Salam,
1. Sikap manusia yang beriman
- boleh ditegur
- bersikap jujur
2. Perbuatan baik yang dilakukan bukan lahir secara kebetulan, malah ia adalah hasil daripada didikan iman.
3. Pejuang-pejuang Islam mempunyai matlamat yang satu iaitu :
- kehidupan nya untuk Allah, mencari redho Allah, meletakkan Allah dihadapan
4. Niat kita kena betul, eg: kalau niat kita bekerja untuk cari makan maka kehidupan kita sama sahaja seperti binatang, apa sahaja yang boleh dimakan ia akan makan.
5. Manusia mulia disisi Allah ataupun dimuliakan oleh Allah dengan sebab Islam. Sebagai contoh, orang Islam tidak boleh memakan bangkai. Kalau ia makan juga maka rendah darjatnya manusia itu. Mana-mana bangsa akan mulia kerana Islam.
Bila kita meletakkan Allah Taala jauh dari kita, Allah boleh menurunkan apa juga bala terhadap kita. Ramai orang cerdik tapi agama tiada/tak faham agama (tiada iman).
6. Pendidikan aqidah adalah aset yang amat penting. Perlu tanamkan iman dalam diri anak-anak.
7. Fitrah Manusia - benci kepada perkara-perkara yang tidak elok. Berlawanan dengan pemikiran pihak barat yang menganggap perkara-perkara yang tidak baik sebagai biasa.
Kehidupan beragama perlu diserap didalam keluarga, dan jangan terpengaruh dengan mentaliti barat yang menganggap maksiat sebagai perkara biasa.
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
( سورة الأعراف , Al-Araf, Chapter #7, Verse #96)
8. Keberkatan boleh datang dalam berbagai bentuk umpamanya rezeki yang berkat, anak yang berkat, isteri yang berkat, suami yang penyayang dan menunaikan amanah, pemimpin yang amanah, dan lain-lain lagi.
9. Tanpa keberkatan : musibah yang dapat seperti anak yang degil, pemimpin yang tidak amanah, rezeki tidak cukup, dan lain-lain.
...catatan peribadi : Kuliah Maghrib 2.4.10
Tiada ulasan:
Catat Ulasan