Ahad, 11 April 2010

Ape dah jadi !!

Salam,
Dalam minggu lepas ni sistem down lagi. Tidak macam dulu, terus call ISP. Kali ini berpuloh2 kali cek kalau-kalau computer yg rosak ke, modem ke, wayar nye ke, windows corrupt ke, tapi semuanye bukan... bukan...bukan. Tiga modem stand by...semuanye tak bermasalah.

Bawa ke kedai computer test disana, ok je internet access nye. Akhir sekali lapor juga kat ISP (internet service provider)...sah memang disitu masalah nye. Maka jawabnye banyak posting yg tergantung...

Iktibar : ini salah satu nikmat teknologi yang tak dapat tidak ramai orang yang tidak boleh lagi hidup tanpanya. Serupa macam telefon bimbit, bila tidak ditangan terasa hilang sesuatu, dibawa kemana-mana sekalipun. Masa tidur ia duduk kat tepi kepala, mudah dicapai.

Bagi manusia pula, jika Allah tarik satu persatu nikmat kurniaan Nya memang kita merasa kehilangan yang sangat ketara dan ia merupakan satu peringatan kepada kita untuk tidak melupakan halatuju hidup kita yang sebenarnya bagi orang2 yang mahu memikirkan nya. Ada nikmat yang irreversible contohnya muda sebelum tua. Segala-galanya perlu direbut semasa muda, semasa sihat, semasa berkemampuan, semasa lapang. Rujuk kepada hadis2 yang berkaitan. Semoga segala apa yang kita lakukan akan memberikan kebaikan kepada kita dunia dan akhirat, perlu menggunakan segala nikmat yang Allah berikan kepada kita sebaik-baiknya mengikut apa yang disyariatkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails