Khamis, 6 Oktober 2011

5 Perkara yang wajib kita renung dengan mata hati yang murni

بسم الله الرحمن الرحيم
http://www.awda-dawa.com/link2//ahmiat-aamal-1.JPG
1- Bertafakkur tentang ayat-ayat Allah SWT di dalam Al-Quran, hasilnya adalah mencapai tauhid yang yakin kepada Allah SWT.
2- Bertafakkur tentang nikmat-nikmat yang Allah SWT telah kurniakan, hasilnya adalah rasa Cinta dan bersyukur kepada Allah SWT.
3- Bertafakkur tentang Janji-janji Allah SWT yang Maha Benar, hasilnya adalah akan lahir  rasa Cinta kepada kebahagiaan di Akhirat.
4- Bertafakkur tentang ancaman dan azab Allah SWT yang amat pedih, hasilnya akan lahir tindakan berwaspada dan menjauhi perkara maksiat serta akan mengagungkan kedudukan Allah SWT di dalam hatinya.
5- Bertafakkur tentang sejauh mana kita telah mentaati perintah dan arahan Allah SWT serta segala kebaikan yang Allah SWT telah berikan kepada diri kita, hasilnya akan lahir perasaan Takut kepada kekuasaan Allah SWT di dalam hati.
Kitab  Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 146.
Rujukan Gambar:
http://www.awda-dawa.com/Pages/Subjects/Default.aspx?id=5418
sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails