Jumaat, 9 Mac 2012

Cara Nabi SAW Berpakaian

بسم الله الرحمن الرحيم

Cara nabi berpakaian #3....

Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ahmad bin Mani' daripada Yahya bin Zakaria bin Abi Zaidah, daripada Abi (sic) daripada Mus'ab bin Shaibah daripada Sofiyyah binti Shaibah, katanya Aishah berkata:

Suatu ketika Rasulullah keluar pada waktu pagi dengan memakai baju bulu, diperbuat daripada bulu lembu hitam.
Status hadith: sohih

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Yusuf bin Isa daripada Waki' daripada Yunus bin Abi Ishaq daripada bapanya, daripada Al-Sha'bi daripada 'Urwah bin al-Mughirah bin Sha'bah, daripada bapanya, katanya,

Sesungguhnya nabi memakai jubah (yang diperbuat dari) Rom. Lengan kedua-dua baju itu disempitkan (sama ada dikancing hujung lengan, atau sepanjang lengannya adalah sempit)
Status hadith: sohih

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Penjelasan

1. Hadith-hadith di atas menceritakan mengenai kepelbagaian pakaian Rasulullah. Sekiranya kita berniat untuk meniru Rasulullah kerana cinta pada baginda, maka insyaAllah akan diganjari dengan pahala seperti yang diperjelaskan melalui tindakan Saidina Ali yang suka meniru perbuatan Rasulullah walaupun dalam perkara yang tidak boleh diperjelaskan dengan mudah oleh akal manusia (hadith mengenainya akan menyusul kemudian)

2. Jubah adalah perkataan bahasa Arab (baca: jubbah). Ada kalanya perkataan qomis (BM: baju) turut digunakan, dan ianya merujuk kepada maksud jubah itu sendiri. Akan tetapi, orang Arab sekarang lebih gemar menggunakan perkata al-thoub (eja: tha' wau ba') merujuk kepada jubah.

3. Rasulullah diriwayatkan memakai pakaian berwarna putih, merah hati, hijau dan hitam.

4. Ada kalanya lengan Rasulullah luas tidak dikancing (ini adalah pilihan ulamak silam, terutamanya ahli tasauf, ie melebarkan hujung lengan jubah), dan ada kalanya di kancing hujung bajunya. Hadith terakhir di atas adalah merujuk kepada pakaian Rasulullah semasa peperangan Tabuk. Untuk memudahkan pergerakan, maka dikancing lengan baju baginda.

5. Dalam riwayat yang agak dho'if, digambarkan yang Rasulullah sentiasa memakai jubah lengan panjang.


Cara nabi berpakaian #2....

Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Muhammad bin Bashar daripada Muaz bin Hisham daripada Abi (sic) daripada Qatadah daripada Anas bin Malik katanya:

Adalah pakaian yang amat disukai oleh Rasulullah ialah al-Jabirah (jubah daripada kain kapas untuk musim sejuk dari negeri Yaman)
Status hadith: sohih

££££££££££££££

Imam al-Tirmizi meriwayatkana daripada Muhamamd bin Bashar daripada Abdul Rahman bin Mahdi daripada Ubaidullah bin Iyad daripada bapanya daripada Abi Ramthah katanya:

Aku tidak pernah melihat sesiapa yang memakai selendang (rida’) merah yang lebih cantik daripada Rasulullah. Adapun rambut baginda hampir mencecah bahunya.

Status hadith: sohih.

%%%%%%%%%%

Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Qutaibah bin Said daripada Bashar bin al-Mufaddhal daripada Abdullah bin Uthman daripada Khaitham daripada Sa’id bin Jubir daripada ibn Abbas, sesungguhnya beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Hendaklah kamu memakai pakaian putih. Ianya dipakai oleh orang yang masih hidup di kalangan kamu, dan dikafankan kepada orang-orang yang mati di kalangan kamu. Sesungguhnya ia adalah sebaik-baik pakaian.

Status hadith: sohih. Turut diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibn Majah dan Imam Ahmad.

%%%%%%%%%


Cara nabi berpakaian...

Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Muhammad bin Hamid al-Razi daripada Al-Fadl bin Musa daripada Abu Tumailah dan Zaid bin Habbab, daripada Abd Al-Mukmin bin Khalid daripada Abdullah bin Buraidah daripada Ummu Salamah beliau berkata:

Pakaian yang paling disukai oleh nabi ialah jubah
Status hadith: sohih

&&&&&&&&&&&&&&

Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abdullah Muhammad bin al-Hajjaj daripada Muaz bin Hisham daripada Abi (sic) daripada Budail al-Aqili daripada Shahr bin Haushab daripada Asma' binti Yazid beliau berkata:

Sesungguhnya lengan Rasulullah itu panjang sehingga ke pergelangan tangan.

Status hadith: Sanadnya do'if, turut diriwayatkan oleh al-Nasa'i

^^^^^^^^^^^^ ^^^^^^^^^ ^^^^^^

Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Abd bin Hamid daripada Muhammad bin al-Fadhl daripada Hammad bin Salamah daripada Habib bin al-Shahid daripada al-Hasan daripada Anas bin Malik katanya:

(Suatu hari) Sesungguhnya nabi keluar bertongkatkan (dipapah oleh) Usamah bin Zaid. Baginda memakai jubah Qitri (dari Qatar, lapisan luar jubah seperti yang dipakai oleh Imam Masjid al-Haram) yang menyelimuti tubuh baginda, kemudian baginda solat bersama mereka (sahabat).

Status hadith: Sohih

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Imam al-Tirmizi meriwayatkan daripada Suwaid bin Nasr daripada Abdullah bin al-Mubarak daripada Sa'id bin Iyyas al-Jariri daripada Abi Nadrah daripada Abi Sa'id al-Khudri katanya:

Adalah Rasulullah, apabila mendapat baju, baginda akan memberikan nama kepada baju tersebut. Begitu juga dengan serban, atau jubah atau rida' (kain serban yang membaluti bahu), kemudian baginda berkata: Ya Allah, kepada-Mu segala kesyukuran sebagaimana Engkau telah memberikan pakaian kepadaku, Aku memohon kebaikan baju ini dan kebaikan yang terhasil daripadanya, dan aku pohon jauhkan daripada kejahatannya dan kejahatan yang terhasil daripadanya.

Status hadith: sohih

10 ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails