Ahad, 30 Januari 2011

Perjuangan wanita zaman Rasulullah

بسم الله الرحمن الرحيم
Wanita Islam pada zaman Rasulullah SAW mempunyai peranan istimewa dalam melaksanakan amal kebajikan bagi melengkapkan peranan kaum lelaki. Bahkan peranan mereka mengatasi peranan lelaki dalam sesetengah bidang yang didominasi oleh kaum wanita.
Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Ustazah Norsaleha Mohd Salleh berkata, kaum wanita mempunyai beberapa keistimewaan dari sudut kesediaan, kemampuan, sifat-sifat keperibadian, kejiwaan dan perasaan yang berbeza daripada kaum lelaki (Muhamad Uthman al-Khatht 1984).
“Walaupun ciri-ciri ini turut dimiliki oleh lelaki, tetapi ia menjadi kelebihan kepada kaum perempuan. Ia disebabkan oleh pengaruh dalaman yang menjadikan wanita mudah menerimanya berbanding dengan lelaki.
“Kajian dilakukan Sally Chautz dan Beat (al-Wasat 1995) mendapati kaum wanita mudah terdedah dengan pengaruh perasaan apabila membuat keputusan berbanding lelaki yang mengetepikan perasaan apabila membuat sesuatu keputusan atau hukuman,” katanya.
Institusi-Institusi wanita pada zaman Rasulullah
Penubuhan Badan Kebajikan (Suffah Wanita)
Ustazah Norsaleha yang juga pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) memberitahu, penubuhan badan kebajikan yang dikenali sebagai Suffah Wanita itu merupakan satu bumbung yang dikhususkan untuk wanita di Masjid Nabawi (al-Umariyy (1991).
Beliau berkata, tempat itu menjadi perhimpunan sekumpulan wanita yang berkasih sayang, bersaudara dan bertekad sesama mereka untuk melakukan beberapa amal kebajikan yang bermanfaat.
Wanita pertama yang mencadangkan penubuhan badan kebajikan itu dikenali Asma’ Yazid al-Ansariyah. Beliau antara wanita yang melakukan baiah dengan Rasulullah SAW di Aqabah. Beliau mempunyai akal pintar dan pendirian agama yang teguh menyebabkan wanita Madinah melantiknya sebagai wakil mereka untuk menyampaikan pandangan dan pendapat wanita kepada Rasulullah SAW. Ini terbukti melalui kata-kata Asma’ Yazid “Sesungguhnya aku adalah utusan kepada kumpulan wanita di belakangku. Mereka semua sependapat denganku” (Layth al-Su’ud Jasim). Peranan Asma’ ini telah diikuti pula oleh Kaulah Qays yang turut serta dalam pembukaan kota Kabul bersama suaminya Hisyam Amir.
Dalam situasi ini, Ustazah Norsaleha berkata, wanita pada zaman Rasulullah SAW dibenarkan berpersatuan dan mengeluarkan pendapat dan pandangan. Ini menunjukkan aktiviti wanita yang dijalankan secara berkumpulan atau individu bagi mencapai objektif dan kepentingan yang selari dengan tuntutan syarak.
Rujukan: Petikan daripada al-Jami’ al-Sahih li al-Bukhari pada bab menyatakan adakah Rasulullah SAW memperuntukkan hari tertentu buat kaum wanita, jil 1. hlm 34.
Penjara wanita
Penjara wanita terletak berdekatan dengan masjid. Ia digunakan bagi mengurung tawanan wanita selepas berlaku peperangan antara umat Islam dengan kaum musyrikin sehingga keputusan dibuat untuk menentukan kedudukan mereka seterusnya. Antara wanita yang pernah dikurung di penjara itu ialah Saffanah Hati mal-Ta’iyy yang menjadi tawanan sewaktu Perang Tabuk. Sewaktu Rasulullah melalui kawasan penjara tersebut, beliau meminta baginda membebaskan beliau kerana kedudukannya sebagai seorang puteri kepada ketua kabilah. Permintaan Saffanah diterima oleh Rasulullah SAW di mana baginda meminta wanita itu dibebaskan kerana bapanya seorang yang baik dan berakhlak mulia.
Kisah ini menunjukkan keprihatinan umat Islam terhadap mereka yang dipenjarakan, terutamanya golongan wanita. Kurungan itu dipilih untuk didirikan berhampiran dengan masjid kerana ia merupakan tempat paling selamat. Di samping itu, mereka dilayan dengan penuh kemuliaan oleh Rasulullah SAW menyebabkan Saffanah dan abangnya akhirnya memeluk agama Islam (Ibn Hajar).
Institut Kesihatan dan Khidmat Masyarakat
Menurut Ustazah Norsaleha, golongan wanita pada zaman Rasulullah sememangnya terkenal dengan sikap suka bantu-membantu. Mereka sanggup menggadaikan nyawa dalam memastikan kehidupan umat Islam selesa.
“Sebagai contoh, sebuah khemah Rufaydah al-Aslamiyah telah dibina. Ia merupakan hospital pertama dibina pada zaman Rasulullah SAW. Khemah dibina seorang srikandi terbilang, Rufaydah Ka’ab al-Aslamiyah. Beliau mempunyai ilmu perubatan dan telah mewakafkan dirinya untuk membantu umat Islam yang memerlukan bantuan, terutama tentera yang mengalami kecederaan sewaktu perang. Rasulullah SAW menganugerahkan kepada Rufaydah sejumlah harta rampasan Perang Khaibar sebagai mengiktiraf sumbangan Rufaydah dan saudara beliau yang bernama Ku’aibah dalam merawat tentera Islam yang cedera.
Hak-hak wanita pada zaman Rasulullah
Berikut beberapa hak yang telah berlaku terhadap golongan wanita zaman Nabi antaranya hak-hak terhadap ekonomi, perkahwinan, menuntut ilmu, harta pusaka, bekerja dan mencari nafkah serta keluar berperang bersama Rasulullah SAW.
Mengenai hak menuntut ilmu, Ustazah Norsaleha berkata, Islam mempunyai hak untuk bermegah sebagai satu sistem hidup manusia yang pertama mengakui wanita sebagai makhluk manusia dan mewajibkan mereka mencari ilmu sebagaimana kewajipan itu kepada golongan lelaki. Islam amat menghormati dan menghargai wanita dengan memberikan mereka hak-hak kemanusiaan yang sama dengan orang lelaki.
“Walau bagaimanapun kita tidak dapat menafikan kejadian lelaki dan wanita adalah berbeza dari sudut fungsi dan fizikalnya. Perbezaan fungsi dan fizikal antara dua jenis makhluk ini memberikan kesan kepada tindak balas mereka terhadap kehidupan dalam bentuk yang berbeza,” katanya.
Tentang hak bekerja dan mencari nafkah, golongan wanita mempunyai hak untuk bekerja. Pada zaman Rasululah SAW wanita keluar bekerja sekiranya keadaan memerlukan seperti untuk menyara kehidupan, pendapatan keluarga yang tidak mencukupi atau keperluan masyarakat.
Asma’ Abu Bakar sanggup berjalan dua batu semata-mata mendapatkan air untuk keperluan keluarga kerana suaminya sibuk di medan perang. Antara pekerjaan yang dilakukan oleh wanita pada zaman Rasulullah SAW ialah memintal benang atau bulu bagi menghasilkan pakaian. Ummu Salamah dan Ummu Ammarah, antara wanita Islam yang terlibat dalam pekerjaan memintal benang. Dalam Perang Uhud, Saidatina Fatimah mengambil secebis tikar lalu membakarnya untuk merawat luka yang dialami oleh Rasulullah SAW.
Perusahaan menyertu kulit bangkai merupakan pekerjaan yang mendapat sambutan dalam kalangan wanita pada zaman Rasulullah SAW. Mereka menyertu kulit bangkai untuk dijadikan hamparan rumah atau pakaian musim sejuk. Mereka juga membuat kasut, bekas meletak makanan dan minuman. Saidatina Zainab Jahsyi r.a, Saidatina Sawdah Zam’ah r.a dan Asma’ Umais antara wanita mahir membuat kraf tangan daripada kulit binatang.
Hasil daripada jualan itu, mereka memberi sumbangan dan sedekah kepada golongan fakir miskin. Kegiatan menjahit juga menjadi kegemaran wanita pada zaman Rasulullah SAW. Zainab Jahsyi, antara wanita yang mahir menjahit kulit menjadi bantal, hamparan dan kusyen. Asma’ Umais telah membawa masuk ke Madinah teknologi membuat keranda, di mana Saidatina Fatimah merupakan wanita pertama yang dibuat keranda semasa beliau meninggal dunia.
Berhubung hak keluar berperang, beliau berkata, beberapa wanita hebat beraksi di medan perang, antaranya Nusaibah Kaab.
“Sewaktu Perang Uhud, Rasulullah SAW melihat seorang wanita menghayun pedangnya dengan gagah perkasa melindungi baginda. Baginda memandang ke kiri dan sekali lagi melihat wanita itu melakukan hal sama, menghadang bahaya demi melindungi pemimpin dan orang-orang beriman.
"Kehebatan Nusaibah di medan perang melayakkan beliau menerima anugerah Ummu Umarah - pahlawan wanita yang mempertaruhkan jiwa dan raga demi Islam.
“Seorang lagi tokoh wanita yang berani menggadaikan nyawanya demi agama dan Rasulullah SAW tercinta ialah Khaulah Azwar,” katanya.
Kesimpulannya, sumbangan wanita pada zaman Rasulullah SAW terhadap perkembangan Islam dan kemajuan ummah amat besar. Mereka berganding bahu dengan lelaki bagi memastikan kelangsungan dakwah terus berkembang hingga serata dunia.
sumber

Sabtu, 29 Januari 2011

5 Sahabat menyaksikan Rasulullah SAW membelah bulan 2 kali

بسم الله الرحمن الرحيم
http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRilCJ6C2ulPyamF4M8Wb228nOzxgGckV2txNvUZBQ_euLnHzWB
Surah Al-Qamar
54:1
Sahih International
The Hour has come near, and the moon has split [in two].
Malay
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan.
5 Sahabat yang menyaksi Rasulullah SAW membelah bulan di Arafah dan Mina adalah :
1-Abdullah bin Masud.
2-Abdullah bin Abbas.
3-Abdullah bin Omar.
4-Anas bin Malik.
5-Jubair bin Mat'am.
http://alrasol.wordpress.com/

Meniru perbuatan orang kafir dan fasiq adalah HARAM

بسم الله الرحمن الرحيم
http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSj7aq4EeFhlepgQGc33efAbt1xnLn9_0XgXihT1mbS61Cnp4uMSw
Remaja bertindik selain anggota telinga, bertatu bertentangan dengan tatasusila Muslim
HUKUM asal bagi perhiasan sama ada yang berada pada tubuh badan, pakaian atau tempat tinggal adalah halal dan dibenarkan. Ini berdasarkan dalil yang menyatakan tentang nikmat kurniaan Allah kepada hamba-Nya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu apa yang ada di bumi kesemuanya.” (Surah al-Baqarah, ayat 29)
Salah satu contoh perhiasan yang diamalkan ialah menindik anggota badan dengan meletakkan barang perhiasan, sama ada berbentuk emas, perak dan berlian. Amalan bertindik menjadi kecenderungan remaja masa kini.
Kebiasaan masyarakat Melayu di Malaysia sejak dulu mengenali amalan bertindik hanya terbatas di bahagian telinga. Namun, masa merubah segala dengan perkembangan teknologi dan pengaruh budaya luar membuatkan semakin ramai bertindik di bahagian selain telinga, seperti di pusat, lidah, bibir dan kening. Malah ia sudah mula melarat kepada golongan lelaki.
Sebenarnya perbuatan bertindik adalah amalan yang sudah dikenali pada zaman Rasulullah SAW.
Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn Abbas katanya: “Pada suatu hari raya, selepas Baginda Nabi SAW solat dan berkhutbah, Baginda menuju ke kawasan perempuan dan memberi tazkirah khas kepada golongan wanita. Sambil Baginda SAW menyeru supaya mereka semua bersedekah. Ibn Abbas mengatakan bahawa: Aku melihat mereka mengisyaratkan kepada telinga mereka dan leher mereka. Lalu menyerahkan (barang perhiasan mereka) kepada Bilal.”
Dalam hadis berkenaan, isyarat yang diberikan wanita (sahabiyyah) berkenaan adalah anting-anting. Ia perhiasan diketahui umum sejak dari zaman awal Islam dan perhiasan ini khusus kepada golongan wanita.
Disebabkan itulah golongan lelaki dilarang daripada menindik telinga mereka kerana ia dengan jelas menyalahi kebiasaan perhiasan bagi lelaki. Lelaki yang menyerupai wanita dengan mengenakan perhiasan wanita adalah suatu yang dilarang dalam Islam.
Itu permasalahan menindik telinga. Bagaimana pula mereka yang menindik di kawasan selain telinga? Perbuatan menindik selain dari kawasan telinga tidak pernah didengari pada zaman Nabi dan salafussaleh. Namun ia bukanlah jawapan yang menunjukkan keharusan amalan ini.
Walaupun tidak dibincangkan secara khusus dalam nas jelas, namun perkembangan fiqh Islam tetap berkembang dalam menjawab setiap persoalan baru yang timbul hasil ijtihad ulama semasa.
Islam mendatangkan kaedah umum dalam etika berhias antaranya perhiasan yang dikenakan mestilah tidak digambarkan seolah-olah meniru atau menyerupai orang kafir dan golongan fasik.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menyerupai suatu golongan itu, maka ia tergolong daripada golongan berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar)
Larangan keras terhadap perbuatan meniru orang kafir sama ada dalam ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan dan ibadah bukan saja mengkhususkan kepada menyerupai orang kafir, termasuk meniru perbuatan orang fasik (iaitu orang yang biasa melakukan maksiat).
Jelasnya, amalan bertindik selain anggota telinga adalah amalan diambil bukan daripada golongan solihin. Ia budaya negatif remaja di Barat yang jelas jauh dari adat budaya tatasusila seorang Muslim. Islam melarang meniru kebiasaan dan gaya hidup orang lain tanpa membawa manfaat jelas.
Tambahan, menyeksa diri dan dibuktikan boleh memberi kesan sampingan terhadap kesihatan tubuh badan dan mampu mendekatkan pelaku dengan jangkitan penyakit seperti Hepatitis B.
Permasalahan mengenai tindik sudah dijelaskan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang menyatakan perbuatan berhias secara aneh dan berlebih-lebihan seperti bertindik anggota badan selain cuping telinga adalah dilarang oleh Islam.
Selain bertindik, remaja kini juga gemar bertatu dan melihat perbuatan itu seolah-olah tidak menjadi kesalahan dari sudut pandang agama. Mengukir badan sendiri dengan melakarkan corak atau bentuk tertentu sehinggakan kesakitan dianggap satu kepuasan.
Bahkan ada yang berbangga memiliki tatu di badan dengan mempertontonkan kepada orang ramai sedangkan ia membawa imej seorang Muslim.
Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan, bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah SAW.
Bagi yang sudah tergelincir dan ingin kembali ke pangkal jalan, timbul pula persoalan untuk menghilangkan tatu yang ada. Ada segelintir yang menyeksa tubuh badan mereka semata-mata untuk menghilangkan tatu. Malah, ada yang menggunakan seterika.
Memang benar taubat dapat menghapuskan dosa, namun taubat juga perlu bertepatan dengan caranya.
Jika menanggalkan tatu itu mendatangkan kemudaratan atau membuatkan anggota badan nampak jelik, maka harus membiarkannya dan memadai dengan taubat (baik lelaki mahupun wanita).
Ini pandangan Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Fathul Bari.
Pandangan ini bertepatan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 195)
Namun, tatu itu tetap wajib ditanggalkan jika ada teknologi yang dapat menanggalkannya dengan mudah dan tidak mendatangkan mudarat. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kemampuannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)
Tidak kira zaman mana pun kita, etika berhias terbaik adalah pakaian takwa. Semoga dengan mengikut suri teladan terbaik iaitu Baginda Nabi SAW, membuatkan kita terselamat daripada segala kecintaan melebihi dari cinta kepada Baginda.
BERTINDIK  anggota badan selain telinga haram kerana perbuatan itu meniru orang kafir dan memudaratkan kesihatan.
BERTINDIK anggota badan selain telinga haram kerana perbuatan itu meniru orang kafir dan memudaratkan kesihatan.
 sumber

Khamis, 27 Januari 2011

Penghalang Menjadi Orang Soleh

بسم الله الرحمن الرحيم

  
Mengikut kata Saiyidina Ali (k.w), jika 5 perkara berikut ini tiada, nescaya semua akan beriman :

  1. Merasa senang menerima kejahilan diri kita
  2. Tamak kepada dunia
  3. Kedekut dengan kelebihan rezeki
  4. Suka menunjuk-nunjuk dalam beramal (sombong, bangga, riak dan yg seumpamanya - adalah sifat iblis)
  5. Merasa takjub dengan pendapat sendiri
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Tanda sayang kepada Allah :
a). Selalu menyebut-nyebut nama Allah
b). Zikrullah dan selalu menyebut ayat-ayat Allah


Jangan jadi pengkhianat kepada Allah dengan tidak menyebut ayat-ayat Allah, tidak laksana kehendak Allah setiap hari. Wakil Allah didunia ialah Kalamullah. Buka mata dengan Al-Quran, tutup mata juga dengan Al-Quran.
Zikir juga akan melembutkan hati kita. Boleh berzikir pada setiap waktu samada semasa berdiri, duduk atau berbaring.
Menurut Abdullah Al Amtaqi :
Lima perkara penyembuh hati
  1. Memikirkan ayat-ayat Allah - akan membuahkan ilmu ketauhidan
  2. Memikir nikmat-nikmat Allah - akan membuahkan rasa cinta kepada Allah
  3. Memikirkan janji-janji Allah
  4. Memikirkan ancaman-ancaman  Allah - akan melahirkan rasa takut kepada Allah
  5. Memikirkan kekurangan diri dalam mematuhi perintah Allah - melahirkan rasa malu, rendah diri kepada Allah
Wallahhua'lam
*nota : catatan kuliah maghrib oleh Us. Hj. Mohd Nor @ 21 Safar 1432

Dengar & Lihat Sampai Habis - Solat dan Sains

بسم الله الرحمن الرحيم

Selasa, 25 Januari 2011

Hujan dah Seroyat dan Pisang Keroyat

بسم الله الرحمن الرحيم
 Ditujukan kepada sahabat2 CSKK 69
Rege getah tengah mehe sekarang ni, getah sekerap dapat rege rm 4 ringgit lebih sekilo, kate deme motong getah dapat lebih banyak dari keroja kerajaan ato pun buat dua keroja sekali, motong getah pun motong keroja kerajaan pon keroja. Turun pukoi 2 pagi balik 6 pagi, lepas tu gi keroja kerajaan. 

Bila hujan turun mola susah hati, boleh noreh ke idak ke, maka ditunggu le kot-kot hujan boleh seroyat (berhenti). Tak boleh noreh pagi noreh belah petang, janji noreh. Yang banyak kebun tu ada yang mule noreh pukoi 2 pagi, rehat/solat jam enam pagi, lepah tu sambung balik pukoi 8 pagi sampe tengah hari gitu. Ade juge yang tukang noreh orang lain, tukang kutip getah sekerap orang lain (kena curi le tu). 
Dulu dikampong bila hujan dah seroyat, perut lapo, pegi cari ubi kayu kot-kot ada yang boleh dicabut untuk buat rebus ke bako ke minum dengan kopi O. Sekarang ni dah susah nak cari ubi kayu kat kampong kerana sama macam getah juga, ada benda lain yang tolong korek, babi2 dah mola masuk kampong, tak dipedulinye pun orang lalu lalang, kalo dihalopun noheeen je dia, tak makan saman.

Kalo tak dapat ubi cari pulak pisang abu, juga boleh buat rebus cicah dengan nyor campor gula. Tapi ada juga pisang yang keroyat (kulitnye tak mahu tangge habis, melekat pada isi), orang kuale kalo tak paham ia bukan orang kuale. Kalo dah tak ade bende lain makan juge le....Kalo lepah hujan juga banyak kelakatu akan keluor berpindah untuk set up koloni baru. Merata-rata peginye, dalam rumah, surau, mesjid kedai2. Maknenye sesekali dia keluo tu pun tak lupe dia gi kesurau atau mesjid, sebab ape? ade dia tingge kepaknye dimana saje dia singgah. Mase tu katak, cicak kenduri besor, tunggu je dia masuk kemulut...he..he..

Kalo ujan dah seroyat juga jalan kampong yang takde tar du jadi lecah tapi itu perkara biase, kalo naik besika lumpo tu memetik sampe kena belakang baju. Di Kuale Lumpo ade lumpo ke lagi?

Kalo ujan tak seroyat-seroyat, siap bot untuk pindah macam kelakatu tadi.....
Ujan dah seroyat, teman nak nengok jalan lecah ke tidak......bukan ape ngenangkan mase susah dulu...ade orang lain lebih susah dari kite....

Isnin, 24 Januari 2011

Try not to Cry

بسم الله الرحمن الرحيم

Ahad, 23 Januari 2011

Remaja Libya dengan gaya ganas - jangan tiru!!!

بسم الله الرحمن الرحيم
 


sumber

Jumaat, 21 Januari 2011

Keajaiban-keajaiban dalam peperangan di Gaza, Palestin

بسم الله الرحمن الرحيم
Gaza, itulah nama hamparan tanah yang luasnya tidak lebih dari 360 km persegi. Berada di Palestina Selatan, “terjepit” di antara tanah yang dikuasai penjajah Zionis Israel, Mesir, dan laut Mediterania, serta dikepung dengan tembok di sepanjang daratannya.
http://bimchat.files.wordpress.com/2009/01/gaza-strip-war.jpg?w=399&h=266#038;h=266
Sudah lama Israel “bernafsu” menguasai wilayah ini. Namun, jangankan menguasai, untuk bisa masuk ke dalamnya saja Israel sangat kesulitan.
Sudah banyak cara yang mereka lakukan untuk menundukkan kota kecil ini. Blokade rapat yang membuat rakyat Gaza kesulitan memperoleh bahan makanan, obat-obatan, dan energi, telah dilakukan sejak 2006 hingga kini. Namun, penduduk Gaza tetap bertahan, bahkan perlawanan Gaza atas penjajahan Zionis semakin menguat.
Akhirnya Israel melakukan serangan “habis-habisan” ke wilayah ini sejak 27 Desember 2008 hingga 18 Januari 2009. Mereka”mengguyurkan” ratusan ton bom dan mengerahkan semua kekuatan hingga pasukan cadangannya.
Namun, sekali lagi, negara yang tergolong memiliki militer terkuat di dunia ini harus mundur dari Gaza.
http://images.huffingtonpost.com/gen/13427/thumbs/r-GAZA-large.jpg
Di atas kertas, kemampuan senjata AK 47, roket anti tank RPG, ranjau, serta beberapa jenis roket buatan lokal yang biasa dipakai para mujahidin Palestina, tidak akan mampu menghadapi pasukan Israel yang didukung tank Merkava yang dikenal terhebat di dunia. Apalagi menghadapi pesawat tempur canggih F-16, heli tempur Apache, serta ribuan ton “bom canggih” buatan Amerika Serikat.
http://www.map-uk.org/files/300_idf_soldiers.jpg
Akan tetapi di sana ada “kekuatan lain” yang membuat para mujahidin mampu membuat “kaum penjajah” itu hengkang dari Gaza dengan muka tertunduk, walau hanya dengan berbekal senjata-senjata “kuno”.
Itulah pertolongan Allah Subhanahu wa Ta’ala yang diberikan kepada para pejuangnya yang taat dan ikhlas. Kisah tentang munculnya “pasukan lain” yang ikut bertempur bersama para mujahidin, semerbak harum jasad para syuhada, serta beberapa peristiwa “aneh” lainnya selama pertempuran, telah beredar di kalangan masyarakat Gaza, ditulis para jurnahs, bahkan disiarkan para khatib Palestina di khutbah-khutbah Jumat mereka.
Berikut ini adalah rangkuman kisah-kisah “ajaib” tersebut dari berbagai sumber untuk kita ingat dan renungkan.

Pasukan “Berseragam Putih” di Gaza

Ada “pasukan lain” membantu para mujahidin Palestina. Pasukan Israel sendiri mengakui adanya pasukan berseragam putih itu.
Suatu hari di penghujung Januari 2009, sebuah rumah milik keluarga Dardunah yang berada di antara Jabal Al Kasyif dan Jabal Ar Rais, tepatnya di jalan Al Qaram, didatangi oleh sekelompok pasukan Israel.
Seluruh anggota keluarga diperintahkan duduk di sebuah ruangan. Salah satu anak laki-laki diinterogasi mengenai ciri-ciri para pejuang al-Qassam.
Saat diinterogasi, sebagaimana ditulis situs Filisthin Al Aan (25/1/2009), mengutip cerita seorang mujahidin al-Qassam, laki-laki itu menjawab dengan jujur bahwa para pejuang al-Qassam mengenakan baju hitam-hitam. Akan tetapi tentara itu malah marah dan memukulnya hingga laki-laki malang itu pingsan.
Selama tiga hari berturut-turut, setiap ditanya, laki-laki itu menjawab bahwa para pejuang al-Qassam memakai seragam hitam. Akhirnya, tentara itu naik pitam dan mengatakan dengan keras, “Wahai pembohong! Mereka itu berseragam putih!”
Cerita lain yang disampaikan penduduk Palestina di situs milik Brigade Izzuddin al-Qassam, Multaqa al-Qasami, juga menyebutkan adanya “pasukan lain” yang tidak dikenal. Awalnya, sebuah ambulan dihentikan oleh sekelompok pasukan Israel. Sopirnya ditanya apakah dia berasal dari kelompok Hamas atau Fatah? Sopir malang itu menjawab, “Saya bukan kelompok mana-mana. Saya cuma sopir ambulan.”
Akan tetapi tentara Israel itu masih bertanya, “Pasukan yang berpakaian putih-putih dibelakangmu tadi, masuk kelompok mana?” Si sopir pun kebingungan, karena ia tidak melihat seorangpun yang berada di belakangnya. “Saya tidak tahu,” jawaban satu-satunya yang ia miliki.

Suara Tak Bersumber

Ada lagi kisah karamah mujahidin yang kali ini disebutkan oleh khatib masjid Izzuddin Al Qassam di wilayah Nashirat Gaza yang telah ditayangkan oleh TV channel Al Quds, yang juga ditulis oleh Dr Aburrahman Al Jamal di situs Al Qassam dengan judul Ayaat Ar Rahman fi Jihad Al Furqan (Ayat-ayat Allah dalam Jihad Al Furqan).
Sang khatib bercerita, seorang pejuang telah menanam sebuah ranjau yang telah disiapkan untuk menyambut pasukan Zionis yang melalui jalan tersebut.

Saidatina Khadija tokoh ikutan wanita terbaik

بسم الله الرحمن الرحيم
Oleh Nik Mustapha Nik Hassan
 
Isteri Rasulullah contoh keperibadian tulang belakang kejayaan suami, kebahagian keluarga
KONTEKS kehidupan masa kini, manusia sangat perlu kepada seorang tokoh ikutan. Tanpa tokoh ikutan, manusia akan mengalami cara hidup tidak sempurna dan mengelirukan kerana gagal menonjol serta menghayati tokoh ikutan sempurna.
Allah SWT mencipta lelaki dan wanita untuk berganding tenaga memartabatkan ajaran Islam. Lelaki dan wanita pada fitrahnya saling memerlukan satu sama lain. Tanpa peranan dan sokongan wanita tidak akan sempurna kehebatan lelaki dan begitu juga sebaliknya.
Di samping kehebatan Nabi SAW sebagai manusia terulung, ada wanita sejak awal hidup dewasa Baginda berkongsi kehidupan sebagai isteri yang banyak berperanan. Beliau memberi kasih sayang dan bantuan besar kepada kejayaan perjuangan Nabi SAW.
Tokoh yang dimaksudkan ialah Saidatina Khadija Binti Khuwaylid, individu serta wanita pertama memeluk agama Islam. Bahkan, Khadija adalah salah seorang daripada empat pemimpin wanita penghuni syurga yang terulung dicipta Allah bersama Fatimah binti Muhammad, Aasiyah binti Mazaahim (isteri Firaun) dan Mariam Binti Imraan (ibu kepada Isa).
Bagi wanita, tokoh peribadi Saidatina Khadija sudah pasti tokoh ikutan terbaik. Selain menjadi isteri kepada Nabi SAW, Khadija adalah penasihat dan pembekal kewangan kepada perjuangan Nabi SAW.
Sebagai isteri kepada Nabi SAW selama 25 tahun, Khadija mampu memberi kasih sayang berpanjangan dan perkongsian hidup mereka dikurniakan Allah SWT, dua putera dan empat puteri. Malah, setelah Khadija wafat, Nabi SAW tidak putus-putus mengingati beliau.
Nabi SAW apabila ditanya oleh Saidatina Aisha mengenai kehebatan Khadija bersabda yang bermaksud: "Beliau mempercayai kepadaku ketika tiada siapa yang berbuat demikian; beliau menerima Islam ketika masyarakat menolakku dan beliau membantu dan menghiburku ketika tiada siapa yang ingin memanjangkan pertolongan kepadaku."
Khadija adalah penasihat terulung dalam permulaan tugas Nabi SAW dan 15 tahun sebelum kenabian, beliau berjaya sebagai isteri mewujudkan sebuah keluarga stabil dan harmoni sehingga apabila tugas kenabian dikurnia Allah kepada Muhammad, baginda tidak dibebani urusan keluarga.
Kesempurnaan rumah tangga adalah asas dan prasyarat untuk suami mampu berperanan secara aktif serta berkesan dalam tugas terhadap masyarakat.
Apabila Nabi SAW menerima wahyu di Gua Hira, Khadija secara positif memberi segala rangsangan kepada Baginda tanpa sekali-kali menunjuk kebimbangan, bahkan memberi inspirasi meyakinkan Nabi wahyu diterima adalah petanda tugas kenabian.
Khadija berkata: "Jangan bimbang, kepada-Nya yang memiliki jiwaku, saya berharap kamu adalah nabi kepada kaum ini. Allah SWT tidak akan menghina kamu kerana kamu berbuat baik kepada ahli keluarga, kamu jujur dengan bersikap benar dengan kata-katamu, Kamu membantu yang memerlukan pertolongan, kamu menyokong golongan lemah, kamu menyedia makanan kepada tetamu dan kamu bersimpati kepada mereka yang menghadapi kesusahan."
Ungkapan itu mengajar kita, jika menghayati sifat mulia seperti Nabi SAW, sudah pasti Allah SWT akan bersama kita. Pertolongan Allah adalah paksi kepada kejayaan dalam kesemua aspek kehidupan.
Apabila wahyu seterusnya diterima Nabi SAW dari Jibril yang menugaskan baginda memanggil manusia beribadat kepada Allah SWT, Khadija dengan serta merta menerima Islam. Kemampuan Khadija memahami dan meyakini kebenaran kenabian Nabi SAW adalah sifat mulia tiada tolak banding kerana pada masa itu tiada siapa beriman kepada Allah SWT selain Nabi.
Sifat cepat peka dan cinta kepada kebenaran Khadija menggambarkan beliau memiliki kebolehan intelek yang tinggi dan murni. Khadija terus menerus tidak jemu-jemu menyokong perjuangan Nabi SAW menyebarkan kalimah Ilahi.
Tentangan demi tentangan dihadapi Nabi SAW terus mendapat sokongan dan bantuan Khadija dari semua aspek termasuk pertolongan buah fikiran, tenaga, harta benda, demi melihat tugas Nabi mencatat kejayaan demi kejayaan di dunia, seterusnya di alam akhirat.
Masyarakat Islam kini wanita atau lelaki perlu peka bahawa ketokohan Khadija daripada perwatakan serta peranannya adalah untuk dicontohi khususnya golongan wanita jika mahu berjaya menepati kehendak Islam.
Umat Islam kini perlu kepada tokoh peribadi yang unggul dalam semua aspek kehidupan untuk mereka contohi. Kemampuan menghayati nilai luhur peribadi agung ini akan menghasil kejayaan kepada umat Islam masa kini.

Khamis, 20 Januari 2011

Pembukaan Masjid di Kutub Utara

افتتاح مسجد في القطب الشمالي
تاريخ النشر : 2010-11-12
كبر الخط صغر الخط
Umat Islam di perkampungan Kutub Utara ini hanya berjumlah 80 orang, dulu mereka menunaikan solat di dalam bangunan berbentuk rumah, kini mereka telah berjaya membina sebuah masjid untuk mereka menunaikan solat secara berjamaah dan sebagai pusat aktiviti agama Islam. Allah Akhbar... Islam telah dapat bertapak di Kutub Utara, ini bererti seruan Rasulullah SAW telah sampai ke penghujung dunia.

Ahad, 16 Januari 2011

Hanya 5 bulan bertamukan Allah SWT daripada usia 70 tahun

بسم الله الرحمن الرحيم

Hanya 5 bulan bertamukan Allah SWT daripada usia 70 tahun

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs521.snc3/29676_123923400964231_100000397150189_188292_2835379_n.jpg

Ketahuilah Allah SWT memberikan kamu usia 70 tahun, Insya Allah. Bagaimana kamu menguruskannya?

هل تعلم انه اذا منحك الله من العمر 70 سنة تقريباً – كيف ستقضيها ؟
24 عاما نائماً!
24 telah digunakan untuk tidur.
14 عاما تعمل

14 tahun untuk berkerja.
8 سنوات تلعب
8 Tahun untuk bermain.
6 سنوات على مائدة الطعام
6Tahun untuk makan.
5 سنوات في المواصلات
5tahun untuk pengangkutan.
4 سنوات في الكلام
4 tahun untuk bercakap.
3 سنوات في التعليم
3 tahun untuk belajar
3 سنوات في قراءة الكتب والجرائد
3 tahun membaca surat khabar.
3 سنوات في مشاهدة التلفزيون
3 tahun untuk menonton TV

أما الصلاة 5 مرات كل يوم ، فإنك سوف تاخذ منك 5 اشهر من حياتك.

Untuk solat 5 kali sehari, hanya 5 bulan sahaja kita bertemu dan mengadu kepada Allah SWT.

هل من الصعب ان نعطي 5 اشهر من الـ 70 عام ا؟

Apakah susah untuk kita korbankan masa 5 bulan untuk menyembah Allah SWT.
يريد الله منك 5 أشهر فقط من حياتك الـ 70

Allah hanya memohon daripada hambanya 5 bulan sahaja daripada umur 70 tahun.

اذا لم تصدق الحسبة ..! . حاول تحسبها بنفسك

Jika kamu tidak percaya, cubalah hitung sendiri.

5 Langkah untuk mencapai Musyahadah dan Muraqabah Allah SWT

بسم الله الرحمن الرحيم

http://www.irsyadtc.net/design/mrdktn.jpg

“Al-Jawahir Al-Sufiyyah” karya al faqir biLlah al-marhum Tuan Guru Haji Husin Nasir al-Banjari (Tuan Husin Kedah) mengenai hal ini.

“Seseorang itu tidak dapat memahami perkara yang payah seperti Musyahadah dan Muraqabah kepada Allah Ta’ala itu atau seperti tuntutan mengenal Allah Ta’ala itu dengan pengenalan yang sempurna atau tuntutan berkekalan khidmat dan ibadah kepada Allah Ta’ala melainkan dengan lima perkara :

1. Meninggalkan keinginan dan kasih kepada dunia, ertinya tidak kasih kepada tiap-tiap sesuatu yang lain daripada Allah Ta’ala.

2. Meninggalkan daripada perkara-perkara yang disukai oleh hawa nafsu, iaitu tiap-tiap sesuatu yang lain daripada Allah Ta’ala.

3. Seseorang itu hendaklah berkekalan dengan zikrullah, ertinya sentiasa ingat kepada Allah Ta’ala dengan hatinya dan sentiasa disebut dengan lidahnya

4. Seseorang itu hendaklah bersegera bertaubat pada tiap-tiap kali ia melakukan dosa

5. Meninggalkan tindakan angan-angan, sekalipun bagi pekerjaan atau urusan yang berkaitan dengan akhirat.

sumber

Jumaat, 14 Januari 2011

4 Bahan yang dapat menyucikan jiwa tersirat dalam Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم
www.news-all.com.jpg

Empat jenis bahan yang dapat menyucikan jiwa yang dibawa secara hikmah dalam Al-Quran


Pertama : Solat yang dibaratkan sebagai air hujan.

Air hujan yang Allah SWT proses secara saintifik yang berfungsi kepada bumi dan tumbuhan serta memenuhi lautan dan tasik sebagai kegunaan manusia dan lain-lain tumbuhan adalah Lambang Rahmat Allah SWT.

Solat juga membawa erti kepada Cahaya.

Solat yang dimaksudkan kepada cahaya amatlah perlu kepada mereka yang menjalani hidup ini sebagai pelayar di lautan dan para musafir didaratan. Melalui cahaya solat orang beriman boleh membentuk kehidupan harmoni dan membina keadilan dalam kehidupan dalam keluarga dan negara.


Kedua : Puasa yang ibarat sebagai pembersih.

Kerana hanya dengan puasa dapat menghalang perkara maksiat dan mengawal pergerakkan nafsu.

Melalui puasa, jiwa manusia akan tawadduk dan bersifat ihsan kepada sesama manusia.

Ketiga : Zakat yang di ibarat sebagai air susu.

Zakat fitrah mahu pun zakat harta merupakan kewajiban bagi seorang mukmin yang memiliki harta berlebihan. Haiwan yang Allah SWT cipta seperti lembu dan kambing sentiasa berjasa kepada manusia dengan mengeluarka susu untuk kegunaan manusia.Manusia yang tidak membayar zakat seola h-olah lebih hina daripada lembu atau kambing yang menabur jasa kepada manusia.


Keempat : adalah haji yang diibaratkan sebagai madu.

Islam mengibaratkan haji sebagai madu adalah kerana mukmin yang melakukan fardhu haji adalah mukmin yang telah berjaya membentuk dirinya dengan sempurna dan menaburkan kebaikan kepada orang lain serta alam disekitarnya. Madu sentiasa mengeluarkan rasa manis pada dirinya dan kepada orang yang meminumnya. Mereka yang minum madu akan menikmati kesihatan yang baik serta minda yang cerdas.

sumber: peribadirasulullah.wordpress.com

Rabu, 12 Januari 2011

5 Golongan yang mengejar dunia

بسم الله الرحمن الرحيم

Berbagai kesibukan dan pekerjaan yang dilakukan manusia demi mendapatkan makanan dan pakaian telah membuat mereka lupa akan diri mereka sendiri, tujuan utama kehidupan mereka dan tempat kembali mereka (akherat), hingga akhirnya mereka mendapatkan penyesalan. Akal mereka pun lemah untuk sampai kepada ma`rifatullah. Semua itu disebabkan oleh kesibukannya memburu dunia. Oleh karena itu golongan seperti ini dibagi menjadi beberapa kelompok :

1. Golongan yang didominasi oleh kebodohan dan kelalaian, sehingga mata mereka tidak terbuka untuk merenungkan akibat dari perbuatan mereka. Terbukti dengan perkataan mereka sendiri, "Tujuan utama kita dalam kehidupan yang hanya sebentar ini adalah berusaha keras untuk mendapatkan makanan. Setelah didapati kita makan hingga mendapat kekuatan untuk bekerja. Setelah mampu bekerja berusaha sekuat tenaga untuk mendapatkan makanan." Perkataan ini menunjukkan bahwa tujuan hidup mereka adalah makan agar bisa bekerja kemudian mereka bekerja agar dapat makan. Ini adalah aliran orang yang tidak punya kenikmatan dan tidak punya pijakan agama. Mereka letih disiang hari untuk makan dimalam hari dan makan dimalam hari untuk bersusah payah disiang hari. Orang seperti ini bagaikan unta yang berjalan dipadang pasir yang mencari air dan rumput-rumputan agar dapat meneruskan perjalanannya hingga akhirnya mati ditengah padang pasir dalam keadaan lapar.

2. Golongan yang mengira bahwa tujuan utama manusia bukanlah bersusah payah untuk bekerja. Kebahagiaan itu terletak pada pelampiasan syahwat dunia yaitu syahwat perut dan kemaluan. Mereka menghabiskan waktu untuk mengejar wanita dan mengumpulkan berbagai makanan yang lezat. Mereka makan seperti binatang makan, mererka berhubungan badan seperti binatang berhubungan badan, dan mereka mengira apabila telah mendapatkan hal tersebut (makan dan berhubungan badan) berarti telah mencapai puncak kebahagiaan, hingga akhirnya mereka melupakan Allah dan hari akhirat.

3. Golongan yang mengira bahwa kebahagiaan terletak pada banyaknya harta dan simpanan kekayaan, sehingga mereka bersusah payah mengumpulkannya siang dan malam. Mereka melakukan perjalanan sepanjang siang dan malam hingga kelelahan, mondar-mandir melakukan berbagai pekerjaan berat hingga kesampaian, berusaha dan mengumpulkan kekayaan hingga mereka sendiri tidak memakannya kecuali sekedarnya saja. Hal itu karena mereka kikir dan takut hartanya berkurang. Mereka hanya menikmati dan mengumpulkan harta dan melihat hartanya yang berlimpah, walaupun mereka tidak sempat menikmatinya. Ketika mereka meninggal dunia, hartanya tetap tertimbun dibawah tanah (atau bank-pen) atau ditemukan oleh orang lain (atau jadi rebutan ahli waris-pen) yang memakannya dengan penuh syahwat dan kelezatan dan ia hanya mendapatkan keletihan. Lalu orang-orang yang sepertinya hanya menyaksikan dan memberikan belas kasihan tanpa dapat mengambil pelajaran dari kematian kawannya.

4. Golongan yang mengira bahwa kebahagiaan terletak pada nama baik, pujian dan penghormatan. Mereka rela mengurangi makanan dan minuman hanya untuk dapat membeli pakaian yang bagus dan kendaraan yang mewah. Mereka menghiasi pintu-pintu rumah dan sudut-sudut ruangan yang menjadi perhatian pandangan manusia agar dikatakan sebagai orang kaya. Memiliki harta banyak. Mereka mengira bahwa hal itu merupakan kebahagiaan. Perhatian utama mereka siang-malam adalah mendapatkan perhatian manusia.

5. Golongan yang mengira bahwa kebahagiaan terletak pada kedudukan dan kehormatan dikalangan manusia atau ketundukan manusia dan penghargaan mereka terhadap dirinya. Mereka berusaha sekuat tenaga untuk mendapatkan simpati dari manusia. Mereka mengira dengan menjadi pemimpin akan membawa dirinya dihormati dan dipatuhi. Saat itulah puncak kebahagiaan yang dirasakan. Ini merupakan tipu daya syahwat yang sangat besar atas orang-orang yang lalai kepada Allah. Mereka menyibukkan diri agar orang lain tunduk kepadanya dan bukan berusaha agar ia tunduk kepada Allah dan taat beribadah kepada-Nya.

Apabila seseorang tidak rakus akan kehidupan dunia atau mengambil bagian dunia sekedar kebutuhannya (taqliil), maka ia akan terhindar dari tipu daya dunia dan akan banyak mengikat kehidupan akhirat (zikrul akhirat) dan perhatiaannya tercurah kepada persiapan menghadapi kehidupan akhirat. Akan tetapi apabila ia rakus terhadap kehidupan dunia, apa yang diperoleh melampaui batas keperluannya. Ia akan banyak mendapat kesibukan duniawi, dan satu urusan akan melahirkan urusan yang lain hingga akhirnya ia tidak ada waktu dan kemampuan untuk mengingat Allah.

Sumber : Tazkiyatun Nafs - Kajian Lengkap Penyucian Jiwa

Oleh : Sa`id Hawwa

Sabtu, 8 Januari 2011

Kisah Amir dan mati syahid

بسم الله الرحمن الرحيم
Oleh ZULKIFLEE BAKAR

PADA zaman Rasulullah SAW, hidup seorang lelaki bernama Amir bin Jamuh. Kakinya tempang, namun Amir bertekad untuk ikut bertempur dalam Perang Uhud.

Beberapa sahabat menghalangnya kerana menganggap Amir tidak sesuai memandangkan dia tempang, namun Amir yang disokong oleh isterinya tetap bertekad untuk berbuat demikian demi membela agama Allah.

"Aku tidak percaya mereka telah melarangmu untuk ikut dalam pertempuran itu," kata isteri Amir.

Mendengar kata-kata itu, Amir menghunus pedang dan berdoa, "Ya, Allah, janganlah Engkau kembalikan aku kepada keluargaku".

Amir kemudiannya menemui Rasulullah SAW dan menyakinkan baginda untuk membenarkannya menyertai tentera muslimin.

Rasulullah SAW meminta Amir agar tidak ikut berperang. Namun, Amir terus mendesak dan akhirnya Rasulullah pun mengizinkannya.

Di medan pertempuran, Amir berteriak, "Demi Allah, aku ini sangat mencintai syurga".

Amir akhirnya gugur syahid di medan pertempuran. Setelah mendengar berita kematian suaminya, isteri Amir segera membawa seekor unta untuk membawa pulang jenazahnya.

Ketika jenazah Amir diletakkan di atas unta, haiwan itu tidak mahu berdiri. Pelbagai usaha dilakukan olehnya namun unta itu tetap tidak mahu berjalan, sebaliknya asyik memandang Uhud.

Ketika Rasulullah SAW mengetahui berita itu, baginda bersabda, "Sesungguhnya, unta itu telah diperintahkan untuk berlaku demikian. Adakah Amir berkata sesuatu semasa dia mahu meninggalkan rumahnya?"

Isterinya memberitahu sebelum meninggalkan rumah untuk bertempur di medan perang, Amir mengadap kiblat sambil berdoa, "Ya, Allah, janganlah Engkau kembalikan aku kepada keluargaku". Itulah sebabnya, kata Rasulullah, unta itu tidak mahu pulang.

Kisah yang tercantum dalam kitab Himpunan Fadilah Amal karya Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi itu menggambarkan keberanian dan kepahlawanan orang yang berjuang di jalan Allah. Mereka hanya berharap menjadi pahlawan yang gugur syahid di sisi-Nya.

Dalam surah ali-'Imran ayat 169-170, disebutkan bahawa orang yang gugur di jalan Allah sebenarnya tidak mati, tetapi hidup di sisi Allah SWT.

Mereka yang gugur di jalan Allah SWT benar-benar hidup di alam lain, ini berbeza dengan alam kita.

Di alam sana, mereka juga mendapat rezeki daripada Allah yang sesuai dengan kehidupan alam barzakh. Maka itu, mereka bergembira kerana berada dalam kehidupan yang sebenarnya di sisi Allah.

sumber

Khamis, 6 Januari 2011

Sifat-sifat orang yang mendapat amalan batin

بسم الله الرحمن الرحيم

Telah kita katakan bahwa kita mesti beribadah kepada Allah lahir dan batin. Ibadah lahir disebut syariat. Ibadah batin disebut hakikat. Orang yang sudah melaksanakan syariat akan terlihat oleh kita tandanya yaitu mengucap dua kalimah syahadah, shalat, puasa, zakat, haji, membaca Al Quran, selawat, zikrullah, menutup aurat, menuntut ilmu, bersilaturrahim dan cara hidup lainnya yang diperintahkan oleh Allah SWT dengan meninggalkan (tidak melakukan) segala sesuatu yang dilarang oleh Allah.

Begitu juga orang yang melakukan ibadah batin, terlihat juga tanda-tandanya. Tanda-tanda itu tidak dapat dilihat oleh mata lahir kita, sebab tersembunyi di dalam hati.
Hal itu hanya dapat dilihat oleh orang itu sendiri dengan merasakan gerak dan arah perjalanan hati kita. Hati yang sudah melakukan ibadah berbeda dengan hati yang masih durhaka.

Untuk mengetahui perbedaan itu supaya kita dapat mengenal hati kita, apakah sudah taat atau masih durhaka, saya akan tunjukkan tanda-tanda atau sifat-sifat hati yang tinggi kedudukannya, yang dimiliki oleh orang-orang yang melakukan ibadah batin.

1. SYARIATNYA KUAT

Orang yang kuat beribadah batin pasti akan kuat pula ibadah lahirnya (syariat). Tetapi perlu diingat bahwa orang yang kuat syariat lahir saja belum tentu kuat ibadah batinnya.

Hal itu disebabkan pada diri kita, hati (jasad batin) adalah pemimpin sedangkan anggota-anggota lain (jasad lahir) sebagai pekerja. Kita makan karena hati kita menyuruh kita makan. Kaki dan tangan pun bekerja untuk mencari makanan. Kita hendak ke masjid adalah karena amalan hati kita. Kaki kita hanya menurut saja. Tetapi kalau hati tidak mau pergi walau masjid di sebelah rumah pun, kaki tidak akan melangkah pergi.

Begitu besarnya kuasa dan peranan hati dalam menentukan corak hidup kita. Sebab itu kalau hati sudah baik, taat menghambakan diri pada Allah, hati akan mengarahkan semua anggota lahir untuk tunduk menyembah kepada Allah SWT. Semua perintah Allah akan ditaati tanpa tanya jawab lagi. Semua larangan Allah akan ditinggalkan tanpa ragu-ragu.
Firman Allah : Terjemahannya : Dan mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat." (Dan mereka berdoa), "Tuhan, kami mohon keampunanMu, dan kepadaMulah tempat kembali" (Al Baqarah : 285)

Shalat fardhunya baik, shalat sunat hajat dan lain-lain tidak ditinggalkan. Puasa sunat dianggap penting dan selalu dilakukan dengan senang hati. Membaca Al Quran, selawat, wirid, zikir, tahlil, tasbih dan tahmid dan lain-lain telah menjadi nyanyian rutin yang mengasyikkan. Berjuang untuk menyebarkan agama Allah terasa satu kewajiban yang mesti dilakukan sehingga tidak pernah jemu dan letih karena perjuangan.

Kuat berkorban harta, fikiran, waktu dan tenaga untuk membantu Islam dan umat Islam. Tidak bermewahan dengan rezeki pemberian Allah sekalipun halal dan hanya diambil sesuai keperluan saja. Kelebihannya diserahkan untuk jihad. Sebab itu rumahnya sederhana, pakaian, dan makan minum juga sederhana. Karena hatinya menyuruh tutup aurat maka ia akan melakukannya tanpa peduli apa yang dikatakan orang. Hatinya menyuruh berderma dan bersedekah maka ia akan melakukannya tanpa takut miskin dan bimbang pada hari depan. Hatinya menyuruh ia berjemaah sesama kaum muslimin maka ia pun ikut berjemaah tanpa ragu meninggalkan alam dan kawan di luar jemaah.

Karena hatinya menyuruh menghentikan pergaulan bebas maka ia akan berhenti tanpa takut kehilangan jodoh. Dan apa saja yang disuruh oleh hatinya, ia akan taat.
Hati yang taat dan takut pada Allah akan menyuruh kita mengikuti semua suruhan Allah. Tidak pernah terlintas dalam hati orang-orang soleh satu keinginan untuk durhaka pada Allah. Hatinya tidak pernah berencana untuk melakukan larangan Allah.

Sebab itu orang yang kuat ibadah batinnya, cukup kuat meninggalkan hal-hal yang haram, makruh dan syubhat. Tidak melakukan zina, tidak menipu, tidak minum arak, tidak berjudi, tidak mengambil pinjaman riba (bank) untuk membeli rumah atau mobil, tidak terlibat dengan suap, tidak berkhianat, tidak merokok, tidak mengumpat, tidak memfitnah, tidak bergaul bebas lelaki dan perempuan, tidak mubazir dan bermewah-mewah, tidak berfoya-foya, tidak terlibat dengan musik-musik haram, tidak bercintaan antara lelaki perempuan secara haram dan lain-lain.

Hati yang kuat dengan Allah akan melarang keras untuk terlibat dengan pekerjaan yang dikutuk oleh Allah. Hati yang sempurna ibadahnya akan menolak semua perkara yang dibenci Allah.
Tegasnya hanya hati kita yang bisa membetulkan diri kita dan hati juga yang bisa menjahanamkan kita. Kalau hati baik, tindakan kita akan baik. Dan kalau hati jahat, tindakan kita akan jahat juga.
Konsep 'hati baik' itu pun jangan disalah artikan. Jangan kita katakan, ''Tidak shalat pun tidak apa-apa, asalkan hati kita baik. Tidak menutup aurat pun tak apa, asal hati kita baik.''

Kalau kita katakan begitu, maka kita telah membuat dua kejahatan. Pertama kita telah berani membantah suruhan Allah karena shalat dan tutup aurat itu suruhan Allah. Kedua, kita menganggap hati kita baik, padahal hati kita masih durhaka pada Allah.

Hati yang tidak mau shalat atau tutup aurat itu adalah hati yang durhaka pada Allah. Hati yang baik adalah hati yang taat dan takut pada Allah. Bila hati taat maka kita akan mentaati seluruh perintah Allah. Bila hati kita baik kita akan kuat bersyariat.

2. MENDAPAT KEJERNIHAN ATAU KERINGANAN BATIN

Apabila seseorang hamba itu sudah mendapat kerohanian yang tinggi, hatinya (batinnya) akan menjadi suci dan ringan. Allah SWT berfirman :
Terjemahannya : Yaitu mereka yang memenuhi janji Allah dan tidak pula merusakkan perjanjian.(Ar Raad : 20)

Terjemahannya : Dan mereka menghubungi apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan (silaturrahim) dan mereka takut pada Tuhan mereka dan takut pada hisab yang buruk. (Ar Raad : 21)

Terjemahannya : Dan mereka juga bersabar dalam mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan shalat dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan pada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan. Dan mereka menutupi kejahatan dengan kebaikan. Mereka itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik).(Ar Raad : 22)

Terjemahannya : (Yaitu) syurga ‘Adn yang mereka masuk ke dalamnya bersama-sama dengan orang-orang yang soleh di kalangan bapak-bapaknya, isteri-isterinya dan anak cucunya, sedangkan malaikat-malaikat masuk menemui mereka di semua pintu masuk. (Ar Raad: 23)

Terjemahannya : (Sambil mengucapkan) "Salam sejahtera karena kesabaran kamu", maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar Raad : 24)

Apabila ruh sudah suci dan ringan maka hati terasa ringan untuk mentaati Allah. Nafsu kita akan berubah dari nafsu yang rendah kepada nafsu mutmainnah. Di waktu itu kita akan senantiasa merasa kita adalah hamba Allah, ingin hidup sebagai hamba dan rela menerima apa saja qada dan qadar Allah tanpa mempertanyakan lagi atau resah gelisah.

Untuk lebih jelas akan saya paparkan sifat-sifat hati yang saya maksudkan:

  1. Rasa malu kepada Allah karena senantiasa merasa diawasi oleh Allah SWT.
  2. Rasa takut dan hebat pada Allah karena terasa diri selalu berada dalam kuasa Allah, sehingga Allah bisa berbuat apa saja seperti sakit, miskin, mati dan lain-lain.
  3. Selalu merasa berdosa pada Allah, bukan hanya di depan manusia karena ada kesalahan tersembunyi yang tidak dapat diketahui seperti dosa-dosa hati. Sebab itu dia selalu menangis seorang diri, bukan di depan orang, karena takut dosanya tidak terampuni.
  4. Tidak menunda-nunda urusan dengan Allah karena hati selalu merasa kedatangan maut itu bisa terjadi kapan saja.
  5. Setiap kali membuat kesalahan yang kecil hatinya merasa takut dan terhina di depan Allah, sehingga cepat-cepat meminta ampun kepada Allah SWT.
  6. Setiap kali selesai beramal, hati merasa itu adalah karunia Allah, bukan kemampuan dirinya. Dia tidak merasa bangga karena merasa amalannya tidak sempurna. Karena itu ia mengharapkan belas kasihan dari Allah agar menerima amalannya.
  7. Kalau Allah menentukan satu peristiwa terjadi pada dirinya, hatinya akan redha dengan apa yang terjadi tanpa kesal dan keluh-kesah. Dia sadar dirinya yang rendah layak menerima apa pun takdir Allah.
  8. Setiap kali melihat pemandangan alam yang indah, hati segera merasakan kebesaran Allah.
  9. Kalau dia mendapat kejayaan atau nikmat, hatinya segera merasakan bahwa itu adalah pemberian dari Allah bukan kemampuan sendiri. Karena itu dia merasa takut pada Allah, karena menyalahgunakan atau kurang mensyukuri nikmat yang diperoleh.
  10. Kalau dia menderita kemiskinan atau tidak memperoleh nikmat, hatinya terasa tentram karena dia merasa bebas dari tanggungjawab untuk menjaga amanah Allah.
  11. Kalau mendapat musibah seperti sakit, hati bisa merasa tenang karena merasakan bahwa bencana (musibah) adalah kifaraf (balasan) dosanya. Dia merasa lebih baik dihukum di dunia daripada dihukum di akhirat. Penderitaan di dunia adalah pengampunan dosa di akhirat.
  12. Bila mendapat pujian, hati merasa tidak senang sebab pujian itu tidak layak baginya dan bisa merusak rasa kehambaannya.
  13. Kalau dikeji atau dihina orang, hatinya merasa kasihan pada orang yang menghinanya dan segera memaafkan orang itu tanpa diminta. Dia merasa bahwa dosanya telah menyebabkan dia dihukum seperti itu. Kalau tidak begitu dia tidak akan mendapat pahala dari penghinaan itu. Sebab itu dia tidak berniat sama sekali untuk membalas perbuatan orang itu.
  14. Dia selalu berlapang dada berhadapan dengan aneka ragam manusia dan kesusahan yang manusia timpakan ke atasnya.
  15. Dia tidak bangga dengan nikmat, tidak gelisah dengan musibah, tidak merasa tenang dengan pujian dan tidak menderita dengan cacian. Hatinya selalu merasa sebagai hamba yang serba kekurangan dan sangat memerlukan Allah SWT dalam setiap keadaan.
  16. Kalau dia melihat atau mengetahui orang membuat maksiat, dia bersyukur pada Allah karena dirinya selamat dari maksiat. Sebab itu dia tidak menghina orang itu bahkan dia merasa kasihan, ingin menolong dengan memberi nasihat. Bahkan dia tidak menaruh sangka jahat pada orang itu. Dia menganggap kesalahan itu adalah karena tidak tahu, lupa ataupun tidak sengaja.
  17. Ketika berhadapan dengan orang yang memarahinya, dia tidak ikut marah dan tidak melawan berdebat sekalipun dia benar.
  18. Bila berhadapan dengan kepandaian orang lain, dia akan menerima ilmu atau kebenaran sekalipun dari seorang kanak-kanak. Kalau bermuzakarah dia tidak memperlihatkan bahwa dirinya pandai sehingga tidak merasa bangga diri Kalau ada yang memuji orang lain di hadapannya dia tidak sakit hati sebab dia faham bahwa kuasa hak Allah yang melebihkan dan mengurangkan nikmat pada hamba-hamba-Nya.
  19. Kalau ada orang lain menyelesaikan kerjanya, dia tidak menggerutu sebab dia merasa dia dibantu.
  20. Kalau dia digemari oleh banyak orang, dia tidak merasa bangga sebaliknya dia bimbang kalau hal itu membuat dirinya riya'.
  21. Dia tidak makan seorang diri. Kalau memberi bantuan pada seseorang, tidak di hadapan orang lain.
  22. Beramal dan betul-betul beribadah karena Allah bukan lagi karena Syurga atau Neraka.

sumber

Rabu, 5 Januari 2011

Pahala yang tidak diterima oleh Allah SWT

بسم الله الرحمن الرحيم

www.news-all.com (138).JPG


Ibnu Mubarak menceritakan bahwa Khalid bin Ma'dan berkata kepada Mu'adz, "Mohon Tuan ceritakan hadits Rasulullah sallAllahu 'alayhi wasallam yang Tuan hafal dan yang Tuan anggap paling berkesan. Hadits manakah menurut Tuan?

Jawab Mu'adz, "Baiklah, akan kuceritakan."

Selanjutnya, sebelum bercerita, beliau pun menangis. Beliau berkata, "Hmm, Betapa rindunya diriku pada Rasulullah, ingin rasanya diriku segera bertemu dengan beliau."

Kata beliau selanjutnya, "Tatkala aku menghadap Rasulullah sallAllahu 'alayhi wasallam, beliau menunggang unta dan menyuruhku agar naik di belakang beliau. Kemudian berangkatlah kami dengan berkendaraan unta itu. Selanjutnya beliau menengadah ke langit dan bersabda:

Puji syukur ke hadirat Allah Yang Berkehendak atas makhluk-Nya, ya Mu'adz!

Jawabku, "Ya Sayyidi l-Mursalin"

Beliau kemudian berkata, 'Sekarang aku akan mengisahkan satu cerita kepadamu. Apabila engkau menghafalnya, cerita itu akan sangat berguna bagimu. Tetapi jika kau menganggapnya remeh, maka kelak di hadapan Allah, engkau pun tidak akan mempunyai hujjah (argumen).

Hai Mu'adz! Sebelum menciptakan langit dan bumi, Allah telah menciptakan tujuh malaikat. Pada setiap langit terdapat seorang malaikat penjaga pintunya. Setiap pintu langit dijaga oleh seorang malaikat, menurut derajat pintu itu dan keagungannya.

Dengan demikian, malaikat pula-lah yang memelihara amal si hamba. Suatu saat sang Malaikat pencatat membawa amalan sang hamba ke langit dengan kemilau cahaya bak matahari.

Sesampainya pada langit tingkat pertama, malaikat Hafadzah memuji amalan-amalan itu. Tetapi setibanya pada pintu langit pertama, malaikat penjaga berkata kepada malaikat Hafadzah:

"Tamparkan amal ini ke muka pemiliknya. Aku adalah penjaga orang-orang yang suka mengumpat. Aku diperintahkan agar menolak amalan orang yang suka mengumpat. Aku tidak mengizinkan ia melewatiku untuk mencapai langit berikutnya!"

Keesokan harinya, kembali malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amal shaleh yang berkilau, yang menurut malaikat Hafadzah sangat banyak dan terpuji.

Sesampainya di langit kedua (ia lolos dari langit pertama, sebab pemiliknya bukan pengumpat), penjaga langit kedua berkata, "Berhenti, dan tamparkan amalan itu ke muka pemiliknya. Sebab ia beramal dengan mengharap dunia. Allah memerintahkan aku agar amalan ini tidak sampai ke langit berikutnya."

Maka para malaikat pun melaknat orang itu.

Di hari berikutnya, kembali malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amalan seorang hamba yang sangat memuaskan, penuh sedekah, puasa, dan berbagai kebaikan, yang oleh malaikat Hafadzah dianggap sangat mulia dan terpuji. Sesampainya di langit ketiga, malaikat penjaga berkata:

"Berhenti! Tamparkan amal itu ke wajah pemiliknya. Aku malaikat penjaga kibr (sombong). Allah memerintahkanku agar amalan semacam ini tidak pintuku dan tidak sampai pada langit berikutnya. Itu karena salahnya sendiri, ia takabbur di dalam majlis."

Singkat kata, malaikat Hafadzah pun naik ke langit membawa amal hamba lainnya. Amalan itu bersifat bak bintang kejora, mengeluarkan suara gemuruh, penuh dengan tasbih, puasa, shalat, ibadah haji, dan umrah. Sesampainya pada langit keempat, malaikat penjaga langit berkata:

"Berhenti! Popokkan amal itu ke wajah pemiliknya. Aku adalah malaikat penjaga 'ujub (rasa bangga terhadap kehebatan diri sendiri) . Allah memerintahkanku agar amal ini tidak melewatiku. Sebab amalnya selalu disertai 'ujub."

Kembali malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amal hamba yang lain. Amalan itu sangat baik dan mulia, jihad, ibadah haji, ibadah umrah, sehingga berkilauan bak matahari. Sesampainya pada langit kelima, malaikat penjaga mengatakan:

"Aku malaikat penjaga sifat hasud(dengki). Meskipun amalannya bagus, tetapi ia suka hasud kepada orang lain yang mendapat kenikmatan Allah swt. Berarti ia membenci yang meridhai, yakni Allah. Aku diperintahkan Allah agar amalan semacam ini tidak melewati pintuku."

Lagi, malaikat Hafadzah naik ke langit membawa amal seorang hamba. Ia membawa amalan berupa wudhu' yang sempurna, shalat yang banyak, puasa, haji, dan umrah. Sesampai di langit keenam, malaikat penjaga berkata:

"Aku malaikat penjaga rahmat. Amal yang kelihatan bagus ini tamparkan ke mukanya. Selama hidup ia tidak pernah mengasihani orang lain, bahkan apabila ada orang ditimpa musibah ia merasa senang. Aku diperintahkan Allah agar amal ini tidak melewatiku, dan agar tidak sampai ke langit berikutnya."

Kembali malaikat Hafadzah naik ke langit. Dan kali ini adalah langit ke tujuh. Ia membawa amalan yang tak kalah baik dari yang lalu. Seperti sedekah, puasa, shalat, jihad, dan wara'. Suaranya pun menggeledek bagaikan petir menyambar-nyambar, cahayanya bak kilat. Tetapi sesampai pada langit ke tujuh, malaikat penjaga berkata:

"Aku malaikat penjaga sum'at (sifat ingin terkenal). Sesungguhnya pemilik amal ini menginginkan ketenaran dalam setiap perkumpulan, menginginkan derajat tinggi di kala berkumpul dengan kawan sebaya, ingin mendapatkan pengaruh dari para pemimpin. Aku diperintahkan Allah agar amal ini tidak melewatiku dan sampai kepada yang lain. Sebab ibadah yang tidak karena Allah adalah riya. Allah tidak menerima ibadah orang-orang yang riya."

Kemudian malaikat Hafadzah naik lagi ke langit membawa amal dan ibadah seorang hamba berupa shalat, puasa, haji, umrah, ahlak mulia, pendiam, suka berdzikir kepada Allah. Dengan diiringi para malaikat, malaikat Hafadzah sampai ke langit ketujuh hingga menembus hijab-hijab (tabir) dan sampailah di hadapan Allah. Para malaikat itu berdiri di hadapan Allah. Semua malaikat menyaksikan amal ibadah itu shahih, dan diikhlaskan karena Allah.

Kemudian Allah berfirman:

"Hai Hafadzah, malaikat pencatat amal hamba-Ku, Aku-lah Yang Mengetahui isi hatinya. Ia beramal bukan untuk Aku, tatapi diperuntukkan bagi selain Aku, bukan diniatkan dan diikhlaskan untuk- Ku. Aku lebih mengetahui daripada kalian. Aku laknat mereka yang telah menipu orang lain dan juga menipu kalian (para malaikat Hafadzah). Tetapi Aku tidak tertipu olehnya. Aku-lah Yang Maha Mengetahui hal-hal gaib. Aku mengetahui segala isi hatinya, dan yang samar tidaklah samar bagi-Ku. Setiap yang tersembunyi tidaklah tersembunyi bagi-Ku. Pengetahuan-Ku atas segala sesuatu yang telah terjadi sama dengan pengetahuan-Ku atas segala sesuatu yang belum terjadi. Pengetahuan-Ku atas segala sesuatu yang telah lewat sama dengan yang akan datang. Pengetahuan-Ku atas segala yang telah lewat sama dengan yang akan datang. Pengetahuan-Ku atas orang-orang terdahulu sama dengan pengetahuan-Ku atas orang-orang kemudian.

Aku lebih mengetahui atas sesuatu yang samar dan rahasia. Bagaimana hamba-Ku dapat menipu dengan amalnya. Mereka mungkin dapat menipu sesama makhluk, tetapi Aku Yang Mengetahui hal-hal yang gaib. Aku tetap melaknatnya...!"

Tujuh malaikat di antara tiga ribu malaikat berkata, "Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami atas mereka."

Kemudian semua yang berada di langit mengucapkan, "Tetaplah laknat Allah kepadanya, dan laknatnya orang-orang yang melaknat."'

Sayyidina Mu'adz (yang meriwayatkan hadits ini) kemudian menangis tersedu-sedu. Selanjutnya berkata, "Ya Rasulallah, bagaimana aku bisa selamat dari semua yang baru engkau ceritakan itu?"

Jawab Rasulullah, "Hai Mu'adz, ikutilah Nabimu dalam masalah keyakinan."

Tanyaku (Mu'adz), "Engkau adalah Rasulullah, sedang aku hanyalah Mu'adz bin Jabal. Bagaimana aku bisa selamat dan terlepas dari bahaya tersebut?"

Berkatalah Rasulullah sallAllahu 'alayhi wasallam, "Memang begitulah, bila ada kelengahan dalam amal ibadahmu. Karena itu, jagalah mulutmu jangan sampai menjelekkan orang lain, terutama kepada sesama ulama. Ingatlah diri sendiri tatkala hendak menjelekkan orang lain, sehingga sadar bahwa dirimu pun penuh aib. Jangan menutupi kekurangan dan kesalahanmu dengan menjelekkan orang lain. Janganlah mengorbitkan dirimu dengan menekan dan menjatuhkan orang lain. Jangan riya dalam beramal, dan jangan mementingkan dunia dengan mengabaikan akhirat. Jangan bersikap kasar di dalam majlis agar orang takut dengan keburukan akhlakmu. Jangan suka mengungkit-ungkit kebaikan, dan jangan menghancurkan pribadi orang lain, kelak engkau akan dirobek-robek dan dihancurkan anjing Jahannam, sebagaiman firman Allah dalam surat An-Naziat ayat 2."

Tanyaku selanjutnya, "Ya Rasulallah, siapakah yang bakal menanggung penderitaan seberat itu?"

Jawab Rasulullah sallAllahu 'alayhi wasallam, "Mu'adz, yang aku ceritakan tadi akan mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah. Engkau harus mencintai orang lain sebagaimana engkau menyayangi dirimu. Dan bencilah terhadap suatu hal sebagaimana kau benci bila itu menimpa dirimu. Jika demikian engkau akan selamat."

Khalid bin Ma'dan meriwayatkan, "Sayyidina Mu'adz sering membaca hadits ini seperti seringnya membaca Al-Qur'an, dan mempelajari hadits ini sebagaimana mempelajari Al-Qur'an di dalam majlis."

Sumber: Al Ghazali, Minhajul Abidin, dan Bidayatul Hidayah

sumber

Isnin, 3 Januari 2011

4 Perkara yang paling berharga pada diri manusia

بسم الله الرحمن الرحيم

http://www.moveed.com/data/media/127/603KAT6.jpg

Rasulullah SAW telah bersabda :

Ada empat perkara dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab.

Empat perkara yang paling berharga tersebut adalah :

1-Akal.

2-Agama.

3-Malu.

4-Amal Soleh.

Maka akal akan hilang disebabkan marah,

Agama akan hilang disebabkan dengki,

Malu akan hilang disebabkan tamak,

Dan Amal Soleh akan hilang disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

1001 Feqh Nasihah, m/s : 181.

sumber

3 Perkara yang wajib dijauhi

بسم الله الرحمن الرحيم

Rasulullah SAW telah bersabda :

" Barang siapa yang bangun diwaktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya.

Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti dia telah marah kepada Allah SWT.

Dan Barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya, maka telah hilang dua pertiga agamanya. "

1001 Feqh Nasihah, m/s : 180.

sumber

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails