna putih dan air perempuan berwarna kuning. Jika kedua-duanya berkumpul, lalu sperma lelaki mengalahkan sperma wanita, maka bayi yang lahir insya Allah lelaki, sedangkan sperma betina mengalahkan sperma jantan, maka bayi yang lahir insya Allah perempuan” (Sahih Muslim : 315)
Satu petua untuk mendapatkan anak lelaki ialah dengan cara suami menggosok perut isteri semasa kandungan itu masih dalam lingkungan 3 bulan dan berdoa sekiranya diberikan anak lelaki, akan dinamakan dengan nama Ahmad atau Muhammad. Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah daripada Ibnu Juraij daripada Nabi saw yang telah bersabda :
 “Sesiapa mempunyai isteri yang sedang mengandung dan bercita-cita hendak menamakan anak yang masih di dalam rahim itu Muhammad maka Allah Ta’ala akan mengurniakan kepadanya anak lelaki dan jika ada seorang yang bernama Muhammad di dalam sebuah rumah nescaya Allah Ta’ala mengurniakan berkat di dalam rumah itu
Kemiripan
Apabila air nutfah (air mani) seseorang melebihi air nutfah seorang lagi, maka jika takdirkan benihnya itu dibiakkan oleh Allah s.w.t., maka ia akan menyerupai kepada orang yang air nutfahnya yang lebih itu.Wajah bayi itu, nanti akan menyerupai rupa yang mempunyai lebihan air nutfahnya, tak kira jantina.
“Adapun kemiripan wajah anak, jika seorang suami bersetubuh dengan isterinya, jika sperma suami (lelaki) mendahului (melebihi) sperma isteri (perempuan), maka wajah si anak akan mirip dengan bapanya, sebaliknya jika air mani sperma isteri (perempuan) mendahuluinya (melebihi) sperma suami (lelaki), maka wajah si anak akan mirip si ibu” (Sahih al Bukhari: 3329)

Isnin, 19 Mac 2012

Dying as a Muslim

بسم الله الرحمن الرحيم
Talk by Shiekh Salih Al Mughamisy

...Whoever does actions that are Mubah (permissible) or even Makruh, like a soccer match or even activity where people gather to go together, he feels a joy that he was present and participated. We do not want to go into details about a group of people however we want to learn lessons from this.

How do you know that you are truly into Islam ?

- it is that you become happy when you have obeyed Allah (SWT)
- do not perform the ibada (Worship) as a checklist, but perform it as as a means to get closer to Allah
- Allah (SWT)... is not harmed by your disobedience of Him, but you are the one who will perish if you disobey Him

... and dying in a state of Islam (no Matter what state that is) is, no doubt better than dying in a state of kufr.

It was narrated in the duas of some of righteous people that they said :
  " oh Allah ! I am not innocent, I love You even if I sometimes disobey You "

The honorable sahabi Amr Ibn Al' Aas on his deathbed said these words :
  " Oh Allah ! I am not innocent (of sins) so forgive me, nor am I strong, so give me victory..surely there is no power or might except with you (oh Allah) !"

If Allah (SWT) has written for you to pray Fajr in jamaa'a (congregation) as you are leaving the masjid, you should feel joyous that Allah (SWT), due to His MERCY...has woken you from your sleep and put you in front of Him and placed you in His house of Worship. These are truly the people who we feel envious (without wishing them harm) and if Allah (SWT) wills for them good...He makes them steadfast on goodness and they die in that state.  There is no greater joy for a slave of Allah Than the joy of Islam and what you all know is that every one of us thanks Allah that he has made us Muslims..from the mercy of Allah upon us is that we were born as muslims....so Allah (SWT) gave us Islam without us even asking Him this gift...so we ask Allah to grant us Jannah (paradise).

jejak sumber disini :
http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=5lvHaooQ4ok
credit to the translator, Allah bless you.

Isnin, 12 Mac 2012

HALAL BAGI ALLAH MENURUNKAN BALA DIATAS 15 PERKARA

بسم الله الرحمن الرحيم 


1. Apabila harta negara berpusing diantara pemimpin
2. Apabila amanah menjadi sumber kehidupan
3. Apabila zakat susah hendak dikeluarkan
4. Apabila suami takut kepada isteri
5. Derhaka kepada kedua ibu bapa
6. Buat baik dengan sahabat tapi bukan dengan ibu bapa
7. Takut kepada bapa (haruan makan anak)
8. Apabila meninggi suara dalam masjid
9. Apabila ada orang yang rendah martabat dilantik sebagai ketua
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takut kepada jawatannya
11. Minuman keras ada dimana-mana
12. Apabila banyak memakai sutera
13. Apabila penyanyi di agung-agungkan
14. Apabila alat-alat muzik banyak digunakan
15. Umat-umat hari ini menghina umat-umat dahulu


"Jika 15 perkara-perkara berikut dilakukan umatku, maka tunggulah bala daripada Allah SWT."  (maksud hadis Nabi)


sumber : Kuliah maghrib Us Tn Hj Shaari Osman, 3.12.2011
               (dari catatan sahabat) - Wallahua'qlam.

Jumaat, 9 Mac 2012

Cara Nabi SAW Berpakaian

بسم الله الرحمن الرحيم

Cara nabi berpakaian #3....

Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ahmad bin Mani' daripada Yahya bin Zakaria bin Abi Zaidah, daripada Abi (sic) daripada Mus'ab bin Shaibah daripada Sofiyyah binti Shaibah, katanya Aishah berkata:

Suatu ketika Rasulullah keluar pada waktu pagi dengan memakai baju bulu, diperbuat daripada bulu lembu hitam.
Status hadith: sohih

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Yusuf bin Isa daripada Waki' daripada Yunus bin Abi Ishaq daripada bapanya, daripada Al-Sha'bi daripada 'Urwah bin al-Mughirah bin Sha'bah, daripada bapanya, katanya,

Sesungguhnya nabi memakai jubah (yang diperbuat dari) Rom. Lengan kedua-dua baju itu disempitkan (sama ada dikancing hujung lengan, atau sepanjang lengannya adalah sempit)
Status hadith: sohih

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Penjelasan

1. Hadith-hadith di atas menceritakan mengenai kepelbagaian pakaian Rasulullah. Sekiranya kita berniat untuk meniru Rasulullah kerana cinta pada baginda, maka insyaAllah akan diganjari dengan pahala seperti yang diperjelaskan melalui tindakan Saidina Ali yang suka meniru perbuatan Rasulullah walaupun dalam perkara yang tidak boleh diperjelaskan dengan mudah oleh akal manusia (hadith mengenainya akan menyusul kemudian)

2. Jubah adalah perkataan bahasa Arab (baca: jubbah). Ada kalanya perkataan qomis (BM: baju) turut digunakan, dan ianya merujuk kepada maksud jubah itu sendiri. Akan tetapi, orang Arab sekarang lebih gemar menggunakan perkata al-thoub (eja: tha' wau ba') merujuk kepada jubah.

3. Rasulullah diriwayatkan memakai pakaian berwarna putih, merah hati, hijau dan hitam.

4. Ada kalanya lengan Rasulullah luas tidak dikancing (ini adalah pilihan ulamak silam, terutamanya ahli tasauf, ie melebarkan hujung lengan jubah), dan ada kalanya di kancing hujung bajunya. Hadith terakhir di atas adalah merujuk kepada pakaian Rasulullah semasa peperangan Tabuk. Untuk memudahkan pergerakan, maka dikancing lengan baju baginda.

5. Dalam riwayat yang agak dho'if, digambarkan yang Rasulullah sentiasa memakai jubah lengan panjang.


Cara nabi berpakaian #2....

Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Muhammad bin Bashar daripada Muaz bin Hisham daripada Abi (sic) daripada Qatadah daripada Anas bin Malik katanya:

Adalah pakaian yang amat disukai oleh Rasulullah ialah al-Jabirah (jubah daripada kain kapas untuk musim sejuk dari negeri Yaman)
Status hadith: sohih

££££££££££££££

Imam al-Tirmizi meriwayatkana daripada Muhamamd bin Bashar daripada Abdul Rahman bin Mahdi daripada Ubaidullah bin Iyad daripada bapanya daripada Abi Ramthah katanya:

Aku tidak pernah melihat sesiapa yang memakai selendang (rida’) merah yang lebih cantik daripada Rasulullah. Adapun rambut baginda hampir mencecah bahunya.

Status hadith: sohih.

%%%%%%%%%%

Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Qutaibah bin Said daripada Bashar bin al-Mufaddhal daripada Abdullah bin Uthman daripada Khaitham daripada Sa’id bin Jubir daripada ibn Abbas, sesungguhnya beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Hendaklah kamu memakai pakaian putih. Ianya dipakai oleh orang yang masih hidup di kalangan kamu, dan dikafankan kepada orang-orang yang mati di kalangan kamu. Sesungguhnya ia adalah sebaik-baik pakaian.

Status hadith: sohih. Turut diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibn Majah dan Imam Ahmad.

%%%%%%%%%


Cara nabi berpakaian...

Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Muhammad bin Hamid al-Razi daripada Al-Fadl bin Musa daripada Abu Tumailah dan Zaid bin Habbab, daripada Abd Al-Mukmin bin Khalid daripada Abdullah bin Buraidah daripada Ummu Salamah beliau berkata:

Pakaian yang paling disukai oleh nabi ialah jubah
Status hadith: sohih

&&&&&&&&&&&&&&

Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abdullah Muhammad bin al-Hajjaj daripada Muaz bin Hisham daripada Abi (sic) daripada Budail al-Aqili daripada Shahr bin Haushab daripada Asma' binti Yazid beliau berkata:

Sesungguhnya lengan Rasulullah itu panjang sehingga ke pergelangan tangan.

Status hadith: Sanadnya do'if, turut diriwayatkan oleh al-Nasa'i

^^^^^^^^^^^^ ^^^^^^^^^ ^^^^^^

Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abd bin Hamid daripada Muhammad bin al-Fadhl daripada Hammad bin Salamah daripada Habib bin al-Shahid daripada al-Hasan daripada Anas bin Malik katanya:

(Suatu hari) Sesungguhnya nabi keluar bertongkatkan (dipapah oleh) Usamah bin Zaid. Baginda memakai jubah Qitri (dari Qatar, lapisan luar jubah seperti yang dipakai oleh Imam Masjid al-Haram) yang menyelimuti tubuh baginda, kemudian baginda solat bersama mereka (sahabat).

Status hadith: Sohih

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Suwaid bin Nasr daripada Abdullah bin al-Mubarak daripada Sa'id bin Iyyas al-Jariri daripada Abi Nadrah daripada Abi Sa'id al-Khudri katanya:

Adalah Rasulullah, apabila mendapat baju, baginda akan memberikan nama kepada baju tersebut. Begitu juga dengan serban, atau jubah atau rida' (kain serban yang membaluti bahu), kemudian baginda berkata: Ya Allah, kepada-Mu segala kesyukuran sebagaimana Engkau telah memberikan pakaian kepadaku, Aku memohon kebaikan baju ini dan kebaikan yang terhasil daripadanya, dan aku pohon jauhkan daripada kejahatannya dan kejahatan yang terhasil daripadanya.

Status hadith: sohih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails