Jumaat, 13 Ogos 2010
A-LI IMRAAN 133 - 136
133. Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,
134. (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
135. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.
136. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.
sumber :
http://tanzil.info/
Khamis, 12 Ogos 2010
7 Tips Seronok Sambut Ramadhan
| Oleh Mohd Zawawi Yusoh | |
| JIKA sebelum ketibaan Ramadan, hati sesetengah antara kita berteka-teki menerima kehadiran Ramadan, tetapi suka atau tidak sudah dua minggu kita melalui bulan yang mulia ini.Semoga kedatangan bulan puasa yang dilalui kali ini memberikan keinsafan.Kita perlu insaf kerana masih diberi kehidupan bagi me ngumpul bekalan buat perjalanan yang jauh di alam selepas kematian. Jika kita perhatikan, ada pelbagai ragam di kalangan kita menyambut bulan Ramadan. Ada yang sangat gembira sebab sudah lama tunggu. Malah, mereka yang sebelum sampai Ramadan ada yang berkata “sempat ke dengan pelbagai penyakit ini dapat berpuasa tahun ini.” Golongan ini menganggap setiap kali datang bulan Ra madan seperti peluang terakhir. Ada pula yang sedih dan gelisah menunggu detik ke datangan Ramadan kerana mereka sudah tak dapat lagi dengan rutin harian, dengan roti canai, teh tarik, nasi lemak dan ‘ayam berkokok atas batang, ada rokok mai sebatang.’ Mereka ini tak sangat melayani Ramadan dan kalau adapun sekadar seronok berbuka. Ada satu lagi golongan buat ‘make dono’ saja. Datang atau tidak Ramadan, sama saja. Puasa dan Tarawih juga, tetapi tiada layanan istimewa. Bagi memastikan Ramadan kali ini lebih bermakna, menjadi penghibur kepada mereka yang gelisah dan supaya lebih bermakna mereka ‘yang make dono’, di sini tip-tip me nyambut Ramadan. 1. Berdoa banyak agar Allah s.w.t memberikan keinginan dan semangat beribadat yang tinggi pada Ramadan. Kita kadangkala tertanya diri sendiri ‘kenapalah malas sangat aku ini, dulu tak macam ni.’ Tanpa berbuat apa-apa kita dengan kemalasan melalui Ramadan. Perasaan tak semangat beribadat boleh dirawat dengan meminta Pencipta hati iaitu Allah mendatangkan semangat. Berdoa dan berdoa, sebab doa juga adalah ibadat dan ada kuasa tersendiri. 2. Pergilah ziarah kubur sebelum atau di awal Ramadan kerana ia akan mengingatkan betapa kurangnya kita per siapan amalan. Ziarah kubur sebenarnya hendak tolong diri kita, bukan sahaja si mati. Sebenarnya ‘time is life’ (masa itu kehidupan). Luang masa itu membunuh kehidupan. Orang yang sudah mati tidak ada masa. Dengan keinsafan berziarah mendorong kita untuk tidak sia-siakan peluang berbulan Ramadan kali ini. 3.Meriahkan kehadiran Ramadan dengan perbanyakkan ucapan sesama sahabat dan keluarga dengan kata-kata se mangat agar bertambah ‘ghairah’ dan bermakna bulan berkat ini. Dalam sunnah pun Nabi s.a.w selalu memberikan khabar gembira kepada kalangan sahabatnya setiap kali datang bulan Ramadan: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (Hadis riwayat Ahmad) 4. Tambah ilmu fiqah mengenai cara berpuasa Nabi Mu hammmad s.a.w dan kalangan sahabat serta salfussalih serta kelebihan Ramadan dan fadilatnya dengan membaca buku ataupun menghadiri ceramah dan tazkirah Ramadan yang diadakan di pejabat dan surau masjid agar berpuasa dengan panduan ilmu, bukannya ikut adat. 5. Perbanyakkan istighfar dan taubat secara bersung guh-sungguh kerana dosa-dosa inilah yang akan memalapkan kejernihan hati untuk berseronok dengan ibadat. Tinggalkan dosa dan maksiat. Anggaplah Ramadan kali ini sebagai satu ‘madrasah’ (sekolah) dan pusat latihan yang berkesan mengubah hati, akal dan nafsu yang selama ini menjadi pak turut kepada syaitan yang menjadi seteru Allah. Bukalah lembaran baru yang bersih. Dua Lembaran baru; pertama, kepada Allah, dengan taubat yang sebenarnya iaitu taubat nasuha. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31) Kedua, lembaran kepada Nabi Muhammad s.a.w, dengan menjalankan sunnah-sunnahnya dan melanjutkan risalah dakwahnya. Kepada orang tua, isteri, anak dan kaum kerabat, dengan mempererat hubungan silaturahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain. 6. Mereka yang ada penyakit, pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat cara pemakanan ubat yang betul supaya kekal sihat dan kuat. Ini kerana ibadat puasa me merlukan kekuatan fizikal. Jika sihat, jangan berbuka sewenang-wenangnya sebab sekali berbuka puasa tanpa sebab padahnya sangat besar dan amat rugi kerana ganti puasa satu hari puasa yang ditinggal tanpa sebab tak dapat ditebus walaupun sepanjang tahun ber puasa. 7. Berbisiklah pada diri, berkemungkinan puasa kali ini adalah puasa yang terakhir dalam hidup anda sebab umur adalah dalam kekuasaan Allah. Semoga Allah s.w.t me manjangkan usia kita sehingga dapat berpuasa sepenuhnya kali ini. |
http://aki2004.wordpress.com/2010/08/12/7-tips-seronok-sambut-ramadhan/
Jumaat, 6 Ogos 2010
Usaid bin Malik Suka Majlis Ilmu
USAID bin Malik bin Rabiah ialah salah seorang sahabat Nabi Muhammad dan seorang pahlawan Islam yang berani. Usaid sering menyertai angkatan perang Islam bagi mengalahkan musuh. Salah satu sifat Usaid yang mengkagumkan ialah beliau suka menghadiri majlis ilmu.
Setiap kali ada majlis ilmu yang disampaikan oleh Nabi Muhammad, Usaid ada di sana. Usaid suka menimba ilmu-ilmu yang baru.
Beliau memang suka mendengar ilmu yang diajarkan dan disampaikan oleh Nabi Muhammad. Setiap ilmu agama dan nasihat yang diperolehnya itu diambil perhatian.
Pada suatu hari, ada majlis ilmu yang disampai oleh Nabi Muhammad.
"Nampaknya hari ini ada ilmu agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad," kata Usaid seorang diri.
Usaid tidak mahu melepaskan peluang itu. Beliau menghadiri majlis ilmu itu. Sampai sahaja di dalam majlis tersebut, beliau duduk mendengar segala yang disampaikan oleh Nabi Muhammad dengan penuh perhatian.
Ramai turut hadir dalam majlis itu. Sedang asyik beliau mendengar, tiba-tiba datang seorang lelaki dari golongan Bani Salmah duduk dalam majlis tersebut.
Semasa majlis itu berlangsung, sesi soal jawab dibuka di antara Nabi Muhammad dan orang yang berada di sana.
"Ada soalan yang mahu ditanya oleh anda semua," tanya Nabi Muhammad kepada para hadirin.
Lelaki dari golongan Bani Salmah itu pun mengangkat tangannya dan bertanya kepada Nabi Muhammad.
"Wahai Nabi Muhammad, ibu bapa saya sudah meninggal dunia. Masih bolehkah saya berbuat baik kepada kedua ibu bapa saya selepas mereka meninggal dunia," tanya lelaki itu.
"Semasa mereka masih hidup, saya orang yang selalu menjaga dan taat kepada mereka," katanya lagi.
Rupa-rupanya, para hadirin yang lain juga mempunyai kemusykilan yang sama dengan lelaki Bani Salmah itu.
Usaid bin Malik tidak sabar-sabar menantikan jawapan yang bakal diberikan oleh Nabi Muhammad.
Keadaan menjadi senyap dan sunyi. Sebentar kemudian, Nabi Muhammad menjawab: "Kamu masih dapat berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
"Caranya begini. Kamu harus selalu mendoakan mereka, meminta ampun kepada Allah dan melaksanakan wasiat yang mereka tinggalkan selepas meninggal dunia."
Para hadirin yang mendengar penjelasan itu mengangguk-angguk kepala mereka.
Kemudian Nabi Muhammad berkata lagi: "Kamu juga perlu menjaga tali persaudaraan dengan kawan-kawan ibu bapa dan memuliakan kawan-kawan mereka itu."
Para hadirin yang mendengar jawapan Nabi Muhammad faham dengan jawapan yang diberikan.
Kemudian lelaki daripada golongan Bani Salmah itu teringat pesanan Nabi Muhammad, iaitu; "Apabila meninggal seorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara. Pertama, sedekah yang diberinya semasa beliau hidup. Kedua, ilmu yang disampaikannya kepada orang lain. Akhir sekali yang ketiga, ialah anak yang baik dan selalu mendoakan ibu bapa mereka."
"Mulai saat ini, saya sentiasa berdoa kepada Allah dan berbuat baik dalam hidup, supaya saya dapat berbuat baik kepada kedua ibu bapa saya yang sudah meninggal dunia," bisik lelaki itu sendirian.
Lelaki itu berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Nabi Muhammad. Kemudian, beliau beredar dari majlis ilmu itu. Beliau berazam berbuat baik kepada kedua ibu bapanya yang sudah meninggal dunia selagi beliau masih hidup.
Usaid juga turut gembira mendapat penjelasan daripada Nabi Muhammad pada hari itu. Bagi Usaid, beliau juga berazam menjadi seorang anak yang taat dan berbuat baik kepada ibu bapanya.
Pada hari itu, Usaid mendapat ilmu baru mengenai berbuat baik kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia. Beliau gembira kerana ilmunya semakin bertambah
...sumber:
http://aki2004.wordpress.com/2010/08/02/usaid-bin-malik-suka-hadiri-majlis-ilmu/
Burung Hantu Padam Api
DARIPADA Amir bin Saad, daripada bapanya (Saad bin Abi Waqas) katanya: "Sesungguhnya Nabi SAW memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya sebagai ‘si penjahat kecil’." (Hadis riwayat Muslim)
Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulang kali.
Tingkah lakunya diperhatikan makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu: "Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.
Lalu dijawab oleh burung berkenaan: "Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak."
Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusan itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan).
...sumber :
http://aki2004.wordpress.com
Selasa, 3 Ogos 2010
Nostalgia
Nostalgia selalunya tercetus oleh sesuatu yang mengingati seseorang individu mengenai sesuatu perkara /event dari masa lampau. Emosi yang terhasil boleh menjulat dari kegembiraan kepada kedukaan yang berhubungkait dengan dan atau kerinduan untuk kembali ke period masa yang khusus itu.
Itulah terjemahan bebas dari definasi yang terdapat dalam wikipedia.
Terbaca berita dalam HMetro (28.7.2010) bahawa terdapat 7 orang pelajar yang rindu kepada alam persekolahan setelah meninggalkan nya selama kira-kira tiga tahun disebuah sekolah menengah di Taman Melawati. Mereka menyamar dan masuk kembali kekelas masing2 tapi disedari oleh guru yang kemudian nya menghubungi polis. Anda boleh baca disini. Mungkin ada sesuatu yang menarik disebalik peristiwa ini.
Setiap orang mempunyai kenangan nostalgiknya sendiri. Biasanya nostalgia ini merupakan ingatan-ingatan yang mendamaikan, manis, pahit, lucu, sedih dan sebagainya. Kenangan manislah yang biasanya mahu diulang kembali atau dengan kata lain ingin kembali kezaman atau period itu kerana ia menjana kegembiraan. Kenangan pahit….diingati juga tapi dalam perspektif yang berbeza dimana jika dingati kenangan pahit itu ia akan menjana kesedihan, kemarahan atau lain-lain sifat negative, tapi bukan semua. Ada juga kenangan pahit itu menjanakan kesabaran, kesungguhan dalam berusaha, bertawakkal dan sebagainya.
Apa sebenarnya faedah untuk kita bernostalgia?
Kenangan lama ini boleh diambil secara positif contohnya, bila kita mula-mula belajar solat, puasa Ramadhan atau ibadah-ibadah lain. Mungkin yang mula mengajar kita adalah ibu bapa kita dan seterusnya oleh guru2 disekolah. Kita disuruh menghafal surah-surah lazim untuk bacaan dalam solat, maka kita pun hafal. Bila dah dewasapun masih lagi membaca surah-surah yang sama yang dibaca semasa zaman kanak-kanak dulu, tidak ada peningkatan dalam hafalan surah. Makna nya kita bermuhasabah mengenai diri sendiri dan cuba meningkatkan lagi kualiti ibadah kita.
Dengan lain perkataan, nostalgia boleh mendorong seseorang untuk memperbaiki diri sendiri.
Ada nostalgia yang boleh melekakan kita umpamanya dek kerana minat lagu-lagu lama sp. Lagu Elvis Presley ke , Beatles ke, Cliff Richard ke, atau yang sewaktu dengan nya, sanggup seseorang itu mencari koleksi-koleksi lagu-lagu yang disukainya, mengumpul memorabilia (barang2 kenangan) ie., berhabis duit untuknya, sedangkan banyak lagi perkara lain yang berbentuk ibadah yang boleh dilaksanakan dengan wang tersebut. Nostalgia sebegini tidak mendatangkan apa2 faedah pun bagi diri sendiri.
Macam-macam jenis nostalgia yang boleh dikaitkan dengan apa jua perkara atau objek seperti rumah, motor, kereta, sukan, tempat, dan sebagainya. Ia nya unik bagi setiap individu.
Kenangan mengusik jiwa.....
Selasa, 27 Julai 2010
Lagi Persiapan Sebelum Menyambut Ramadhan
Ada tiga perkara penting bagi setiap individu muslim membuat persediaan sebelum tibanya Ramadhan yang mubarak :
1. Pembersihan / penyucian diri
Maksudnya ialah pembersihan hati/jiwa iaitu membuang segala noda dan maksiat dari hati. Seperti yang dimaklumi, peristiwa israk mikraj Nabi s.a.w. bermula dengan penyucian hati oleh malaikat sebelum diperjalankan oleh Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa...
Israk juga adalah perjalanan hamba untuk untuk menemui tuhan. Rasul mewakili seluruh ummah untuk bertemu dengan Allah, dan kita juga sebenarnya sedang diperjalankan oleh Allah untuk bertemu dengan Nya.
- Mana mungkin kita bertemu dengan Allah dalam keadaan tidak bersih
- Episod pembedahan dada Nabi s.a.w. adalah episod pembersihan
1.1. Mensucikan tubuh badan daripada najis
1.2. Mensucikan diri dari segala jenis dosa kecil / besar
1.3. Mensucikan hati daripada sifat mazmumah dan digantikan dengan sifat mahmudah
(Hati- ibu bagi segala tubuh badan)
1.4. Mensucikan hati daripada lintasan selain dari Allah (tahap para rasul2, nabi2, waliyullah2, para muqorrobin/sulafussoleh)
Kenapa mata kita melihat benda-benda yang buruk ? Ia datang dari hati yang busuk, rosak, jahat dan penuh kemaksiatan.
2. Persediaan dari sudut keilmuan.
Semua amal yang hendak dilakukan mestilah dengan ilmu, bukan sebagai ikut-ikutan sahaja tanpa ilmu. Beramal tanpa ilmu dalah sesat.
3. Keazaman
- Perlu ada keazaman untuk buat yang terbaik
- pendekkan angan-angan mengenai dunia
- mungkin ini Ramadhan yang terakhir bagi kita
...catatan peribadi dari kuliah Maghrib 27.7.10 Us. Hj. Mohd Nor.
Harap maaf jika ada kesilapan. Pembetulan dialu-alukan.
Ekor panjang, ekor pendek
Hari Rabu 21.7.2010, sementara menunggu kereta diperbaiki/ganti alternator, duduk santai dipenjuru depan kedai mekanik itu, diseberang jalan atau deretan kedai yang bertentangan terdapat salah sebuah kedai yang menjual nombor ekor. Mata memerhatikan pergerakan orang-orang yang keluar masuk kedai berkenaan.
Yang memasuki kedai itu dari pelbagai jenis kulit, yang gelap, yang cerah dan separuh cerah. Dari yang berjalan hingga yang berkenderaan. Yang menaiki motor adalah perkara biasa. Yang berjalan terhegeh-hegeh pun datang juga, duduk menung sekejap, kemudian tulis, pergi kekaunter beli nombor. Pelbagai jenis kereta yang berhenti....., ada Waja, Mercedes pun ada, tujuan tetap sama - nombor, nombor...nombor...
Sembang juga dengan mekanik tu sambil bertanya.."Melayu ada beli nombor ke?" Jawabnya "...adaaa, tapi dia tak berani sendiri beli....dia panggil gua beli..!!"
Macam mana fikiran melayu ni agaknya. Dia takut kena tangkap oleh penguasa melebihi takutnya terhadap Allah Taala.
Itulah sedikit senario yang berlaku. Monyet yang berekor panjang pun hanya bermain dengan ekornya sendiri sahaja,... tidak pernah pun ia berusaha untuk pergi tikam ekor. Ekornya diguna untuk bergayut, mengimbang badan ketika melompat, dan sebagainya...
Segelintir Manusia yang tidak nampak ekornya itu pula sangat suka "main ekor"....mungkin kalau ekornya dah tumbuh panjang nanti baru berhenti tikam ekor....hanya bermain dengan ekornya sendiri sahaja....
Sempena Ramadhan yang kian hampir, berikut adalah beberapa persiapan untuk memasuki bulan Ramadhan (kuliah Maghrib..@ Us Zulkarnain) :
1. Melakukan muhasabah (penilaian) Iman terhadap Allah, Rasul dan Islam
2. Meninggalkan kesemua amal syirik / kufur / riddah
3. Meninggalkan kesemua amal jahiliah (yang bercanggah dengan syariat Islam)
4. Meninggalkan kesemua kerja-kerja zalim terhadap sesama manusia
5. Mengqadakan puasa Ramadhan yang lalu.
Maksud Hadith :
" sesiapa yang memasuki bulan Ramadhan tetapi masih ada puasa Ramadhan yang lalu yang belum lagi diqadanya (kerana kecuaiannya) tidak akan diterima puasanya pada tahun itu"
Perlu memohon maaf kepada orang-orang yang dizalimi, minta halalkan (yg. berkaitan), pulangkan haknya. Jika tidak, pahala ibadah puasanya dan lain-lain ibadah akan masuk keakaun orang lain, jadilah ia orang yang muflis diakhirat nanti.
Wallahuaqlam.