Selasa, 27 Julai 2010

Ekor panjang, ekor pendek

بسم الله الرحمن الرحيم
Hari Rabu 21.7.2010,
sementara menunggu kereta diperbaiki/ganti alternator, duduk santai dipenjuru depan kedai mekanik itu, diseberang jalan atau deretan kedai yang bertentangan terdapat salah sebuah kedai yang menjual nombor ekor. Mata memerhatikan pergerakan orang-orang yang keluar masuk kedai berkenaan.

Yang memasuki kedai itu dari pelbagai jenis kulit, yang gelap, yang cerah dan separuh cerah. Dari yang berjalan hingga yang berkenderaan. Yang menaiki motor adalah perkara biasa. Yang berjalan terhegeh-hegeh pun datang juga, duduk menung sekejap, kemudian tulis, pergi kekaunter beli nombor. Pelbagai jenis kereta yang berhenti....., ada Waja, Mercedes pun ada, tujuan tetap sama - nombor, nombor...nombor...

Sembang juga dengan mekanik tu sambil bertanya.."Melayu ada beli nombor ke?" Jawabnya "...adaaa, tapi dia tak berani sendiri beli....dia panggil gua beli..!!"
Macam mana fikiran melayu ni agaknya. Dia takut kena tangkap oleh penguasa melebihi takutnya terhadap Allah Taala.

Itulah sedikit senario yang berlaku. Monyet yang berekor panjang pun hanya bermain dengan ekornya sendiri sahaja,... tidak pernah pun ia berusaha untuk pergi tikam ekor. Ekornya diguna untuk bergayut, mengimbang badan ketika melompat, dan sebagainya...
Segelintir Manusia yang tidak nampak ekornya itu pula sangat suka "main ekor"....mungkin kalau ekornya dah tumbuh panjang nanti baru berhenti tikam ekor....hanya bermain dengan ekornya sendiri sahaja....

Sempena Ramadhan yang kian hampir, berikut adalah beberapa persiapan untuk memasuki bulan Ramadhan (kuliah Maghrib..@ Us Zulkarnain) :



1. Melakukan muhasabah (penilaian) Iman terhadap Allah, Rasul dan Islam

2. Meninggalkan kesemua amal syirik / kufur / riddah

3. Meninggalkan kesemua amal jahiliah (yang bercanggah dengan syariat Islam)

4. Meninggalkan kesemua kerja-kerja zalim terhadap sesama manusia

5. Mengqadakan puasa Ramadhan yang lalu.


Maksud Hadith :
" sesiapa yang memasuki bulan Ramadhan tetapi masih ada puasa Ramadhan yang lalu yang belum lagi diqadanya (kerana kecuaiannya) tidak akan diterima puasanya pada tahun itu"


Perlu memohon maaf kepada orang-orang yang dizalimi, minta halalkan (yg. berkaitan), pulangkan haknya. Jika tidak, pahala ibadah puasanya dan lain-lain ibadah akan masuk keakaun orang lain, jadilah ia orang yang muflis diakhirat nanti.

Wallahuaqlam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails