Khamis, 7 Oktober 2010

6 Konsep pengabdian diri kita kepada Allah SWT

بسم الله الرحمن الرحيم

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs670.snc4/61011_160927427266367_100000473335960_475018_2000419_n.jpg

  1. Kehambaan bagi hati, orang yang memandang dirinya adalah milik Allah SWT maka seluruh kehidupannya adalah memperhambakan kepada Allah SWT.
  2. Memperhambakan hati dengan segala kerahsiaan maka dia akan sentiasa menggunakan dirinya untuk beribadat kepada Allah SWT.
  3. Menyempurnakan segala adab dan Akhlak mulia yang Allah SWT perintahkan adalah menyampaikan kedudukan martabat kehambaan kepada Jalan Allah SWT.
  4. Jika Diri seseorang telah sempurna adab dan akhlak mulia yang telah Allah SWT perintahkan maka Dirinya telah berada di Jalan Allah SWT.
  5. Menyempurnakan segala sifat-sifat kehambaan kepada Allah SWT adalah jalan menuju kepada Kebenaran Allah SWT.
  6. Meletakkan Allah SWT ditempat ketuhanan sebenar dan kita berada ditahap kehambaan sebenar, maka tercapailah Hakikat sebenar.

Syarah Hikam. m/s : 173.

Nota:

Dizaman sekarang ramai orang meletakkan Allah SWT sebagai khadamnya, sehingga manusia sanggup memerintah Allah SWT agar menunaikan segala hajatnya didalam solat hajat dan memaksa Allah SWT memakbulkan doanya didalam segala permintaannya. " SEPATUTNYA SESEORANG HAMBA MENYERAHKAN SEGALA URUSAN KEPADA ALLAH SWT DAN MELAKSANAKAN SEGALA SYARIAT YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW ". Betapa hebatnya kekuasaan manusia dan takabburnya manusia zaman sekarang terhadap Allah SWT. Tiada lagi sifat Tawaddu' dan rendah diri kepada Allah SWT. Nauzubillah Min Zalik.

sumber : disini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails