Khamis, 17 Mei 2012

Adab dan cara hormati ibubapa

بسم الله الرحمن الرحيم 

MAKSUD ADAB DENGAN IBU BAPA
· Bersopan santun kepada ibu bapa dalam pertuturan, perbuatan dan tingkah laku.
· Ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap kelahiran anak
· Ibu mengandung akan melahirkan anak
· Ibu bapa juga bertanggungjawab menyara nafkah anak, memberi kasih sayang, dan pendidikan kepada anak
· Oleh itu, setiap anak wajib taat kepada ibu bapanya
· Menderhaka kepada ibu bapa hukumnya adalah haram dan berdosa besar
· Anak yang derhaka akan dimasukkan ke dalam neraka
CARA MENGHORMATI IBU BAPA
1. Dari Segi Percakapan· Bercakap dengan sopan santun
· Bercakap dengan penuh hormat
· Merendahkan suara
· Menggunakan perkataan yang baik
· Menunjukkan muka yang manis
· Tidak membantah kata-kata mereka.
· Tidak menyakiti perasaan mereka.
2. Dari Segi Pergaulan· Mencium tangan mereka ketika hendak keluar
· Meminta izin mereka sebelum keluar
· Berdiri untuk memberi hormat kepada mereka
· Jagan menghulurkan kaki ke arah mereka
· Jangan menjamah makanan sebelum mereka makan
· Beradab sopan seperti berlemah-lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan mereka.
· Mengenang pengorbanan mereka seperti ibu mengandung, melahirkan dan menyusukan.
Bapa pula mendidik, mengasuh dan mencari rezeki.
· Menziarahi mereka dan selalu bertanya khabar.
· Memenuhi permintaan dan patuh dengan suruhan mereka yang tidak bertentangan Islam.
SEBAB WAJIB BERBAKTI KEPADA IBUBAPA
· Merupakan perintah Allah S.W.T.
· Sunnah Rasulullah S.A.W.
· Sebagai balasan jasa baik mereka
· Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan
· Mendapat pahala dan ganjaran di akhirat
CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
1. Semasa Mereka Hidup· Membantu ketika diperlukan terutamanya ketika mereka sakit atau tua
· Selalu menziarahi mereka
· Mendoakan kesejahteraan bagi mereka
· Melayani mereka tanpa membiarkan mereka sedih dan kesunyian.
· Memberi sumbangan kebendaan, terutama ketika mereka dalam keadaan susah.
· Merawati mereka ketika sakit.
· Menjaga mereka ketika mereka tidak berdaya.
· Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
· Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai KITA!
2. Setelah Mereka Meninggal Dunia
· Mendoakan agar Allah S.W.T.mengampuni dosa mereka
· Membayar hutang mereka sekiranya ada
· Melaksanakan wasiat mereka yang tidak bercanggah dengan syarak
· Berbuat baik kepada rakan mereka
· Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai KITA!
AKIBAT DERHAKA KEPADA IBU BAPA
· Tidak mendapat keredhaan allah s.w.t
· Dibenci oleh allah s.w.t
· Tidak selamat hidup di dunia dan di akhirat
· Mendapat dosa besar
· Institusi keluarga akan hancur
· Masyarakat menjadi kucar-kacir
· Akan mendapat balasan azab neraka di akhirat
HIKMAH MENGHORMATI IBU BAPA
· Mendapat keredhaan, rahmat dan keampunan Allah S.W.T
· Dihormati dan dikasihi oleh manusia
· Memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat
· Dikurniakan pahala yang banyak di sisi Allah S.W.T
· Jiwa tenang dan tenteram
· Ikatan kekeluargaan bertambah erat

6 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails