Rabu, 31 Mac 2010

Hanya Organ yang Bernama Jantung

~*Jantung*~
Saya akan cerita serba sedikit tentang jantung. Banyak pelajaran berguna yang saya pelajari daripada jantung ini. Jantung ini berakhlak mahmudah (akhlak yang terpuji). Jantung amanah. Dia tidak pernah mencuri. Jantung ini ada satu otot, namanya endocardium. Endocardium ini tidak akan mengambil darah yang beroksigen buat dirinya. 100% darah yang diterima, 100% darah yang berkualiti juga akan dipam semula. Tidak pernah sesekali dia menggunakannya buat keperluan dirinya.

Sekiranya coronary artey tersumbat, jantung tetap tidak akan mencuri. Apa yang akan terjadi? Kematian. Dan jantung menujukkan satu lagi sikap, lebih baik mati dalam kemulian daripada mati dalam kehinaan.

Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam jemaah, ada "team work". Jantung mengepam 5 L darah dalam masa satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air. Dia bekerja tanpa rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat. Tapi jantungnya akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.

Jantung menerima arahan dari SA node. Bahasa mudahnya, SA node ini seperti seorang ketua dan jantung akan mematuhi arahan ketuanya. Dia tidak akan datang lambat. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu selalu berinteraksi, menjaga batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti berinteraksi, akan berlaku "sudden cardiac death". Jantung akan tiba-tiba mati.

Satu lagi perkara mengenai jantung - dia tidak akan berhenti bergerak. Apa yang akan terjadi kalau jantung berhenti bergerak? Darah akan bergumpal dan seterusnya menyebabkan strok dan serangan sakit jantung. Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar - menjadi continuous learning person. Jangan berhenti. Exam bukannya terminal (penamat) segalanya-galanya. Sebagai seorang muslim, perlu belajar sehingga ke liang lahad.

Jantung ini patuh pada siapa?? Jantung ini patuh pada penciptanya, Allah. Kalau dia patuh pada saya dan awak, dah lama jantung mati. Contohnya, awak beri arahan, sekarang berdegup cam gini...cam gini....Lepas tu, awak beri lagi arahan...berdegup cam gini...cam gini...Awak akan jadi gila, dan jantung juga akan mati kerana mematuhi peraturan yang tidak masuk akal.

Kadang kita tidak sedar betapa hebatnya kasih sayang Allah buat hambaNya. Derhaka macam mana pun, jatung tetap berfungsi dengan baik. Semua itu nikmat. Nasihat saya buat awak dan saya, bertaubatlah sebelum jantung itu berhenti berfungsi kerana mematuhi perintah RabbNya.

HARGAILAH JANTUNG ANDA.....

WASSALAM...

Babi Hutan dan Ular

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S...A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian RasulullahS.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa
kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.
Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu
Berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya..

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya".

http://sambreno.blogspot.com

Selasa, 30 Mac 2010

Buat apa kat belakang lori?

Salam,

Santai sikit untuk posting kali ini.

Pasti anda ingat semasa kebanyakan orang tidak memiliki peti ais sendiri di era 1950han - 1960han dulu. Kadang-kadang ada yang beli peti ais tapi tak ada bekalan letrik. Ada juga yang ada bekalan letrik tapi tak ada peti ais sendiri. Baru lepas merdeka lah katakan.

Permintaan terhadap ais (ketul ais) yang dibuat dikilang-kilang ais yang besar dibandar-bandar naik mendadak ketika bulan Ramadhan. Bekalan ketul ais ni biasanya dihantar oleh kilang melalui bas (bas lompat), bongkah ais seberat antara 50 - 70kg dibungkus dengan guni yang ditaburi dengan serbuk kayu bagi mengelakkan cair dalam perjalanan.

Setibanya didestinasi, biasanya kedai penjual ais kacang/cendol/ais kepal, ketul ais tadi diturunkan. Tuan kedai akan memotong ketul yang besar tadi menjadi ketulan-ketulan kecil dan dijual dengan harga antara 20 sen - 50 sen, bergantung pada pembeli. (Air dicincang tak akan putus???)

Khusus dibulan Ramadhan, pembeli kadang-kadang berebut-rebut untuk membeli ketul ais ini untuk minuman berbuka puasa - campur dengan sirap ke, air botol ke ikut citarasa masing-masing....nafsu ramadhan.

Berbalik kepada gambar, yang tengah buat kerja kat belakang lori itu ialah pekerja yang sedang memotong ketul ais yang besar untuk dimuatkan kedalam lori pelanggan nya, bukan dia buat projek tak baik.

Hingga sekarang ni masih ada kedai-kedai yang menjual ais cendol, ais kacang menggunakan ais ketul ini.

Berniaga ais - laku pun habis, tak laku pun habis(habis cair).
Posted by Picasa

Isnin, 29 Mac 2010

Sila Ambil Perhatian Perkara Ini




LARANGAN-LARANGAN TERHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN.
1)Tidak boleh sama sekali bersetubuh ketika berada didalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
2) Mandi setelah makan.
3) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
4) Berada dalam keadaan terlalu lapar.
5) Berjaga malam selain dari qiamullail.
6) Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.


FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
1) Memakan daging.
2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana bersetubuh.
4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6) Memakan makanan yang agak manis.


FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
1) Bercakap banyak.
2) Tidur banyak
3) Makan banyak.
4) Banyak bersetubuh.


FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
1) Banyak bersetubuh.
2) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
3) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
4) Banyak memakan makanan yang serba masam.


SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (air masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.


BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
2) Sentiasa bersugi.
3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.


MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA, MAKANLAH, JANGAN DIBUANG
Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman,hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak beracun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
1) Melihat pekara-pekara yang haram.
2) Melancap.
3) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
4) Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
5) Tidak membaca Al-Quran.
6) Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
7) Mengumpat dan mengata.
8) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
9) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
10) Terlalu memikirkan yang bukan-bukan. 11) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.


LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
1) Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.


SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT :
1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
2) Selepas bersetubuh.
3) Selepas makan atau sebelumnya.
4) Ketika sedang makan.
5) Selepas memakan buah-buahan.
6) Selepas keluar dari bilik mandi.
7) Ketika terjaga dari tidur.

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.
1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk danbersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.


WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.


BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka,tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.


PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
1) Banyak melakukan persetubuhan.
2) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
3) Banyak minum air di waktu pagi.
4) Banyak memakan atau meminum yang serba masam.


SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
1) Merokok yang berterusan.
2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3) Kurang tidur.
4) Sentiasa mandi di tengah malam.
5) Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
6) Melakukan kerja secara berterusan.


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN
1) Melihat kepada benda-benda kotor.
2) Melihat kepada palang +/salib.
3) Melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar.
4) Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6) Banyak menangis.

sumber: disini
Bacaan lanjut mengenai lalat di sini : Lalat

Sabtu, 27 Mac 2010

Muslim Rumahtangga, binalah rumahtangga yang diredhai Allah

Gambar hiasan : Akad Nikah

Assalamu'alaikum warahmatuLlah.

Sana sini orang buang anak, buang bayi dan mendera anak. Manusia dah jadi binatang, bahkan lebih jahat daripada binatang.

Jom kita baca yang dituliskan oleh Ustaz Fathi Yakan tentang "tanggungjawab membina sebuah rumahtangga Islam" , tanggung di dunia, jawab di akhirat(tanggungjawab).

Menerima Islam memberikan kita kewajipan utk memiliki satu risalah dalam hidup ini dgn cara hidup menurut risalah tersebut sehingga kita semua betul-betul menjadi Muslim baik dalam segi aqidah, ibadah, mahupun akhlaq. Dengan Pengakuan terhadap Islam bererti kita harus bekerja keras di lingkungan kita dalam semua level, dari keluarga sampai negara, dan bahkan ke segenap ummat manusia karena Islam diturunkan kepada semua manusia. Kita tidak cukup dgn hanya menyatakan saja bahwa kita menganut Islam dan mematuhinya tanpa menghiraukan orang-orang di sekeliling kita. Kita seharusnya memiliki rasa tanggungjawab kepada orang lain, menyeru dan menasihati mereka.


Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa yg tidur dan tidak mengambil beban urusan orang-orang Islam maka dia bukan termasuk golongan mereka." (HR al-Baihaqi)


Bertolak dari keadaan ini, kita memiliki tanggungjawab baru, yaitu tanggungjawab untuk:

-menegakkan sebuah masyarakat Islam

-menyampaikan Islam kepada masyarakat


Langkah pertama yg sesuai dgn tabiat Islam adalah membentuk rumahtangga kita supaya menjadi rumah tangga yg Islami. Kita bertanggung jawab utk menegakkan Islam di dalam kelurga, yg merupakan masyarakat kecil ini. Kita bertanggungjawab utk menyampaikan ajaran Islam kepada keluarga kita, pasangan hidup kita, anak-anak kita, serta kerabat dan handai taulan. Inilah cara yg diikuti oleh Rasulullah SAW dalam permulaan dakwah beliau.


Firman Allah yg bermaksud:

"Maka janganlah kamu menyeru (menyembah) tuhan yang lain di samping Allah, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang di'azab. Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat, dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, yaitu orang-orang yang beriman." (QS 26:213-215)


Oleh sebab itu, tugas yg secara langsung dipikul oleh setiap Muslim setelah bertanggungjawab kepada dirinya adalah tanggung jawab kepada keluarga, rumah, dan anak-anaknya.


Firman Allah yg bermaksud:

"Hai orang-orang yg beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yg kasar, yg keras, yg tidak mendurhakai Allah terhadap apapun yg diperintahkan-Nya." (QS 66:6)


TANGGUNGJAWAB SEBELUM BERUMAHTANGGA

Utk menolong kita didalam usaha-usaha membina rumah tangga yg Islami, Islam telah memberikan petunjuk kepada kita. Diantaranya adalah:


SATU: Pernikahan kita haruslah karena Allah. Yaitu bertujuan utk:

-membina sebuah rumah tangga yg Islami

-melahirkan keturunan yg soleh

-membina keluarga yg sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah tersebut akan terus berlanjutan.


DUA: Pernikahan ditujukan untuk menjaga pandangan & kehormatan kita sehingga kita betul-betul bertakwa kepada Allah. Rasulullah SAW telah bersabda:


"Allah berhak menolong tiga golongan: orang yg berjihad di jalan Allah, hamba mukatab yg ingin membayar harga tebusannya, dan orang yg menikah dgn tujuan utk dapat memelihara kehormatan dirinya." (HR Tirmidhi, Ibn Hibban, dan Al-Hakim).

Sabda Rasulullah SAW yg lain:


"Barang siapa yg menikah bererti dia telah menyempurnakan sebahagian agamanya, maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah yg merupakan sebahagian lainnya lagi." (HR al-Baihaqi)


TIGA: Kita haruslah bijak dalam memilih pasangan hidup yg akan menjadi teman hidup kita yg diharapkan dapat seiring dan sejalan. Ini memerlukan usaha yg sungguh-sungguh. Rasulullah SAW telah bersabda:

"Pilihlah (yg terbaik) utk keturunanmu karena (kegagalan dari) satu generasi akan menuju kepada krisis." (HR Ibnu Majah dan Abu Mansur)


EMPAT: Kita hendaklah memilih pasangan hidup yg memiliki akhlak yg baik & berpegang teguh kepada agama, jadi kekayaan dan wajah bukanlah ukuran utama.

Sabda Rasulullah SAW:

"Janganlah kamu menikahi wanita kerana kecantikannya; boleh jadi kecantikannya itu akan membuat mereka hina. Janganlah kamu menikahi wanita kerana hartanya; boleh jadi hartanya itu akan membuat mereka zalim. Tapi nikahilah mereka kerana agamanya. Wanita hamba sahaya yg tuli namun beragama adalah lebih baik." (HR Ibnu Majah)


LIMA: Kita harus menjauhkan diri dari melanggar perintah Allah & menjauhi kemurkaan Allah serta azabnya. Seperti yg disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:

"Siapa yg menikahi wanita kerana ketinggian kedudukannya, pernikahan itu tidak akan membawa sesuatu kepadanya kecuali kehinaan. Barangsiapa menikahi wanita kerana hartanya maka itu tidak akan menambah sesuatu kepdanya kecuali kemiskinan. Barangsiapa yg menikahi wanita kerana keturunannya, perkawinan itu tdk akan menambah sesuatu kepadanya kecuali hina dina. Dan barang siapa yg menikahi wanita dg tujuan agar dapat menahan pandangannya, memelihara kehormatannya atau menghubungkan silaturahim, Allah akan memberikan berkah kepadanya bersama wanita itu dan memberikan berkah kepada wanita itu bersamanya." (HR Abu Nuaim)


TANGGUNGJAWAB SEMASA BERUMAHTANGGA

Pemilihan isteri yg baik tidaklah melepaskan kita dari tanggungjawab terhadapnya setelah kita bernikah. Malahan, tanggung jawab yg utama dimulai "right at the first moment" setelah pernikahan. Beberapa tanggung jawab itu diantaranya:


SATU: Kita harus selalu bersikap baik terhadap isteri dan bergaul dgn nya dgn pergaulan yg mesra. Dgn cara ini diharapkan akan tumbuh rasa saling percaya di antara kita dan pasangan hidup kita. Sabda Rasulullah SAW:

"Orang yg terbaik diantara kalian adalah orang yg paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah yg terbaik (diantara kalian) terhadap keluargaku." (HR Tirmidzi)

Kita juga harus melaksanakan sabda Rasulullah SAW:

"Mukmin yg paling sempurna imannya adalah mukmin yg paling baik akhlaknya dan mukmin yg paling lemah lembut terhadap isterinya." (HR Tirmidzi)


DUA: Hubungan kita dg isteri tidaklah terbatas pada hubungan syahwat saja. Hubungan kita dgn isteri seharusnya boleh mewujudkan kesamaan pemahaman. Pasangan Muslim seharusnya spend time utk bersama-sama membaca, beribadah, mengurusi pekerjaan rumah tangga, dan bercengkrama (bersenda gurau). Dalam masalah ibadah Allah telah berfirman yg bermaksud:

"Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rizki kepadamu, Kamilah yg memberi rezki kepadamu. Dan akibat yg baik itu adalah orang-orang yg bertakwa." (QS 20:132)

"Dan ia menyuruh ahlinya utk bersembahyang dan menunaikan zakat, dan ia

adalah seorang yg diredhai di sisi Tuhannya." (QS 19:55)

Dalam hal hubungan yg mesra dgn isteri, kita tahu bahwa Rasulullah s.a.w. biasa mengajak isteri beliau, Aisha r.a, utk berlumba lari. Rasulullah s.a.w pun biasa mengerjakan pekerjaan-pekerjaan rumah (membantu meringankan isteri beliau), bahkan dgn menjahit sepatu.


TIGA: Hubungan kita dgn isteri haruslah dalam batas syariah Islam. Kita tidak boleh melanggar syariah Islam, menjatuhkan nama Islam, atau melanggar hal-hal yg diharamkan oleh Allah. Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Celakalah lelaki yg menjadi hamba istrinya." (Al-Firdausi)


TANGGUNGJAWAB BERSAMA MENDIDIK ANAK

Sesungguhnya, keberhasilan dalam memilih pasangan yg soleh/solehah dan keberhasilan dalam pernikahan sesuai dgn Islam akan banyak menolong dalam usaha-usaha mendidik anak dgn tarbiyah Islamiyah yg diharapkan. Kegagalan dalam membina rumah tangga menurut cara yg Islami dan kesalahan memilih pasangan hidup boleh menyebabkan keruntuhan dan berlakunya keburukan yg menguasai keluarga secara keseluruhan. Pertengkaran yg terjadi dalam kehidupan suami isteri secara langsung mempengaruhi pendidikan dan kejiwaan anak. Karena itu, tanggung jawab kita yg pertama dalam pendidikan anak-anak kita adalah membangunkan pernikahan yg Islami (seperti yg ditunjukkan oleh Islam).


Pada hakikatnya hasil yg diharapkan dari terbinanya sebuah rumah tangga Islam adalah terwujudnya satu generasi yg soleh, sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah yg bermaksud:

"Dan orang-orang yg berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yg bertakwa." (QS 25:74)


Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tak berdosa). Bila anak kita mendapatkan tarbiyah yg baik dia akan menjadi anak yg soleh. Namun bila anak dibesarkan di tengah-tengah ibu bapa yg sering bertengkar atau ibu bapa yg keluar dari landasan Islam, anak itu akan demikian juga.


Rasulullah SAW telah bersabda:

"Anak-anak itu lahir dalam keadaan fitrah, adalah ibu bapaknya yg menjadikan dia Yahudi, Nasrani, atau Majusi." (HR Bukhari dan Muslim).

Oleh karena itu, Islam sangat menekankan (dgn sangat serius) tentang pendidikan atau tarbiyah anak sehingga anak-anak kita memperolehi pendidikan yg baik. Islam mengharapkan agar segala norma dan suasana diciptakan utk melaksanakan tarbiyah yg baik itu. Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Mendidik anak itu lebih baik daripada bersedekah secupak." (HR Thirmidzy).


Dalam sabda-sabda beliau yg lain:

"Tiada pemberian seorang bapak terhadap anak-anaknya yg lebih baik daripada (pendidikan) yg baik dan adab yg mulia." (HR At-Tirmidzy)


"Berlaku baiklah terhadap anak-anakmu dan ajarkanlah mereka adab yg baik" (HR Ibn Majah)

"Bila seorang meninggal, terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: amal jariah, ilmu yg bermanfaat, dan anak yg soleh yg berdoa untuknya." (HR Muslim)


Sumber : Maza Yakni Intima'i lil Islam

oleh : Ustaz Fathi Yakan.
sumber :
http://yusofembong.blogspot.com/2010/03/muslim-rumahtangga-binalah-rumahtangga.html

Jumaat, 26 Mac 2010

Etika memberi dan menjawab salam


Etika memberi dan menjawab salam



Salam bererti damai, sejahtera dan selamat. Salah satu nama Allah ialah As-Salam. Memberi salam termasuk salah satu daripada hak persaudaraan dalam Islam sebagaimana hadis Rasulullah saw,

عن أبي هريرة أن رسول الله (ص) قال حق المسلم على المسلم ست قيل ما هن يا رسول الله ؟ قال إذا لقيته فسلم عليه وإذا دعاك فأجبه وإذا استنصحك فانصح له وإذا عطس فحمد الله فسمته وإذا مرض فعده وإذا مات فاتبعه

Maksudnya : “ Daripada Abu Hurairah r.anhu katanya Rasulullah saw bersabda : Hak seorang muslim terhadap seorang muslim yang lain ada enam perkara. Lalu baginda ditanya, apakah enam perkara itu ya Rasulullah ? Baginda menjawab, Bila engkau beremu dengannya ucapkanlah salam, bila dia mengundangmu maka penuhilah undangannya, Jika dia meminta nasihat daripadamu maka berilah nasihat, Jiika dia bersin lalu bertahmid maka doakanlah rahmat untuk dirinya, Jika dia sakit maka ziarahilahnya dan jika dia meninggal dunia maka iringilah jenazahnya ke kubur”.

Sabda Rasulullah saw,

إذا التتقى الرجلان المسلمان فسلم أحدهما على صاحبه فإن أحبهما إلى الله أحسنهما بشر الصاحبه فإذا تصافحا نزلت عليهما مائة رحمة للبادئ تسعون
وللمصافح عشرة

Maksudnya : Apabila berjumpa dua orang Islam, lalu yang seorang mengucapkan salam kepada yang lain, maka yang paling disukai Allah dia antara keduanya ialah barangsiapa yang mukanya lebih berseri-seri. Dan apabila mereka bersalam, Tuhan menurunkan 100 rahmat. Untuk yang memulai menghulurkan tangan diberikan 90 dan untuk yang menyambut tangan yang dihulurkan itu mendapat 10.



Mengucapkan salam membuktikan rasa kecintaan seseorang kepada saudaranya yang seagama. Ia menggambarkan rasa kebersihan hatinya daripada dengki, dendam, kebencian, kesombongan dan rasa memandang rendah terhadap orang lain. Seseorang muslim yang bebas daripada sifat ini, insya Allah bakal beroleh ganjaran besar (syurga) di akhirat kelak. Sabda Rasulullah saw,

لا تدخلو الجنة حتى تؤمنوا , ولا تؤمنوا حتى تحابوا أولا أدلكم على شئ إذا فعلتموه تحاببتم ؟ أفشوا السلام بينكم

Maksudnya : Kamu tidak akan masuk ke syurga sehinggalah kamu semua beriman, kamu belum beriman dengan sempurna sehingga kamu saling menyayangi. Apakah kamu tidak suka sekiranya aku tunjukkan sesuatu yang apabila kamu amalkan, pasti kamu akan saling sayang menyayangi. Sebarkanlah salam di antara kamu.

Dalam hadis yang lain,

إن رجلا سأل رسول الله (ص) : أى الإسلام خير ؟ قال : تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرف

Maksudnya : Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw : Apakah amal Islam yang paling baik ? Nabi saw menjawab : Kamu memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau kenal dan yang engkau tidak kenal.

Kata Abdullah bin Salam , semasa Rasulullah saw sampai di Yathrib baginda bersabda :

سمعت رسول الله (ص) يقول : يا أيها الناس أفشوا السلام وأطيعوا الطعام وصلوا الأرحام وصلوا والناس نيام تدخلوا الجنة بسلام

Maksudnya : Aku mendengar Nabi saw bersabda, Wahai manusia sebarkanlah salam, berilah makanan kepada yang memerlukan, pereratkanlah hubungan silaturrahim, dan bangunlah solat pada waktu malam ketika orang lain sedang tidur nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan sejahtera. (HR ad-Darimi)

Adab memberi salam

Sabda Rasulullah saw,

يسلم الراكب الماشى على القاعد والقليل على الكثير

Maksudnya : Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada pejalan kaki, orang yang berjalan memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang ramai.



Berdasarkan hadis ini, adalah sunnah adalah orang menaiki kendaraan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki, dan orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk, orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang banyak, dan orang yang lebih muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.

Disunatkan memberi salam di saat masuk ke suatu rumah sekalipun rumah itu kosong, karena Allah telah berfirman yang artinya:

Dan apabila kamu akan masuk ke suatu rumah, maka ucapkanlah salam atas diri kalian" (An-Nur: 61)

Lafaznya ialah , Assalamu `alaina wa `ala `ibadillahis shalihin", sebagaimana sabda Rasulullah saw,

"Apabila seseorang akan masuk ke suatu rumah yang tidak berpenghuni, maka hendaklah ia mengucapkan : Assalamu `alaina wa `ala `ibadillahis shalihin" (HR. Bukhari )
Al-Albani).

Hukum kanak-kanak memberi dan menjawab salam

Menurut Imam an-Nawawi rhm sekiranya yang memberi salam itu kanak-kanak maka wajib orang dewasa menjawabnya. Tetapi jika orang dewasa memberi salam kepada kanak-kanak maka mereka tidak wajib menjawabnya kerana tidak termasuk sebagai ahlul fardhi.















Sekiranya seseorang yang sudah baligh, memberi salam kepada satu jemaah yang terdapat kanak-kanak di dalamnya, lalu kanak-kanak menjawab salam tersebut maka para ulama berbeza pandangan. Ada pendapat mengatakan sudah lepas tanggungjawab ahli jemaah yang dewasa untuk menjawab salam tersebut. Inilah pendapat Abu Bakar as-Syasyi dan al-Musstazhari dikiaskan dengan masalah jika kanak-kanak azan maka lepaslah tuntutan orang dewasa untuk melaungkan azan.

Pendapat kedua yang paling sahih mengatakan jawapan salam kanak-kanak itu tidak melepaskan kewajipan orang-orang dewasa menjawabnya, sebab kanak-kanak tidak dianggap sebagai ahlul fardhi. Sedangkan menjawab salam itu hukumnya adalah fardhu. Inilah pandangan al-Qadhi Hussein dan al-Mutawalli.

Berkirim salam

Apabila seseorang menyampaikan salam kepada seseorang maka hendaklah orang yang menerima salam itu menjawabnya dengan segera dengan lafaz Wa’alahis Salam. Sunat juga hukumnya jika turut mendoakan orang yang membawa salam itu dengan lafaz Wa’alaika wa’alaihis Salam. Hal ini sabit dengan sebuah hadis Nabi saw yang datangnya dari Ghalib al-Qaththaan berkata :

بعثنى أبي إلى رسول الله (ص) فقال : إئته فأقرئه السلام , فأتيته فقلت : إن أبي يقرئك السلام , فقال : عليك السلام وعلى أبيك السلام

Maksudnya : Ayahku mengutusku untuk menemui Rasulullah saw maka katanya : Datangilah Rasulullah, sampaikan salamku kepadanya. Aku pun datang kepada Rasulullah lalu aku kataan kepada baginda, Sesungguhnya ayahku mengucapkan salam kepadamu. Nabi saw menjawab, ‘Alaika wa’ala Abikas Salam.

Hukum salam antara lelaki dan perempuan

Berpandukan pendapat jamhur (kebanyakan) ulama’ yang berasaskan hadis dan amalan Rasullah s.a.w. serta para sahabat bahawa seorang, lelaki boleh memberi salam kepada wanita, jika sekiranya ia tidak menimbulkan sebarang fitnah.

Dalam sahih al-Bukhari disebutkan bahawa Ummu Hani’ binti Abu Talib berjumpa Rasullah s.a.w. pada tahun pembukaan Makkah dan terus memberi salam kepada baginda, lalu pun menjawab salamnya.

Sebuah lagi hadis, yang diriwayatkan oleh Jarir yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah berjalan dan berjumpa sekumpulan wanita lalu baginda memberi salam kepada mereka.”Saidina Umar bin al-Khattab juga pernah memberi salam ketika berjumpa dengan beberapa orang wanita sambil berkata: “Aku adalah utusan Rasullah kepada kamu sekelian.”

Ibnu Aun pernah bertanya kepada Ibnu Sirin: “Bolehkah saya memberi salam kepada seorang perempuan?” Jawabnya: “Tidak ada salahnya”. Demikianlah pandangan para ulama mengenai keharusan kaum lelaki memberi salam kepada perempuan dan juga sebaliknya.

Namun menurut Imam Al Nawawi rhm: " Jika seseorang perempuan yang ajnabi(bukan mahram) itu cantik dan di takuti timbul fitnah maka adalah haram memberi salam kepadanya. Salam itu tidak harus dijawab oleh perempuan itu begitulah sebaliknya jika yang memberi salam itu perempuan maka tidak wajib salam itu di jawab oleh si lelaki.

Memberi salam serentak

Apabila dua orang saling bertemu dan mengucapkan salam serentak, maka menurut al-Qadhi Hussein dan Abu Sa’ad al-Mutawalli, kedua orang itu dihukumkan sebagai pemberi salam yang wajib menjawab salam masing-masing.

Manakala satu lagi pendapat iaitu Asy-Syasi dan dipersetujui oleh Imam an-Nawawi, jika salah seorang dari kedua yang memberi salam itu lewat maka yang lewat itulah yang perlu menjawab salam tetapi jika serentak maka memadailah salah seorang daripadanya menjawab.

Hukum mengucapkan ‘Alaikas Salam

Para ulama berbeza pendapat jika seseorang memberi salam dengan lafaz ‘Alaikas salam. Menurut Imam Abu Hassan al-Wahidi ucapan salam itu wajib dijawab walaupun lafaznya menyalahi kebiasaan. Manakala Imam al-Ghazali pula berpendapat hukum mengucapkan salam seperti itu adalah makruh, namun menjawabnya adalah wajib.

Dalam sebuah hadis, dari Abu Jazyl Hujaimi r.a berkata,

أتيت رسول الله (ص) فقلت : عليك السلام يا رسول الله , قال : لا تقل عليك السلام , فإن " عليك السلام " تحية الموتى

Maksudnya : Aku datang kepada Rasulullah saw lalu berkata, ‘Alaikas Salam ya Rasulullah. Nabi saw menjawab, Janganlah engkau berkata ‘Alaikas salam kerana ucapan ‘Alaikas Salam adalah salam orang mati. (HR Abu Daud, Tirmizi dll)

Hukum jawab salam orang kafir

Sabda Rasulullah saw,

"Janganlah kamu memulai salam kepada orang Yahudi dan jangan kepada orang Nasara".(H.S.R.Muslim).

Haram hukumnya menjawab salam daripada orang kafir. Dalilnya ialah sebuah hadis yang datanya dari Qatadah, dari Anas bin Malik (radiallahua’anh) bahawa sahabat Nabi (sallallahu ‘alaihi wasallam) telah bertanya kepada baginda:

“Bahawa ahli kitab (Yahudi dan Kristian) memberi salam kepada kami, maka bagaimana kami membalasnya? Baginda menjawab:

إذا سلم عليكم أهل الكتاب فقولوا : وعليكم

Maksudnya : Apabila Ahlul Kitab memberi salam kepada kalian maka jawablah dengan ucapan wa’alaikum”. (Hadis Muslim, Abu Daud, an-Nasai dan Ibn Majah)

Hadis di atas jelas menyatakan bahawa orang Islam tidak boleh menjawab salam orang Yahudi, Kristian dan orang-orang Musyrikin. Begitu juga memberi salam kepada mereka kerana lafaz salam menumbuhkan perasaan kasih sayang, sedangkan berkasih sayang dengan orang kafir adalah dilarang sama sekali. Firman Allah SWT,

Maksudnya : “Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya...” (al-Mujaadilah, ayat 22).

Justeru, para ulama’ bersetuju bahawa cara yang dibolehkan menjawab salam orang bukan Islam hanyalah sekadar menyebut ucapan “wa’alika” atau “wa’alaikum” dan ia hendaklah dikhususkan kepada kafir zimmi sahaja.

Jika seseorang muslim melalui suatu kumpulan manusia yang terdiri dari orang Islam dan bukan Islam maka disunatkan memberi salam dengan niat ditujukan kepada orang Islam sahaja. Dalilnya ialah hadis yang datangnya dari Usamah bin Zaid r.a katanya, Azkar m/s 498

إن النبي (ص) مر على مجلس فيه أخلاط من المسلمين والمشركين عبده الأوثان واليهود فسلم عليهم النبي (ص)

Maksudnya : Sesungguhnya Nabi saw melewati satu majlis yang di dalamnya bercampur antara umat Islam dan kaum musyrikin penyembah berhala serta orang-orang Yahudi maka Nabi saw memberi salam kepada mereka.

Situasi yang makruh ketika memberi salam

Walaupun penyebaran salam itu sangat dituntut, akan tetapi ada tempat dan ketikanya kita dimakruhkan mengucapkannya. Adapun keadaan yang dimakruhkan itu antara lain ialah:

Makruh memberi salam kepada orang yang sedang buang air atau istinjak. Sekiranya orang seperti ini diberi salam, tidak wajib ke atasnya menjawab salam tersebut. Makruh memberi salam kepada orang yang sedang tidur atau mengantuk atau kepada orang yang sedang azan, iqamah dan sembahyang.

Makruh memberi salam kepada orang yang sedang makan ketika makanan berada di mulutnya. Sekiranya dia diberi salam ketika itu, maka tidak wajib ke atasnya menjawab. Sekiranya dia makan tetapi tidak ada makanan dalam mulutnya, maka tidak mengapa memberi salam kepadanya dan salam seperti itu wajib dijawab.

Makruh juga memberi salam ketika khutbah Jumaat sedang diperdengarkan. Menurut Imam an-Nawawi rhm, makruh memberi salam kepada jamaah yang hadir, kerana mereka sedang khusyuk mendengar khutbah apatah lagi disuruh apabila khatib sudah berada di atas mimbar.

Makruh juga memberi salam kepada orang yang sedang membaca al-Qur’an. Menurut Imam Abu al-Hasan al-Wahidi, adalah lebih afdal tidak memberi salam kepadanya. Jika dia diberi salam, cukup baginya menjawab dengan isyarat. Akan tetapi jika dijawabnya dengan lisan, sambungan bacaan al-Qurannya dengan Isti‘adzah.

Makruh memberi salam kepada orang yang membaca talbiah ketika berihram, kerana memutuskan talbiah itu adalah makruh. Makruh memberi salam dengan isyarat, ini berdasarkan keterangan dari Jabir r.a bahawa Nabi saw bersabda:

“Janganlah kamu memberi salam seperti orang-orang Yahudi, kerana sesungguhnya mereka memberi salam menggunakan dengan kepala, tangan dan isyarat.”(Hadis riwayat an-Nasa’i)

Adapun larangan ini ditujukan khas bagi sesiapa yang mampu memberi salam tetapi tidak mengucapkannya, kecuali jika ada keuzuran, seperti orang bersembahyang, bisu dan orang yang diberi salam itu jauh jaraknya sepertimana yang diriwayatkan daripada ِAsma’ r.anha, beliau berkata:

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melalui dalam masjid dan dalamnya terdapat sekumpulan wanita yang duduk, maka Baginda memberi isyarat salam dengan tangan Baginda.”(Hadis riwayat at-Termizi)

Wallahualam.

Kuliah Maghrib,
Surau Kolej Height, Surau al-Amin, Surau Desa Rhu, Masjid Ampangan dan Sikamat.

Rujukan,

Al-Azkar - Imam an-Nawawi
Sahih Muslim

Selasa, 23 Mac 2010

Saf dan Solat





Terjemahan Hadith :

"Tidak ada langkahan kaki yang paling besar pahalanya bagi seseorang muslim itu dalam hidupnya selain daripada langkahan kaki untuk memenuhkan saf (terutama saf dihadapan nya/saf dikiri/kanan nya)"

Pengajaran hadith:

1. Saf perkara paling utama dan terpenting didalam solat jemaah

2. Pahala saf amatlah besar melebihi seluruh kerja solat jemaah yang lain

3. Saf penghubung 3 hala hubungan diantara

a. Imam dengan makmum
b. Makmum dengan imam
c. Makmum dengan makmum yang lain

4. Syarat saf 3 perkara

a. Lurus
b. Rapat
c. Penuh

5. Melurus, merapat dan memenuhkan saf bukan sahaja perlu dilakukan sebelum bersolat malah perlu dilakukan semasa didalam solat apabila salah satu daripada syarat-syarat saf diatas rosak.

6. Mengabaikan kesempurnaan saf merosakkan/ menghapuskan pahala solat jemaah

7. Pada permulaan solat para makmum dikehendaki berebut-rebut bersegera untuk menyempurnakan saf sebelum imam bertakbirratulihram

8. Imam pula hendaklah memberi peluang kepada makmum menyempurnakan saf terlebih dahulu sebelum imam bertakbir sambil memberi peringatan kepada mereka untuk berbuat demikian.

# lembut-lembutkanlah badan kamu bila kawan kamu membetulkan kamu dalam saf
# kena bersentuh-sentuh dalam solat (untuk mendapat keberkatan)
# lurus melambangkan hati kita tidak khianat
# rapat melambangkan kemesraan, kasih sayang
# membetulkan saf adalah sebahagian kerja solat jemaah
# PRINSIP : SATU UNTUK SEMUA DAN SEMUA UNTUK SATU

Tidak ada berlaku dizaman Nabi SAW dimana orang yang datang kemesjid dengan angkatan kemegahan nya (eg: bawa sejadah sendiri, lepas itu tak bagi berkongsi dengan orang lain)
Solat - meleburkan ego kita (sujud dihadapn kaki orang2 saf depan)

# memenuhkan saf merupakan satu tawaran Allah untuk diri kita (merebut saf depan)

Semuanya kembali kepada Ilmu:
- jika ilmu hanya ada dikepala/pemikiran, tapi kepercayaan nya kurang, ilmu tak sampai kepada iman, ilmu begini tak jadi apa-apa.
- Ilmu merupakan pengetahuan, Iman merupakan penghayatan, penghidup ilmu.

Wallahua'qlam

...maghrib@Us Zulkarnain 22.3.10

Isnin, 22 Mac 2010

Penghulu Istighfar


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dan bacaan istighfar yang paling sempurna adalah penghulu istighfar sebagaimana yang terdapat dalam shohih Al Bukhari dari Syaddad bin Aus radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Penghulu istighfar adalah apabila engkau mengucapkan,

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

“Allahumma anta robbi laa ilaha illa anta, kholaqtani wa ana ‘abduka wa ana ‘ala ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu. A’udzu bika min syarri maa shona’tu, abuu-u laka bini’matika ‘alayya, wa abuu-u bi dzanbi, faghfirliy fainnahu laa yaghfirudz dzunuuba illa anta

[Ya Allah! Engkau adalah Rabbku, tidak ada Rabb yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau].” (HR. Bukhari no. 6306)

sumber :

http://testi.iluvislam.com/1088-rindu-maghfirah/
http://menoufiaz.blogspot.com/

Ahad, 21 Mac 2010

Neraka dan Syurga

Salam,
Syurga dan neraka adalah janji Allah kepada orang-orang bertaqwa dan tidak bertaqwa. Manusia sebagai khalifah yang dilantik oleh Allah dimuka bumi kena melalui kehidupan didunia sebelum akhirnya ke syurga atau sebaliknya.
Allah tidak menjadikan manusia untuk main-main sahaja seperti yang diberi peringatan dalam surah Al Mukminun 23 : 115-118 yang bermaksud :

115. Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?


116. Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia.


117. Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya.


118. Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!

http://www.searchtruth.com


Allah memberi nikmat kepada kita tapi nikmat dunia ini terhad, sementara nikmat di syurga tidak terhingga. Nikmat disediakan untuk orang-orang bertaqwa sepertimana dinyatakan dalam Surah At Thur :

17. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya). (At Thur 52: 17)

http://www.searchtruth.com

Sesuatu amal perlu dipaksa dahulu sebelum ia menjadi kebiasaan. Dinyatakan juga bahawa 99 nikmat Allah sembunyikan dan hanya 1 sahaja nikmat yang diturunkan kedunia. Didunia ada perkara-perkara yang tidak dapat dihalang umpamanya mati, tua, sakit dan sebagainya. Orang yang sakit juga akan mati, demikian juga orang yang sihat. Oleh itu persiapan mesti ada pada diri kita bagi orang-orang yang berakal. Iman perlu diikuti dengan amal soleh,mesti dipraktikkan.

Wallahua'qlam

...catatan subuh@Us. Saidin 20.3.10

19 Malaikat


Salam,

(1) Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).
( سورة المدثر , Al-Muddathir, Chapter #74, Verse #30)

(2) Dan (ketahuilah bahawa hikmat) Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal Neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat, (kerana merekalah sekuat-kuat dan sebenar-benar makhluk yang menjalankan perintah Kami) dan (hikmat) Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu, supaya orang-orang yang diberi Kitab (Yahudi dan Nasrani) boleh percaya dengan yakin (akan kebenaran Al-Quran) dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu (tentang kebenaran keterangan itu) dan (sebaliknya) supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata: Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini? Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dialah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) Neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.
( سورة المدثر , Al-Muddathir, Chapter #74, Verse #31)

http://www.searchtruth.com

Seperti yang dinyatakan dalam ayat diatas, pengawal neraka terdiri dari malaikat yang dilantik oleh Allah. Malaikat tiada yang ingkar atau derhaka kepada perintah Allah. Allah tidak melantik manusia atau jin kerana sebahagian besar manusia tidak taat kepada Allah, degil dengan kalimat2 Allah (Ahli Kitab).
Malaikat adalah makhluk yang paling setia dan amanah. Merekod kerja2 manusia juga adalah malaikat. Oleh itu tugas besar (menjaga neraka) ini diberi kepada malaikat dan yang paling bengis adalah malaikat penjaga neraka.

Abu Jahal mempersoalkan angka 19 malaikat ini dan mengatakan apa perlu takut sedangkan bilangan mereka ramai dari bilangan malaikat. Satu kenyataan yang bodoh.

Malaikat ialah pengawal yang paling kuat. Tiada siapa tahu sifat kekuatan malaikat itu sebenarnya, sedangkan hanya satu malaikat sahaja sudah cukup untuk memusnahkan keseluruhan dunia ini.
Bilangan 19 malaikat yang Allah nyatakan itu sebagai satu ujian sahaja kepada orang2 kafir. Orang2 beriman tidak mempersoalkan bilangan ini bahkan terus mempercayai nya.

Jika dinisbahkan kepada 100, bilangan malaikat ialah 90, bilangan jin ialah 9, dan bilangan manusia hanya 1 sahaja.

Intisari : Seseorang manusia tidak akan sanggup untuk melakukan/membuat sesuatu kejahatan kerana ramainya malikat yang sedang menyaksikan nya.

Kalaulah manusia itu tahu akan kehebatan malaikat, pasti ia takut untuk melakukan perkara2 yang boleh mencampakkan dirinya ke neraka.

Manusia kena yakin dengan maklumat2 yang diberi oleh Allah. Puak2 Yahudi dan Nasrani, dari hasil pengubahsuaian kitab mereka mengatakan neraka tidak akan membakar mereka. Pendapat yang tidak betul !!

Orang2 yang beriman akan bertambah iman nya melalui ayat ini.
Ayat ini juga mensasarkan supaya tidak berlaku ragu2 terhadap orang yang diberikan kitab (yg ada rasul) tentang neraka, dan lain2. Menurut Syed Qutub hanya 3 sahaja yang ada sekarang ini iaitu Yahud, Nasara, dan Islam.

Maka jumlah 19 malaikat merupakan perkara kecil sahaja bagi orang2 Islam. Yang penting neraka itu ada, pengawal neraka itu ada. Bila tidak ragu2 mengenai neraka, manusia akan berusaha mengelakkan diri dari masuk neraka

Dikalangan manusia, ada penyakit yang boleh merosakkan iman mereka (eg. menentang hukum Allah), juga yang munafik. Allah menambahkan penyakit keatas orang2 yang telah ada penyakit dalam hati mereka.

Orang munafik serta kafir - tertanya-tanya mengenai bilangan 19 seperti yang Allah nyatakan.
Wallahuaqlam.
...catatan subuh @ Us. Hj. Shamsudin Saad - sekadar kemampuan!!

Rasuah Tengok Wayang

Salam,


Masa ketiadaan tv dulu, sumber 'hiburan' yang ada cuma panggung-panggung wayang sahaja, itupun kongsi-kongsilah tayangan filem melayu, cina, dan india. Filem melayu tak mudah diperolehi kerana almaklum pada masa itu lambat nak keluar satu-satu filem. Yang selalu cepat pusingan nya ialah filem inggeris - macam-macam kategori yang ada sp: koboi-red indian, koboi betul, dan macam-macam lagi.


Filem hindustan kalau tayang, memakan masa berminggu baru selesai wajib tayangnya, itu pun ada banyak M yang tengok sampai berkali-kali !! Ok....bukan nak cerita panjang pasal filem-filem ni tapi kisah yang lebih menarik iaitu mengenai perebutan tiket wayang .
Kategorinya : Rezeb, First class, Second class, dan third class kalau tidak silap. Third class yang depan sekali, kena dongak kepala sepanjang tayangan. Bila keluar panggung asyik urut tengkuk je nak betulkan balik.

Kalau jenis filem tu tak berapa laku, tak payah beli tiket, kalau berani 'suap' je pemungut tiket tu beberapa kupang (sen), dah boleh masuk tapi kena masuk lewat sikit dari yang beli tiket. Filem cheap matinee (macam filem2 retro sekarang ni, rerun balik filem2 lama),popular juga kerana tiket utk cheap matinee ni murah sikit dari harga tiket biasa. Suapan sekecil inipun telah jatuh dalam kategori rasuah.


Perebutan nak beli tiket ni kadang-kadang sengit sampai ada yang mengelupas tangan, koyak baju, ketiak hangit jangan ceritalah, kerana lubang tempat beli tiket tu sempit. Bersemangat sungguh 'hero 2' untuk mendapatkan tiket seolah-olah itulah segala-galanya. Itulah zaman 60' han - 70' han.


Masuk dalam panggung wayang, cari nombor kerusi macam dalam tiket, lepas tu bila tak ramai orang, pelan-pelan cari seat yang lebih baik, itu lumrahnya.


Satu hal lagi, orang yang tengok wayang tu ada yang taksub sangat, bila hero datang bertepuk tangan pulak tu, siap dengan jerit lagi. Itulah sedikit cross section mengenai peminat wayang. Bibit rasuah ini kalau dikaji, boleh menjadi satu kebiasaan yang sampai pada satu peringkat, orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah tidak merasa berdosa dan bersalah dengan perbuatan itu...sedangkan....


Narrated Abdullah ibn Amr ibn al-'As: The Apostle of Allah (peace_be_upon_him) cursed the one who bribes and the one who takes bribe. (Book #24, Hadith #3573)
---Sunan Abudawud
sumber : http://www.searchtruth.com

Natijahnya : antaranya :

Rasuah boleh berlaku dengan mudah
Filem boleh mempengaruhi minda secara tidak sedar
Rasuah kecil boleh magnify kepada yang lebih besar

Further readings : antaranya

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2088

http://www.scribd.com/doc/17895423/Rasuah-Menurut-Islam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails