Sabtu, 31 Disember 2011

Sejuta Rahmat Allah SWT bersama anda ketika sakit

بسم الله الرحمن الرحيم
http://www.vb.6ocity.net/imgcache/6319.imgcache.gif
http://i56.tinypic.com/ivhdnk.jpg
Rasulullah SAW bersabda :
Allah SWT telah berfirman
" Sesiapa ditimpa bencana, lalu dia memohon perlindunganKu, pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan sesiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk,  pasti Ku tutup semua pintu langit baginya".
Rasulullah SAW bersabda :
" Sesiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah SWT. Maka bersih daripada dosa bagaikan ketika lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh".
Rasulullah SAW bersabda :
" Ketika seorang hamba sakit, Allah SWT mengutus dua Malaikat kepadanya seraya berkata : "Lihatlah semua apa kata hamba Ku,Jika dia berkata  "Alhamdulillah ". Maka diberitahu kepada Allah SWT. Dia lebih tahu dan berkata " Aku berjanji untuk hambaKu. Jika Aku mematikannya. Ku masukkan di ke Syurga. Dan jika Aku menyembuhkannya. Ku gantikan dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya. Dan Aku hapuskan pula keburukkannya ".
Kitab Penenang Jiwa. Imam Al-Ghazali. M/S : 11-12.
 syukran

Selasa, 27 Disember 2011

Gambar Mekah pada 126 tahun yang lampau

بسم الله الرحمن الرحيم
التقطها طبيب العيون العراقي عبد الغفار البغدادي للحجيج في العام 1885م جمعها الباحث الهولندي
سنوك هرجرونجي وعرضت لاول مرة في أوربا العام 1889 م
7aj zman1 صور قديمة لمكة المكرمة عمرها مئة و ستة و عشرين عاما
7aj zman2 صور قديمة لمكة المكرمة عمرها مئة و ستة و عشرين عاما
الحجيج في عرفات
7aj zman3 صور قديمة لمكة المكرمة عمرها مئة و ستة و عشرين عاما
الخيم المؤقته في عرفات
7aj zman4 صور قديمة لمكة المكرمة عمرها مئة و ستة و عشرين عاما
جبل عرفات
7aj zman5 صور قديمة لمكة المكرمة عمرها مئة و ستة و عشرين عاما
الحجيج يستريحون قليلا في مزدلفة
7aj zman6 صور قديمة لمكة المكرمة عمرها مئة و ستة و عشرين عاما
الحجيج حول ضريح السيدة ميمونة ( ايام الجهل والإعتقاد في اصحاب القبور )
7aj zman7 صور قديمة لمكة المكرمة عمرها مئة و ستة و عشرين عاما
المطبعة التي بناها العثمانيون في مكة المكرمة
7aj zman8 صور قديمة لمكة المكرمة عمرها مئة و ستة و عشرين عاما
منظر عام لمدينة مكة المكرمة
7aj zman9 صور قديمة لمكة المكرمة عمرها مئة و ستة و عشرين عاما
مكة المكرمة من قمم أحد الجبال المحيطة بها عام 1885 م
7aj zman10 صور قديمة لمكة المكرمة عمرها مئة و ستة و عشرين عاما
الحجاج في وادي ” منى
7aj zman11 صور قديمة لمكة المكرمة عمرها مئة و ستة و عشرين عاما

Rabu, 21 Disember 2011

Usia Amat Bernilai

بسم الله الرحمن الرحيم

Usia amat bernilai

Quantcast
Oleh Wan Aminurrashid Wan Abd Hamid

Umat Islam perlu elak pembaziran, perkara mungkar
ANDAINYA setiap individu muslim memahami dan menyedari betapa cintanya Allah SWT kepada orang yang berbuat baik, sudah tentu dia akan merebut cinta Allah itu dengan mengisi setiap ruang waktu kehidupannya berbuat amal salih.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah al-Baqarah, ayat 195)
Dan sesiapa mengerjakan sesuatu dosa, maka sesungguhnya dia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. – Surah al-Nisa, ayat 111
Jika setiap muslim itu benar-benar menginsafi betapa Allah SWT sangat membenci perlakuan jahat dan maksiat, sudah tentu dia akan berasa takut untuk mendekati segala perbuatan jahat dan mungkar. Jika sudah terlanjur, dia akan segera meninggalkannya dan bertaubat kepada Allah SWT.
Mukmin yang menjerumuskan dirinya dalam perlakuan jahat dan amalan mungkar sebenarnya terdedah kepada dosa, kemurkaan serta balasan Allah SWT sama ada di dunia atau akhirat kelak. Inilah perlu ditakuti muslim yang masih tidak mengendahkan tegahan Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesiapa mengerjakan sesuatu dosa, maka sesungguhnya dia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’, ayat 111)
Mereka yang meninggalkan larangan Allah SWT melalui fasa perubahan yang dinamakan hijrah atau transformasi diri. Tindakan ini perlu dilakukan setiap masa kerana amalan muhasabah memang digalakkan dan diterjemahkan usaha berubah kepada lebih baik dalam bentuk perlakuan.
Mukmin yang sengaja tidak menghiraukan tegahan Allah dibimbangi ajal menjemputnya lebih dulu sebelum sempat bertaubat. Dinyatakan dalam hadis, Allah SWT cemburu kepada hamba-Nya yang melakukan perkara ditegah.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT memiliki sifat cemburu, dan kecemburuan Allah itu ialah apabila orang mukmin melakukan perbuatan yang diharamkan oleh-Nya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sesungguhnya akhlak yang mulia adalah buah daripada ibadah yang sempurna. Ibadat yang difardukan Allah SWT seperti solat lima waktu, puasa, zakat fitrah dan ibadah haji, selain bukti kepatuhan kepada Allah SWT, juga membentuk pelakunya menjadi manusia berakhlak mulia.
Dengan kemuliaan akhlak itulah, manusia mampu menjauhi segala amalan mungkar yang ditegah Allah SWT.
Mukmin yang insaf bahawa hidup ini sementara dan amat singkat, sedangkan masa berlalu setiap saat adalah usianya, akan memandang umurnya masih berbaki itu sangat bernilai dan tidak wajar dibazirkan kepada perkara sia-sia.
Apalagi menjerumuskan diri ke kancah kejahatan dan maksiat. Hidup ini sebenarnya adalah kesempatan emas untuk memburu dan berlumba-lumba mengejar amal kebajikan sebagai bekalan menemui Allah SWT kelak.
Diceritakan, suatu hari seorang lelaki yang gemar berbuat maksiat datang menemui ahli sufi bernama Ibrahim bin Adham untuk meminta nasihat (dengan harapan ia dapat meninggalkan amalan maksiatnya).
Ibrahim bin Adham lalu menasihati lelaki itu dengan berkata: “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu lakukan maksiat.”
Syaratnya ialah, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan (kamu) makan rezeki-Nya; jika kamu berbuat maksiat, jangan tinggal di bumi-Nya, jika kamu masih bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat dilihat oleh-Nya.
Jika malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakan kepadanya, ketepikan kematianku dulu kerana aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal salih. Jika malaikat Zabaniah datang hendak mengiringimu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.
Nasihat Ibrahim bin Adham itu amat menusuk kalbunya, membuatkan lelaki berkenaan insaf. Air matanya bercucuran kerana tidak tahan mendengar nasihat sangat mengesankan dan sedar bahawa semua syarat itu tidak mampu dilaksanakannya. Mulai saat itu dia bertaubat kepada Allah SWT.
syukran

Isnin, 19 Disember 2011

5 Soalan yang telah dijawab oleh 700 Ulamak

بسم الله الرحمن الرحيم
Syaqiq bin Ibrahim berkata :
Saya telah bertanya pada tujuh ratus orang alim tentang lima masalah, maka mereka semuanya menjawab dengan satu jawapan yang sama,
1- Siapakah orang yang sempurna akal ?
Orang yang tidak cinta pada dunia.
2- Siapakah orang yang cerdik ?
Orang yang tidak tertipu dengan dunia.
3- Siapakah orang kaya ?
Orang yang redha menerima bahagiannya  dari Allah SWT  ( rela menerima hukum takdir  Allah SWT ).
4- Siapakah orang yang mengerti agama ?
orang yang tidak minta berlebih-lebihan.
5- Siapakah orang yang bakhil ?
Mereka yang tidak mengeluarkan Hak Allah SWT dalam hartanya.
Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 978-979.
 syukran

Khamis, 15 Disember 2011

Bila Al-Quran Berbicara

بسم الله الرحمن الرحيم



syukran

Selasa, 13 Disember 2011

Solat jadikan Amanda tenang

بسم الله الرحمن الرحيم
Susunan SITI AINIZA KAMSARI
Di suatu pagi sebelum matahari menampakkan cahaya yang warnanya keperak-perakkan itu, Amanda Gormley berdiri di ruang tamu rumahnya. Pagi itu, untuk pertama kalinya, perempuan muda ini melaksanakan solat seperti yang dilakukan oleh seluruh kaum Muslimin.
"Saya mengucap dua kalimah syahadat setelah melalui satu perjalanan spiritual yang panjang. Jalan yang membawa saya kepada Islam. Untuk saya menerima agama ini dan menghormati ajarannya," kata Amanda.
Beliau berkongsi kisah, sejujurnya pertama kali mencuba sendiri solat itu, Amanda canggung kerana tidak tahu bagaimana hendak solat dengan betul terutama dalam aspek bacaan.
Lalu cara penyelesaiannya Amanda menggunakan bantuan kad flash mengenai cara-cara bersolat dan bacaannya.
"Saya berdiri ke arah yang saya yakin adalah arah kiblat ke kota Mekah. Lalu saya meletakkan tangan kanan di dada. Sedangkan tangan kiri memegang kad yang mengandungi petunjuk solat dan surah al-Fatihah itu," ujarnya menceritakan pengalaman pertamanya bersolat.
Suku-suku kata (bahasa Arab) dirasakan begitu asing dan aneh menyekat saluran tenggorok Amanda. namun seperti tangisan yang tertahan, beliau tetap berjuang untuk mengucapkan bunyi dari suku-suku kata yang asing itu.
"Tetapi, sejurus mengucapkan bacaan dalam solat itu, saya dapat merasakan seluruh roh saya memasuki sebuah dunia yang ada di luar indera saya, menembusi dimensi ruang dan waktu, dimana tubuh membebaskan jiwa.
"Saya merasakan ketenangan, sebuah pengampunan dan kasih sayang yang begitu menyelubungi diri," katanya.
Dengan cahaya pagi pertama yang masih lembut sinarannya, Amanda rukuk lalu bersujud di lantai sambil menangis dan mengucap Subhana rabbial a'la (Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi).
"Saya dapat merasakan juga benda dari sekecil-kecil dan sehalus atom juga turut ikut memuji Allah.

Kisah wanita tua zaman Nabi, berulang di Amerika Syarikat

بسم الله الرحمن الرحيم
Oleh: rozmal
"Ingat lagi kisah seorang wanita tua yang sering menyakiti Rasulullah SAW? Nabi SAW sentiasa bersabar. Akhirnya apabila wanita tua itu sakit, Nabi SAW menziarahi dan merawati wanita tua tadi, terbukalah pintu hidayah, lalu wanita tua tadi memeluk Islam.
Kisah yang seakan sama berlaku pada masa kini di Amerika Syarikat. Diceritakan oleh Suhaib Webb antara beberapa siri ceramah beliau di Youtube.
Suhaib menceritakan seorang Islam dari Sudan menetap di kediaman yang banyak kes jenayah iaitu di Bronx, New York. Jiran warga Sudan tadi ialah seorang wanita tua Yahudi.
Warga Sudan dan isterinya sering menyapa dan memberi makanan kepada jiran Yahudi tadi. Tapi wanita Yahudi tadi mencampakkan segala pemberian dan sering memarahi mereka. Tapi keluarga warga Sudan tadi terus menyantuni jirannya, kerana ini adalah tuntutan Islam dalam hak berjiran.
Pada satu hari wanita Yahudi tadi dirompak, warga Sudan tadi nampak dan menyelamatkan wanita tersebut. Akibat kecederaan wanita tadi terlantar di hospital. Di hospital tiada siapa yang menziarahi, hanya warga Sudan tadi. Namun wanita tadi masih memarahi warga Sudan tadi.
Apabila sihat, wanita tua tadi kembali ke rumah. Warga Sudan tadi masih berbuat baik kepada jirannya walaupun wanita tadi tidak menyukainya.
Akhirnya wanita tua tadi jatuh sakit. Sekali lagi dia terlantar di hospital. Dan sekali lagi tiada sesiapa yang menziarahi warga tua tadi hanya warga Sudan tadi dan isterinya. Lalu wanita tua tadi bertanyalah kepada warga Sudan tadi mengenai Islam, lalu diterangkanlah mengenai Islam, terbukalah pintu hidayah, lalu wanita tua tadi memeluk Islam.
Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua tadi menemui ajal, menghadap Allah SWT.
Apabila dibacakan wasiat, wanita tua Yahudi tadi telah menyerahkan semua hartanya kepada warga Sudan tadi.
Moral of the story :
Hidayah hanya Allah yang beri kepada sesiapa yang dikehendakki. Kita cuma boleh ketuk pintu hidayah.
Kalau wanita tua Yahudi, yang memaki hamun kita, Islam suruh kita berbuat baik, apa lagi ibu kandung kita sendiri yang beragama Islam, yang sudah tua, yang sentiasa berleter.
Sejarah itu sentiasa berulang.
Siapakah Suhaib Webb ini ? Saya ada tulis sedikit sebelum ini mengenai siapa Suhaib Webb di waghih.blogspot.com
Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.syukran

Selasa, 6 Disember 2011

10 Perkara yang wajib kita lakukan setiap hari

بسم الله الرحمن الرحيم
http://www.designzzz.com/wp-content/uploads/2010/03/Sunrise_Tree-600x421.jpg
1- Berzikir kepada Allah SWT ketika bangun daripada tidur.
2- Menutup aurat.
3- Menyempurnakan wuduk.
4- Menunaikan solat tepat pada waktunya.
5- Merasa tenang terhadap janji Allah SWT dalam urusan rezeki.
6- Qanaah ( menerima apa yang ada ).
7-  Tawakkal ( berserah segala urusan kepada Allah SWT ).
8-  Sabar menerima taqdir dan hukum Allah SWT.
9- Bersyukur terhadap nikmat Allah SWT.
10- Makan  yang halal.
Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 901.

3 Perkara yang tak perlu kita fikirkan

بسم الله الرحمن الرحيم
http://2lfbab.com/wp-content/uploads/2011/06/tusc11-600x387.jpg
1- Jangan kamu fikirkan tentang kemiskinan kerana akan menyebabkan kamu risau dan menambahkan kerakusan.
2- Jangan kamu fikirkan tentang kezaliman orang lain terhadap dirimu kerana akan menambahkan kekerasan hatimu dan kedengkianmu serta akan berlanjutan kemarahanmu.
3- Jangan kamu berfikir untuk kekal di dunia kerana akan menggalakkan kamu menghimpunkan harta dunia dan menunda amal ibadatmu serta melalaikan Akhirat.
Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2.  M/S : 907.
syukran

Jumaat, 2 Disember 2011

Super Imam

بسم الله الرحمن الرحيم
 

Khamis, 1 Disember 2011

Hijrah

بسم الله الرحمن الرحيم
---Maksud Hadith ---

"Orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan segala larangan Allah."

Diantara pengajaran hadith :
1. Hijrah pada bahasa ialah meninggalkan sesuatu

2. Hijrah pada istilah Islam ialah meninggalkan segala larangan Allah

3. Larangan Allah yang paling besar ialah merelakan diri didalam kejahilan

4. Kejahilan punca kepada seluruh keburukkan hidup dunia dan akhirat

5. Menghadiri majlis ilmu kerja hijrah paling besar

6. Ilmu petunjuk hijrah yang paling besar

7. Tidak menghadiri majlis ilmu kederhakaan yang paling besar kepada Allah kerana ia penyebab kejahilan.


sumber : kuliah maghrib 28.11.11

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails