Petikan intisari ceramah Maulidur Rasul pada 1.4.2010 oleh Sheikh Ahmad Feisol b. Hj. Omar (Kedah) - Masjid Al Hidayah.
Melihat kepada sebahagian tugas Nabi SAW
Apa yang patut kita buat
1. Menyampaikan wahyu Allah kepada ummat (membaca dan memberi pengajaran dari ayat-ayat Quran)
Allah menghantarkan dikalangan orang-orang yang buta huruf (bukan bermaksud tidak cerdik), seorang Rasul bagi membacakan ayat-ayat Allah dan membersihkan mereka dari belenggu kekufuran kepada iman (melalui dakwah, bukan paksaan, cara berhikmah dan bijaksana). Kufur dalam erti kata suasana kegelapan, sesat.
Penerimaan Islam dikalangan manusia :
a. Ada yang menolak sepenuhnya
b. Ada yang menerima Islam tetapi ajaran Islam tidak dilaksanakan.
Perolehan harta:
a. Mendapat harta cara halal dan membelanjakan nya secara halal
b. Mendapat harta secara halal tetapi membelanjakan nya secara haram
c. Mendapat harta secara haram tetapi membelanjakan nya secara halal
d. Mendapat harta secara haram dan membelanjakan nya secara haram
Satu sahaja yang diterima, (a), selain nya tidak diterima oleh Allah
Harta tidak semestinya membawa kebahagiaan sepertimana cerita orang tua dahulu mengenai dua orang Cina, satu kaya dan satu lagi miskin
Cina yang kaya setiap malam menutup akaun perniagaan nya, menyimpan perolehan nya pada hari itu sehingga larut malam. Tidur tidak berapa lena kerana bimbang hartanya dicuri. Ada bunyi pelik sahaja dia akan terjaga dan pergi siasat. Begitulah rutin nya setiap hari, tak pernah dapat tidur yang selesa.
Jiran nya pula seorang yang miskin, meminta sedekah mengharap belas ihsan orang dengan menggesek alat muziknya. Pendapatan tak seberapa, tapi tidak ada kebimbangan dalam hatinya untuk menjaga hartanya. Tidur tidak mejadi masalah kepadanya.
Satu hari yang kaya memanggil yang miskin untuk bertanya perihal kerjanya dan simiskin memberitahulah akan pekerjaan nya kepada si kaya. Oleh kerana malu sikaya ini akan perihal si miskin yang sebangsa dengan nya, maka diberinyalah sedikit modal kepada simiskin supaya memulakan perniagaan dan meninggalkan pekerjaan meminta sedekahnya.
Berfikirlah simiskin akan bentuk perniagaan yang harus dilakukannya. Pening simiskin memikirkan nya sehingga dia pun tak dapat tidur. Akhirnya simiskin tadi tidak jadi menjalankan perniagaan dan memulangkan kembali wang yang diberi oleh si kaya, kembali kepekerjaan asalnya.
KAYA TIDAK SEMESTINYA MEMBAWA KEBAHAGIAANKita sebagai orang yang telah faham Al Quran, perlu melaksanakan apa yang telah kita ketahui umpamanya bab menutup Aurat
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
( سورة الأعراف , Al-Araf, Chapter #7, Verse #26)http://www.searchtruth.com
a. Menutup aurat (lelaki dan perempuan)
b. Pakaian yang tidak terlalu mahal
c. Bersih
c. Tidak menunjuk-nunjuk.
2. Membawa slogan ukhuwah
2.1. Bila berjumpa - saling menyebarkan salam (mewujudkan kemesraan)
2.2. Saling memenuhi hajat (tolong menolong kearah kebaikan)
2.3. Saling ziarah menziarahi
2.4. Menziarahi orang sakit
- jangan duduk lama-lama
- jangan menyakiti hatinya
- buah tangan- beri duit instead of buah
2.5. Bila mendengar kematian - pergi ziarah. doakan untuk nya, takziah utk ahli keluarganya
2.6. Dipanggil khenduri, tunaikan :
Khenduri kahwin
- wajib hadir jika tiada aral (fardhu ain)
- menjadi fardhu kifayah jika ada aral
- sunat jika khenduri terlampau banyak (yang pertama wajib, selainnya sunat)
Selain dari khenduri kahwin, hukumnya sunat sahaja.
Jika khenduri penuh dengan maksiat, haram dihadhiri.
Rumusan : junjunglah sunnah Rasulullah SAW. Semoga kita mendapat limpahan rahmat dan kasih sayang dari Allah.
Wallahua'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan