Sabtu, 1 Mei 2010

Kisah Air Liur

بسم الله الرحمن الرحيم

Air liur secara umumnya adalah kotor dan menjijikkan. Sesiapa sahaja yang disuruh untuk meminum air liur orang lain pasti akan muntah sebelum melakukannya. Oleh itu bila kita mendengar dan membaca beberapa tulisan mengenai ada orang yang sanggup menelan air liur orang lain untuk tujuan tertentu terasa loya seketika.

Air liur ketika ianya berada dalam mulut dan belum terkeluar tidaklah dianggap kotor. Namun sekiranya ianya sudah dikeluarkaan lalu diambil kembali dengan menelannya atau memegangnya dengan tangan maka pasti ianya terasa geli dan meloyakan.

Hukum feqah tentang air liur adalah kotor bukannya najis melainkan dalam beberapa situasi air liur dianggap halal dan menjadi ubat serta menambahkan keberkatan.

Suami yang menelan air liur isteri atau sebaliknya melalui proses yang amat maklum antara keduanya adalah dibenarkan. Bahkan diriwayatkan bahawa Baginda s.a.w menghisap lidah isterinya. Pasti di lidah terkumpul air liur.

Demikian juga air liur orang alim dan soleh adalah mulia dan terpuji. Kerana itulah disyariatkan Tahnik. Iaitu seorang anak yang baru dilahirkan dibawa kepada orang yang alim dan soleh untuk ditahnikkan dengan mengunyah kurma dan dimasukkan ke dalam mulut bayi dengan tujuan anak itu menjadi orang yang soleh. Ianya disebut dalam hadis-hadis yang sohih sebagaimana riwayat Bukhori dan Muslim iaitu hadis Abu Musa Al-Asya’ri dan Anas Bin Malik.

Bagi orang yang terkena ganguan juga penggunaan air liur amat mujarab sebagaimana hadis Abu Said Al-Khudri yang merawat ketua qabilah di Yaman dengan membaca Al-fatihah dengan dikumpulkan air liur pada akhirnya dan diludahkan pada pesakit lalu sembuh. Dan demikian juga hadis riwayat Ahmad yang mana Rasullulah s.a.w meludah ke dalam mulut perempuan yang terkena gangguan lalu pulih seperti sediakala.

Dalam hadis yang lain juga di sebutkan bagaimana Rasulullah s.a.w menggunakan air liur yang dicampur dengan tanah untuk merawat luka. Dan diikuti oleh Muawiyah dan juga seorang Tabien yang mulia yang bernama Sufyan Bin Uyainah.

Kesimpulannya air liur dari orang yang soleh banyak kelebihannya kerana kemulian lidahnya yang sentiasa berzikir kepada Allah. Ada banyak lagi yang boleh dicatatkan tentang air liur ini.

http://tokkupasirgudang.blogspot.com/2010/04/kisah-air-liur.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails